PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Monday, November 30, 2015

COVER SEMUA, MASUK WAD PUN COVER.

"Jika encik jatuh biasa pun kita cover" ini kata agen yang seingat oleh pelanggan.

Apabila pelanggan mengalami kecederaan dilengan hampir putus urat akibat serpihan kaca hendak dapatkan rawatan yang berlaku adalah sebaliknya.

"Saya tak kata pun begitu...polisi akak tak boleh claim bil hospital"

Situasi ini nak salahkan siapa? Agen @ pelanggan?

Semasa agen PruBSN Takaful menerangkan kondisi polisinya itu, pelanggan tidak mahu menerima fakta yang wujud dan teguh menyakini kata kata agennya.

Dan kini, barulah dia sedar dan akui apa diterangkan oleh agen PruBSN dahulu adalah benar. Sememangnya polisinya dahulu tidak lengkap.

Polisinya tiada kad perubatan, yang dimaksudkan oleh agen masuk wad cover adalah untuk elaun wad.

Moral :-

1. Usah yakini kata kata agen tanpa bukti maksudnya, jika agen katakan bil ditanggung oleh syarikat takaful, pastikan ada tertulis didalam polisi.Jika tidak diberikan kad perubatan, maka tiadalah manfaat kad itu membayar bil hospital.

2. Walaupun sudah memiliki polisi, rajin rajinkanlah izinkan agen lain menilai dan menerangkan semula apa yang anda ada.

P/s: penilaian haruslah bersandarkan fakta dan bukti dalam buku polisi bukan sekadar angguk sahaja apa agen kata. Jika tiada pembuktian maka mungkin agen itu ada niat tidak jujur dan tidak beretika.

Usah terkeliru antara bayaran elaun wad hospital dan bayaran bil rawatan hospital.

8/10 prospek saya jumpa mereka sangat terkeliru dengan ini.

Klien perlu baca buku polisi, ejen tidak mampu terangkan kesemuanya apa tertulis dalam buku polisi, jika mahu ejen cerita semua maka ejen akan baca buku polisi depan anda. :)

PU Atiq Aziz Takaful II

Kenapa Tidak Ambil Takaful Diri Jika Takaful Kereta Diambil

PU'Atiq ke bengkel Mie Ketuk Body sebab nak pasang bumper Persona PU semalam langgar Myvi, tercabut je bumper tu, alhamdulillah.

Tanya pomen, kenapa kereta ni, Honda Civic FD. Dia kata kemalangan. PU tanya, kenapa tak klaim takaful? Pomen kata tuannya ambil TAKAFUL 3RD PARTY.

Makanya kos baik pulih kereta sendiri kena tanggung 100% sendiri. Kosnya dalam RM30K.

Makanya, perlu kita ambil takaful 1st Party  agar kita boeh klaim dengan pihak takaful.

Sama juga dengan diri kita, kalau kita sakit, kita nak klaim dengan siapa? Hospital kerajaan ada tetapi ada juga kosnya, tidak semua percuma, jika semua percuma  kenapa masih ada rakyat Malaysia mohon derma rayuan untuk kos perubatan?

Kalau kereta anda beli takaful, kenapa tidak diri anda?

"PU'Atiq, kerajaan wajibkan beli takaful kereta, kalau tak kami pun tak nak beli"

Waduh2, tidak semudah itu anda boleh bicara, jika anda tak beli takaful kereta  minimum 3rd party jika anda langgar orang, anda perlu tanggung kos baiki kereta anda langgar dan kereta anda.

Jika anda beli takaful 3rd party (KERAJAAN WAJIB YANG NI JE YE), jika anda langgar orang, kereta anda langgar klaim takaful anda dan anda baiki sendiri. Mahu? Sanggup?

Jika kereta anda TOTAL LOST, bagaimana? Kereta sudah hancur, loan kereta masih ada di bank. Huhu.
Jika anda beli takaful 1st party, kereta anda langgar dan kereta anda takaful bayarkan kos baiki. Amacam? Mesti mahu yang 1st party kan.

Kalau kereta anda total lost, hutang dibank takaful bayar.

So sekarang, siapa mahu ambil takaful kereta? Anda mahu ke atau kerajaan wajib? Hehe.

Nasihat PU'Atiq, anda ambillah takaful hayat untuk diri dan keluarga sebagai perlindungan wang bagi anda sekeluarga iaitu untuk memastikan gaji anda masih dapat dijanakan walaupun anda sudah meninggal dunia @kritikal @lumpuh serta untuk dana kesihatan.

So, bila anda mahukan perlindungan? Sekarang? Bagus. Hubungi PU'Atiq 0129093444

SEMAK JENIS POLISI ANDA

PERHATIAN! Sila semak status polisi anda. Samaada ia lindungi anda akibat kemalangan sahaja atau kesemua situasi.

Jika anda mengambil Personal Accident (PA) ia hanya lindungi anda jika akibat KEMALANGAN SAHAJA. Bayar bertahun-tahun dan apabila sakit akibat biasa (demam, jantung, kanser dll) polisi tidak lindungi maka ia memberi masalah besar kepada anda.

Hubungi PUatiq untuk mengenalpasti apakah manfaat yang terkandung dalam polisi anda, lakukan semasa sihat bukan ketika hendak guna. :)

Ikhlas:
PUatiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com

Sunday, November 29, 2015

AGEN TAKAFUL NAK KUTIP DUIT JER?

Pang!
Kene soalan sebiji waktu tengah bentang takaful pada kawan kawan..

Ada seorang hamba ni memberikan pandangan dia tentang agen-agen takaful..

"Korang agen insurance ni, sibuk je nak ambil duit orang..Kalut call, sms, whatapps apa semua..

Semua nak duit kitorang je sebenarnya"..
Saya pun tarik nafas dalam dalam sambil pandang beliau dengan penuh kasih sayang dan saya balas..

"Sahabat, jika ikutkan tahap saya ini, saya tak perlu dah duit sahabat, Jika RM150 saja, berapa sangat lah komisyen saya..Saya ramai lagi client saya yang mencarum RM400 sebulan, RM1000 sebulan, RM3000 sebulan untuk satu keluarga..

Kalau RM150, saya kalau ikutkan saya tak kisah sahabat nak ambil atau taknak"..Saya berhenti sekejap dan saya dapat lihat reaksi terkejut di mukanya..lalu saya sambung..

" Tapi disebabkan saya pernah handle cases client saya..Bila lihat bil dekat RM5000-RM40,000 fully dicover oleh Prudential BSN Takaful,that the time i believe, i have to tell anyone about the beauty of takaful..

Apabila family diberi pampasan RM100,000 apabila ibu atau ayah meninggal, bukankah itu meringankan beban family yang baru ditimpa musibah?

Bukan kah itu sedekah yang boleh memberatkan saham akhirat mak ayah kita?

Apabila seluruh operation dicover oleh PruBSN , bukankah ia menyelamatkan kewangan family dari berhutang sana sini untuk bayar kos perubatan yang boleh mececah ratusan ribu ringgit?

Apabila mak ayah meninggalkan anak yang masih kecil,Prudential akan beri FREE polisi savings dan medical card sampai umur 25 tahun..

Maknanya anak kita pada umur 25, walaupun tiada ibu ayah,dalam savings takaful ada dalam RM25,000 ke RM40,000 dan dapat masuk mana mana hospital swasta tanpa perlu apa-apa bayaran..

bukankah ini membantu anak kita yang sudah tiada ibu ayah?

Bukankah ini membantu anak kita untuk melanjutkan pelajaran dengan wang simpanan dalam takaful tersebut?"..

Sahabat saya pun senyap sambil mengangguk perlahan lahan..
Saya pun beri kata-kata terakhir..

"Banyak lagi kelebihan takaful jika saya ingin ceritakan..Ramai yang tak faham apa peranan takaful..

Ramai yang rasa agen takaful ini gila kejar orang..

But bear in your mind..When you sick, pasti anda datang mencari kami..dan pada waktu itu kami pun rasa sakit dan pedih yang amat amat sangat bila kami hanya mampu melihat..Kami dah tak boleh buat apa-apa untuk bantu kamu waktu itu"..

Habis saja saya cakap tu, bila nampak dia termenung jauh dan rasa suasana perbualan makin tegang,
Saya pun ubah tajuk lain supaya suasana jadi tenang semula..dan kami pun minum dan makan sampai kenyang..

Cc FB Tuan Mohd Nazrin PruBsn Takaful

PRUBSN PLATINUM 2

Ini Pakej Platinum Untuk Taufiq

Umur : 25
Perlindungan : RM35K
Sumbangan : RM552/bulan
Tempoh Bayaran : 20 Tahun
Tempoh Matang Pada Umur : 55 tahun

Bayar 20 tahun, perlindungan 30 tahun.

Kaedah 1
Cash Payout Option : Accumulate in UIA

Jumlah bayaran 5 tahun RM132480

Anggaran Pulangan

1. Cash Out Di Tangan Tahun ke 2 hingga Tahun ke 10 : Tiada (dimasukkan dalam UIA)

Cash Out DiTangan Tahun ke 11 hingga tahun matang : Tiada (dimasukkan dalam UIA)

2. Pulangan Matang : RM269564

TOTAL : RM269564

Kaedah 2
Cash Payout Option : To TH/Bank

Jumlah bayaran 5 tahun RM84660

Anggaran Pulangan

1. Cash Out Di Tangan Tahun ke 2 hingga Tahun ke 10 : RM700X9=RM6300

Cash Out DiTangan Tahun ke 11 hingga tahun matang : RM1400X20=RM28000

2. Pulangan Matang : RM205268

TOTAL : RM239568

Manfaat lain:
1. Jika dihidapi sakit kritikal, caruman menjadi PERCUMA.

PRUBSN PLATINUM

Ini Pakej Platinum Untuk Taufiq

Umur : 25
Perlindungan : RM25K
Sumbangan : RM1411/bulan
Tempoh Bayaran : 5 Tahun
Tempoh Matang Pada Umur : 55 tahun

Bayar 5 tahun, perlindungan 30 tahun.

Kaedah 1
Cash Payout Option : Accumulate in UIA

Jumlah bayaran 5 tahun RM84660

Anggaran Pulangan

1. Cash Out Di Tangan Tahun ke 2 hingga Tahun ke 10 : Tiada (dimasukkan dalam UIA)

Cash Out DiTangan Tahun ke 11 hingga tahun matang : Tiada (dimasukkan dalam UIA)

2. Pulangan Matang : RM229100

TOTAL : RM229100

Kaedah 2
Cash Payout Option : To TH/Bank

Jumlah bayaran 5 tahun RM84660

Anggaran Pulangan

1. Cash Out Di Tangan Tahun ke 2 hingga Tahun ke 10 : RM500X9=RM4500

Cash Out DiTangan Tahun ke 11 hingga tahun matang : RM1000X20=RM20000

2. Pulangan Matang : RM183174

TOTAL : RM207674

Manfaat lain:
1. Jika dihidapi sakit kritikal, caruman menjadi PERCUMA.

Saturday, November 28, 2015

"IKAT UNTA" DALAM KONTEKS KEWANGAN DIRI KELUARGA

"IKAT UNTA" DALAM KONTEKS KEWANGAN DIRI KELUARGA

Sebagai orang memiliki pendapatan dan aset, kita perlu mengurus dan melindungi pendapatan dan aset tersebut.

Anas bin Malik berkata, ada seorang lelaki berjumpa Rasulullah (berselawatlah kamu) dan bertanya:

“Apakah aku patut mengikat unta aku dan bertawakkal atau aku melepaskan unta aku dan bertawakkal ?”

Nabi Muhammad (berselawatlah kamu) pun menjawab:

“Ikat unta tersebut dan bertawakkal.”

(Direkodkan oleh Imam Tirmizi)

Dalam konteks kewangan , bagaimana kita mahu "ikat unta" kita?

Kita boleh mengambil pelan perlindungan di takaful untuk melindungi pendapatan, aset, harta, Simpanan kita.

Jika sesuatu terjadi kepada kita, kita ada backup dana untuk ganti balik kerugian yang dihadapi.

Contoh, kita sebelum ini sihat dan boleh bekerja dengan menjana gaji sebanyak RM5000 sebulan dan apabila kita  lumpuh maka kita gagal dan tidak boleh lagi bekerja untuk menjana gaji RM5000 itu.

Namun kita sangat perlukan wang itu untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi bagaimana?

Makanya, ambil takaful dengan sejumlah pampasan, maka dengan pampasan itu boleh memberi kita gaji bulanan sebanyak RM5000 sebulan untuk suatu tempoh atau mungkin juga buat selamanya.

Bagaimana mahu buat gaji untuk selamanya?

Anda boleh ikuti panduan di link ini

http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan

http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan1

Dengan tindakan anda hari ini dapat membantu anda tidak kehilangan sumber pendapatan buat diri dan keluarga. InsyaAllah.

Pastikan anda membuat persiapan untuk diri dan keluarga anda demi kehidupan yang lebih baik masa hadapan. Peace of mind.

POLISI RM1JUTA

Cadangan Polisi PruBSN Takafulink

PAKEJ RM1JUTA

Nama: LELAKI, UMUR 32, KELAS PEKERJAAN 2, TIDAK MEROKOK,  HENSEM

Harga: RM600/m

1. Pampasan Life

A. KEMATIAN/LUMPUH akibat
- Biasa RM1JUTA
- Kemalangan RM1JUTA
- Kemalangan awam RM1JUTA

B. SAKIT KRITIKAL RM-0-

2. Kad Perubatan

- TIADA-

3. Simpanan
±100% selepas 20 tahun
±79% selepas 30 tahun
% makin kurang selepas itu.

4. Lain-lain

- Polisi PERCUMA sehingga peserta berumur 80 tahun jika peserta lumpuh/kritikal

Jika ditambah RM400 saver booster,

Bulanan RM1000

3. Simpanan
±135% selepas 20 tahun ( RM325K )
±134% selepas 30 tahun (RM481K)
% makin kurang selepas itu.

ADA HAK BERMINAT?

SIMPAN SEBULAN, ANDAI KEMALANGAN, LUMPUH.. TERUS DAPAT RM1JUTA.

Paksa Diri Sendiri

PUatiq tidak paksa anda, anda mohon sebutharga PUatiq berikan. Mahu fikir dan kaji hak anda. Cuma jangan lama sangat sebab anda dalam keadaan tiada perlindungan.

Ibarat sudah tahu tayar spare dalam bonet tiada, mahukah anda bergerak tanpanya dengan tenang? Pastinya TIDAK. Kedai tayar tak paksa anda baiki tayar itu tapi ANDA MEMAKSA DIRI ANDA BAIKI TAYAR ITU.

Sama juga dengan takaful, ejen tak paksa anda tapi anda perlu memaksa diri sendiri untuk memilikinya dengan segera. Kerana anda yang akan menanggungnya, samada anda miliki atau tidak sijil takaful.

Jika anda ada takaful, anda menanggung senang dan jika anda tiada takaful, anda menanggung susah.

Semua atas diri anda. Anda paksalah diri anda memilikinya.

Sekian.

Ikhlas
PUatiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

Friday, November 27, 2015

PELAN INDIVIDU VS PELAN KELUARGA

Soalan tentang mana lebih baik, pelan individu atau pelan keluarga.

Sering PU'Atiq dapat soalan ini. PU sedaya upaya memberi pemahaman yang jelas kepada prospek sebelum dia memilih pelan yang sesuai. Suka PU ingatkan, setiap pelan ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Untuk menjawab soalan itu, Pu akan berikan jawapan bertulis, ala macam Parlimen, ada jawapan bertulis dan jawapan bermulut (bersuara) hehe.

Antara jawapan bertulis PU adalah

JAWAPAN BERTULIS 1.
Pu akan memahamkan dahulu apa elemen yang wujud dalam takaful.

Secara Ringkas
Penerangan 3 elemen penting

:::Life:::

Cover mati lumpuh kritikal dalam bentuk pampasan. Tujuan untuk ada duit belanja sara hidup jika tak boleh kerja. Ambillah paling banyak pampasan.

Ikut pandangan pakar kewangan, minima 5 tahun gaji kita atau ideal 10 tahun gaji.

Pampasan ini pada tahap kritikal kelas 3 keatas

:::Medikal Kad:::

Digunakan membiayai kos rawatan bil hospital kes yang diwardedkan. Apa sahaja melainkan kes pregnant, gigi, kecantikan dan sakit sedia ada. Kecuali 8 jenis komplikasi kehamilan.

Limit kad ada untuk limit tahunan dan limit hayat. Ia juga ada pakej ikut harga bilik. Bilik 200,300,500.

Ada elaun hospital harian. Contoh RM200 sehari.

Pendek cerita ia untuk bayar bil hospital untuk warded.

:::Simpanan:::

Duit akan terkumpul bagi tempoh jangka masa panjang, 20 tahun. Simpanan boleh jadi kurang 100% dibayar dan mungkin lebih. Simpanan juga untuk bayar polisi (caj tabaru') agar polisi tak cepat mati bila peserta tak bayar.

Jadi 3 elemen ini untuk kita ada bagi perlindungan.

Ikhlas
PU Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

JAWAPAN BERTULIS 2
PU akan kongsikan kisah2 yang real, apakah fungsi saving dalam takaful iaitu sebagai PROTECTION OF POLICY

KISAH TIADA SIMPANAN DALAM TAKAFUL, FUNGSI UTAMA SIMPANAN & FAMILI PLAN

Artikel 1.

http://tiny.cc/PolisiMatiTiadaSimpanan

Artikel 2

http://tinyurl.com/FungsiSavingTakaful

Artikel 3

http://tiny.cc/FamiliPlan1Kad1Famili

Like - Share - Komen Murni 😂

JAWAPAN BERTULIS 3.
PU'Atiq minta prospek tahu juga terma terma lain yang juga pentingnya dibuat penilaian dalam membuat pilihan.

Elemen lain yang perlu diambil kira adalah

1. Kad Perubatan setiap tahun Gerenti renewal atau tidak.

2. Jika peserta lumpuh@kritikal adakah polisi akan percuma atau terminate?

3. Jika ibubapa meninggal@lumpuh@kritikal adakah polisi anak2 akan percuma atau perlu dibayar lagi atau polisi terbatal?

4. Adakah pelan yang diambil itu jenis Uncancellable atau boleh ditarik balik (partial withdrawal term) dengan notis 30 hari?

5. Jangka masa polisi boleh hidup jika tiada caruman dibuat. Adakah boleh bertahan hanya 30 hari atau lebih?

5. Adakah pelan yang diambil memenuhi keperluan peserta untuk elemen LIFE (Protection of INCOME)
, MEDICAL (Protection of  asset/saving sedia ada, pembinaan dana perubatan) & SAVING (Protection of POLICY, Simpanan jangka masa panjang)

Elemen ini juga patut diambil kira dalam proses memilih pelan individu atau pelan keluarga.

Setiap pelan ada kelebihan tersendiri.

Pilihlah pelan memenuhi keperluan anda.

Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

Semoga dapat menjawab pelbagai persoalan anda semua.

Sekian.

Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

Thursday, November 26, 2015

PILIHAN PRODUK PRUBSN

Info : Sesiapa ingin dapatkan pelan perlindungan pendapatan di PruBSN, anda ada 4 pilihan produk.

Kenal pasti kelebihan produk sebelum memilihnya agar ia memenuhi keperluan dan bajet anda.

4 produk itu adalah :

1. PruBSN Protect bermula Rm20/m

2. PruBSN Takafulink bermula harga serendah Rm100

3. PruBSN Ummahlink brrmula harga serendah Rm150

4. PruBSN Platinum bermula harga serendah RM500 (ini produk baharu, bayar 5/10/15/20 tahun cover hingga umur 55/60/70 tahun)

Boleh hubungi PU Atiq Aziz Takaful II untuk info lanjut.

Wednesday, November 25, 2015

TAKAFUL KLAIM REJEK.?

Mendapat panggilan telefon daripada seorang pelanggan Takaful XX lewat malam tadi, bertanyakan saya, GE Takaful ni senang ke nak claim? Dia terus menceritakan kisah beliau tak dapat GL dan terpaksa bayar untuk rawatan di hospital. Saya bertanyakan beliau:

1. Bila sertai Medical Card? Bulan Februari 2015.
2. Bila masuk wad? September 2015
3. Sakit apa? Sakit telinga berdengung yang teruk, ada kaitan dengan hypertension.

Terus saya memberikan maklumbalas, mana-mana insurans atau takaful operator akan investigate tuntutan yang melibatkan hypertension bagi polisi kurang dari setahun.

Pay and claim tidak bermakna tuntutan tuan di tolak terus, dan tidak perlu risau sekiranya sebelum ini tuan tidak pernah mendapatkan rawatan @ diagnose @ mengambil ubat dari mana-mana klinik atau hospital untuk hypertension.

Prinsip medical card dalam takaful adalah pengurusan risiko kewangan, sekiranya sudah ada penyakit sebelum sertai medical card takaful, ianya bukan lagi satu risiko, ianya sudah ditimpa penyakit!

Sertailah Medical Card semasa sihat, semasa muda walaupun anda mempunyai 'superb' benefits daripada majikan, melainkan majikan anda menyediakan rawatan perubatan selama-lamanya sehingga akhir hayat.

PU Atiq Aziz Takaful II
Credit kepada Tuan Ahmad Humaizi

ALHAMDULILLAH BOLEH RINGANKAN BEBAN IBU TUNGGAL ANAK 5

ALHAMDULILLAH BOLEH RINGANKAN BEBAN IBU TUNGGAL ANAK 5

"Hanya orang melaluinya sahaja mengetahui bertapa berharganya SEBUAH POLISI TAKAFUL yg ditinggalkan oleh suaminya."

BACA LAGI DI BAWAH..

Semalam ziarah client yang baru kehilangan suaminya akibat penyakit Hipetetis B. Client memberi polisi suaminya pada kami untuk tahu apa yg boleh di claim. Setelah meneliti, nilai pampasan yang bakal diterima RM60,000 ditambah dengan nilai simpanan dalam RM20,000.00.

Itu pun selepas sebahagian dikeluarkan beberapa tahun lepas utk menunaikan umrah bersama ibu beliau. Bukan jumlah wang yang yg menjadi ukuran tetapi bagaimana wang itu dapat membantu meringankan beban seorang ibu tunggal dan 5 orang anaknya.

Hanya orang melaluinya sahaja mengetahui bertapa berharganya SEBUAH POLISI TAKAFUL yg ditinggalkan oleh suaminya.

PRUDENTIAL BSN TAKAFUL

PU Atiq Aziz Takaful II

KREDIT KEPADA TUAN Khairi N Intan Prudential ditakaful.com/khairiintan

BAGAIMANA MEMASTIKAN GAJI MASIH DICIPTA APABILA SESUATU BERLAKU KEPADA PENCARI REZEKI

BAGAIMANA MEMASTIKAN GAJI MASIH DICIPTA APABILA SESUATU BERLAKU KEPADA PENCARI REZEKI

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi idea bagaimana mencipta gaji sebanyak RM5K sebulan.

Jika kita mempunyai wang tunai RM1JUTA, kita laburkan wang itu kedalam akaun Tabung Haji dan setiap tahun kita akan dapat dividen.

Kebiasaan ± 6%. Ikut prestasi semasa syarikat.

RM1juta x 6% = RM60K setahun @ RM5K sebulan.

Maka, dengan ini, kita telah memiliki pendapatan sebanyak RM5K sebulan untuk kegunaan sendiri & keluarga.

Fokus saya ingin tekankan adalah mencipta RM1Juta ini ketika mana kita lumpuh @ kritikal dan mungkin selepas kematian kita.

Dengan mengambil pelan takaful bernilai RM1Juta, kini kita telah dapat berikan tunai RM1juta ini kepada keluarga untuk dilaburkan. Selagi mana wang ini berada dalam TH, maka insyaAllah wang RM5K sentiasa terjana.

Usaha ini boleh memastikan kita dan keluarga kita dapat mengekalkan kos sara hidup seperti biasa walaupun kita dilanda musibah.

Berapakah sumbangan yang perlu kita lakukan setiap bulan untuk dapatkan pelan takaful RM1Juta?

Ia perlu dikira mengikut usia, pekerjaan, jantina dan status merokok.

Ketahui komitmen sumbangan anda untuk menyediakan gaji ini dengan memberi sedikit info untuk saya sediakan pelan terbaik untuk anda.

Info:
Nama
Tarikh Lahir
Pekerjaan
Status Merokok

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Miliki RM1Juta sekarang kerana risiko boleh datang dengan kadar segera iaitu SEKARANG.

Sekian, terima kasih

PU Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

Lasik Takaful Cover Tak?

Lasik Takaful Cover Tak?

PU'ATIQ dapat soalan daripada klien tentang kos rawatan lasik.

Malangnya memang lasik tak dilindungi takaful, sebab ia dikategorikan sebagai kosmetik.

Untuk lasik, kena guna duit sendiri termasuklah PU'Atiq :)

PU'ATIQ pun nak lasik juga, kumpuk duit dulu. Hehe.

Usah Ego Waktu Sihat

Masa sihat, apa pun boleh kita bebelkan asalkan tak ambil takaful, asalkan ejen takaful blah. Tak kisah lah xde takaful, tak cukup $$$ nak bayar, belum minat, tawakal...

Cuma satu sahaja pesanan..

"Ingatlah, beringatlah, ingat-ingatlah nanti waktu sakit macam2 pula dibebelkan yang menyakitkan hati sendiri"

Pesanan Ikhlas
PU Atiq Aziz Takaful II

Teknik Elak Hospital Sesak

HOSPITAL SESAK

"Jika Hospital K sesak, pergilah Hospital Swasta" Bakal Menteri

HOSPITAL SWASTA MAHAL, TIADA DUIT

"Kalau takde duit, ambil PruBSN Takaful, gunalah duit takaful" Bakal Menteri II

"Apa tunggu lagi, hubungilah PU'Atiq 0129093444 ambil takaful sekarang " Bakal PM

BAGAIMANA BUAT GAJI BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MATI /LUMPUH /KRITIKAL

BAGAIMANA BUAT GAJI BERTERUSAN WALAUPUN SUDAH MATI /LUMPUH /KRITIKAL

RM 5k = RM 1juta

1. Jika anda seorg suami yg bgaji RM 5k/bln,anda memerlukan perlindungan sekurg2nya RM 1juta utk diri anda (andaian Isteri tdk bkerja Dan mpunyai anak2 kecil)

Kerana anda satu2nya sumber income keluarga.

2. Jika satu hari nanti anda mati scra tiba2,maka hilanglah punca pendapatan keluarga. (Mati itu pasti) Hal ini blh myebabkn keluarga anda yg tcinta putus sumber pendapatan. Bagaimana mereka ingin meneruskn khdpn jika selama ini kebergantungan thdp diri anda sbg ketua keluarga. Yang mati akan pergi,yg hidup harus meneruskan khdpn. Tetapi jika anda telah mbuat psediaan awal, hal ini dpt di atasi.

3. Pihak takaful akan menemui Waris anda iaitu Isteri. Isteri anda akan menerima tunai RM 1juta atas nilai yg dilindungi atas diri anda.

4. Pesanlh pada Isteri anda,sekiranya anda tiada nanti,urusknlh duit itu dgn sebetulnya. Ajarkn beliau teknik yg btl. Masukkn jumlah 1juta td ke dlm akaun ASB / Tabung Haji.

5. Gunakan dividen stp tahun dari ASB / TH td sbg pganti sumber pendapatan keluarga.

6. Dgn dividen average 6% setahun = RM 60k/thn @ RM 5k/bln. Dividen RM 5k/bln dpt digunakn utk Sara hdp Isteri Dan anak2 anda,pbelanjaan sekolah anak2 Dan segala kos yg bkaitan.

Nilai tunai RM 1juta td masih kekal di dlm akaun saving ASB / TH Isteri anda. *Inilah yg dinamakn CINTA SAMPAI MATI *

Isteri Dan anak2 anda pasti bangga mpunyai suami Dan ayah yg btangungjawab walaupun anda sudah tiada.

*Anda jg blh meminta Isteri anda menginfakkan 5-10% Dari dividen yg diterima stp tahun ke dlm tabung amal jariah bg mdpt pahala bterusan utk dbawa di akhirat sana nanti.

Kredit Fb : Hamba Tuhan

Rekemenkan Rakan Anda Kepada PU'Atiq

Alhamdulillah, klien rekemen sahabatnya yang sedang mencari takaful, semoga PU'Atiq dapat membantu mereka sebaik2nya. Amin. Anda mahu rekemen juga.? Boleh.. Pm PU

Monday, November 23, 2015

Sayangkan Menantu, Takaful2kan

Bakal mertua belikan kad perubatan kepada bakal menantu. Perghhh sempoilah bakal mertua macam ni.

So anda mahu jadi bapa mertua sempoi.? Mai ambil takaful untuk bakal menantu. Hehe.

Yang lagi sempoi, menantu ambil takaful untuk mertua.

COVER TAK KALAU DAH SAKIT?

Al-Kisah Prospek Dah Sakit Nak Mohon Takaful

Apabila semua penerangan dah diberikan, agen pun tanya soalan..

PU'ATIQ : Boleh tanya tak Cik, Cik ada apa2 masalah kesihatan.? Cik kene beritahu kami untuk elak masalah masa hadapan (gertak sikit kiki)

CIK PROSPEK : Hurm, saya ada masalah sakit ulser dalam perut. Jadi macam mana ya? Tak cover dah ke?

(Awal2 dah tanya tu, kira dah faham dah tu, huhu)

PU'ATIQ : Kita declare dan berikan apa dokumen pihak PruBSN mahukan, kebiasaannya tak cover lah sakit sedia ada. Jadi macam mana ya? Cik nak mohon tak?

CIK PROSPEK : hurm, kalau tak cover, rugilah saya macam tu, buat ambil ambil takaful.

PU'ATIQ : A'ah,  betul juga apa Cik kata, rugilah kan. Kalau macam tu, baik Cik tak yah ambil terus, alang2 rugi tak cover 1 perkara (ulser perut ), baik rugi semua (tak ada takaful Cover sakit lain)

Nota:

Sering kita lihat KERUGIAN yang sedikit berbanding kerugian yang lebih BESAR.

Sering kita nak untung je, tak nak rugi. Nak untung tak sumbang takaful masa sihat, dan nak untung orang tolong bayarkan untuk kita masa sakit.

Sering kita lupa, kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Masa sihat kedekut nak sumbang derma, masa sakit sibuk nak minta orang derma kat kita.

Gaji Untuk Keluarga

Persoalan untuk dijawab oleh diri sendiri..

Jika semasa hayat anda yang menyumbang pendapatan & menyara keluarga, namun siapakah akan menggantikan pendapatan itu jika andai anda lumpuh/kritikal/meninggal kelak?

Sama2 fikirkan.. Masing2 tanggung hal masing2. Dapatkan polisi sendiri di PruBSN. PUatiq sedia membantu.

Gaji Masa Lumpuh

Hari ini boleh pergi kerja kan? Pergi kerja sebab nak cari duit kan? Duit nak guna sara keluarga kan? Bagus.. Semoga pekerjaan ini dikira sebagai ibadah sebab kita tunai tanggungjawab kita.

Cuma, kalau semalam dah lumpuh, masih perlu gaji? Masiih ada gaji?

Jika masih perlu itu pasti lah
Masih ada gaji tu, ramai yang sudah hilang gaji. pu'atiq ada cara untuk elakkan gaji hilang apabila lumpuh@kritikal@mati.

Nak tahu tak? Jika nak, wasap la PU'Atiq 0129093444

Murah ke?

Medical Kad standalone bukan murah tetapi nilai bulanan nampak rendah sebab tiada bayaran untuk LIFE dan SAVING.

Murah ni jika dapat sesuatu benda yang sama cuma harga rendah. Contoh beli 3 lauk harga Syarikat A RM6 tetapi beli di syarikat B RM4, ITU MURAH NAMANYA

Kalau beli lauk 3 RM 6 di syarikat A tetapi beli di syarikat B 1 lauk sahaja RM2, itu bukan murah namanya. Itu memang harganya RM2 per lauk. Faham ke tak?

Usah terkeliru murah vs nilai rendah.

Kenapa nak Saving? Ini jawapannya

KISAH TIADA SIMPANAN DALAM TAKAFUL, FUNGSI UTAMA SIMPANAN & FAMILI PLAN

Artikel 1.

http://tiny.cc/PolisiMatiTiadaSimpanan

Artikel 2

http://tinyurl.com/FungsiSavingTakaful

Artikel 3

http://tiny.cc/FamiliPlan1Kad1Famili

Like - Share - Komen Murni 😂

Nota: Tak salah pun ambil Medical standalone, asalkan anda faham apa anda ambil, sama juga anda ambil invesmentlink polisi, anda kene faham apa anda ambil.

Jangan main ambil je, orang cakap murah, terus ambil. Jadilah orang bijak menilai.