PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Sunday, April 30, 2017

RUMAH SEWA PUSAKA. MILIK SIAPA HASIL KUTIPAN RUMAH SEWA TERSEBUT?

RUMAH SEWA PUSAKA. MILIK SIAPA HASIL KUTIPAN RUMAH SEWA TERSEBUT?

PU'Atiq ingin kongsikan satu kisah sikap orang kita yang tidak ambil peduli hukum hakam dalam menguruskan harta. Hal ini dirujuk kepada pemilik harta semasa hayat dan penerima harta selepas pemilik harta itu mati.

Orang kita lebih suka bicarakan perihal cara dapatkan harta, cara gandakan harta malah ketepikan pasal pengagihan harta dan perlindungan harta.

Dalam artikel ini PU'Atiq ingin tunjukkan satu contoh sikap pemilik harta tidak berbuat perancangan pengagihan harta yang baik semasa hayatnya dan membawa satu masalah terhadap pembahagian harta tersebut. Membawa sebahagian waris makan harta bukan hanya dan ada sebahagian waris berdepan dengan kehilangan haknya.

Nasihat PU'Atiq, buatlah perancangan semasa hayat untuk pengagihan dan perlindungan harta, bukan hanya ligat memikirkan cara nak kumpul dan gandakan harta.

Jangan kita sebagai pemilik harta membuka ruang fitnah dan membuka ruang waris2 terlibat dengan pergaduhan, pertelingkahan, makan harta bukan haknya. Kita kena urus tadbir harta kita sebaiknya semasa hidup.

Harta Kita, Tanggungjawab Kita.

Ikuti kisah ini 👇👇👇

Ini salah satu isu yang dibangkitkan oleh klien saya semalam. Arwah si bapa ada meninggalkan beberapa buah rumah sewa, 5 buah kesemuanya. Ketika hidupnya, arwah tidak pernah berpesan apa-apa kepada isteri untuk siapa rumah-rumah beliau, dan siapa yang akan menguruskan rumah tersebut selepas kematiannya.
.
Maka selepas berlaku kematian, kesemua 5 buah rumah sewa tersebut sehingga hari ini masih atas nama arwah. Selepas 30 tahun kematian.
.
Yang mengutip sewa adalah abang yang pertama. Segala urusan baikpulih semuanya diuruskan oleh si abang. Dan, wang sewa setiap bulan tidak pernah diagihkan kepada waris lain yang mempunyai hak ke atas rumah tersebut. Berapa hasil pun mereka tidak tahu.
.
Lebih parah, abang sulong tidak mempunyai apa-apa pendapatan, selain daripada menyara keluarga hasil dari rumah sewa kesemuanya. Itulah wang yang digunakan untuk menyekolahkan anak-anaknya, duit itulah yang digunakan untuk menunaikan haji.
.
Sahabat yang dihormati, pernahkan kita terfikir tentang isu makan hak orang lain yang kita tidak sedar ianya perkara yang parah perlu diselesaikan? Kadang-kadang kita bertanya kenapa anak kita jadi macam-macam perangai, penagih dadah, belajar tak pandai, terlibat dengan gejala sosial, pernah tak kita lihat semula hasil-hasil yang kita beri makan generasi kita?
.
Saya telah pun menjelaskan kepada si adik semalam, agar berbincang semula dengan semua waris. Kebetulan adik-adiknya masih hidup. Mohon dihalalkan dan dimaafkan kesilapan abang mereka. Jika ada yang ingin menuntut hak yang telah diambil selama 30 tahun, tuntutlah dengan cara yang baik, atau mungkin halalkan saja, dan kutipan terkini saja diagihkan kepada waris yang lain.
.
Nampak macam takpe, tak rancang pun xpe. Pandai-pandailah waris nak buat.
.
Sebenarnya tak boleh kawan-kawan. Rancanglah harta anda sebaik mungkin. Agar kita tidak termakan hak orang lain, agar waris kita diberi makan harta pusaka yang ada hak orang lain. Beringatlah sebelum berlaku. Ambil tidakan segera.
.
Pakar Pusaka
Ambil tahu, ambil kisah, ambil tindakan.

Artikel dari FB https://www.facebook.com/noorashiqien.ishak

Jika nak tanya, boleh juga bertanya pada PU'Atiq, mana yang boleh PU bantu, PU akan bantu Insya Allah.

PU'Atiq
Mentor Takaful Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

Wednesday, April 26, 2017

Kenapa Perlu Ada RM100K?

Kenapa Perlu Ada RM100K?

SETIAP ORANG DEWASA PERLU ADA SIJIL TAKAFUL BERPAMPASAN MINIMUM RM100K. Untuk apa?

Jika ditakdirkan LUMPUH, duit itu dijadikan

1.  duit sara hidup untuk diri kita dan keluarga.
2. untuk setelkan hutang kita

Kita MATI, duit itu dijadikan

1. untuk setel hutang kita
2. duit sara hidup untuk keluarga kita
3. untuk waqaf bagi Pahala berpanjangan kita

Insya Allah. Jika ia baik untuk anda, Ambillah segera. Usah bertangguh lagi. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.

PU'Atiq
Mentor Takaful Anda
0129093444

MENGEJUTKAN: 100% Tiada RM100K!

100% Tiada RM100K!

Survey PU'Atiq lakukan, menunjukkan 100% responden tidak memiliki RM100K TUNAI ketika mereka lumpuh @ selepas kematiannya.

Mereka bersetuju 100% mereka perlu ada DUIT TUNAI ini untuk menampung kos sara hidup mereka kelak. Cumanya mereka tidak bertindak membina duit itu.

PU'Atiq doakan, mereka ini serius mengambil tindakan untuk mewujudkan dana DUIT TUNAI RM100K.

PU'Atiq juga mengesyorkan anda juga bertindak begitu juga. Jika belum ada RM100K, bina dulu RM100K, jika sudah ada RM100K, jom kita bincang perancangan lanjutan, insya Allah.

Kenapa perlu RM100K ini? Baca di sini ( Kenapa Perlu RM100K? )

PU'Atiq
Mentor Takaful Anda

Tuesday, April 25, 2017

Kesal Kerana Gagal Bantu Prospek

Tanggal 7 Januari 2017, ada seorang lelaki muda yang tidak dikenali mesej PU'Atiq. Dia mesej nak ambil pelan takaful. Kami berbual2 sambil berbincang tentang pelan yang mana terbaik untuknya.
Perbincangan kami terhenti pada 11 Januari 2017. PU'Atiq pun sudah terlupakan dia ini. Dan pada 23 April, dapat mesej daripada abangnya (rujuk gambar). Berita ini sangat sangat mengejutkan PU.
Rupanya, dia telah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uunn. Usia baru 22 tahun, mati kerana serangan jantung.

Nak balas mesej abangnya, terasa berat sekali.

PU'Atiq berasa amat kesal kerana tidak dapat membantu arwah memiliki sijil Takaful. PU'Atiq tidak pasti, sama ada dia telah ambil dengan agen lain. Cumanya, arwah tidak sempat ambil dengan PU.
PU'Atiq buat muhasabah diri di sebalik kejadian ini..
1. PU'Atiq menilai tahap kesungguhan PU membantu sesiapa inginkan polisi. PU bukan seorang yang suka memaksa orang ambil Takaful, nampaknya PU kena "paksa" juga prospek agar PU tidak kesal kemudian hari.
2. Andai arwah tidak ambil Takaful, itu mungkin bukan rezeki arwah dan warisnya, cuma PU berharap ia tidak terjadi kepada anda yang membaca nukilan ini. Jangan biarkan, ia juga bukan rezeki anda dan waris anda. Ambil Takaful segera dan pastikan ianya AKTIF sehingga akhir hayat anda.
3. Walaupun mungkin prospek merasa rimas jika PU followup mereka, PU harus lakukan juga, agar PU rasa puas hati dalam berusaha membantu prospek.
PU'Atiq sarankan kepada anda semua yang ada niat untuk ambil Takaful, ambillah segera walaupun hanya pelan asas sahaja. Walaupun asas namun ia amat berharga untuk anda dan keluarga Insya Allah.
Usah berlengah dalam melalukan kebaikan. Jika sudah terniat di hati, lakukan sahaja tanpa banyak soal dan banyak fikir. Sesungguhnya, manusia sentiasa dalam kerugian.
Rasa nak ambil Takaful, ambil terus, jangan tangguh, nanti rugi. Anda & keluarga anda yang rugi, bukan orang lain, bukan agen.
Sedikit khidmat nasihat PU'Atiq ini eloklah dijadikan pedoman. Gunakan kisah hidup orang lain sebagai panduan hidup kita. Usah ulangi kesilapan/kerugian orang lain keatas diri kita sendiri.
Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful Anda
0129093444

Kelebihan Polisi PRUBSN Dalam Kandungan

Kelebihan mengambil polisi takaful anak sejak dalam kandungan.

1. MEMUDAHKAN MEMILIKI POLISI TAKAFUL ANAK JIKA ANAK DILAHIRKAN PRA-MATANG (<37 minggu)

Jika anak lahir pra-matang (kurang 37 minggu), anak tidak boleh ambil mana2 takaful sehingga usia anak 2 tahun. Maka anak tiada takaful sejak lahir hingga usia 2 tahun. Ini merugikan kita.

Jika ambil sekarang (dalam perut), jika anak lahir pra-matang, polisi sudah dimiliki dan perlindungan berjalan seperti biasa tanpa menunggu 2 tahun. Ini menguntungkan kita.

Setiap wanita mengandung berdepan dengan risiko melahirkan anak pra-matang.

2. MEMUDAHKAN MEMILIKI POLISI TAKAFUL ANAK JIKA ANAK DILAHIRKAN ADA MASALAH KESIHATAN SEJAK DALAM PERUT (KONGINENTAL)

Jika lahir, anak hadapi sakit sejak lahir, contoh jantung berlubang.

Ia menyukarkan kita sebagai ibubapa mengambil takaful untuk anak  kerana kita perlu memberi laporan kesihatan kepada pihak syarikat takaful. Sebelum itu kita akan sibuk mengubati anak kita dan ini melambatkan proses permohonan kita. Ini merugikan kita.

Jika mohon selepas itu, penyakit jantung sememangnya tidak dilindungi, dan ada risiko juga polisi tidak ditawarkan kepada anak kita. Kasihan anak kita.

Jika ambil sekarang (dalam kandungan), andai situasi sama iaitu anak sakit jantung. Kita tidak perlu fikir tentanng permohonan polisi ini kerana anak kita sudah memiliki polisi. Kita boleh fokus mengubati anak.

Jantung tidak akan dilindungi juga cuma anak kita sudah ada polisi dan sakit lain boleh dilindungi. Ini memudahkan kita dalam urusan memohon takaful.

Makanya, ambil polisi dalam.kandungan adalah untuk memudahkan kita mendapatkan polisi untuk bakal anak kita. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

Hadiah Orang Mengandung

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah syukur TAHNIAH. Atas kurniaan Allah.

Berkenaan HADIAH saya tawarkan kepada sesiapa yang sedang mengandung seperti di status saya - >

https://tinyurl.com/HadiahOrangMengandung ,

ianya khas buat sesiapa yang menjadi klien saya. :)

Polisi Dalam Kandungan. Buat sesiapa sedang mengandung 20 - 31 minggu.

Jika dah terlebih pun tak pe, saya berikan juga, cuma jika anda ambil polisi untuk anak anda tadi.

KENAPA PERLU AMBIL SEKARANG (DALAM KANDUNGAN)

Memudahkan urusan kita untuk ambil polisi anak jika terjadi PRA-MATANG @ KONGINENTAL baca sini 

1. https://tinyurl.com/KelebihanPolisiDalamKandungan

2. https://tinyurl.com/KelebihanPolisiKandungan

Contoh klien saya yang telah ditolak permohonannya - >

https://tinyurl.com/PraMatangPermohonaDitolak

Elakkan anak anda didalam situasi yang mana dia tidak ditawarkan polisi Takaful. Kasihan dia. 😢😢

Untuk meneruskan hasrat ini, bolehlah hubungi saya ya. PU'Atiq Mentor Takaful Anda 0129093444.

P/S : Dah ada RM100K? Bahaya! Jika tiada RM100K. Nak tahu kenapa? PM saya.

Sunday, April 23, 2017

6 Faktor Yang Dapat Meningkatkan Kadar Sumbangan Takaful Hayat Anda

6 Faktor Yang Dapat Meningkatkan Kadar Sumbangan Takaful Hayat Anda

Terdapat beberapa faktor yang diambil kira dalam pengiraan premium insurans hayat anda.

Oleh itu, faktor yang termasuk dalam proses pengiraan adalah penting dan boleh mengurangkan kadar insurans hayat anda.

Setiap syarikat insurans mempunyai kriteria tertentu untuk menentukan premium polisi seseorang.

Ketika syarikat insurans menerima borang permohonan anda untuk penilaian, mereka mencari petunjuk untuk menganggar kadar risiko anda ditimpa penyakit atau meninggal dunia.

Risiko yang tinggi meningkatkan kemungkinan syarikat membayar manfaat kematian.

Semakin tinggi risiko, semakin tinggi premium. Faktor umur dan jantina pemegang polisi juga diambil kira. Oleh kerana faktor ini tidak dapat diubah, maka kita perlu memberi perhatian kepada faktor yang boleh dikawal.

Faktor-faktor yang dapat meningkatkan kadar insurans hayat anda adalah:

1. BERAT BADAN DAN OBESITI - Statistik perubatan menunjukkan semakin berat seseorang itu, semakin tinggi kos perubatan dan kemungkinan masalah kesihatan yang kronik.

Berat badan berlebihan menyebabkan kolesterol, tekanan darah, kecenderungan untuk sakit jantung, diabetes dan serangan strok yang tinggi .

Jika anda ingin menurunkan premium anda, mulalah bersenam dan mengurangkan beberapa kilogram.

Orang yang obese akan membayar lebih daripada 50 peratus dalam terma kadar insurans hayat, oleh itu amalan diet akan membantu anda mendapatkan tubuh yang sihat serta meringankan beban pada dompet anda. 

2. MEROKOK – Merokok antara faktor yang diambil perhatian lebih dalam insurans hayat.

Bagi bukan perokok, mereka membayar premium yang lebih rendah berbanding dengan perokok dan sekiranya anda hanya menghisap dua batang rokok sehari, kadangkala menghisap paip rokok ataupun mengunyah tembakau, anda akan dimasukkan ke dalam kategori perokok mengikut kebanyakan syarikat insurans.

Berhenti merokok dengan segera dan hanya dalam setahun bebas dari tembakau, anda boleh memenuhi syarat untuk mendapatkan kadar premium yang rendah.
 
3. PENYALAHGUNAAN ALKOHOL - Jika anda seorang kaki botol (walaupun telah lama tinggalkan tabiat itu), syarikat insurans akan mengambil semua butiran ini untuk pertimbangan dan menaikkan kadar polisi anda.

Penyalahgunaan alkohol (seperti penyalahgunaan dadah) dianggap merosakkan kesihatan anda dan sebahagian besar syarikat insurans anggap sebagai tabiat negatif. 

4. PERUBATAN DAN KESIHATAN KELUARGA - Keadaan kesihatan yang kronik atau sejarah perubatan yang kurang elok boleh mengakibatkan, tahap insurans anda meningkat.

Jika anda menghidap diabetes atau kanser, kemungkinan ketahanan hidup lebih rendah dan kos rawatan dan perubatan juga akan meningkat.

Dalam borang permohonan anda, anda akan ditanya untuk menyenaraikan sejarah kesihatan keluarga anda.

Sekiranya anda tidak menghidap strok, tekanan darah, penyakit jantung, obesiti dan sejenisnya, faktor risiko masih dianggap sama jika ada ahli keluarga anda menghidap penyakit tersebut.

Walaupun tiada perubahan yang boleh dilakukan dalam situasi ini, anda hendaklah jujur di dalam borang permohonan anda. 

5. PILIHAN GAYA HIDUP – Lihat pekerjaan dan hobi anda. Adakah berbahaya atau mengancam kehidupan anda dengan pelbagai cara?

Dari kerjaya yang melibatkan situasi yang berisiko tinggi seperti wartawan perang, polis, nelayan, pelumba, ahli sukan, dan hobi seperti payung terjun, bungee jumping, paragliding, rock climbing dan lain-lain, semua menyumbang peningkatan tahap risiko anda di mata syarikat insurans.

Setiap syarikat insurans cenderung untuk melihat jenis pekerjaan dan hobi dengan cara berbeza dan penting untuk membuat pilihan yang bijak sebelum membuat keputusan untuk polisi anda. 

6 . JUMLAH PERLINDUNGAN - Faktor lain yang menentukan jumlah premium untuk polisi anda adalah jumlah perlindungan yang anda perlukan dan sekiranya ada tambahan atau pilihan (rider) termasuk dalam polisi.

Anda boleh membandingkan harga dan produk dari syarikat insurans yang berbeza dan membuat keputusan.

Sumber:http://www.insuranceinfo.com.my/

Friday, April 21, 2017

RUMAH NAMA BERSAMA, LOAN 100% ISTERI, SUAMI MATI. APA JADI?

RUMAH NAMA BERSAMA, LOAN 100% ISTERI, SUAMI MATI. APA JADI? Nak tahu? Sila baca ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Al kisahnya macam ni, Ahmad & lna beli rumah. Pada awalnya, mereka buat loan bersama (50%-50%) dan nama rumah itu juga nama bersama 50% Ahmad dan 50% Ina.

Lepas beberapa ketika dan waktu, mereka buat penstrukturan semula pembiayaan rumah itu. Kali ini, loan 100% Ina dan nama rumah tersebut masih kekal 50% Ahmad dan 50% Ina.

Selepas itu, Ahmad meninggal dunia, Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uunn. Apa jadi dengan bahagian Ahmad 50% ini?

Loan 100% Ina, maka loan ini masih tak selesai, Ina perlu bayar lagi loan itu.

Bahagian Ahmad 50% adalah pusaka. Perlu dibahagikan kepada waris ikut faraid. Difahamkan warisnya adalah ibu Ahmad, Ina, anak lelaki dan anak perempuan.

Alhamdulillah, ibu Ahmad menolak bahagian ini, maka tinggallah Ina anak lelaki dan anak perempuannya sahaja.

1. Persoalannya, andai maknya tak menolak bahagiannya, maka maknya dapatlah sebahagian rumah itu. Tetapi, Ina yang perlu bayar 100%Loan, wajarkah waris Ahmad menerima harta itu perlu bayar loan bahagian Ahmad?

Takkan harta nak, hutang tak nak bayar. :)

2. Jika Ahmad ambil Takaful personal nilainya sebanyak harga rumah, isterinya telah bebas hutang, pampasan suami bayarkan loan isteri. Ok tak?
Akan di update lagi.

Seruan PU'Atiq

Seruan PU'Atiq >>> 

Setiap orang dewasa (saya, Tuan , Puan, Cik) perlu memiliki polisi berpampasan minimum RM100K untuk keperluan diri kita sendiri dan keluarga.

Serendah RM20/100. Semua Mampu. 

Insya Allah. SIAPA NAK SAMBUT SERUAN PU?

Anak Pra-Matang Gagal Mohon Takaful


Polisi Takaful Anak Dalam Kandungan

Anak lahir pra matang (bawah 37 minggu), TIDAK BOLEH AMBIL TAKAFUL sehingga umur 2 tahun ke atas.

Mohon bermula usia kandungan 20 minggu hingga 31 minggu.

Ibu2 yang mengandung yang akan ambil takaful untuk anaknya nanti, 
sila mohon dalam kandungan .

2 Bulan 2x Warded

Ada la satu kisah ni PU'Atiq nak citer... 

Pada bulan Mac anak masuk wad sebab Influenza, bulan April jangkitan kuku mulut.
Alhamdulillah, covered by PruBSN Takaful. 

Lega sikit klien PU'Atiq. PU urus klaim ni pun senang je. 

Ada kad Perubatan ni satu kemudahan, kan?

Ambillah, mudah masa depan. Insya Allah