Seorang ibu ambil Takaful untuk dirinya. Jika ibu itu lumpuh, dia ada RM350K untuk kegunaan dirinya dan anak2.
Jika dia mati, pampasan tadi untuk anak2 teruskan kehidupan. Terbaiklah PUAN.
Anda bagaimana? Sudah ada perancangan hidup dan mati.?
PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...
Seorang ibu ambil Takaful untuk dirinya. Jika ibu itu lumpuh, dia ada RM350K untuk kegunaan dirinya dan anak2.
Jika dia mati, pampasan tadi untuk anak2 teruskan kehidupan. Terbaiklah PUAN.
Anda bagaimana? Sudah ada perancangan hidup dan mati.?
PENTING SANGAT KE SAYA UPGRADE RM10K KE RM100K??
Seorang peserta takaful, pampasan suaminya hanya RM10K, PU'Atiq cadangkan upgrade ke RM100K. Dia pun tanya penting ke??
PU'Atiq cakap SANGAT PENTING.
Jika peserta itu mati, dapat RM10K vs RM100K mana lebih berguna untuk anak2 dan isteri?
Duit itu akan digunakan oleh anak2 dan isteri untuk sara hidup. Anda mahu beri sedikit atau banyak?
Dengan menjawab soalan ini, anda akan faham kenapa pentingnya takaful berpampasan TINGGI.
Nota : Pampasan seharusnya 10x GAJI TAHUNAN. Jika gaji RM5K sebulan (RM60K setahun), maka seharusnya kita ambil pampasan RM600K.
PU'Atiq Mentor Takaful Anda
0129093444
Tadi PU'Atiq dapat satu Pandangan, tentang hidup kita jangan susahkan orang lain.
Masa kita hidup, kita bekerja, ada income, sara anak bini. Alhamdulillah ok. Tapi..
Bila kita mati, tiada Income, anak bini hidup susah. Kan lebih baik, masa kita mati pun anak bini senang.
Kita kena bijak, prepare everything. Ambil takaful, apa2 jadi ada juga duit untuk mereka ringankan beban.
PU'Atiq Mentor Takaful Anda
HIBAH Takaful BuatMU
Hari ni mmg Izzah rasa geram sangat dgn suaminya Karim. Karim menunjukkan plan Takaful yg diambilnya dgn sahabat baiknya Rosli. Bayaran bulanan rm150 untuk Hibah Takaful RM350,000. Karim rasa lega selepas sign up plan Takaful utk masa depan keluarganya jika dia pergi selama2nya.☺☺☺
Izzah memendam rasa dgn Karim😕😕😕. Knp Karim tergamak mgambil plan Takaful tanpa berbincang dgnnya terlebih dahulu. Bbrp minggu yg lepas Izzah ada meminta Karim membeli tudung glamer yg byk dipakai oleh artis2 M'sia tp Karim buat tak tahu. Katanya jgn mbazir. Skrg tgk siapa yg mbazir? Bayar bulan2 rm150 utk plan Takaful cuma dpt sebuah buku & diary???? Rosli ni mmg jahat. Selalu mghasut Karim beli benda tak berguna. Rungut Izzah dlm hati.
5 TAHUN BERLALU
Izzah, Izzah, Izzah, terdengar jiran sebelah rmh nya Ina memanggil Izzah dgn nada cemas....
Terduduk Izzah bila Ina mberitahu Karim meninggal dunia akibat dilanggar lori di LDP. Remuk kereta Karim seremuk hati Izzah ketika ini. Izzah menangis, masa depannya di rasa gelap.....😭😭😭😭
3 bulan selepas kematian Karim, Izzah & anak2 semakin tidak terurus. Anak2 tidak dihantar kesekolah. Simpanan hampir habis. Pihak bank berkali2 menelifon meminta ansuran rumah. Setiap hari bertalu2 org dtg minta hutang sana sini. Izzah terduduk &menangis & terus menangis mengenangkan nasibnya dgn anak2 yg masih kecil.
Sampailah suatu hari Rosli muncul di depan rumah mbawa cheque bernilai rm350,000. Rosli meminta maaf sbb terlambat. Katanya dia baru sahaja tahu kematian Karim selepas pulang dr Mekah mgerjakan haji. Kata Rosli, Karim tidak mahu keluarganya menderita jika dia telah tiada nanti. Pesan Karim, Izzah gunakan lah duit ini untuk mbesarkan anak2. Gunalah sebaik2nya. Besarkan anak2 dgn ilmu dunia & akhirat.
Izzah menangis, teringat peristiwa dia bergaduh dgn Karim bila Karim menunjukan buku Takaful kepadanya. Baginya buku itu hanya mbazir. Tudung yg byk dipakai oleh artis2 Msia itu lagi bernilai.
BENARLAH KATA ORG, SEORG ISTERI & ANAK TIDAK TAHU APA ITU TAKAFUL TETAPI SEORG BALU & ANAK YATIM LEBIH MEMAHAMI APA ITU NILAI TAKAFUL.
#prubsnwarisan
#hibahtakaful
#takafulforall
#rancangkewangan
#prudentialbsntakaful
ALHAMDULILLAH BOLEH RINGANKAN BEBAN IBU TUNGGAL BERANAK 5
"Hanya orang melaluinya sahaja mengetahui bertapa berharganya SEBUAH POLISI TAKAFUL yang ditinggalkan oleh suaminya."
BACA LAGI DI BAWAH..
Semalam ziarah client yang baru kehilangan suaminya akibat penyakit Hipetetis B. Client memberi polisi suaminya pada kami untuk diteliti apa yg boleh di claim.
Setelah meneliti, nilai pampasan yang bakal diterima RM100K ditambah dengan nilai simpanan dalam RM20,000.00. Total RM120K.
Bukan jumlah wang yang yg menjadi ukuran tetapi bagaimana wang itu dapat membantu meringankan beban seorang ibu tunggal dan 5 orang anaknya untuk meneruskan hidup.
Hanya orang melaluinya sahaja mengetahui bertapa berharganya SEBUAH POLISI TAKAFUL yang ditinggalkan oleh suaminya.
Bagaimana pula dengan kita? Sudah kah kita merancang sesuatu yang baik untuk anak2 isteri kita?
1. Berapa wang tunai ditinggalkan untuk anak2 isteri?
2. Cukupkah duit dan aset kita miliki untuk bayar semua hutang kita?
3. Berapakah jumlah wang kita tinggalkan untuk berwakaf supaya menjadi EPF KUBUR kita nanti?
4. Cukupkah duit ditinggalkan untuk urus harta pusaka kita nanti?
Semua ini perlu dilakukan perlu difikirkan semasa kita hidup, ambil peduli, ambil kisah hal ini.
Jom kita bincang. Demi kesejahteraan keluarga anda.
PU'Atiq Mentor Takaful Anda
PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
0129093444
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
NAK MAKAN PUN TAK LEPAS, MACAM MANA NAK BELI TAKAFUL??
Mungkin ini dalam benak fikiran sesetengah orang. PU cuba beri sedikit pencerahan. Ok.. Awak makan sehari berapa RM? Zaman sekarang, RM10 sekali makan itu normal. Kita ambil RM20 sehari Pagi, Tengah Hari, Malam. Total RM600 SEBULAN.
Takaful?? Serendah RM20 sahaja sebulan. Boleh tak kurangkan RM20 dari total makan sebulan? Atau jadi kebulur? RM20 ini insya Allah dapat bantu anda ada duit nak makan masa sakit. Memgerti?
So, tiada alasan lagi, ambil segera.
TAKAFUL boleh gantikan gaji anda jika anda lumpuh @ sakit kritikal.
Insya Allah
Income Protection, Replacement Income
AYAH MATI TAK TINGGAL APA2 MELAINKAN HUTANG MOTOSIKAL
Pilu PU'Atiq dengar perkongsian kawan tadi, dia dah jumpa arwah 2 minggu sebelum mati, suruh ambil pelan PENGGANTIAN GAJI hak murah2 je dalam RM50, TAPI arwah tak nak.
Lepas tu mati, tak de apa ditinggalkan melainkan hutang motosikal kuasa tinggi. Kasihan isteri dia kena bayar hutang tu. :(
PU nak nasihatkan, simpan lah sedikit duit di takaful untuk kepentingan diri dan keluarga, mudahan usaha ini boleh meringankan beban anak2 isteri. Insya Allah.
Ikhlas daripada PU'Atiq Mentor Takaful Anda
Tips Takaful | Takaful ada 3 bahagian
#1 LIFE sebagai PROTECTION @ REPLACEMENT of INCOME jika seseorang meninggal, lumpuh @ kritikal. Ada duit nak belanja masa lumpuh atau anak2 isteri nak belanja lepas kita mati.
#2 MEDICAL CARD sebagai dana perubatan & protection of aset/saving. Boleh guna duit ini untuk bayar bil hospital, elak jual aset, elak berhutang, elak guna simpanan dan KWSP untuk bayar bil.
#3 SAVING sebagai fungsi UTAMA adalah protection of policy (medical life) agar tak cepat LUPUT.
PU'Atiq Mentor Takaful Anda
Test
Islam terbahagi 3 bahagian iaitu Aqidah, Fiqh dan Akhlak. Fiqh adalah berkaitan undang2 (Shariah). Dibawah shariah antaranya ibadah, muamalat.
Dalam muamalat ada bahagian sosial, politik, bisnes dan finance. Bawah finance ada unsur banking dan perlindungan.
Perlindungan dalam Islam, adakah boleh? Cerita biasa kita dengar adalah, seorang sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad tentang perlukah hanya berserah kepada takdir dan tawakal tanpa perlu ikat unta?
Nabi Muhammad kata, ikat dan bertawakallah. Maka jelas disini Allah anjur perlindungan. Bukan berserah buta-buta. Allah juga sarankan Nabi Yusuf sediakan 7 tahun bekalan gandum untuk hadapi musim panas.
Rezeki Allah boleh beri walaupun tidak simpan gandum 7 tahun, tetapi kenapa Allah suruh simpan gandum? Boleh je hidup tanpa simpan gandum tu. Itu tanda Allah suruh kita berusaha dulu sebelum bertawakal.
Rezeki Allah boleh beri walaupun tidak ada takaful, namun atas amal sunnah Allah, maka kita berusaha seperti mana Allah ajar kita melalui utusannya. Dan ia tidak jadi masalah.
Islam sudah ajar kita dengan baik. Cuma cara kita nak fahami dan amal itu terserah pada diri sendiri ikut ilmu kefahaman.
Share jika bermanfaat.
PU'Atiq Mentor Takaful #1
Gaji tahunan RM60K setahun (RM5K sebulan), digunakan untuk sara hidup diri dan keluarga.
Apabila mati, gaji menjadi RM0. Duit EPF RM20K, PAMPASAN TAKAFUL RM25K, simpanan bank RM5K total RM50K.
Diandaikan hutang tiada, dengan RM50K hanya bertahan 10 BULAN SAHAJA. Cukup atau tidak untuk pasangan dan anak2 anda?
Semestinya TIDAK MENCUKUPI. Cara mudah boleh buat hari ini adalah TAMBAH PAMPASAN TAKAFUL. Hubungi perunding takaful anda.
PU'Atiq Mentor Takaful #1 Anda #AdaTakafulUntung
12 Hospital Yang Menyediakan Perkhidmatan Ujian Bagi Mengesahkan ZIKA.
PU'Atiq Mentor Takaful #1 Anda
#kamisediamembantu
#Zika #ZikaAlert #TidakPeduliMautMenanti #PerangiAedesPerangiDenggi
#KementerianKesihatanMalaysia
Perkongsian pengguna Irna Syafiqah
-------------------------------------
"Tak rasa rugi ke bayar Takaful tiap tiap bulan. Pakai ke tidak belum tentu".
.
My respond is:
.
Saya start ambil Takaful pada 2013. Sehingga hari ini, jumlah caruman saya pada Takaful hanya lah RM5,600.
.
2015 kali pertama saya diuji Tuhan.
Bill rawatan RM9,280. Bill rawatan susulan kurang lebih RM500. Total RM9,780.
.
May 2016 sekali lagi diuji Tuhan.
Bill rawatan RM3,120.20. Bill rawatan susulan kurang lebih RM200. Total RM3,320.20.
.
Jun 2016 sekali lagi diuji Tuhan.
Bill rawatan RM3,500 kurang lebih. Bill rawatan susulan RM600 kurang lebih. Total RM4,100.
.
Jumlah baru bayar RM5,600.
Jumlah dah pakai RM17,200.20.
.
And one more thing, the best part is. Pada masa yg sama saya dah tinggalkan sejumlah RM ratus ribu pada waris waris saya andai esok lusa dipanggil Ilahi.
.
I don't see which part is RUGI. If you know your needs, there is no such thing as RUGI.
.
Kalau lah saya masih berdegil tak mahu ambil Takaful pada 2013 dulu, RM17,200.20 tadi sudah pasti datangnya dari FAMILY dan TERPAKSA KELUARKAN DUIT dari Bank/Tabung Haji/ASB. ITU pun kalau ada RM17,200.20 tadi. Kalau takda? 😊
.
#Takaful #AjakDanAjar
Risiko Diri antaranya ialah KEHILANGAN PENDAPATAN untuk diri dan keluarga.
Kita masih muda, anak2 masih kecil, kita pencari rezeki. Tiba2 kita pergi awal (mati), tinggallah anak2 kecil itu tanpa gaji kita. Gaji terakhir kita 25.8.2016.
Secara jujurnya, adakah anda ingin teruskan gaji anda selepas kematian anda untuk anak2? Jawap jujur dalam hati. Jika nak, hubungi PU'Atiq.
HIBAH DAN FARAID, berapakah isteri dapat?
Kerana persoalan ini ditanya kepada seorang isteri, maka, dia pun bersetuju mengambil satu polisi PruBSN untuk suaminya.
Puan-Puan, tahukah anda, anda layak 1/8 sahaja harta peninggalan suami puan kelak?
Ramai para isteri tidak tahu hal ini, mereka rasakan, harta arwah suami akan diberikan kepadanya. Ini silap.
Bagi memastikan hak isteri terbela selepas kematian suami, eloklah para isteri ambil polisi takaful keatas suaminya sendiri, dan pampasan itu dihibahkan kepadanya.
Jika suami belum ada polisi takaful, eloklah tu, ambil lah satu. Suami yang sayang isteri, akan ambil takaful keatas dirinya untuk isteri tersayang.
PU'Atiq Mentor Takaful #1 Anda
POLISI TAKAFUL ADA SIMPANAN. Penting ke?
PU'Atiq berpendapat pentingnya takaful ada simpanan bertujuan sebagai PERLINDUNGAN POLISI peserta takaful. Bagaimana tu.? Jom ikuti kisah ini.
Dah tak bayar berapa bulan pun masih boleh guna kad. Cantik sungguh aturan Allah. Ada kawan minta khidmat nasihat, baru disahkan kanser rahim. Umur 28, muda. Bukan client saya. Saya sekadar bagi consultation.
Dah berbulan payment takaful tertunggak. Nasib baik Takaful masih AKTIF sebab ada saving dalam polisi yang backup sementara waktu. Sikit je lagi nak EXPIRED. Fuhhh.
Sekarang dalam proses menjalani rawatan yang bakal memakan wang berpuluh ribu.
Sakit macam2. Jaga makanan kita. Pergi health checkup sekali setahun. Ambil takaful untuk persediaan. Banyak bersenam,berdoa moga dijauhkan dari ujian penyakit. Aku doakan kamu sembuh sahabat. :(
Ini adalah kisah diceritakan oleh sahabat PU'Atiq, Tuan Ahmad Zul Afif
PU'Atiq ada simpanan banyak kes yang mana SIMPANAN takaful membantu peserta masih dapat perlindungan walaupun polisi tidak berbayar sekian lama.
PU'Atiq gariskan tujuan simpanan secara ringkas :
1. Simpanan di takaful bertujuan untuk membantu melambatkan polisi cepat LAPSED (MATI) jika tiada sumbangan diberikan oleh peserta.
2. Simpanan ini akan disedut untuk membiayai caj tabaru' polisi, ini membuatkan polisi lambat LAPSED.
3. Simpanan digunakan untuk tampung perbezaan sumbangan dan caj tabaru' jika ada. Contoh, sumbangan RM1800 setahun, caj tabaru' RM2400 setahun, maka perbezaan (tidak cukup) RM600, maka, ia disedut dari simpanan. Peserta kekal bayar RM1800 dan polisi kekal AKTIF.
4. Semua ini tertakluk kepada caj tabaru', jumlah simpanan yang ada, berapa lama simpanan dapat membantu , wallahuaklam. Cuma kita harus tahu, simpanan digunakan untuk pastikan polisi lambat LAPSED.
5. Simpanan di takaful bukan seperti simpanan dibank. Di bank simpan RM100 ada RM100. Ditakaful tidak, simpan RM100 belum tentu ada RM100. Simpanan Ditakaful perlu masa yang lama untuk terkumpul, biasanya 20 tahun. Itu pun belum jamin dapat 100%. Kebiasaannya dapat 60-70% apa yang kita dah bayar polisi.
6. PU'Atiq tidak begitu suka kempen takaful untuk Education, Retirement, Haji dan lain2. Bagi PU'Atiq, takaful adalah PERLINDUNGAN.
LIFE - PROTECTION OF INCOME (Memastikan gaji bulanan tetap ada walaupun peserta suda meninggal atau lumpuh atau kritikal)
MEDICAL CARD - PROTECTION OF SAVING/ASSET (Menghalang simpanan/aset sedia ada daripada hangus bayar bil hospital)
SAVING - PROTECTION OF POLICY (Melambatkan polisi menjadi LAPSED/MATI)
Setiap jenis produk ada kelebihannya tersendiri, ada produk tiada simpanan. Makanya, anda sebagai pelanggan atau bakal pelanggan, harus mengetahui kelebihan dan kekurangan setiap produk. Setiap Sen Duit Anda, Tanggungjawab Anda Pastikan Bermanfaat.
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444
Setiap penyakit ada tempoh tertentu untuk sampai tahap tertentu. Sebagai contoh, batu karang saiz yang 1mm,2mm@3mm ambil masa nak terbentuk. Mana mungkin dalam masa tempoh yang singkat batu terbentuk dengan cepat.
Contoh, polisi 7 bulan, batu karang bersaiz 2.5mm, adakah logik? Ini tidak logik, semestinya ia sudah terbentuk sebelum itu lagi (sebelum ambil takaful). Maka isu ini menjadi "keraguan" kepada tim yang meluluskan klaim. Maka untuk adil, pihak syarikat mohon disiasat terlebih dahulu.
."Mana saya nak tahu penyakit ini ada dah dalam pundi kencing saya", "Saya sihat, tiada apa2 sakit sebelum ini", "Mana kita nak tau apa ada dalam badan kita! "
Ya semua penyataan ini ada benarnya. Cumanya jika seseorang itu betul2 sihat, tiada alami sakit tersebut, insyaAllah klaim diluluskan (paid n klaim). Usah risau, anda berhak ke atas apa hak anda.
Kita kena tahu, pihak syarikat boleh link dengan hospital, syarikat takaful/insurans lain untuk dapatkan sejarah kesihatan kita sebelum ini. Jika syarikat dapati ada rekod, maka pihak syarikat akan minta peserta sediakan.
Contoh, Si Ali hadapi batu karang, pihak hospital akan mohon Si Ali berikan beberapa info/dokumen/report untuk dianalisis mengikut rekod yang ditemui oleh syarikat.
Jika klean, bersih, tiada apa2 bukti peserta pernah dapatkan seberang rawatan berkaitan, maka pihak takaful akan bayar klaim itu.
Jika terbukti ada rekod kesihatan sebelum ambil polisi dan tidak dinyatakan semasa permohonan takaful, maka klaim akan decline.
Rupanya hampir RM2juta klaim telah di decline kerana kes Non-Disclosure. Jika wang ini dibayar tanpa siasatan, maka hilanglah duit orang ramai. Adalah menjadi amanah kepada pihak syarikat untuk mengurus duit itu sebaiknya.
Makanya,
Jika ambil polisi, nyatakan tahap kesihatan yang sebenar semasa isi borang.
Jika kes betul2 bersih, usah risau, hak anda akan terjamin.
Elakkan guna takaful pada peringkat awal usia polisi. Namun ini bukan jaminan klaim tetap lulus walaupun polisi sudah lama, ada kes polisi sudah 3-5 tahun, namun tidak dicover sebab, rekod ditemui sakit yang nak diklaim telah ada sebelum ambil polisi.
Kita harus bersatu untuk menjadi lebih amanah dalam setiap urusan kerja kita. InsyaAllah, kita istiqamah melakukan yang terbaik.
PU'Atiq Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444
KWSP SHARIAH & AKAUN BANK SHARIAH
Alhamdulillah syukur, pilihan kepada Muslim untuk dapatkan pelaburan patut Shariah dalam KWSP telah ada, maka wajiblah kita tukar ke skim ini daripada skim konvensional.
Cumanya, akaun bank patuh Shariah lebih lama wujud di Malaysia namun masih ramai tidak menukarkan ke akaun Shariah. PU'Atiq sarankan kita semua peka dan ambil berat tentang ini. Ini mengelakkan kita terpalit secara langsung dengan riba dalam akaun konvensional.
Semoga dengan usaha kita memilih akaun patuh Shariah di KWSP dan Bank dipandang mulia di sisi Allah dan mendapat redha NYA. AMIN.
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
Www.fb.com/atiqaziz
Jika lelaki ini adalah ANDA. Sudahkah anda ada gaji ketika ini yang diperolehi daripada pampasan takaful? Sementara masih berupaya, masih hidup.. Buatlah takaful untuk 10 tahun gaji anda.
Semua orang tidak tahu samada dia lumpuh atau tidak. Semua orang tak nak lumpuh. Tetapi semua orang akan mati. Buat takaful tak rugi tapi tak buat takaful itu rugi.
DR ZAHARUDIN ABD RAHMAN
PENTING!!! SEGERA BERUBAH KE KWSP SIMPANAN PATUH SHARIAH BERMULA 8/8/2016
Alhamdulillah, hasil desakan & kesedaran orang ramai sehingga membawa kepada survey rasmi oleh KWSP, keputusannya lebih 71 % inginkan simpanan KWSP Patuh Shariah, hasilnya, BERMULA 8 Ogos 2016, semua pencarum KWSP boleh mula beralih ke KWSP Simpanan Shariah.
Saya sendiri akan berada di KWSP Ibu Pejabat di Jalan Raja Laut pada awal pagi tarikh 8 Ogos nanti. Insha Allah
Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah. Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.
Untuk tujuan tersebut, kalian perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli.
Dari sudut hukum Syariah, adalah WAJIB bagi pencarum beragama Islam untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah. Had awal yang ditawarkan kepada pencarum adalah RM 100 bilion sahaja, justeru SEGERA bertindak sebelum kehabisan tempat dan terpaksa menunggu lebih lama.
Untuk malumat lanjut sila buka link http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/index.html
Kalau tidak untuk diri sendiri pun, untuk anak cucu dan sahabat2 lain. Panjang2 kan lah.
Klien PU'Atiq maklum anaknya demam muntah2, dah dapat rawatan pesakit luar sahaja. Jika berpanjangan doktor nasihatkan warded.
Namun alhamdulillah, PU'Atiq Follow up Klien, dia kata dah sihat alhamdulillah. Syukur. Kebajikan klien sedaya upaya PU jaga. InsyaAllah.
Alhamdulillah, sejak PU'Atiq mula kempen takaful berpampasan tinggi, ramai kawan2 tanya, dan ada yang ambil pelan itu.
Niat PU'Atiq nak bantu kawan2 ada duit gaji untuk satu tempoh yg lama jikalau anda diuji dengan lumpuh. Ini penting buat anda sekeluarga.
Sesiapa berhajat untuk sediakan gaji ketika lumpuh, boleh pm PU'Atiq. Jika tak lumpuh, mati itu pasti, payah nak hidup sampai 80-100 tahun sekarang ni. Kan?
Sebagai contoh, salah seorang daripada yang mohon. Kita namakan En Z, bergaji RM2500 sebulan. Ambil pampasan RM120K dengan sumbangan bulanan RM100 sebulan.
Jila En Z meninggal dunia, En Z telah menyediakan gaji kepada anak isterinya selama 48 bulan bersamaan 4 tahun.
Bagi anda, ok ke Ok jika seorang suami/bapa sediakan 4 tahun gaji kepada keluarganya jika dia telah meninggal?
Murah sahaja sumbangan bulanan, RM100, namun impaknya sangat besar. InsyaAllah.
Anda harus milikinya hari ini untuk ketenangan jiwa dan kebajikan keluarga anda.
PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP www.urusduit.com www.fb.com/atiqaziz
Pesanan KHAS buat para wanita, gadis2, si dara. Ini risiko anda. Sila ambil berat. Sudah ramai yang kena, mungkin anda juga boleh kena.
Cyst, fibroid merupakan satu penyakit yang banyak dihadapi oleh perempuan. Kehadiran ketulan ini di dalam badan tidak disedari oleh pemilik badan itu.
Ia datang tanpa diundang namun perlu dikeluarkan daripada badan. Kos rawatan kini melebihi RM10000, boleh jadi antara RM15K - RM20K!
Tidak diketahui sebab penyakit ini, namun ia banyak berkait dengan pemakanan, gaya hidup, tekanan dan pencemaran.
Kebiasaannya dikesan apabila pesakit merasa sakit di bahagian perut. Ada juga semasa scan perut semasa checkup pregnant atau rawatan kesihatan.
PU'Atiq pernah urus kes sebegini sebanyak 3 kes. Alhamdulillah, semua dicover PruBSN Takaful. Bil semestinya hampir RM15K.
PU'Atiq pernah di nasihatkan oleh DR Hamid Arshad supaya terus berdakwah kepada para gadis yang belum berkahwin, elok ambil sebelum kahwin. Kerana apa? Supaya polisi telah matang melebihi 1 tahun.
Contoh, planning nak kahwin lagi 1 tahun. Ambil sekarang. Selepas kahwin, andai tidak bunting pelamin, biasanya selepas 6 bulan kahwin, belum mengandung, kebiasaannya pengantin akan buat checkup rawatan kesuburan dan kebanyakannya cyst dan fibroid dapat dikesan semasa itu.
Jika selepas 6 bulan pengantin checkup maka polisi sudah menjadi 18 bulan. Ia memudahkan proses klaim kerana polisi amat matang.
Jika sudah scan, didapati ada ketulan ini dan baru nak ambil takaful (Medical Kad), alamatnya tak dapat lah adik kakak.
Sebab itulah Dr Hamid Arshad dan PU'Atiq sarankan adik2 kakak ambil sekarang.
Ini kes benar, ambil takaful Oktober 2014, pada Julai 2016 dikesan ada fibroid. Sumbangan bulanan RM280 sebulan, selepas 22 bulan (RM280x22=RM6160), bil RM belasan ribu. Boleh cecah RM15K. Akak ini berumur 40-an, dia pun tak tahu bakal hadapi fibroid. Untung atau Rugi?
Jadinya, adik2 kakak2, ibu2.. Ambillah PruBSN Takaful sebagai perancangan sediakan duit yang banyak bagi membiayai bil rawatan itu kelak.
PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP #GSLABAM #GSLP #TIMALISRA
PU'Atiq kongsikan 3 instrumen yang dapat membantu keluarga anda cepat dapat duit jika anda meninggal.
1. KWSP. Jika anda letakkan penama di akaun KWSP anda, proses mengeluarkan semua duit KWSP anda sangat cepat. Jika tiada penama?
Prosesnya menjadi lama, perlu ikut proses pengurusan harta pusaka, perlu dapatkan surat pentadbir.
Info tambahan, penama ini hanya memegang amanah membahagikan duit itu secara faraid.
2. TABUNG HAJI (TH). Semua wang anda di TH dapat dikeluarkan oleh penama yang telah anda tetapkan semasa hayat anda. Jika tiada penama di akaun TH, ia sama juga seperti akaun KWSP tidak berpenama seperti PU'Atiq terangkan di atas.
PENTING!! Sila pastikan akaun KWSP & TH anda ada PENAMA selain akaun itu ada duit. Hehe :)
3. TAKAFUL. Instrumen ke 3 adalah takaful yang anda ambil semasa hayat anda. Specialnya takaful adalah anda hanya perlu menyimpan sejumlah wang kecil sahaja dan anda dapat wang besar untuk keluarga anda.
Sebagai contoh PU'Atiq berumur 32 tahun, dengan sumbangan RM100 sebulan, PU'Atiq dapat berikan RM160,000.00 kepada keluarga PU. Ok kan?
Wang ini boleh disetkan sebagai penama kepada isteri PU'Atiq dan isteri PU diamanahkan untuk membahagikan wang itu secara faraid atau PU setkan pampasan itu sebagai HIBAH kepadanya agar duit itu 100% jadi miliknya. :) Sukanya para isteri ya. Dapat Duit <3
Kesimpulannya adalah, anda harus gandakan wang dalam ketiga - tiga instrumen ini agar waris anda dapat duit yang banyak setelah kematian anda. Untuk apa? Untuk mereka menyara hidup mereka. Tak lah mereka susah dan merempat kan?
Bagi PU'Atiq, instrumen KWSP dan TH anda perlu kerja keras untuk masukkan duit dalamnya, untuk jangka masa pendek ia agak mustahil anda boleh letak duit yang banyak kedalamnya.
Namun cara mudah adalah ambil TAKAFUL. Bayar sikit, dapat BANYAK.
Ini kisah benar, peserta PruBSN Takaful, polisinya dimohon dan diluluskan 4 hari sebelum dirinya terlibat kemalangan maut.
Jika arwah ambil RM100 sebulan, maka arwah sudah boleh hibahkan RM160K kepada keluarganya dengan hanya satu kali sumbangan iaitu RM100.
Namun jika dengan RM100 itu arwah simpan di KWSP & TH, keluarganya hanya dapat RM100 sahaja.
Penutup
1. Semak berapa duit yang ada dalam ketiga - tiga instrumen ini.
2. Buat pengiraan, berapa lamakah ia dapat bertahan untuk digunakan oleh waris. KWSP ada RM20K, gaji RM2K, maka dapat bertahan 10 bulan.
3. Cukup atau tidak duit itu? Jika tidak cukup, boleh tambah duit sebelum meninggal. Mahu tinggalkan belanja setahun gaji? 5 tahun gaji? 10 tahun gaji? Atau selamanya.
Semoga Allah permudahkan urusan anda sekeluarga. Boleh lakukan tindakan yang sewajarnya semasa hayat dikandung badan.
PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP
Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan.
Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. Ia dikenali MEDICAL CARD / KAD PERUBATAN.
#TakafulEducationPuAtiq #TakafulEducation
Niat di hati PU'Atiq nak tulis status macam ni.. "Kepada kawan2, ambillah takaful, mana tahu perjalanan pulang raya, anda kemalangan maut, anak isteri dapat juga pampasan."
Tapi tak sampai hati nak tulis. Kini PU'Atiq tulis juga. Pesan kat kawan2. Ambil serius hal ini. Al kisah adalah klien PruBSN, arwah ustazah Mursyida, polisi lulus 1/7/2016 dan ditakdirkan 4/7/2016 arwah kemalangan 7 sekeluarga di Gua Musang. Al Fatihah.
Kita ambil hikmah di sebalik permohonan arwah mengambil takaful sebelum kematiannya. PU'Atiq tidak pasti berapakah jumlah pampasannya cuma kita boleh guna andaian bagi membuatkan kita faham di sebaliknya.
Kita andaikan arwah ini adalah lelaki, ayah kepada 3 - 5 anak kecil dan seorang isteri bergaji RM4000 sebulan. Dan andai kata jumlah pampasan ini adalah RM100K maka berapa lama arwah masih sediakan duit belanja (gaji) kepada anak2 isterinya.
Jumlah pampasan RM100K, gaji RM4K sebulan maka arwah sediakan gaji kepada keluarganya selama 25 bulan ( 2 tahun sebulan).
PU'Atiq nak tanya kepada kawan2 andai anda ditempat ini adakah anda mahu sediakan wang sebanyak ini kepada anak2 isteri anda? Agak2 ia memberi sedikit kelegaan atau tidak kepada mereka?
Jika jawapan anda adalah YA, maka sesungguhnya anda wajar memiliki pelan takaful yang mempunyai pampasan yang besar.
PU'Atiq tahu anda sudah ada takaful. Alhamdulillah tahniah PU'Atiq ucapkan, cuma PU nak nasihatkan agar anda buat penilaian semula polisi sedia ada. Bimbang jadi kes yang Aviva Takaful tidak dapat klaim pampasan mati (isu ini sebab klien tak tahu jenis pelan dia ambil, ia boleh terjadi kepada anda)
PU'Atiq mohon maaf jika terkasar bahasa dan menyinggung perasaan anda, lebih baik anda terasa hati sekarang daripada anak2 isteri anda susah hati selepas ketiadaan anda kelak.
Selamat pulang ke kampung, pandu kenderaan hati2.
PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP #GSLABAM #GSLP #TIMALISRA
#29RAMADHAN
Apabila seseorang itu MATI, takaful digunakan bayar baki pinjaman perumahannya. Ini kebanyakan orang ada.
Selain itu, takaful digunakan untuk berikan GAJI kepada keluarganya setiap bulan. Ini jarang orang ada. Orang yang ada benda ni dia HEBAT! AMACAM?
Bagaimana Memastikan Gaji Dapat Terus Dijanakan Untuk Keluarga Apabila Sesuatu Terjadi Kepada Ketua Keluarga
http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan
http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan1
Ikhlas
PU'ATIQ
MENTOR TAKAFUL #1 ANDA
WWW.URUSDUIT.COM
WWW.FB.COM/ATIQAZIZ
Tiba-tiba kemalangan. Kan? Memanglah semua tiba-tiba... Kereta boleh klaim takaful sebab kita beli takaful kereta.
Kalau kita? Tiba-tiba sakit. Memanglah sakit tiba-tiba... Nak klaim pakai apa? Gunalah takaful yang ada.
Jika Takaful tak beli, jika beli dah lapsed. Acaner tu?
Bukannya ambil takaful maka anda BEBAS KEMALANGAN.
Soalnya adalah jika kemalangan maut @ bawa kelumpuhan, GAJI anda duk dapat tiap2 bulan masih dapat DINIKMATI oleh anak isteri. Bukan mahal pun, RM20, RM100 dah dapat puluhan ribu, ratusan ribu.
Apalah sangat jika demi insan tersayang. Kan?
Alhamdulillah PU'Atiq dapat membantu seorang kawan untuk ambil takaful sebanyak RM20 SEBULAN dengan tujuan penyediaan DUIT untuk anak isteri jika berlaku kematian @ kelumpuhan keatasnya sebanyak RM50,000.
Nilai sumbangan KECIL namun BESAR nilainya disisi anak isteri. Anda setuju?
Alhamdulillah, kebanyakan daripada kita sudah dapat gaji bagi bulan Jun. Kenapa kita dapat gaji? Jawabnya kita bekerja pada bulan Jun. Gaji untuk keluarga.
Andainya bulan Jun kita tidak bekerja disebabkan LUMPUH, adakah kita dapat gaji Jun dan seterusnya? Adakah ia memberi kesan BURUK kepada kita?
Sebab itulah PU'Atiq nasihatkan kita semua, ambil takaful untuk buat gaji kita jika kita mati atau lumpuh. Untuk siapa? Untuk anda sekeluarga, bukan untuk PU. Boleh2?
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
"Nampaknya suami I dah ok ni, boleh ambil takaful, now suami I dah nampak pentingnya takaful. Alhamdulillah" isteri dengan gembiranya.
"En Ejen, sekarang suami saya nak ambil takaful, dia dah sakit, bila boleh mohon, tak terlambat kan? "
SILALAH NAMPAK KEPENTINGAN TAKAFUL KETIKA SIHAT. MUDAH SIKIT NAK DAPAT POLISI.
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
Saya sokong 106% saranan Tuan Khairul Ezuwan. Semoga lebih ramai rakyat Malaysia sedar kepentingan mereka membuat plan perlindungan kewangan masing2.
Seperti mana mereka gigih melaksanakan perlindungan tayar spare, takaful pinjaman bank (rumah, personal, kad kredit, ASB, dll). Mengapa tidak buat perlindungan GAJI untuk anak isteri akibat kematian@kelumpuhan diri?
Alhamdulillah, kesedaran rakyat semakin bertambah baik, namun, ia masih tahap rendah.
Isu vaksin menjadi viral sekarang ini. Perlu atau anak dicucuk vaksin. Vaksin bertujuan memberi daya tahan yabg lebih kuat kepada anak, maka ada pihak berpendapat ia perlu. Anda bagaimana?
Sama juga isu daya tahan kewangan kita ketika kita ditimpa masalah kesihatan. Ketika itu kita memerlukan banyak duit untuk digunakan. Betul tak?
Maka jalan penyelesaian adalah dengan mengambil takaful sebagai vaksin kesihatan kewangan kita. :)
Ejen takaful tidak perlu memaksa anda ambil takaful, tetapi anda sendiri harus MEMAKSA diri sendiri ambil takaful kerana itulah VAKSIN untuk KESIHATAN KEWANGAN anda agar ada kekuatan dalaman melawan serangan yang tidak diduga. Betul kan?
Anda SAKIT, bukan hanya badan yang sakit..tetapi kesihatan kewangan anda juga diserang! Ada takaful boleh membantu memberi KEKUATAN kepada kewangan anda. Bil beribu tu biar takaful bayar. Faham Ke Faham?
InsyaAllah dengan usaha vaksin ini (takaful) kita dapat elak menghadapi masalah kewangan yang lebih parah.
Sudahkan anda mengambil vaksin untuk kesihatan kewangan anda? Adakah vaksin anda ambil itu cukup kuat.? Jom kita jumpa, sama2 nilaikan.
PU'Atiq Mentor Urusduit #1 Anda.
www.facebook.com/atiqaziz
www.urusduit.com
0129093444
Takaful memang bayar bil hospital kes macam ni (Lung Infection) walaupun bil mencecah RM30K namun kepada peserta yang layak sahaja. Siapa yang layak? Peserta takaful ambil masa sihat, polisi melepasi WAITING PERIOD, tiada masalah kesihatan sebelum2 ini.
Tetapi jika sudah sakit, boleh mohon tetapi lulus belum pasti, biasanya EXCLUSION. Jadi, jika sekarang ini anda SIHAT, mohonlah sekaran. Serius Untung!
Income Protection atau Medical Card Protection?
Sebilangan dari kita lebih mementingkan perlindungan Medical Card Takaful berbanding Income Protection kerana rata-rata semua orang boleh 'nampak' dan bayangkan kos perubatan yang tidak termampu untuk ditanggung sendiri sekiranya mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Sebetulnya, income protection lebih penting kerana di saat kita tidak lagi berupaya untuk menjana pendapatan kerana hilang upaya kekal atau kematian terutamanya ketika anak-anak masih kecil dan remaja yang masih belum berdikari, pasti isteri mengambil masa yang agak lama untuk adjust kehidupan bersama anak-anak. Lebih mengharukan sekiranya si suami meninggalkan hutang piutang yang terpaksa ditanggung oleh si isteri tercinta.
Sebaiknya setiap pemegang polisi perlu sentiasa 'aware' berapa jumlah perlindungan yang diambil, apa rider yang terdapat dalam polisi takaful anda, dan apa yang tiada dan perlu diambil pertimbangan untuk dimasukkan ke polisi. Jom jadi seorang yang bijak rancang kewangan untuk diri sendiri dan juga keluarga tercinta!
Boleh fahami hal ini di link ini
http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan
http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan1
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit www.urusduit.com www.fb.com/atiqaziz
Kredit Artikel Asal : Tuan Ahmad Humaizi (FB: Ahmad Humaizi)
Orang ambil takaful bukanlah sebab nak sangat duit tu masa sakit, dan bukanlah hepiiii melompat2 bila sakit dapat duit, tapi mereka ambil sebab nak meringankan beban diri dan orang sekeliling.
Contoh, Mamat sakit, perlu RM30K kos pembedahan, tak lah Mamat nyusahkan mak bapak, adik beradik, kawan2 dia nak kutip duit tu. Nampak tak? Mamat bijak, mamat prihatin.. Anda bagaimana?
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
Si A dan Si B bersiar2, Si A memandu kereta, tiba2 kemalangan maut. Kereta arwah masih ada hutang, pihak takaful beri ganti rugi penuh ikut harga semasa kereta itu. Arwah beli takaful kereta RM2000 bayar SETAHUN.
Malangnya, arwah Si A liat nak beli takaful diri untuk ganti rugi INCOMEnya, maka anak2nya KEHILANGAN AYAHNYA BERSERTA GAJI. Tapi arwah Si B ada beli takaful RM150 jer tapi dapat pampasan ratusan ribu untuk DIHIBAHKAN kepada anak2nya.
Jadilah Si B, bijak merancang, mati tetap mati.
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
"Sebagai seorang pengguna jalanraya, saya memahami nilai takaful kesihatan saya. Saya tahu bahawa saya berhadapan dengan risiko kemalangann dan boleh berlaku pada bila-bila masa." PU'Atiq
Bagaimana dengan anda? Adakah anda telah bersiap sedia kad perubatan takaful sebagai alat membantu anda membiayai bil hospital anda kelak? Anda juga seperti saya iaitu pengguna jalanraya berdepan dengan risiko kemalangan.
Miliki hari ini, biarlah tersalah ambil awal 5 tahun berbanding tersalah ambil lewat sehari.
PU'Atiq Mentor Urusduit #1 Anda
Lama dah PU'Atiq kempen minta kawan2 terutama para SUAMI ambil pelan ini. Bukan mahal pun, RM240/tahun. Takaful kereta Honde pun mahu RM2400/tahun. Tak tahulah mereka ambil dengan orang lain. Hehe.
Nak mati, elok sediakan duit untuk anak bini bang.. Nak2 lagi mati muda. Kalau mati tua, anak2 pun dah besar, bini pun dah tua. Boleh2?
Umur seperti saya (umur 30, tapi nampak seperti 25), tidak merokok, risiko pekerjaan tahap 2 (banyak travel), status kesihatan memuaskan alhamdulillah, hanya perlukan RM400 sebulan (RM13 sehari) untuk saya hibahkan RM1 juta kepada keluarga saya.
Pandai kira tak? Ok mari sama-sama kita kira.
1 tahun = RM400x12 = RM4,800
10 tahun = RM4,800x10 = RM48,000
20 tahun = RM4,800x20 = RM96,000
30 tahun = RM4,800x30 = RM144,000
40 tahun = RM4,800x40 = RM192,000
Selepas 40 tahun, saya sudah berumur 70. Itu pun kalau dipanjangkan umur. Tidak mustahil untuk mati muda. Semua itu rahsia Allah. Rasulullah pun wafat ketika umur baginda 63.
Jadi apa yang saya ingin tekankan di sini, kita lelaki sebagai ketua keluarga, nak menyimpan RM400 sebulan dan guaranteed dapat 1 juta pun masih lagi berkira-kira. Kenapa guaranteed? Sebab mati itu pasti.
Kita bekerja siang ke malam semata-mata ak kumpul harta (rumah, kereta etc) untuk kesenangan mereka yang kita tinggalkan. Tapi kita tak sedar, selepas kita mati, betapa rumitnya urusan faraid untuk selesaikan tuntutan harta.
Tinggalkan CASH, atau kita panggil duit cair, sudah tentu untuk teruskan hidup, dan juga untuk mencairkan semula semua harta-harta kita tadi.
Semoga bermanfaat. Selamat berpuasa.
Kredit : Amir Moktar
Kita ni orang muda, ada anak kecil, usia baru beberapa bulan,harta belum lagi banyak, biasalah macam budak baru nak UP kan, mana sempat nak kumpul harta.
Biasa PU'Atiq kira, apabila mati, silap2 ada HUTANG ditinggalkan. SERIUS! Habis tu, tak kan nak suruh isteri, waris, anak kecil kita bayarkan hutang tu.. Sepatutnya kita setelkan hutang tu, dan tinggalkan duit lebihan kepada mereka.
So, sejujurnya, PU'Atiq nasihatkan anda ambil takaful, marilah kita berbincang. Ini semua untuk kebaikan anda. Percayalah kepada PU.
Sahabat PU'Atiq nak ambil takaful, niatnya nak buat duit untuk dana kesihatan dia. Dia risau nanti masa sakit dia tak cukup duit. Ada orang muda usia 30-an sakit jantung kos bedah RM25K je.
PU'Atiq kata ok lah tu, ambil masa sihat, bukan ambil masa ada duit. Dia ambil basic dulu, sebab dia bajet. Bukan sebab dia nak beli HONDA, tapi dia ada nak buat hal sikit.
Anda macam mana? Nak jugakan takaful? Tak yah malu2,.ambil je., insyaAllah tak rugi, yang rugi kalau anda tak ambil sekarang.
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
Kalaulah ini berlaku kepada keluarga anda, meninggalkan isteri dan anak2 kecil. Wang pampasan takaful anda dapat membantu mereka, alangkab bagusnya.
Itu kalau anda ada takaful berpampasan yang tinggi. Cuba semak berapa nilai pampasan anda, polisi hidup atau dah mati? Polisi ada tak?
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
Demi anak, kita kerja siang malam cari duit nak sara mereka.
Tak kan bila kita mati (muda) kita tak nak wariskan gaji kita kepadanya? Bukan susah sangat pun, menyimpan di takaful boleh buat gaji anda hidup walaupun anda mati / lumpuh.
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM
PU'Atiq tak pasti ia betul atau tidak, semuanya anda yang tahu, adakah anda mencari takaful perkara terakhir dalam urusan kehidupan anda.
Cuma PU'Atiq pasti, jika anda sebagai balu @ isteri anda sebagai balu, mereka sangat perlukan pampasan takaful ini. Tak percaya cuba tanya pasangan kat sebelah. :) Yang nak berapa RM kalau saya mati?
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF
[InfoFaraid] Bahagian isteri dalam faraid adalah 1/4 @ 1/8 sahaja. Soalan buat para isteri, anda mahukan bahagian 100%? Soalan buat para suami, anda mahu berikan bahagian 100% kepada isteri?
Boleh buat sekarang. Hubungi saya.
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
Ya, takaful membantu anda sikap menabung. Anda menyimpan duit di takaful adalah untuk SIMPANAN MASA SAKIT (kos rawatan, penggantian gaji) bukan untuk simpanan masa depan yang sepenuhnya.
Ketika sihat anda tidak mahu simpan untuk kegunaan masa sakit, ia menambah lagi kesakitan yang anda hadapi (sakit badan + sakit duit). Simpanan di takaful boleh membantu meringankan beban dan mempercepatkan simpanan kecemasan.
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
Luangkan masa untuk buat sebutharga PruBSN Takaful. Alhamdulillah semoga dapat membantu mereka sebaiknya.
PU'Atiq ajak menyimpan duit di takaful bukan untuk anda ada duit simpanan nak pergi melancong, tetapi untuk anda ada duit tambahan ketika sakit.
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
"Arwah betul-betul sayangkan kami" - Balu beranak 4. Bolehlah saya gunakan wang pampasan takaful arwah untuk biayai sekolah anak2.
Arwah kata tak nak menambah beban kepada saya jika dia tiada nanti. Arwah tahu, jika dia meninggal, gajinya juga meninggal. Arwah kasihankan saya.
Anda mahu meringankan beban pasangan hidup anda serta anak2 anda? Jomlah menyimpan di takaful untuk perlindungan gaji anda.
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
PU'Atiq bukan nak provok anda semua, namun itulah realitinya. Tak semestinya ada kad perubatan membuatkan kita tak perlu jual rumah namun...
Biarlah menjual rumah menjadi pilihan terakhir selepas menggunakan semua manfaat kad perubatan takaful kita ada.
Membeli rumah tidak salah, namun membiarkan struktur kewangan anda didalam risiko tanpa pelan perlindungan itu tidak tepat.
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
[TakafulEdu] PruBSN Takaful melindungi kos pembedahan "ovarian cyst" yang biasa di alami oleh perempuan. Kos rawatan RM8K-12K
Jika anda berumur 20-30 an, anda hanya menyimpan sekitar RM150-180 untuk pakej komprehensif dimana ada perlindungan hayat + kad perubatan + simpanan.
Lakukan tindakan bijak sekarang. Suami mithali..hadiahkan polisi ini kepada isteri tersayang anda.
PU'Atiq Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA
Alhamdulillah, PU'Atiq berkesempatan lakukan bedah siasat struktur pengiraan faraid buat 2 prospek takaful.
Hasilnya adalah amat menyedihkan kata prospek2 itu. Barulah mereka sedari apa yang bakal ditinggalkan kepada waris jika dia meninggal.
Mereka bersetuju untuk lakukan beberapa cadangan yang PU'Atiq berikan. Alhamdulillah. Anda mahu di diagnosis seperti ini juga? Boleh PM PU'Atiq.
PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUrusDuit #GSLABAM #GSLEF #TIMALISRA