Assalamualaikum
Apakah sebenarnya perlindungan dalam keluarga?
Secara ringkasnya, setiap penjana pendapatan dalam keluarga
perlu lindungi pendapatan tersebut. Siapakah penjana itu? Tidak lain tidak
bukan adalah no 1 adalah ayah dan no 2 adalah ibu.
Semasa seseorang ayah sihat & upaya, mereka boleh
menjana pendapatan bagi keluarganya namun ketika ayah tidak upaya atau
meninggal maka pendapat juga turut meninggal atau lumpuh atau kritkal. Ini saya
terangkan dalam artikel di sini (http://www.urusduit.com/2013/10/replacement-income-atau-protection.html
)
Paling-paling tidak, pendapatan si ayah perlu dilindungi dan
barulah orang no dua (isteri) dan selebihnya anak-anak.
No 1 perlu dilindungi adalah pendapatan ayah dan ibu
No 2 perlu ada 1 dana kesihatan melalui kad perubatan
Namun semua itu kena fahami apakah dan berapakah keperluan
dan seterusnya kemampuan kewangan untuk memiliki pelan yang bersesuaian. Ikuti
di sini (http://www.urusduit.com/2013/02/bagaimana-takaful-membantu-anda.html
)
WANG GAJI TIDAK CUKUP NAK BAYAR TAKAFUL…
Isu ini agak sukar nak diulas namun apa yang pasti ada orang
bergaji sama, berjawatan sama boleh bayar polisi dengan baik. Ada orang tidak
boleh memiliki pun polisi. Namun masing-masing ada komitmen keluarga dan jika
keretanya mewah, rumahnya besar, lifestyle yang agak masa kini memang patut
tidak mampu bayar takaful. Namun hal ini boleh diatasi oleh pihak berkaitan.
Selagi mana memberi alas an tidak cukup wang, kami tidak
boleh berikan apa-apa kelebihan sebab situasinya tetap sama iaitu anda tidak
memiliki seberang pelan perlindungan walaupun kami bersetuju dan menerima serta
mengiyakan apa jua alasan anda. Agen tidak rugi namun pihak tersebut yang rugi.
Cari jalan untuk memiliki takaful itu adalah jalan sangat baik.
Namun, andai kata memang tidak mampu sangat-sangat, kereta
pun paling murah, rumah pun tidak mewah dan semuanya jimat saya cadangkan 1
polisi bertempoh untuk lindungi pendapatan ayah.
Iaitu pelan PruProtect bertempoh 5 tahun dimana ia meliputi
perlindungan kematian atau lumpuh sebab biasa atau kemalangan. Untuk umur saya
30 tahun (pada 9/10/2013) kelas pekerjaan 1 (risiko rendah) dan tidak merokok
sebulan RM20 dapat manfaat ini RM100K. Polisi ini adalah pelan sementara/jangka
masa pendek untuk saya mencari peruntukan untuk pelan lebih baik iaitu
InvestmenLink Policy (ILP) yang meliputi perlindungan hayat, kad perubatan dan
simpanan.
Dan saya cadangkan juga anda perlu bersama saya untuk
menjadi agen untuk tambah pendapatan jika kerja sekarang tidak mampu memberi
anda lebihan wang dan lebihan masa. Boleh lawati
www.fb.com/MentorUsahawanTakaful
untuk info lanjut atau hubungi saya.
INVESTMENTLINK POLICY (ILP) SMARTLINK/FIRSTLINK/TAKAFULINK
Tidak dinafikan pelan ini yang sebaiknya buat semua kerana
ia meliputi 3 aspek penting iaitu perlindungan hayat, kad perubatan dan
simpanan. Info lanjut boleh dapatkan di sini (http://www.urusduit.com/2013/08/saya-cari-1kad-cover-1famili.html)
Link ini juga boleh menjawap soalan kepada sesetengah pihak mahu memiliki kad
perubatan yang boleh melindugi semua ahli keluarga.
1kad 1famili hanya ada aspek kad kesihatan sahaja. Aspek perlindungan
kesihatan dan simpanan tidak dimasukkan. Maka ia akan memberi kelompongan dalam
perlindungan pendapatan dan perlindungan polisi. (http://www.urusduit.com/p/pelan-perlindungan-lengkap.html
, http://www.urusduit.com/2013/07/medical-card-stand-alone-vs-polisi.html
)
Jika boleh untuk memiliki pelan ILP adalah sangat bagus
kerana banyak manfaatnya. Untuk manfaat kanak-kanak boleh ambil serendah RM80
namun saya cadangkan RM110 untuk berserta elaun wad. Boleh dapatkan info di http://www.urusduit.com/2013/08/manfaat-polisi-kanak-kanak.html
Dan saya ada sedikit pesanan buat ibubapa… http://www.urusduit.com/2013/07/pesanan-ku-buat-sahabat-bergelar-ibubapa.html
SEBUT HARGA
Untuk sebut harga boleh isi boring di http://www.urusduit.com/2013/08/borang-sebut-harga-prubsn-takaful_7749.html
Sebarang persoalan boleh ajukan kepada saya. Terima kasih.
Yang Benar
'Atiqurrahman Abd Aziz
Executive Weath Planner
Prudential BSN Takaful
Al-Isra' Associates
(012-909 3444)
'Atiqurrahman Abd Aziz
Executive Weath Planner
Prudential BSN Takaful
Al-Isra' Associates
(012-909 3444)
www.fb.com/MentorUsahawanTakaful