Kelebihan mengambil polisi takaful anak sejak dalam kandungan.
1. MEMUDAHKAN MEMILIKI POLISI TAKAFUL ANAK JIKA ANAK DILAHIRKAN PRA-MATANG (<37 minggu)
Jika anak lahir pra-matang (kurang 37 minggu), anak tidak boleh ambil mana2 takaful sehingga usia anak 2 tahun. Maka anak tiada takaful sejak lahir hingga usia 2 tahun. Ini merugikan kita.
Jika ambil sekarang (dalam perut), jika anak lahir pra-matang, polisi sudah dimiliki dan perlindungan berjalan seperti biasa tanpa menunggu 2 tahun. Ini menguntungkan kita.
Setiap wanita mengandung berdepan dengan risiko melahirkan anak pra-matang.
2. MEMUDAHKAN MEMILIKI POLISI TAKAFUL ANAK JIKA ANAK DILAHIRKAN ADA MASALAH KESIHATAN SEJAK DALAM PERUT (KONGINENTAL)
Jika lahir, anak hadapi sakit sejak lahir, contoh jantung berlubang.
Ia menyukarkan kita sebagai ibubapa mengambil takaful untuk anak kerana kita perlu memberi laporan kesihatan kepada pihak syarikat takaful. Sebelum itu kita akan sibuk mengubati anak kita dan ini melambatkan proses permohonan kita. Ini merugikan kita.
Jika mohon selepas itu, penyakit jantung sememangnya tidak dilindungi, dan ada risiko juga polisi tidak ditawarkan kepada anak kita. Kasihan anak kita.
Jika ambil sekarang (dalam kandungan), andai situasi sama iaitu anak sakit jantung. Kita tidak perlu fikir tentanng permohonan polisi ini kerana anak kita sudah memiliki polisi. Kita boleh fokus mengubati anak.
Jantung tidak akan dilindungi juga cuma anak kita sudah ada polisi dan sakit lain boleh dilindungi. Ini memudahkan kita dalam urusan memohon takaful.
Makanya, ambil polisi dalam.kandungan adalah untuk memudahkan kita mendapatkan polisi untuk bakal anak kita. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444
No comments:
Post a Comment