PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Wednesday, December 30, 2015

Siapa Nak Bayarkan?

Satu lagi pilihan adalah Subsidi Kerajaan Malaysia.
.
Namun, diharap anda tidak ambil takaful, berhenti takaful disebabkan hasutan orang. Mereka tidak sama sekali bantu anda. Kami ejen yang hasut anda ambil takaful bakal bantu anda.
.
Jika kerana sakit ini, tidak dapat bekerja, siapa pula nak beri pendapatan bulanan? Kerajaan Malaysia tidak bantu dah. Makanya takaful boleh digunakan, jika mahu.
.
Kepada Allah kita berlindung dan berserah namun Allah juga minta kita berusaha macam kita bekerja berniaga ketika sihat mencari rezeki :)
.
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

#prubsn #Prudential #prubsntakaful #insurans #audi #bisnes #pasif #income #takaful #protection #pencetusummah

Demi Anak

Demi Anak
.
Soalan PU'Atiq : kenapa akak ambil takaful untuk anak?
.
Akak : saya risau anak2 kecil ni mudah sakit, nanti kalau anak saya sakit nak buat rawatan, ada takaful ada duit. Boleh masuk hospital swasta.
.
Soalan PU'Atiq : Kenapa bila warded je fikir hospital swasta kak?
.
Akak : Akak duk Penang, akak tahu macam mana GH, padat, sebolehnya tak nak lah kan, akak nak jaga nanti susah kalau sesak macam tu, kalau terpaksa, terpaksalah, seboleh boleh akak nak tempat selesa.
.
Soalan PU'Atiq : Akak ambil berapa sebulan takaful? Pernah klaim?
.
Akak : akak ambil yang murah je, RM110, ambil 5 bulan, tiba2 anak sakit, mula2 akak rujuk GH, masa tu akak tak tahu macam mana nak guna takaful, dan apabila GH kata anak kena warded, akak pergi Lam Wah Ee, sana hospital caj murah, akak mana ada duit banyak, masa tu belum tahu boleh pakai takaful.

Dah bagi tau ejen, ejen kata boleh pakai, alhamdulillah, bil RM3000++

Soalan PU'Atiq : Apa pesanan akak kepada ibu2 lain, mereka kata mahallah bayar takaful.
.
Akak : Kepada ibu2, ya takaful memamg mahal, namun bil anak kita lagiii mahal. Kalau kita tak mampu/tak nak simpan di takaful, bagaimana kita nak bayar bil anak2 kita. Saya cadangkan ambillah takaful untuk anak2.
.
PU'Atiq, terima kasih akak.

Ikhlas

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

#prubsn #Prudential #prubsntakaful #insurans #audi #bisnes #pasif #income #takaful #protection #pencetusummah

Waiting Period

PU'Atiq, boleh tak klien guna kad perubatan jika kad baru lulus 5 hari?

Kerap kali PU'Atiq dapat persoalan sebegini akhir2 ini.

Jawapannya boleh, boleh pakai jika klien menghadapi kemalangan. Jika sakit biasa? Tidak boleh. Kena tunggu waiting period 120 hari.

Kenapa perlu ada waiting period Pu?

Waiting period bukan syarikat kenakan kepada klien namun klien berikan warranty diri sendiri kepada sesama ahli takaful yang akan membantu klien itu.

Ye lah kan, nak join kitaorang, kena lah sihat dulu, kalau dah sakit baru nak join kitaorang, kesian lah kami, kamu masa sakit tak bantu orang, masa sakit kamu nak orang bantu kamu. Begitulah al kisahnya.

Bagaimana kiraan waiting period ni Pu?

Setiap kad PruBSN perlu melepasi tempoh menunggu selama 120 hari.

Info lanjut boleh ke link  - > http://www.urusduit.com/2013/10/tempoh-menunggu-120-hari-waiting-period.html?m=1

Sebab tu kena mohon cepat2 agar waiting period ini dapat setel cepat2. Boleh?

Terima Kasih

Ikhlas
PUatiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

Friday, December 18, 2015

KETAHUI RIDER 1 : Joint Contributor, Contributor, Parent Term

KETAHUI RIDER 1 : Joint Contributor,  Contributor, Parent Term

Ok, PU'Atiq nak kongsi kepada anda semua samaada anda klien/bakal klien PruBSN, ejen lama/baru PruBSN, boleh tambah ilmu dan refreshments :)

Rider ini ditawarkan untuk sijil takaful buat bayi & kanak2 bawah 18 tahun.

Apa kelebihan rider Joint Contributor ni PU'Atiq?

Ok, kelebihannya sangat bagus. Semasa hayat ibu bapa, sijil takaful anak dibiayai oleh ibu bapanya, itu kebiasaannya. Namun, siapakah akan membayar sijil anak2 jika ibu@bapa@kedua2nya meninggal dunia @lumpuh @kritikal? Pasti sukar kan?

Maka, dengan rider ini, ia membantu mereka. Secara umumnya rider Joint Contributor akan diguna pakai jika apa2 berlaku kepada Ibubapa mereka dengan menjadikan sumbangan bulanan sijil anak2nya menjadi PERCUMA sehingga anak berumur 25 tahun.

"Jika ibu@bapa@kedua2nya meninggal dunia @lumpuh @kritikal maka sumbangan sijil takaful anak2nya menjadi PERCUMA sehingga anak2nya berusia 25 tahun.

Bagus tak?

Contoh.
Ahmad dan Zainab mempunyai 3 orang anak iaitu Ali, Abu & Mariam. Ahmad dan Zainab mempunyai kesedaran tinggi untuk memiliki pelan takaful untuk perlindungan wang keluarganya. Maka, Ahmad dan Zainab mengambil takaful PruBSN.

Selepas beberapa ketika, tiba2 Ahmad kemalangan jalan raya dan mengakibatkan Ahmad lumpuh.  :(

Ahmad klaim polisinya untuk rawatan di hospital menggunakan kad perubatan, klaim pampasan lumpuh untuk dana sara hidupnya  dan polisi Ahmad menjadi PERCUMA hingga Ahmad berusia 80 tahun (rider CONTRIBUTOR)

"Contributor membuatkan polisi seseorang peserta PruBSN Takaful menjadi PERCUMA sehingga umur 80 tahun apabila mereka menghadapi lumpuh atau kritikal"

Bagaimana dengan polisi anak2 Ahmad dan Zainab?

Kesemua polisi anak mereka telah menjadi PERCUMA sehingga anak2 mereka berusia 25 tahun. Life diteruskan secara PERCUMA, Medical kad diteruskan secara PERCUMA dan saving juga diteruskan secara PERCUMA. (rider JOINT CONTRIBUTOR)

Jika polisi Ahmad RM200/m, Ali RM150/m, Abu RM150 dan Mariam RM150/m maka peserta takaful yang lain telah membantu En Ahmad membayar sijil mereka sebanyak RM650/sebulan. Polisi FREE dan perlindungan diteruskan.

Memandangkan polisi anak2 mereka mempunyai rider PARENT TERM maka anak2nya layak dapat pampasan RM10K atas polisinya. Namun Mariam tidak layak! Kenapa?

Parent term akan membayar jumlah pampasan diambil apabila PARENT (salah seorang sahaja sama ada ibu atau bapa sahaja,  PERSON B) meninggal @ lumpuh sebelum umur 70 tahun.

Polisi Ali dan Abu:
person B adalah En Ahmad, Pn Zainab person C dan

Polisi Mariam:
person B adalah Zainab,  En Ahmad person C.

Maka, hanya apabila person B mati @lumpuh barulah dapat klaim. Maka untuk polisi Ali dan Abu  sahaja dapat klaim RM10K masing2 RM10K atas kelumpuhan ayahnya, En Ahmad.

Namun kenapa pula polisi Mariam FREE sebab ayahnya lumpuh dan ayahnya bukan Person B?

Sebabnya, rider Joint Contributor LINDUNGI person B dan Person C. Berbeza dengan rider PARENT CONTRIBUTOR hanua LINDUNGI person B.  :) pening? Haha. Nanti tanya jika pening. Tanya ejen anda boleh, tanya PU Atiq boleh.

Makanya, sila semak polisi masing2 apakah anda mahu rider ini? Jika mahu ambil, jika tak mahu jangan ambil, ia hanya OPTION sahaja. Apabila ambil semestinyalah kena bayar caj kan. Cuba lihat berapa caj sebulan? RM24.

Jika tak ambil maka bulanan anda tidak menjadi RM150 :)  ia akan jadi RM126. Faham?

Jika tak nak Contributor pun boleh buang, tak nak parent term pun boleh buang, tak nak famili Income Benefit pun boleh buang, tak nak Medical kad pun boleh buang dan kalau tak nak semua? Pun boleh! Hahahha

Tak payah ambil takaful kalau tak nak. Hahhaha.

Gurau je, ke dah marah? Hehe. Ingat ye! Rider adalah OPTIONAL. Atas keperluan dan kemampuan masing2.

Anda belajar sesuatu? Jika ya, sudikah anda share status ini? Silakan share. Terima kasih banyak2.

Hubungi agen kepercayaan anda, dapatkan hari ini.

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

#prubsn #Prudential #prubsntakaful #insurans #audi #bisnes #pasif #income #takaful #protection #pencetusummah

Wednesday, December 16, 2015

SIBUK BETULLAH EJEN TAKAFUL NI!

SIBUK BETULLAH EJEN TAKAFUL NI!

Aah, memang pun ejen takaful sibuk duk kejar klien dia. PU'Atiq tengok situasi ini di KPJ Perdana semalam, ada seorang pesakit atas kerusi roda, kemalangan agaknya. Dan sebelah itu ada seorang jejaka kacak pakai smart, tengok2 kawan PU'Atiq.

Ejen takaful abang tu yang Kemalangan. PU'Atiq tengok sibuk betul ejen tu duk bantu kliennya. Oh patutlah orang cakap sibuk betul ejen takaful follow orang.

Kalau anda rimas ejen takaful follow awak sebelum awak jadi kliennya @ peserta takaful, semoga awak dapat bertenang dan ubah minda awak.

PU'Atiq risau, awak pula sibuk kejar ejen takaful nak ambil takaful. Ala biasa la tu tahu sangat, masa sihat semua orang kerek, waktu sakit pijak semut tak mati. Tak semua tapi itulah senario ramai masyarakat kita.

Jadinya, kita deal elok2,win-win situasi, bak kata PM kita, i help u, u help me. Hhaha.

Ok lah, semoga awak dampingilah ejen takaful, nak dampingi Abam PU'Atiq pun boleh. Jangan jadi macam Abam dalam gambar ini.

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

#prubsn #Prudential #prubsntakaful #insurans #audi #bisnes #pasif #income #takaful #protection #pencetusummah

Monday, December 14, 2015

BILA BOLEH MOHON TAKAFUL UNTUK ANAK?

BILA BOLEH MOHON TAKAFUL UNTUK ANAK?

Soalan daripada Rakan Niaga PU'Atiq :) bila prospek boleh mohon takaful untuk anak2nya?

Ok, PU'Atiq sudah jawab seperti dalam gambar, anda boleh lihat dengan jelas InsyaAllah.

Makanya PU'Atiq nak sarakan, ibu2 yang sedang mengandung eloklah ambil takaful untuk bakal anak sejak dalam kandungan bagi MEMUDAHKAN anda kelak.

Pelan takaful bayi dalam kandungan satu2nya ditawarkan oleh PruBSN Takaful. Anda boleh dapatkannya melalui PU'Atiq dan ejen PruBSN yang lain.

Jika anda ingnkan info tentang kelebihan polisi dalam kandungan, anda boleh layari laman ini ~> http://tiny.cc/PolisiDalamKandungan

PU'Atiq harapkan anda boleh share status ini agar lebih ramai orang dapat tahu akan kebaikan memohon takaful dalam kandungan.

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

#prubsn #Prudential #prubsntakaful #insurans #audi #bisnes #pasif #income #takaful #protection #pencetusummah

AMBIL TAKAFUL HADAPI GAWAT

Rakyat disaran ambil takaful untuk hadapai kegawatan ekonomi.

Apabila ekonomi gawat, maka kos sara hidup akan naik maka membuatkan duit kita akan menjadi makin berkurangan.

Ini boleh membuatkan diri kita tertekan apatah lagi untuk membiayai bil hospital jika kita sakit.

Atasi masalah kekurangan duit membayar bil perubatan dengan menggunakan kad perubatan PruBSN Takaful.

Simpan duit dalam takaful untuk dana perubatan serta penggantian pendapatan dan pastikan polisi aktif.

Pesan ikhlas daripada saya.

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

MATI & LUMPUH APA HUBUNGAN DENGAN TAKAFUL?

MATI &  LUMPUH APA HUBUNGAN DENGAN TAKAFUL?

Ok kali ini PU'Atiq nak anda fikir sediki. Sikit je, boleh kan?  :)

Apabila anda/seseorang MATI/LUMPUH

PINJAMAN RUMAH -  baki pinjaman dibayar TAKAFUL

PINJAMAN PERIBADI - baki pinjaman dibayar TAKAFUL

KAD KREDIT - baki pinjaman dibayar TAKAFUL

GAJI BULANAN - MATI DAN LUMPUH TERUS SEBAB TAK NAK AMBIL TAKAFUL ;), katanya ajal maut adalah ujian Allah.

Oh ok, bab lain bukan ujian Allah, bila kena bab gaji jadi ujian Allah. Ok ok :)

Adakah anda tahu gaji anda juga boleh di lindungi melalui takaful? Jika sudah tahu bagus! Dah ambil ke? Dah cukup ke? Atau tak jelas lagi?

Pm je PU'Atiq 0129093444  ok?

Sunday, December 13, 2015

GST TPPA TAKAFUL

Mahu atau tidak, ia tetap berlaku. Kerajaan komited mahukan GST. Usah fikir harga akan turun. Ia mustahil.

Lakukan apa yang anda boleh lakukan, iaitu memiliki kad perubatan PruBSN untuk menyerap kos ini. Miliki PruBSN + Bantah GST adalah tindakan betul bukan sekadar bantah!

Ekonomi baik atau tidak, sakit tidak boleh disekat. Sakit semasa kegawatan lagilah sakit...

Ambil takaful sekarang.

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

#prubsn #Prudential #prubsntakaful #insurans #audi #bisnes #pasif #income #takaful #protection #pencetusummah

Friday, December 11, 2015

Takaful Melunaskan Hutang

Takaful Melunaskan Hutang

Lumrah orang berhutang tiada banyak simpanan, termasuk orang yang menulis status ini. Katakanlah hutang dengan bank sebanyak RM100k, untuk sediakan dana sebanyak RM100k melalui simpanan biasa akan mengambil masa mungkin lebih 10 tahun. Katakanlah simpan RM200 sebulan, dengan compound dividend sebanyak 7% jumlah terkumpul sebanyak RM104k selepas 20 tahun.

Ditakdirkan belum cukup 20 tahun sudah berhijrah ke alam barzakh, bagaimana nak selesaikan hutang peninggalan? Orang mati meninggalkan harta, tapi kita mungkin meninggalkan hutang.. kesian waris terdekat terutamanya pasangan tercinta.

Intrumen takaful, dengan hanya RM100 sebulan, anda boleh membentuk dana serta merta sebanyak RM200k (bergantung kepada umur/jantina/pekerjaan).. cukup mudah dan efektif untuk waris gunakan wang peninggalan ini bagi melunaskan hutang yang belum sempat kita selesaikan di dunia.

Adakah anda tahu kerana hutang syurga terhalang?

C&P: Ahmad Humaizi

KOMPLIKASI KEHAMILAN DI LINDUNGI TAKAFUL

KOMPLIKASI KEHAMILAN DI LINDUNGI TAKAFUL

Berita baik PU'Atiq mahu sampaikan kepada para wanita, apabila kalian memiliki kad perubatan PruBSN Takaful Health Enrich (Select, Advances, Premier), anda layak menikmati kos rawatan akibat komplikasi kehamilan.

Senarai komplikasi kehamilan adalah seperti dalam gambar.

Kad perubatan PERTAMA di Malaysia menawarkan kos perubatan akibat komplikasi kehamilan. Semestinya daripada syarikat PruBSN Takaful.

Jadi, miliki hari ini, siapkan dana perubatan terbaik untuk diri sendiri kerana diri mu amat berharga. <3

Hubungi PU'Atiq 0129093444
PU Atiq Aziz Takaful II

Thursday, December 10, 2015

TAK SUSAHKAN MAK AYAH @ KELUARGA!

TAK SUSAHKAN MAK AYAH @ KELUARGA!

Sebelun tu, sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Nor Hairani yang bertemu Illahi semalam.

Arwah bukan klien PU'Atiq, namun PU'Atiq di minta tolong kawan si arwah untuk urus borang klaim sakif kritikal. Arwah diuji penyakit kanser usus. Arwah baru berumur 31 tahun. Sama baya dengan PU.

Arwah ambil Sijil Takaful sejak Ogos 2011 dengan bayaran RM130 sebulan. Arwah ambil pakej 3 dalam 1 iaitu LIFE, MEDICAL CARD & SAVING. Fokus pelan ini arwah untuk kad perubatan.

Yang menjaga arwah di hospital KPJ PERDANA adalah Ibubapanya, baik sungguh Ibubapa si arwah. Tabah dan riak wajahnya tidak murung walaupun PU tahu hati mereka sangat sedih.

PU puji tindakan arwah kerana ambil kad perubatan PruBSN, arwah miliki duit untuk berubat sehingga RM625K (hayat)  dan RM62500 setahun. PU'Atiq tolong semak kegunaan duit kad arwah sebab ayah arwah minta tolong tengokkan.

Sewaktu itu, arwah sudah dapat rawatan selama 20 hari di KPJ PERDANA, bil telah mencecah RM20K. Kos ini arwah bayar guna kad perubatan. Arwah ni bagus, tak nak menambah beban Ibubapanya untuk cari duit untuk bayar bil hospital serta arwah berikan keselesaan kepada ibu bapanya semasa menjaga arwah. Duduk bilik seorang, memberi keselesaan dan membantu ibu bapanya lebih tenang.

Berbanding jika arwah dirawat di hospital yang wad kelas 3., bersesak dengan orang ramai, panas, nak tidur tidak selesa, kegunaan tandas yang berkongsi, nak buka aurat susah, nak jaga bersama ibu bapa sukar dll, namun di KPJ PERDANA semuanya tiada masalah.

Jika kita fikirkan keselesaan orang lain masa menjaga kita, kitalah orang yang sangat bagus. Nak tak nak, Ibubapa kita, pasangan kita akan jaga kita sebab mereka sayang kita, namun, kita sayang tak mereka.? Jika kita saya mereka, pastikan kita cuba berusaha untuk beri keselesaan kepada mereka kelak semasa jaga kita.

Jadinya, anda pilih, nak suruh Ibubapa @pasangan kita jaga kita dengan selesa atau bersesak sesak..? Nak suruh mereka susah susah cari duit bayar bil kita atau tak.? Anda tentukan. Anda boleh fikir dengan akal fikiran yang Allah swt kurniakan kepada kita.

Bertindaklah dengan bijak, siapjan dana perubatan dengan membuat simpanan di takaful. Anda mampu melaksanakannya. InsyaAllah.

Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444
PU Atiq Aziz Takaful II

SETIDAKNYA, KESEDARAN WUJUD BUKAN KERANA ANDA YANG KEMALANGAN

SETIDAKNYA, KESEDARAN WUJUD BUKAN KERANA ANDA YANG KEMALANGAN

PU'Atiq nak kongsi satu kisah, ini kisah rakan ejen PU di Kota Bharu, namaya Hamizah, ejen baru. Hamizah mesej personal kawan2 dia, hanya nak maklum dia sekarang jadi ejen takaful. Jadi, mana2 kawan yang nak servis Hamizah, dengan harapan kawan2 dia mesej la dia. PU'Atiq suruh Hamizah mesej kepada semua kawan dia.

Jadi ada seorang Bro ni, dia jawap tak minat takaful. Hamizah hanya kata "ok dan :) " sebab memang PU ajar supaya kita hanya nak beritahu dia je yang kita ejen takaful, bukan nak suruh dia beli sekarang, nanti dia nak dia hubungi kita. Kalau ambil sekarang lagi la baik.

Lepas beberapa minggu, Bro ni mesej Hamizah, nak ambil takaful. Ha dia dah minat kot hahah. RUpanya memang betul dia dah "minat" dengan takaful. Aisyeh..baguslah kan. So Hamizah tanya la kenapa tiba2 ko jatuh minat ni?

Bro ni pun cakap la, ada kawan aku sorang ni, aku tengok dia duk masuk hospital swasta, weiii mahal tu, banyak betul duit dia. Bro ni pun pergi ziarah kawan dia, oh, kawan dia ni kemalangan. Jadi Bro ni cakap lah kat kawan dia tu "wah banyak duit ko masuk hospital swasta, gempak la ko!"

kawan dia cakap.."hahah, mana ada, aku guna kad perubatan PruBSN la, aku simpan duit dalam pelan 3 dalam 1 PruBSN" ... sebab tu aku boleh datang sini, kalau tak mahu aku jual motosikal aku tu.

Makanya, dengan sebab itulah Bro kawan Hamizah ni mula minat dengan takaful. So nasib baik ko sedar dan minat takaful bukan kerana ko kemalangan, kalau tak kirim salam selamat hari raya :) haha.

Jadinya, anda macam mana? Nak sedar kerana kisah orang lain atau nak sedar atas kisah musibah diri sendiri?

Semuanya pilihan anda :) kami tolong sampaikan jer. Mahu percaya silakan, mohon waktu sihat mudah, mohon waktu sakit susah :) ;)

Nasihat ikhlas, jom simpan duit di takaful untuk dana perubatan anda di PruBSN.

Ikhlas.
PU Atiq Aziz Takaful II
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

Wednesday, December 9, 2015

SUMBANGAN TAKAFUL

Siapa sumbang keuntungan untuk Astro setiap bulan? Angkat tangan.

Siapa pula sumbang dana kecemasan untuk diri sendiri dalam takaful? Angkat tangan.

Jangan lupa penuhi dana kecemasan peribadi, kelak diri sendiri merana.

NAK IKUT PENGHASUT MANA? HASUT TAK PERLU AMBIL TAKAFUL ATAU HASUT AMBIL TAKAFUL?

NAK IKUT PENGHASUT MANA? HASUT TAK PERLU AMBIL TAKAFUL ATAU HASUT AMBIL TAKAFUL?

Kita hidup ni memang akan tolong menolong, tetapi kalau sekadar nak harap orang tolong sahaja tanpa diri sendiri tak nak tolong diri, apa boleh buat.

Sama juga masa kita dalam kesusahan nak berubat, duit tak de, mak ayah sakot lumpuh, anak2 tak de duit, kita hanya share je status, tapi tak derma pun. Sebab apa? Boleh jawab sendiri.

Sebab tu, nak harap orang tolong, letak lah #100 impian tu, #1 tolong diri dulu, ambil takaful, buat dana kecemasan dan perubatan di takaful. Barulah kita tak kecewa sangat nanti.

Yang tolong hasut anda tak perlu ambil takaful pun InsyaAllah hanya tolong tengok je awak. Tahu tak?

Kami ni hasut anda ambil takaful sebbab nak tolong awak2 semua dapat duit nanti. Tak nak ke?

So, pilihlah hasutan mana yang terbaik untuk anda, ketika anda sihat hasutan tak perlu ambil takaful itu bagus sebab anda tak perlu bayar bulanan takaful, tapi, faham2 lah, masa awak sakit awak lagi sakit hati sebab yang hasut awak tu tak nampak batang hidung dah.

Yang hasut awak ambil takaful masa sihat awak akan sakit hati sebab awak kene bayar bulan2,tapi nanti awak akan suka hati sebab dia akan bersama awak nanti.

Pilihlah. Anda ada akal, ada ilmu ada hati. Fikir2kan.

Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444
PU Atiq Aziz Takaful II

MARKET SHARE INDUSTRI TAKAFUL (Q3 2015)

MARKET SHARE INDUSTRI TAKAFUL (Q3 2015)

Alhamdulillah, PruBSN Takaful masih mendahului jualan #1.

Kedudukan ini bukan senang nak di capai apatah lagi mahu kekal prestasi serta dugaan menimpa juga kuat tinggi.

Pelbagai viral dilakukan, namun, jika sesuatu kejujuran menjadi asas, insyaAllah ia pasti tidak melemahkan namun ia menguatkan lagi prestasi kami.

Kepercayaan, kesetiaan, sokongan diberikan kami hargai dan tidak persiakan. Kami cuba yang terbaik.

Terima Kasih semua.

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

PU Atiq Aziz Takaful II

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI

PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI

Perancangan Kewangan Peribadi (PKP) merupakan konsep yang luas berteraskan keperluan dan objektif kewangan seseorang. PKP ialah proses bersepadu yang dengannya seseorang dibantu melalui:

1. Pengurusan Tunai
2. Pengurusan Risiko &  Perancangan Takaful
3. Perancangan Pelaburan
4. Perancangan Cukai
5. Perancangan Persaraan & Estet (Wasiat)

Perancangan ini sangat penting agar ia membantu seseorang itu dapat

1. Melindungi aset daripada kerugian dan kesan inflasi
2. Memastikan pendapatan yang mencukupi apabila diperlukan
3. Menambah baik atau mengekalkan gaya hidup masa kini dan juga masa depan
4. Memastikan seseorang "tidak perlu risau"  tentang kedudukan kewangan mereka.

Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444
PU Atiq Aziz Takaful II

Tuesday, December 8, 2015

KAD PERUBATAN TAKAFUL SEBAB NAK MASUK HOSPITAL SWASTA?

KAD PERUBATAN TAKAFUL SEBAB NAK MASUK HOSPITAL SWASTA?

PU'Atiq, ada ejen takaful suruh saya ambil kad perubatan, dia cakap macam tu.. Betul ke?

Hehe.. Ok macam ini, mungkin dia nak buat awak tertarik. Ye la, semua macam syokkk je apabila sebut hospital swasta, ye lah, dah macam hotel!

Bagi PU'Atiq, hospital kerajaan atau hospital swasta tak kisah janji hospital mana yang dapat memenuhi keperluan kita. Tak semestinya hospital swasta boleh buat semua kan. Kalau kes berat, hospital swasta serahkan kepada hospital kerajaan :)

Cuma, apabila masuk hospital mana2 pun, apabila kita perlu keluarkan duit untuk membayar bil rawatan di sana, kita sudah ada duit dalam kad perubatan. Itu yang penting.

Kita pergi lah hospital yang boleh penuhi keperluan kita dan terbaik masa itu. Contoh, anak demam panas kena warded, PU'Atiq nak tanya, hospital mana yang selesa (jawap jujur). Hospital wad kelas 3 atau hospital wad bilik seorang?

Pasti ramai kata wad bilik seorang, semestinya hospital swasta boleh kita gunakan. Kena caj tak? Mestilah kena. Tak kan free kot. Ada duit nak bayar.? Mestilah ada, kan ada duit dalam kad perubatan. Ha.. Bijak bijak. Macam ni la.

Ok, kita lihat pula kes jantung, sedia maklum, Institut Jantung Negara adalah pusat rawatan jantung terbaik di Malaysia, ia milik kerajaan (dengar2 nak di swastakan :) )  ok. Kalau nak ke sana perlu kos tak? Ada yang tak berkos, ada yang berkos. Ada yang kena tunggu giliran ada yang terus boleh buat rawatan. IJN ada yang bahagian koperat, nak cepat, nak deras.. Boleh jer, bayar lah. :)

So, bila ada duit, kita ada pilihan nak pergi hospital mana, doktor pakar mana.. Pilih jer.

Ini tak tipu! Klien PU'Atiq telah memeningkan Pu, duk pilih hospital, duk pilih doktor mana dia nak operate lutut dan hempedu. Ada kat seminggu juga duk bincang dengan dia. Hosp KPJ la, hosp Colombia Asia la. Banyaklah, pening! Akhirnya mereka buat pilihan masing2. Alhamdulillah.

Sebab apa mereka ada pilihan? Sebab mereka ada duit. Duit mana? Duit dalam kad perubatan. :) bijak bijak!

Hospital kerajaan dan hospital swasta masing2 ada kelebihan masing2. Kita perlukan keduanya. Pastikan anda ada duit baru boleh sembang nak pergi hospital mana :)

Jom SIMPAN duit dalam TAKAFUL untuk buat dana kecemasan, dana perubatan :)

Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

PU Atiq Aziz Takaful II

BERAPA LAMA GAJI BOLEH BERTAHAN?

BERAPA LAMA GAJI BOLEH BERTAHAN?

Persoalan ini memang sentapkan PU'Atiq juga, PU bukan sahaja perlu nasihatkan orang, tetapi PU pun perlu fikirkan untuk diri PU & keluarga PU sendiri.

PU percaya, insyaAllah, masa kita sihat kita akan terus berusaha cari duit.

Cuma kita perlu fikir jika situasi ini berlaku :

1. Diberhentikan kerja tapi masih sihat, ini tak apa, boleh usaha cari kerja lain.

2. Jika diberhentikan kerja, tak boleh bekerja disebabkan kita ni sakit, lumpuh, yang ini PU'Atiq ada cara nak tolong anda, jika anda nak, boleh pm.

3. Jika kita meninggal dunia, keluarga kita dah tak dapat duit daripada kita, Kasihanilah mereka, jika anda nak beri lagi duit kepada mereka, PU'Atiq boleh bantu, pm PU'Atiq.

PU'Atiq boleh tolong untuk sediakan duit kepada anda sekeluarga bagi kes jika anda meninggal dunia @lumpuh @kritikal. Nak berapa lama duit tak kisah, nak setahun , 5 tahun, 10 tahun atau selamanya pun boleh InsyaAllah, just PU'Atiq je. PU Atiq tolong terangkan.

Terima kasih.

Ikhlas

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

PU Atiq Aziz Takaful II

ORANG ASING ATAU KAWAN LEBIH BAIK?

ORANG ASING  ATAU KAWAN LEBIH BAIK?

Tiada yang betul, tiada yang salah. Adakalanya ia bergantung kepada seseorang atas ketentuan Nya.

Alhamdulillah, dalam bisnes takaful ini, PU'Atiq diberi kepercayaan oleh keluarga & kawan2, mereka tidak menghindari dengan PU, malah mereka dengan senang hati hadir kepada PU. Syukur, semua ini dengan izin Allah, yang menggerakkan hati2 mereka.

Bagi orang asing, PU'Atiq tidak ada kemahiran yang tinggi untuk mengubah mereka menjadi klien, mungkin style PU tidak suka nak bodek2 orang membuatkan PU tidak selalu dampingi mereka. Namun, PU rasa, insyaAllah boleh atasi masalah ini, cuma perlu usaha lebih sikit.

Kombinasi orang asing & kenalan adalah sangat penting dalam bisnes takaful. Apabila orang asing menjadi klien kita, kita tukar dia menjadi kawan dan akhirnya kita dengan dia lebih mesra.

Bernetworking dengan klien adalah satu cara sangat best. Di belakang klien masih ramai orang2 boleh kita bantu dengan mudah, mereka ada kenalan, mereka ada ahli keluarga, mereka ini semua juga perlukan perlindungan duit, mereka perlukan takaful. Maka, klien kita boleh perkenalkan kita kepada mereka itu semua.

Apa yang penting, kita jujur dalam berniaga. Usah ada niat bak tipu orang, insyaAllah akan berjaya. Doalah sentiasa buat klien dan prospek kita agar mereka sentiasa sihat, boleh bekerja/berniaga mencari nafkah bagi menyara keluarga dan membayar takafulnya :)

Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

PU Atiq Aziz Takaful II

Monday, December 7, 2015

AMARAN ! JANGAN PERCAYA STATUS INI.

AMARAN ! JANGAN PERCAYA STATUS INI.

Kalau sakit, nak berubat apa pun sanggup keluarkan duit asalkan dapat sihat. Kos mahal, ubat mahal.. Usaha juga cari duit bayar. Itu lumrah.

Cuma satu je tak boleh walaupun sanggup bayar iaitu baru nak ambil takaful :( . I'm sorry bak kata Amerika Raja Lawak (ini bukan buat lawak ni)

Makanya, sanggupkanlah diri bayar takaful yang tak mahal itu ketika sihat untuk pakai waktu sakit.

PU Atiq Aziz Takaful II

ANAK DEMAM BOLEH KLAIM TAK?

ANAK DEMAM BOLEH KLAIM TAK?

Situasi Anak Demam.

PU'Atiq, anak saya ni demam, dah 2,3 kali pergi klinik, boleh tak saya klaim?

InsyaAllah  PU'Atiq cuba jawab dan terang sebaiknya. Siapa nak tahu ni? :)

Medical Kad PruBSN cover bagi kes warded dan juga kes outspatient yang telah berwarded. Macam mana tu?

Ok, kita lihat kes ini. Anak demam, sudah pergi klinik 2,3 kali.

Rawatan 1: 1.1.2015 bil RM100, anak tak warded maka jawapannya tak boleh klaim.

Lepas tu, anak meragam lagi,

Rawatan 2: 5.1.2015 bil RM105, anak tak warded juga, maka jawapannya tak boleh klaim.

Lepas beberapa hari, anak masih tak sihat... Pergi klinik lagi..

Rawatan 3 : 8.1.2015 bil RM115, anak tak warded juga maka jawapannya tak boleh klaim juga :(

Dan anak kali ini demam lagi teruk! Pergi bawa klinik dan doktor sarankan masuk wad untuk rawatan lebih lanjut.

Ha... Masa ini boleh guna KAD PERUBATAN PRUBSN* untuk membayar bil kos rawatan di hospital.

Katakan berada di wad selama 5 hari,  bil RM5000, maka klaimlah dengan PruBSN dan dapat elaun wad (jika ada, tertakluk atas polisi masing2)

Bagaimana bil klinik tadi??

Ok, mai PU'Atiq terangkan.. Tadi Pu kata boleb klaim tak? Tak.. Betul.. Bagus.

Ok, bila kes ini telah berakhir di warded, maka bil 30/90 hari** sebelum warded boleh klaim dan juga bil 90 selepas warded sebagai susulan.

Jadinya, bil Rawatan 1,2,&3 boleh klaim tak?  Jawabnya BOLEH KLAIM :)

Macam mana nak klaim?

Beri resit kepada ejen, ejen akan uruskan. Ala PU'Atiq, ejen saya jauh. Kita bertimbang rasa saling bantu membantu, kita pos resit tu, boleh? Kalau PU boleh je buat macam tu, anda mesti boleh juga kan.

PU'Atiq, Lepas warded biasa ada susulan juga kan, boleg klaim tak? Hehe.

Boleh, anda boleh klaim bil untuk tempoh susulan dalam 90 hari selepas warded. Kaedah bayar dulu bil itu, klaim kemudian. Minta doktor tulis skit atas resit tu "rawatan susulan demam" dan minta doktor sign dan cop Skit. Pastu bagi ejen buat klaim :)

Tapi kalau lepas rawatan 3 tadi tu, anak dah sihat. Macam mana?

Jawapnya.. tak boleh klaim lah. :)

Kalau kes kemalangan lain pula, warded atau tak warded, boleh klaim. Tak de masalah.

So, anda faham tak? Belajar sesuatu? Komen skit. Share la ye. Terima kasih.

Ikhlas

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444
PU Atiq Aziz Takaful II

Nota
* ikut terma dan syarat
** lihat terma jenis kad/polisi

Sunday, December 6, 2015

SIMPAN DUIT DI TAKAFUL UNTUK PERLINDUNGAN.

Perancangan Masa Musibah

SIMPAN DUIT DI TAKAFUL UNTUK PERLINDUNGAN.

Allah swt suruh Nabi Yusof simpan stok makanan selama 7 tahun bagi menghdapai musim kemarau.

Ini ilmu kewangan Allah ajar kita dalam Al-Quran dan juga cara berusaha atas sesuatu dan bukan hanya berserah kepada takdir.

Kita sudahkah buat perancangan masa musibah?

Sebagai contoh PU'Atiq berikan,

perancangan duit untuk bayar bil rawatan apabila kita sakit?

Perancangan duit untuk income kepada famili apabila kita mati @lumpuh @kritikal.?

Atau semuanya serahkan kepada Allah tanpa berusaha?

Alat kewangan yang paling sesuai untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah ini adalah takaful.

Ya takaful. Itulah cara yang sesuai.

Nak simpan duit, guna alat kewangan bank,

Nak labur duit, guna alat kewangan hartanah, emas, unit trust, saham dl

Nak LEBUR & SONTOT duit, guna alat kewangan MLM, skim Pak Man Telo (Jangan Ikut!)

Jadinya, PU'Atiq mahu nasihatkan kepada semua, silalah buat perlindungan wang, usah hanya membanting tulang cari duit masa sihat, ingat juga buat duit masa sakit.

Semoga anda semua bertindak segera.

Silalah SHARE.

Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

PU Atiq Aziz Takaful II

TAKAFUL & PELEPASAN CUKAI LHDN

TAKAFUL & PELEPASAN CUKAI LHDN

Soalan : Pu'Atiq boleh jelaskan skit pasal pelepasan cukai kalau ambil Takaful..

Jawapan :
PELEPASAN CUKAI

Life+KWSP = RM6K
Medical = RM3K

Katakan KWSP dah potong RM400 (RM4800 setahun) , maka baki LIFE boleh masuk dalam pelepasan rm1200/pa. jadi kes contoh ini masih boleh digunakan sebab LIFE e dia RM462.84

Kalau KWSPnya sudah potong RM600 sebulan /RM7200 setahun?

Pelepasan hanya RM6K sahaja, maka takaful LIFEnya tak boleh masuk dalam pelepasan sebab limit dah penuh.

Untuk medical pula.

Untuk pelepasan Medical RM3K/pa, dia baru ada RM1937.1 60 maka boleh isi dalam pelepasan cukai.

Sila SHARE.

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

PU Atiq Aziz Takaful II

Reminder Payment. Sayang RM120, melepas RM4000. :(

Reminder Payment. Sayang RM120, melepas RM4000. :(

- Dua bulan lepas remind payment seorang klien sebab dah 4 bulan tak bayar tapi polisi masih lagi aktif.. Masuk je bulan berikutnya polisi terus LAPS.. Hanya ada masa 1-7hb je utk settlekan sebulan bayaran dan akaun terus aktif seperti biasa....

- hingga 7hb klien still tak nak bayar dengan alasan cuti sekolah nak pakai duit banyak sebab dah janji nak bawa anak-anak pergi jalan-jalan.

- 29hb klien call anak kena masuk wad sebab demam panas.. Bil hospital RM4,000 lebih selama 3 hari di KPJ..

Klien minta tlg buatkan klaim RM4,000..  

Saya just bagitau, "kalau abang keluarkan duit RM120 tempohari, sekurang-kurangnya abang dah selamatkan RM4,000 duit yang abg keluar kan hari ni"...

Dia jawab "saya tak sangka yang anak nak demam dalam tempoh ni"..

"kalau lah saya tahu sakit tu nak datang bila, saya pun nak stop sekejap insurans saya. Nanti dah nak sakit baru saya sambung semula, " balas sy...

*semua orang tak suka bayar takaful tapi nak klaim dah tentu ramai yang suka..

#sekadarrenungan
#beringatsebelumkena
#kliendalamdilema

Cc Ust Din ( Fb: Shahrudin Penang)
PU Atiq Aziz Takaful II

GEMBIRA SANGATKAH BERITA INI?

GEMBIRA SANGATKAH BERITA INI?

"Wei Din.. Aku ada berita gembira utk hang.. Aku la ni dah kena penyakit j******.. Dah berapa malam dok hospital ni.. Aku nak tanya hang, kalau nak ambil plan yang hang offer kat aku hari tu bila hang boleh proses??? Lagi cepat lagi bagus..
_________________________________________

Berita gembira??? Adakah dia ingat agent insurans ni memang suka customer sakit????

Dia tau tak berita paling sedih utk agent insurans bilamana dapat tahu customer sakit tanpa ambil insurans @ Takaful..

Sebab pengalaman orang yang datang jumpa kami, semuanya merungut tak leh nak cover bayar bil hospital, bayar bil ubat-ubatan.. Sekali sakit habis duit simpanan.. Kadang2 sanggup berutang sana sini..

Nak tunggu sakit baru nak hubungi agent insurans???? 😓😓😓

CC UST DIN (Shahrudin PenangangPU Atiq Aziz Takaful II II

Thursday, December 3, 2015

Selesai Masalah Dengan Takaful

Semua orang boleh elakkan masalah bertingket-tingket ini hanya dengan konsisten menyimpan untuk 3 perkara dalam 1 masa...

1. untuk penggantian income
2. untuk kad kesihatan
3. untuk simpanan.

sangat mudah...hanya perlu kesedaran & disiplin menyimpan. ketahui keperluan vs kemahuan. utamakan keperluan...itulah pengurusan wang bijak.

Ibu-ibu, fikir sekejap..

ibu-ibu, cuba fikir sejenak...apabila suami sudah tiada...apakah bagus suami tinggalkan gajinya selama 77 bulan atau 0 bulan?

sekejap je fikir...tidak perlu lama-lama...

ibu-ibu bekerja & surirumah SEPENUH MASA... pastikan hak anda terbela oleh suami mu... <3

Wednesday, December 2, 2015

FUNGSI SIMPANAN DALAM TAKAFUL

Fungsi Simpanan adalah sebagai PROTECTION of POLICY. Contoh, klien PUatiq bayar 1x pada Ogos2014 dan hingga hari ini 1 Dec 15 baru polisi LAPSED. 1x bayaran dapat bertahan 4 bulan*. Andai anda memiliki pelan keluarga standalone agak2 AKTIF lagi tak polisi?

Ada ketika kewangan kita bermasalah, tapi kita tak nak kehilangan perlindungan. Maka pelan Investmentlink ILP adalah pelan terbaik.

Jangan terkejut ada ejen takaful kata "saving di takaful adalah BULLSHIT!" . Saya kasihan kepada ejen begitu. Apatah lagi beliau selalu bercakap tentang urusduit.

Fahami betul-betul konsep dan polisi anda miliki. Jangan fikir murah sahaja. Medical sahaja memang murah namun tiada Life dan Saving. Dapatkan penerangan yang tepat.

Nota: * ia bergantung kepada polisi untuk kemampuan polisi dapat hidup jika tiada bayaran. Lain polisi lain kondisi.

He2, takaful satu!

Ikhlas
PUatiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

TAKAFUL MENIPU?

TAKAFUL MENIPU?

"Takaful menipu!" biasalah pandangan segelintir masyarakat. Ia terjadi kerana kebanyakan daripada mereka salah faham.

Namun, jika kita halusi dalam kita tidak mempercayainya ramai orang sudah dapat manfaat dan siap kata "tak rugi ambil takaful".

Pengalaman Tuan Sufian Bin Kamaruddin boleh kita sama2 ambil panduan. :)

"Tak rugi ambil takaful, tetapi kalau tak ambil kompem rugi!" - PUatiq

He2, takaful satu!

Ikhlas
PUatiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

BATAL TEMUJANJI

Terbaik Agen Takaful punya respon appointment batal ;)

Semalam PU'Atiq tolong klien PruBSN kawan atas kawan atas kawan. Kanser Usus, bil sekarang dah RM20K, duduk di KPJ Perdana 20 hari, bil sebelum ini RM7K. Dia umur 31 tahun, perempuan.

Dia ambil pakej paling rendah RM130 sejak Ogos 2011. Yang paling PU'Atiq rasa sebak, mak ayah dia jaga dia, mak ayah dia baik, senang hati dapat berikan khidmat rawatan yang baik dan selesa.

Mak ayah dia duduk dalam wad jaga dia selesa, nak tidur, mandi, makan, rehat semua selesa. Itulah anak nak hargai mak ayah. Mak ayah akan jaga anak2nya, maka kita patut fikir untuk beri keselesaan kepada mereka apabila dia jaga kita.

Dah terlajak lain Pu sembang. :)

GAJI BERTERUSAN SELEPAS MATI @LUMPUH @KRITIKAL

Adakah anda inginkan gaji anda masih berterusan untuk diri dan keluarga anda jika anda ditimpa musibah seperti kematian lumpuh @kritikal?

Bagaimana Memastikan Gaji Dapat Terus Dijanakan Untuk Keluarga Apabila Sesuatu Terjadi Kepada Ketua Keluarga

http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan

http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan1

Ikhlas
PU'ATIQ
MENTOR TAKAFUL #1 ANDA
WWW.URUSDUIT.COM
WWW.FB.COM/ATIQAZIZ

KALAU ADA CARA LAIN UNTUK PERLINDUNGAN WANG, KONGSIKAN JUGA KEPADA SAYA.

KALAU ADA CARA LAIN UNTUK PERLINDUNGAN WANG, KONGSIKAN JUGA KEPADA SAYA.

"Dah ramai ejen takaful datang cni.. Tp mereka balik kosong je. Maaf la ye, walaupun deme kawan ambe.. Ambe xboh dgr deme promo takaful, bleh?"

:-) ;-) :-) ;-) senyum sokmo deh.." Sufian Mohd

Kita bukan promo takaful, kita promo untuk anda buat perlindungan, cuma alatnya adalah takaful. Anda nak melabur, alatnya hartanah unitrust emas dll.

Melainkan anda sudah ada perlindungan tersendiri, makna kata, jika anda lumpuh anda sudah ada cara nak buat pendapatan setiap bulan, its ok lah. Saya pun nak tau caranya, jika bagus, saya pun nak ikut :)

Tidak hanya guna takaful untuk melindungi kewangan, namun itulah alat paling cepat boleh memenuhi hasrat anda. Di samping, usaha juga dengan cara lain.

Hari ini mungkin anda tak mahu, esok2 mungkin mahu, cuma doa saya, biarlah anda mahu dalam keadaan anda masih layak iaitu sihat.

PU Atiq Aziz Takaful II

Monday, November 30, 2015

COVER SEMUA, MASUK WAD PUN COVER.

"Jika encik jatuh biasa pun kita cover" ini kata agen yang seingat oleh pelanggan.

Apabila pelanggan mengalami kecederaan dilengan hampir putus urat akibat serpihan kaca hendak dapatkan rawatan yang berlaku adalah sebaliknya.

"Saya tak kata pun begitu...polisi akak tak boleh claim bil hospital"

Situasi ini nak salahkan siapa? Agen @ pelanggan?

Semasa agen PruBSN Takaful menerangkan kondisi polisinya itu, pelanggan tidak mahu menerima fakta yang wujud dan teguh menyakini kata kata agennya.

Dan kini, barulah dia sedar dan akui apa diterangkan oleh agen PruBSN dahulu adalah benar. Sememangnya polisinya dahulu tidak lengkap.

Polisinya tiada kad perubatan, yang dimaksudkan oleh agen masuk wad cover adalah untuk elaun wad.

Moral :-

1. Usah yakini kata kata agen tanpa bukti maksudnya, jika agen katakan bil ditanggung oleh syarikat takaful, pastikan ada tertulis didalam polisi.Jika tidak diberikan kad perubatan, maka tiadalah manfaat kad itu membayar bil hospital.

2. Walaupun sudah memiliki polisi, rajin rajinkanlah izinkan agen lain menilai dan menerangkan semula apa yang anda ada.

P/s: penilaian haruslah bersandarkan fakta dan bukti dalam buku polisi bukan sekadar angguk sahaja apa agen kata. Jika tiada pembuktian maka mungkin agen itu ada niat tidak jujur dan tidak beretika.

Usah terkeliru antara bayaran elaun wad hospital dan bayaran bil rawatan hospital.

8/10 prospek saya jumpa mereka sangat terkeliru dengan ini.

Klien perlu baca buku polisi, ejen tidak mampu terangkan kesemuanya apa tertulis dalam buku polisi, jika mahu ejen cerita semua maka ejen akan baca buku polisi depan anda. :)

PU Atiq Aziz Takaful II

Kenapa Tidak Ambil Takaful Diri Jika Takaful Kereta Diambil

PU'Atiq ke bengkel Mie Ketuk Body sebab nak pasang bumper Persona PU semalam langgar Myvi, tercabut je bumper tu, alhamdulillah.

Tanya pomen, kenapa kereta ni, Honda Civic FD. Dia kata kemalangan. PU tanya, kenapa tak klaim takaful? Pomen kata tuannya ambil TAKAFUL 3RD PARTY.

Makanya kos baik pulih kereta sendiri kena tanggung 100% sendiri. Kosnya dalam RM30K.

Makanya, perlu kita ambil takaful 1st Party  agar kita boeh klaim dengan pihak takaful.

Sama juga dengan diri kita, kalau kita sakit, kita nak klaim dengan siapa? Hospital kerajaan ada tetapi ada juga kosnya, tidak semua percuma, jika semua percuma  kenapa masih ada rakyat Malaysia mohon derma rayuan untuk kos perubatan?

Kalau kereta anda beli takaful, kenapa tidak diri anda?

"PU'Atiq, kerajaan wajibkan beli takaful kereta, kalau tak kami pun tak nak beli"

Waduh2, tidak semudah itu anda boleh bicara, jika anda tak beli takaful kereta  minimum 3rd party jika anda langgar orang, anda perlu tanggung kos baiki kereta anda langgar dan kereta anda.

Jika anda beli takaful 3rd party (KERAJAAN WAJIB YANG NI JE YE), jika anda langgar orang, kereta anda langgar klaim takaful anda dan anda baiki sendiri. Mahu? Sanggup?

Jika kereta anda TOTAL LOST, bagaimana? Kereta sudah hancur, loan kereta masih ada di bank. Huhu.
Jika anda beli takaful 1st party, kereta anda langgar dan kereta anda takaful bayarkan kos baiki. Amacam? Mesti mahu yang 1st party kan.

Kalau kereta anda total lost, hutang dibank takaful bayar.

So sekarang, siapa mahu ambil takaful kereta? Anda mahu ke atau kerajaan wajib? Hehe.

Nasihat PU'Atiq, anda ambillah takaful hayat untuk diri dan keluarga sebagai perlindungan wang bagi anda sekeluarga iaitu untuk memastikan gaji anda masih dapat dijanakan walaupun anda sudah meninggal dunia @kritikal @lumpuh serta untuk dana kesihatan.

So, bila anda mahukan perlindungan? Sekarang? Bagus. Hubungi PU'Atiq 0129093444

SEMAK JENIS POLISI ANDA

PERHATIAN! Sila semak status polisi anda. Samaada ia lindungi anda akibat kemalangan sahaja atau kesemua situasi.

Jika anda mengambil Personal Accident (PA) ia hanya lindungi anda jika akibat KEMALANGAN SAHAJA. Bayar bertahun-tahun dan apabila sakit akibat biasa (demam, jantung, kanser dll) polisi tidak lindungi maka ia memberi masalah besar kepada anda.

Hubungi PUatiq untuk mengenalpasti apakah manfaat yang terkandung dalam polisi anda, lakukan semasa sihat bukan ketika hendak guna. :)

Ikhlas:
PUatiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com

Sunday, November 29, 2015

AGEN TAKAFUL NAK KUTIP DUIT JER?

Pang!
Kene soalan sebiji waktu tengah bentang takaful pada kawan kawan..

Ada seorang hamba ni memberikan pandangan dia tentang agen-agen takaful..

"Korang agen insurance ni, sibuk je nak ambil duit orang..Kalut call, sms, whatapps apa semua..

Semua nak duit kitorang je sebenarnya"..
Saya pun tarik nafas dalam dalam sambil pandang beliau dengan penuh kasih sayang dan saya balas..

"Sahabat, jika ikutkan tahap saya ini, saya tak perlu dah duit sahabat, Jika RM150 saja, berapa sangat lah komisyen saya..Saya ramai lagi client saya yang mencarum RM400 sebulan, RM1000 sebulan, RM3000 sebulan untuk satu keluarga..

Kalau RM150, saya kalau ikutkan saya tak kisah sahabat nak ambil atau taknak"..Saya berhenti sekejap dan saya dapat lihat reaksi terkejut di mukanya..lalu saya sambung..

" Tapi disebabkan saya pernah handle cases client saya..Bila lihat bil dekat RM5000-RM40,000 fully dicover oleh Prudential BSN Takaful,that the time i believe, i have to tell anyone about the beauty of takaful..

Apabila family diberi pampasan RM100,000 apabila ibu atau ayah meninggal, bukankah itu meringankan beban family yang baru ditimpa musibah?

Bukan kah itu sedekah yang boleh memberatkan saham akhirat mak ayah kita?

Apabila seluruh operation dicover oleh PruBSN , bukankah ia menyelamatkan kewangan family dari berhutang sana sini untuk bayar kos perubatan yang boleh mececah ratusan ribu ringgit?

Apabila mak ayah meninggalkan anak yang masih kecil,Prudential akan beri FREE polisi savings dan medical card sampai umur 25 tahun..

Maknanya anak kita pada umur 25, walaupun tiada ibu ayah,dalam savings takaful ada dalam RM25,000 ke RM40,000 dan dapat masuk mana mana hospital swasta tanpa perlu apa-apa bayaran..

bukankah ini membantu anak kita yang sudah tiada ibu ayah?

Bukankah ini membantu anak kita untuk melanjutkan pelajaran dengan wang simpanan dalam takaful tersebut?"..

Sahabat saya pun senyap sambil mengangguk perlahan lahan..
Saya pun beri kata-kata terakhir..

"Banyak lagi kelebihan takaful jika saya ingin ceritakan..Ramai yang tak faham apa peranan takaful..

Ramai yang rasa agen takaful ini gila kejar orang..

But bear in your mind..When you sick, pasti anda datang mencari kami..dan pada waktu itu kami pun rasa sakit dan pedih yang amat amat sangat bila kami hanya mampu melihat..Kami dah tak boleh buat apa-apa untuk bantu kamu waktu itu"..

Habis saja saya cakap tu, bila nampak dia termenung jauh dan rasa suasana perbualan makin tegang,
Saya pun ubah tajuk lain supaya suasana jadi tenang semula..dan kami pun minum dan makan sampai kenyang..

Cc FB Tuan Mohd Nazrin PruBsn Takaful

PRUBSN PLATINUM 2

Ini Pakej Platinum Untuk Taufiq

Umur : 25
Perlindungan : RM35K
Sumbangan : RM552/bulan
Tempoh Bayaran : 20 Tahun
Tempoh Matang Pada Umur : 55 tahun

Bayar 20 tahun, perlindungan 30 tahun.

Kaedah 1
Cash Payout Option : Accumulate in UIA

Jumlah bayaran 5 tahun RM132480

Anggaran Pulangan

1. Cash Out Di Tangan Tahun ke 2 hingga Tahun ke 10 : Tiada (dimasukkan dalam UIA)

Cash Out DiTangan Tahun ke 11 hingga tahun matang : Tiada (dimasukkan dalam UIA)

2. Pulangan Matang : RM269564

TOTAL : RM269564

Kaedah 2
Cash Payout Option : To TH/Bank

Jumlah bayaran 5 tahun RM84660

Anggaran Pulangan

1. Cash Out Di Tangan Tahun ke 2 hingga Tahun ke 10 : RM700X9=RM6300

Cash Out DiTangan Tahun ke 11 hingga tahun matang : RM1400X20=RM28000

2. Pulangan Matang : RM205268

TOTAL : RM239568

Manfaat lain:
1. Jika dihidapi sakit kritikal, caruman menjadi PERCUMA.

PRUBSN PLATINUM

Ini Pakej Platinum Untuk Taufiq

Umur : 25
Perlindungan : RM25K
Sumbangan : RM1411/bulan
Tempoh Bayaran : 5 Tahun
Tempoh Matang Pada Umur : 55 tahun

Bayar 5 tahun, perlindungan 30 tahun.

Kaedah 1
Cash Payout Option : Accumulate in UIA

Jumlah bayaran 5 tahun RM84660

Anggaran Pulangan

1. Cash Out Di Tangan Tahun ke 2 hingga Tahun ke 10 : Tiada (dimasukkan dalam UIA)

Cash Out DiTangan Tahun ke 11 hingga tahun matang : Tiada (dimasukkan dalam UIA)

2. Pulangan Matang : RM229100

TOTAL : RM229100

Kaedah 2
Cash Payout Option : To TH/Bank

Jumlah bayaran 5 tahun RM84660

Anggaran Pulangan

1. Cash Out Di Tangan Tahun ke 2 hingga Tahun ke 10 : RM500X9=RM4500

Cash Out DiTangan Tahun ke 11 hingga tahun matang : RM1000X20=RM20000

2. Pulangan Matang : RM183174

TOTAL : RM207674

Manfaat lain:
1. Jika dihidapi sakit kritikal, caruman menjadi PERCUMA.

Saturday, November 28, 2015

"IKAT UNTA" DALAM KONTEKS KEWANGAN DIRI KELUARGA

"IKAT UNTA" DALAM KONTEKS KEWANGAN DIRI KELUARGA

Sebagai orang memiliki pendapatan dan aset, kita perlu mengurus dan melindungi pendapatan dan aset tersebut.

Anas bin Malik berkata, ada seorang lelaki berjumpa Rasulullah (berselawatlah kamu) dan bertanya:

“Apakah aku patut mengikat unta aku dan bertawakkal atau aku melepaskan unta aku dan bertawakkal ?”

Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) pun menjawab:

“Ikat unta tersebut dan bertawakkal.”

(Direkodkan oleh Imam Tirmizi)

Dalam konteks kewangan , bagaimana kita mahu "ikat unta" kita?

Kita boleh mengambil pelan perlindungan di takaful untuk melindungi pendapatan, aset, harta, Simpanan kita.

Jika sesuatu terjadi kepada kita, kita ada backup dana untuk ganti balik kerugian yang dihadapi.

Contoh, kita sebelum ini sihat dan boleh bekerja dengan menjana gaji sebanyak RM5000 sebulan dan apabila kita  lumpuh maka kita gagal dan tidak boleh lagi bekerja untuk menjana gaji RM5000 itu.

Namun kita sangat perlukan wang itu untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi bagaimana?

Makanya, ambil takaful dengan sejumlah pampasan, maka dengan pampasan itu boleh memberi kita gaji bulanan sebanyak RM5000 sebulan untuk suatu tempoh atau mungkin juga buat selamanya.

Bagaimana mahu buat gaji untuk selamanya?

Anda boleh ikuti panduan di link ini

http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan

http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan1

Dengan tindakan anda hari ini dapat membantu anda tidak kehilangan sumber pendapatan buat diri dan keluarga. InsyaAllah.

Pastikan anda membuat persiapan untuk diri dan keluarga anda demi kehidupan yang lebih baik masa hadapan. Peace of mind.

POLISI RM1JUTA

Cadangan Polisi PruBSN Takafulink

PAKEJ RM1JUTA

Nama: LELAKI, UMUR 32, KELAS PEKERJAAN 2, TIDAK MEROKOK,  HENSEM

Harga: RM600/m

1. Pampasan Life

A. KEMATIAN/LUMPUH akibat
- Biasa RM1JUTA
- Kemalangan RM1JUTA
- Kemalangan awam RM1JUTA

B. SAKIT KRITIKAL RM-0-

2. Kad Perubatan

- TIADA-

3. Simpanan
±100% selepas 20 tahun
±79% selepas 30 tahun
% makin kurang selepas itu.

4. Lain-lain

- Polisi PERCUMA sehingga peserta berumur 80 tahun jika peserta lumpuh/kritikal

Jika ditambah RM400 saver booster,

Bulanan RM1000

3. Simpanan
±135% selepas 20 tahun ( RM325K )
±134% selepas 30 tahun (RM481K)
% makin kurang selepas itu.

ADA HAK BERMINAT?

SIMPAN SEBULAN, ANDAI KEMALANGAN, LUMPUH.. TERUS DAPAT RM1JUTA.

Paksa Diri Sendiri

PUatiq tidak paksa anda, anda mohon sebutharga PUatiq berikan. Mahu fikir dan kaji hak anda. Cuma jangan lama sangat sebab anda dalam keadaan tiada perlindungan.

Ibarat sudah tahu tayar spare dalam bonet tiada, mahukah anda bergerak tanpanya dengan tenang? Pastinya TIDAK. Kedai tayar tak paksa anda baiki tayar itu tapi ANDA MEMAKSA DIRI ANDA BAIKI TAYAR ITU.

Sama juga dengan takaful, ejen tak paksa anda tapi anda perlu memaksa diri sendiri untuk memilikinya dengan segera. Kerana anda yang akan menanggungnya, samada anda miliki atau tidak sijil takaful.

Jika anda ada takaful, anda menanggung senang dan jika anda tiada takaful, anda menanggung susah.

Semua atas diri anda. Anda paksalah diri anda memilikinya.

Sekian.

Ikhlas
PUatiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

Friday, November 27, 2015

PELAN INDIVIDU VS PELAN KELUARGA

Soalan tentang mana lebih baik, pelan individu atau pelan keluarga.

Sering PU'Atiq dapat soalan ini. PU sedaya upaya memberi pemahaman yang jelas kepada prospek sebelum dia memilih pelan yang sesuai. Suka PU ingatkan, setiap pelan ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Untuk menjawab soalan itu, Pu akan berikan jawapan bertulis, ala macam Parlimen, ada jawapan bertulis dan jawapan bermulut (bersuara) hehe.

Antara jawapan bertulis PU adalah

JAWAPAN BERTULIS 1.
Pu akan memahamkan dahulu apa elemen yang wujud dalam takaful.

Secara Ringkas
Penerangan 3 elemen penting

:::Life:::

Cover mati lumpuh kritikal dalam bentuk pampasan. Tujuan untuk ada duit belanja sara hidup jika tak boleh kerja. Ambillah paling banyak pampasan.

Ikut pandangan pakar kewangan, minima 5 tahun gaji kita atau ideal 10 tahun gaji.

Pampasan ini pada tahap kritikal kelas 3 keatas

:::Medikal Kad:::

Digunakan membiayai kos rawatan bil hospital kes yang diwardedkan. Apa sahaja melainkan kes pregnant, gigi, kecantikan dan sakit sedia ada. Kecuali 8 jenis komplikasi kehamilan.

Limit kad ada untuk limit tahunan dan limit hayat. Ia juga ada pakej ikut harga bilik. Bilik 200,300,500.

Ada elaun hospital harian. Contoh RM200 sehari.

Pendek cerita ia untuk bayar bil hospital untuk warded.

:::Simpanan:::

Duit akan terkumpul bagi tempoh jangka masa panjang, 20 tahun. Simpanan boleh jadi kurang 100% dibayar dan mungkin lebih. Simpanan juga untuk bayar polisi (caj tabaru') agar polisi tak cepat mati bila peserta tak bayar.

Jadi 3 elemen ini untuk kita ada bagi perlindungan.

Ikhlas
PU Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

JAWAPAN BERTULIS 2
PU akan kongsikan kisah2 yang real, apakah fungsi saving dalam takaful iaitu sebagai PROTECTION OF POLICY

KISAH TIADA SIMPANAN DALAM TAKAFUL, FUNGSI UTAMA SIMPANAN & FAMILI PLAN

Artikel 1.

http://tiny.cc/PolisiMatiTiadaSimpanan

Artikel 2

http://tinyurl.com/FungsiSavingTakaful

Artikel 3

http://tiny.cc/FamiliPlan1Kad1Famili

Like - Share - Komen Murni 😂

JAWAPAN BERTULIS 3.
PU'Atiq minta prospek tahu juga terma terma lain yang juga pentingnya dibuat penilaian dalam membuat pilihan.

Elemen lain yang perlu diambil kira adalah

1. Kad Perubatan setiap tahun Gerenti renewal atau tidak.

2. Jika peserta lumpuh@kritikal adakah polisi akan percuma atau terminate?

3. Jika ibubapa meninggal@lumpuh@kritikal adakah polisi anak2 akan percuma atau perlu dibayar lagi atau polisi terbatal?

4. Adakah pelan yang diambil itu jenis Uncancellable atau boleh ditarik balik (partial withdrawal term) dengan notis 30 hari?

5. Jangka masa polisi boleh hidup jika tiada caruman dibuat. Adakah boleh bertahan hanya 30 hari atau lebih?

5. Adakah pelan yang diambil memenuhi keperluan peserta untuk elemen LIFE (Protection of INCOME)
, MEDICAL (Protection of  asset/saving sedia ada, pembinaan dana perubatan) & SAVING (Protection of POLICY, Simpanan jangka masa panjang)

Elemen ini juga patut diambil kira dalam proses memilih pelan individu atau pelan keluarga.

Setiap pelan ada kelebihan tersendiri.

Pilihlah pelan memenuhi keperluan anda.

Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

Semoga dapat menjawab pelbagai persoalan anda semua.

Sekian.

Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

Thursday, November 26, 2015

PILIHAN PRODUK PRUBSN

Info : Sesiapa ingin dapatkan pelan perlindungan pendapatan di PruBSN, anda ada 4 pilihan produk.

Kenal pasti kelebihan produk sebelum memilihnya agar ia memenuhi keperluan dan bajet anda.

4 produk itu adalah :

1. PruBSN Protect bermula Rm20/m

2. PruBSN Takafulink bermula harga serendah Rm100

3. PruBSN Ummahlink brrmula harga serendah Rm150

4. PruBSN Platinum bermula harga serendah RM500 (ini produk baharu, bayar 5/10/15/20 tahun cover hingga umur 55/60/70 tahun)

Boleh hubungi PU Atiq Aziz Takaful II untuk info lanjut.

Wednesday, November 25, 2015

TAKAFUL KLAIM REJEK.?

Mendapat panggilan telefon daripada seorang pelanggan Takaful XX lewat malam tadi, bertanyakan saya, GE Takaful ni senang ke nak claim? Dia terus menceritakan kisah beliau tak dapat GL dan terpaksa bayar untuk rawatan di hospital. Saya bertanyakan beliau:

1. Bila sertai Medical Card? Bulan Februari 2015.
2. Bila masuk wad? September 2015
3. Sakit apa? Sakit telinga berdengung yang teruk, ada kaitan dengan hypertension.

Terus saya memberikan maklumbalas, mana-mana insurans atau takaful operator akan investigate tuntutan yang melibatkan hypertension bagi polisi kurang dari setahun.

Pay and claim tidak bermakna tuntutan tuan di tolak terus, dan tidak perlu risau sekiranya sebelum ini tuan tidak pernah mendapatkan rawatan @ diagnose @ mengambil ubat dari mana-mana klinik atau hospital untuk hypertension.

Prinsip medical card dalam takaful adalah pengurusan risiko kewangan, sekiranya sudah ada penyakit sebelum sertai medical card takaful, ianya bukan lagi satu risiko, ianya sudah ditimpa penyakit!

Sertailah Medical Card semasa sihat, semasa muda walaupun anda mempunyai 'superb' benefits daripada majikan, melainkan majikan anda menyediakan rawatan perubatan selama-lamanya sehingga akhir hayat.

PU Atiq Aziz Takaful II
Credit kepada Tuan Ahmad Humaizi

ALHAMDULILLAH BOLEH RINGANKAN BEBAN IBU TUNGGAL ANAK 5

ALHAMDULILLAH BOLEH RINGANKAN BEBAN IBU TUNGGAL ANAK 5

"Hanya orang melaluinya sahaja mengetahui bertapa berharganya SEBUAH POLISI TAKAFUL yg ditinggalkan oleh suaminya."

BACA LAGI DI BAWAH..

Semalam ziarah client yang baru kehilangan suaminya akibat penyakit Hipetetis B. Client memberi polisi suaminya pada kami untuk tahu apa yg boleh di claim. Setelah meneliti, nilai pampasan yang bakal diterima RM60,000 ditambah dengan nilai simpanan dalam RM20,000.00.

Itu pun selepas sebahagian dikeluarkan beberapa tahun lepas utk menunaikan umrah bersama ibu beliau. Bukan jumlah wang yang yg menjadi ukuran tetapi bagaimana wang itu dapat membantu meringankan beban seorang ibu tunggal dan 5 orang anaknya.

Hanya orang melaluinya sahaja mengetahui bertapa berharganya SEBUAH POLISI TAKAFUL yg ditinggalkan oleh suaminya.

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

PU Atiq Aziz Takaful II

KREDIT KEPADA TUAN Khairi N Intan Prudential ditakaful.com/khairiintan

BAGAIMANA MEMASTIKAN GAJI MASIH DICIPTA APABILA SESUATU BERLAKU KEPADA PENCARI REZEKI

BAGAIMANA MEMASTIKAN GAJI MASIH DICIPTA APABILA SESUATU BERLAKU KEPADA PENCARI REZEKI

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi idea bagaimana mencipta gaji sebanyak RM5K sebulan.

Jika kita mempunyai wang tunai RM1JUTA, kita laburkan wang itu kedalam akaun Tabung Haji dan setiap tahun kita akan dapat dividen.

Kebiasaan ± 6%. Ikut prestasi semasa syarikat.

RM1juta x 6% = RM60K setahun @ RM5K sebulan.

Maka, dengan ini, kita telah memiliki pendapatan sebanyak RM5K sebulan untuk kegunaan sendiri & keluarga.

Fokus saya ingin tekankan adalah mencipta RM1Juta ini ketika mana kita lumpuh @ kritikal dan mungkin selepas kematian kita.

Dengan mengambil pelan takaful bernilai RM1Juta, kini kita telah dapat berikan tunai RM1juta ini kepada keluarga untuk dilaburkan. Selagi mana wang ini berada dalam TH, maka insyaAllah wang RM5K sentiasa terjana.

Usaha ini boleh memastikan kita dan keluarga kita dapat mengekalkan kos sara hidup seperti biasa walaupun kita dilanda musibah.

Berapakah sumbangan yang perlu kita lakukan setiap bulan untuk dapatkan pelan takaful RM1Juta?

Ia perlu dikira mengikut usia, pekerjaan, jantina dan status merokok.

Ketahui komitmen sumbangan anda untuk menyediakan gaji ini dengan memberi sedikit info untuk saya sediakan pelan terbaik untuk anda.

Info:
Nama
Tarikh Lahir
Pekerjaan
Status Merokok

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Miliki RM1Juta sekarang kerana risiko boleh datang dengan kadar segera iaitu SEKARANG.

Sekian, terima kasih

PU Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

Lasik Takaful Cover Tak?

Lasik Takaful Cover Tak?

PU'ATIQ dapat soalan daripada klien tentang kos rawatan lasik.

Malangnya memang lasik tak dilindungi takaful, sebab ia dikategorikan sebagai kosmetik.

Untuk lasik, kena guna duit sendiri termasuklah PU'Atiq :)

PU'ATIQ pun nak lasik juga, kumpuk duit dulu. Hehe.

Usah Ego Waktu Sihat

Masa sihat, apa pun boleh kita bebelkan asalkan tak ambil takaful, asalkan ejen takaful blah. Tak kisah lah xde takaful, tak cukup $$$ nak bayar, belum minat, tawakal...

Cuma satu sahaja pesanan..

"Ingatlah, beringatlah, ingat-ingatlah nanti waktu sakit macam2 pula dibebelkan yang menyakitkan hati sendiri"

Pesanan Ikhlas
PU Atiq Aziz Takaful II

Teknik Elak Hospital Sesak

HOSPITAL SESAK

"Jika Hospital K sesak, pergilah Hospital Swasta" Bakal Menteri

HOSPITAL SWASTA MAHAL, TIADA DUIT

"Kalau takde duit, ambil PruBSN Takaful, gunalah duit takaful" Bakal Menteri II

"Apa tunggu lagi, hubungilah PU'Atiq 0129093444 ambil takaful sekarang " Bakal PM

BAGAIMANA BUAT GAJI BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MATI /LUMPUH /KRITIKAL

BAGAIMANA BUAT GAJI BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MATI /LUMPUH /KRITIKAL

RM 5k = RM 1juta

1. Jika anda seorg suami yg bgaji RM 5k/bln,anda memerlukan perlindungan sekurg2nya RM 1juta utk diri anda (andaian Isteri tdk bkerja Dan mpunyai anak2 kecil)

Kerana anda satu2nya sumber income keluarga.

2. Jika satu hari nanti anda mati scra tiba2,maka hilanglah punca pendapatan keluarga. (Mati itu pasti) Hal ini blh myebabkn keluarga anda yg tcinta putus sumber pendapatan. Bagaimana mereka ingin meneruskn khdpn jika selama ini kebergantungan thdp diri anda sbg ketua keluarga. Yang mati akan pergi,yg hidup harus meneruskan khdpn. Tetapi jika anda telah mbuat psediaan awal, hal ini dpt di atasi.

3. Pihak takaful akan menemui Waris anda iaitu Isteri. Isteri anda akan menerima tunai RM 1juta atas nilai yg dilindungi atas diri anda.

4. Pesanlh pada Isteri anda,sekiranya anda tiada nanti,urusknlh duit itu dgn sebetulnya. Ajarkn beliau teknik yg btl. Masukkn jumlah 1juta td ke dlm akaun ASB / Tabung Haji.

5. Gunakan dividen stp tahun dari ASB / TH td sbg pganti sumber pendapatan keluarga.

6. Dgn dividen average 6% setahun = RM 60k/thn @ RM 5k/bln. Dividen RM 5k/bln dpt digunakn utk Sara hdp Isteri Dan anak2 anda,pbelanjaan sekolah anak2 Dan segala kos yg bkaitan.

Nilai tunai RM 1juta td masih kekal di dlm akaun saving ASB / TH Isteri anda. *Inilah yg dinamakn CINTA SAMPAI MATI *

Isteri Dan anak2 anda pasti bangga mpunyai suami Dan ayah yg btangungjawab walaupun anda sudah tiada.

*Anda jg blh meminta Isteri anda menginfakkan 5-10% Dari dividen yg diterima stp tahun ke dlm tabung amal jariah bg mdpt pahala bterusan utk dbawa di akhirat sana nanti.

Kredit Fb : Hamba Tuhan

Rekemenkan Rakan Anda Kepada PU'Atiq

Alhamdulillah, klien rekemen sahabatnya yang sedang mencari takaful, semoga PU'Atiq dapat membantu mereka sebaik2nya. Amin. Anda mahu rekemen juga.? Boleh.. Pm PU

Monday, November 23, 2015

Sayangkan Menantu, Takaful2kan

Bakal mertua belikan kad perubatan kepada bakal menantu. Perghhh sempoilah bakal mertua macam ni.

So anda mahu jadi bapa mertua sempoi.? Mai ambil takaful untuk bakal menantu. Hehe.

Yang lagi sempoi, menantu ambil takaful untuk mertua.

COVER TAK KALAU DAH SAKIT?

Al-Kisah Prospek Dah Sakit Nak Mohon Takaful

Apabila semua penerangan dah diberikan, agen pun tanya soalan..

PU'ATIQ : Boleh tanya tak Cik, Cik ada apa2 masalah kesihatan.? Cik kene beritahu kami untuk elak masalah masa hadapan (gertak sikit kiki)

CIK PROSPEK : Hurm, saya ada masalah sakit ulser dalam perut. Jadi macam mana ya? Tak cover dah ke?

(Awal2 dah tanya tu, kira dah faham dah tu, huhu)

PU'ATIQ : Kita declare dan berikan apa dokumen pihak PruBSN mahukan, kebiasaannya tak cover lah sakit sedia ada. Jadi macam mana ya? Cik nak mohon tak?

CIK PROSPEK : hurm, kalau tak cover, rugilah saya macam tu, buat ambil ambil takaful.

PU'ATIQ : A'ah,  betul juga apa Cik kata, rugilah kan. Kalau macam tu, baik Cik tak yah ambil terus, alang2 rugi tak cover 1 perkara (ulser perut ), baik rugi semua (tak ada takaful Cover sakit lain)

Nota:

Sering kita lihat KERUGIAN yang sedikit berbanding kerugian yang lebih BESAR.

Sering kita nak untung je, tak nak rugi. Nak untung tak sumbang takaful masa sihat, dan nak untung orang tolong bayarkan untuk kita masa sakit.

Sering kita lupa, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Masa sihat kedekut nak sumbang derma, masa sakit sibuk nak minta orang derma kat kita.

Gaji Untuk Keluarga

Persoalan untuk dijawab oleh diri sendiri..

Jika semasa hayat anda yang menyumbang pendapatan & menyara keluarga, namun siapakah akan menggantikan pendapatan itu jika andai anda lumpuh/kritikal/meninggal kelak?

Sama2 fikirkan.. Masing2 tanggung hal masing2. Dapatkan polisi sendiri di PruBSN. PUatiq sedia membantu.

Gaji Masa Lumpuh

Hari ini boleh pergi kerja kan? Pergi kerja sebab nak cari duit kan? Duit nak guna sara keluarga kan? Bagus.. Semoga pekerjaan ini dikira sebagai ibadah sebab kita tunai tanggungjawab kita.

Cuma, kalau semalam dah lumpuh, masih perlu gaji? Masiih ada gaji?

Jika masih perlu itu pasti lah
Masih ada gaji tu, ramai yang sudah hilang gaji. pu'atiq ada cara untuk elakkan gaji hilang apabila lumpuh@kritikal@mati.

Nak tahu tak? Jika nak, wasap la PU'Atiq 0129093444

Murah ke?

Medical Kad standalone bukan murah tetapi nilai bulanan nampak rendah sebab tiada bayaran untuk LIFE dan SAVING.

Murah ni jika dapat sesuatu benda yang sama cuma harga rendah. Contoh beli 3 lauk harga Syarikat A RM6 tetapi beli di syarikat B RM4, ITU MURAH NAMANYA

Kalau beli lauk 3 RM 6 di syarikat A tetapi beli di syarikat B 1 lauk sahaja RM2, itu bukan murah namanya. Itu memang harganya RM2 per lauk. Faham ke tak?

Usah terkeliru murah vs nilai rendah.

Kenapa nak Saving? Ini jawapannya

KISAH TIADA SIMPANAN DALAM TAKAFUL, FUNGSI UTAMA SIMPANAN & FAMILI PLAN

Artikel 1.

http://tiny.cc/PolisiMatiTiadaSimpanan

Artikel 2

http://tinyurl.com/FungsiSavingTakaful

Artikel 3

http://tiny.cc/FamiliPlan1Kad1Famili

Like - Share - Komen Murni 😂

Nota: Tak salah pun ambil Medical standalone, asalkan anda faham apa anda ambil, sama juga anda ambil invesmentlink polisi, anda kene faham apa anda ambil.

Jangan main ambil je, orang cakap murah, terus ambil. Jadilah orang bijak menilai.

Monday, October 19, 2015

Belum Ada Rekod Kesihatan?


JANGAN! JANGAN! JANGAN! 
.. 
Serius ni, PU nasihatkan anda jangan mohon takaful setelah rekod kesihatan anda berada dalam unit ini. 

Nak mohon takaful menjadi sukar apabila ada rekod disitu. Tak percaya cubalah. 😂😂. Prospek Pu nak ambil rekod di hospital kerajaan sudah lebih 40 hari belum dapat. So.? Permohonan takaful tak diluluskan lagi lah. Kan susah. 

Sebab tu Pu kata jangan. Jangan nanti sakit baru nak ambil takaful. Mohon lah ketika rekod anda tiada dalam unit ini, maknanya anda SIHAT lah. Kan.?

Simpanan Kecemasan Di Bank?



AMARAN! AMARAN!
..
Jika anda membuat SIMPANAN KECEMASAN dan menyimpan duit itu di bank, ia adalah satu KESILAPAN.

Simpanan Kecemasan adalah di TAKAFUL. Di takaful duit anda lebih cepat dicipta berbanding di bank. Kita perlu miliki duit yang banyak dengan kadar yang cepat untuk dana kecemasan.

Jika anda belum miliki Takaful, ia bermakna anda belum miliki pelan perlindungan duit anda. Ini amat merugikan anda.

Miliki pelan dana kecemasan di takaful untuk kesejahteraan hidup anda.

Hubungi Agen Takaful Anda.