PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Wednesday, July 27, 2016

CAKNA KEPADA KLIA KLIEN PU'ATIQ

Klien PU'Atiq maklum anaknya demam muntah2, dah dapat rawatan pesakit luar sahaja. Jika berpanjangan doktor nasihatkan warded.

Namun alhamdulillah, PU'Atiq Follow up Klien, dia kata dah sihat alhamdulillah. Syukur. Kebajikan klien sedaya upaya PU jaga. InsyaAllah.

Saturday, July 23, 2016

Takaful Pampasan Tinggi Jadi Rebutan

Alhamdulillah, sejak PU'Atiq mula kempen takaful berpampasan tinggi, ramai kawan2 tanya, dan ada yang ambil pelan itu.

Niat PU'Atiq nak bantu kawan2 ada duit gaji untuk satu tempoh yg lama jikalau anda diuji dengan lumpuh. Ini penting buat anda sekeluarga.

Sesiapa berhajat untuk sediakan gaji ketika lumpuh, boleh pm PU'Atiq. Jika tak lumpuh, mati itu pasti, payah nak hidup sampai 80-100 tahun sekarang ni. Kan?

Sebagai contoh, salah seorang daripada yang mohon.  Kita namakan En Z, bergaji RM2500 sebulan. Ambil pampasan RM120K dengan sumbangan bulanan RM100 sebulan.

Jila En Z meninggal dunia, En Z telah menyediakan gaji kepada anak isterinya selama 48 bulan bersamaan 4 tahun.

Bagi anda, ok ke Ok jika seorang suami/bapa sediakan 4 tahun gaji kepada keluarganya jika dia telah meninggal?

Murah sahaja sumbangan bulanan, RM100, namun impaknya sangat besar. InsyaAllah.

Anda harus milikinya hari ini untuk ketenangan jiwa dan kebajikan keluarga anda.

PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP www.urusduit.com www.fb.com/atiqaziz

Sunday, July 17, 2016

FIBROID PENYAKIT MENYERANG WANITA

Pesanan KHAS buat para wanita, gadis2, si dara. Ini risiko anda. Sila ambil berat. Sudah ramai yang kena, mungkin anda juga boleh kena.

Cyst, fibroid merupakan satu penyakit yang banyak dihadapi oleh perempuan. Kehadiran ketulan ini di dalam badan tidak disedari oleh pemilik badan itu.

Ia datang tanpa diundang namun perlu dikeluarkan daripada badan. Kos rawatan kini melebihi RM10000, boleh jadi antara RM15K - RM20K!

Tidak diketahui sebab penyakit ini, namun ia banyak berkait dengan pemakanan, gaya hidup, tekanan dan pencemaran.

Kebiasaannya dikesan apabila pesakit merasa sakit di bahagian perut. Ada juga semasa scan perut semasa checkup pregnant atau rawatan kesihatan.

PU'Atiq pernah urus kes sebegini sebanyak 3 kes. Alhamdulillah, semua dicover PruBSN Takaful. Bil semestinya hampir RM15K.

PU'Atiq pernah di nasihatkan oleh DR Hamid Arshad supaya terus berdakwah kepada para gadis yang belum berkahwin, elok ambil sebelum kahwin. Kerana apa? Supaya polisi telah matang melebihi 1 tahun.

Contoh, planning nak kahwin lagi 1 tahun. Ambil sekarang. Selepas kahwin, andai tidak bunting pelamin, biasanya selepas 6 bulan kahwin, belum mengandung, kebiasaannya pengantin akan buat checkup rawatan kesuburan dan kebanyakannya cyst dan fibroid dapat dikesan semasa itu.

Jika selepas 6 bulan pengantin checkup maka polisi sudah menjadi 18 bulan. Ia memudahkan proses klaim kerana polisi amat matang.

Jika sudah scan, didapati ada ketulan ini dan baru nak ambil takaful (Medical Kad), alamatnya tak dapat lah adik kakak.

Sebab itulah Dr Hamid Arshad dan PU'Atiq sarankan adik2 kakak ambil sekarang.

Ini kes benar, ambil takaful Oktober 2014, pada Julai 2016 dikesan ada fibroid. Sumbangan bulanan RM280 sebulan, selepas 22 bulan (RM280x22=RM6160), bil RM belasan ribu. Boleh cecah RM15K. Akak ini berumur 40-an, dia pun tak tahu bakal hadapi fibroid. Untung atau Rugi?

Jadinya, adik2 kakak2, ibu2.. Ambillah PruBSN Takaful sebagai perancangan sediakan duit yang banyak bagi membiayai bil rawatan itu kelak.

PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP #GSLABAM #GSLP #TIMALISRA

Saturday, July 16, 2016

3 Instrumen Bantu Keluarga Cepat Dapat Duit

PU'Atiq kongsikan 3 instrumen yang dapat membantu keluarga anda cepat dapat duit jika anda meninggal.

1. KWSP. Jika anda letakkan penama di akaun KWSP anda, proses mengeluarkan semua duit KWSP anda sangat cepat. Jika tiada penama?

Prosesnya menjadi lama, perlu ikut proses pengurusan harta pusaka, perlu dapatkan surat pentadbir.

Info tambahan, penama ini hanya memegang amanah membahagikan duit itu secara faraid.

2. TABUNG HAJI (TH). Semua wang anda di TH dapat dikeluarkan oleh penama yang telah anda tetapkan semasa hayat anda. Jika tiada penama di akaun TH, ia sama juga seperti akaun KWSP tidak berpenama seperti PU'Atiq terangkan di atas.

PENTING!! Sila pastikan akaun KWSP & TH anda ada PENAMA selain akaun itu ada duit. Hehe :)

3. TAKAFUL. Instrumen ke 3 adalah takaful yang anda ambil semasa hayat anda. Specialnya takaful adalah anda hanya perlu menyimpan sejumlah wang kecil sahaja dan anda dapat wang besar untuk keluarga anda.

Sebagai contoh PU'Atiq berumur 32 tahun, dengan sumbangan RM100 sebulan, PU'Atiq dapat berikan RM160,000.00  kepada keluarga PU. Ok kan?

Wang ini boleh disetkan sebagai penama kepada isteri PU'Atiq dan isteri PU diamanahkan untuk membahagikan wang itu secara faraid atau PU setkan pampasan itu sebagai HIBAH kepadanya agar duit itu 100% jadi miliknya. :)  Sukanya para isteri  ya. Dapat Duit <3

Kesimpulannya adalah, anda harus gandakan wang dalam ketiga - tiga instrumen ini agar waris anda dapat duit yang banyak setelah kematian anda. Untuk apa? Untuk mereka menyara hidup mereka. Tak lah mereka susah dan merempat kan?

Bagi PU'Atiq, instrumen KWSP dan TH anda perlu kerja keras untuk masukkan duit dalamnya, untuk jangka masa pendek ia agak mustahil anda boleh letak duit yang banyak kedalamnya.

Namun cara mudah adalah ambil TAKAFUL. Bayar sikit, dapat BANYAK.

Ini kisah benar, peserta PruBSN Takaful, polisinya dimohon dan diluluskan 4 hari sebelum dirinya terlibat kemalangan maut.

Jika arwah ambil RM100 sebulan, maka arwah sudah boleh hibahkan RM160K kepada keluarganya dengan hanya satu kali sumbangan iaitu RM100.

Namun jika dengan RM100 itu arwah simpan di KWSP &  TH, keluarganya hanya dapat RM100 sahaja.

Penutup

1. Semak berapa duit yang ada dalam ketiga - tiga instrumen ini.

2. Buat pengiraan, berapa lamakah ia dapat bertahan untuk digunakan oleh waris. KWSP ada RM20K, gaji RM2K, maka dapat bertahan 10 bulan.

3. Cukup atau tidak duit itu? Jika tidak cukup, boleh tambah duit sebelum meninggal. Mahu tinggalkan belanja setahun gaji? 5 tahun gaji? 10 tahun gaji? Atau selamanya.

Semoga Allah permudahkan urusan anda sekeluarga. Boleh lakukan tindakan yang sewajarnya semasa hayat dikandung badan.

PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP

Tuesday, July 12, 2016

Fungsi Kad Perubatan

Takaful perubatan dan kesihatan memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian seperti kos hospital dan penjagaan kesihatan, jika anda didiagnosis menghidap penyakit tertentu atau terlibat dalam kemalangan.

Perlindungan tersebut boleh diambil secara berasingan atau sebagai kontrak tambahan kepada pelan takaful keluarga asas. Ia dikenali MEDICAL CARD / KAD PERUBATAN.

#TakafulEducationPuAtiq #TakafulEducation

Monday, July 4, 2016

Arwah Kemalangan Maut Ambil Takaful 3 Hari

Niat di hati PU'Atiq nak tulis status macam ni.. "Kepada kawan2, ambillah takaful, mana tahu perjalanan pulang raya, anda kemalangan maut, anak isteri dapat juga pampasan."

Tapi tak sampai hati nak tulis. Kini PU'Atiq tulis juga. Pesan kat kawan2. Ambil serius hal ini. Al kisah adalah klien PruBSN, arwah ustazah Mursyida, polisi lulus 1/7/2016 dan ditakdirkan 4/7/2016 arwah kemalangan 7 sekeluarga di Gua Musang. Al Fatihah.

Kita ambil hikmah di sebalik permohonan arwah mengambil takaful sebelum kematiannya. PU'Atiq tidak pasti berapakah jumlah pampasannya cuma kita boleh guna andaian bagi membuatkan kita faham di sebaliknya.

Kita andaikan arwah ini adalah lelaki, ayah kepada 3 - 5 anak kecil dan seorang isteri bergaji RM4000 sebulan. Dan andai kata jumlah pampasan ini adalah RM100K maka berapa lama arwah masih sediakan duit belanja (gaji)  kepada anak2 isterinya.

Jumlah pampasan RM100K, gaji RM4K sebulan maka arwah sediakan gaji kepada keluarganya selama 25 bulan ( 2 tahun sebulan).

PU'Atiq nak tanya kepada kawan2 andai anda ditempat ini adakah anda mahu sediakan wang sebanyak ini kepada anak2 isteri anda? Agak2 ia memberi sedikit kelegaan atau tidak kepada mereka?

Jika jawapan anda adalah YA, maka sesungguhnya anda wajar memiliki pelan takaful yang mempunyai pampasan yang besar.

PU'Atiq tahu anda sudah ada takaful. Alhamdulillah tahniah PU'Atiq ucapkan, cuma PU nak nasihatkan agar anda buat penilaian semula polisi sedia ada. Bimbang jadi kes yang Aviva Takaful tidak dapat klaim pampasan mati (isu ini sebab klien tak tahu jenis pelan dia ambil, ia boleh terjadi kepada anda)

PU'Atiq mohon maaf jika terkasar bahasa dan menyinggung perasaan anda, lebih baik anda terasa hati sekarang daripada anak2 isteri anda susah hati selepas ketiadaan anda kelak.

Selamat pulang ke kampung, pandu kenderaan hati2.

PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP #GSLABAM #GSLP #TIMALISRA

#29RAMADHAN

Anda Mati, Gaji Hidup

Apabila seseorang itu MATI, takaful digunakan bayar baki pinjaman perumahannya. Ini kebanyakan orang ada.

Selain itu, takaful digunakan untuk berikan GAJI kepada keluarganya setiap bulan. Ini jarang orang ada. Orang yang ada benda ni dia HEBAT! AMACAM?

Bagaimana Memastikan Gaji Dapat Terus Dijanakan Untuk Keluarga Apabila Sesuatu Terjadi Kepada Ketua Keluarga

http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan

http://tinyurl.com/JanaGajiBerterusan1

Ikhlas
PU'ATIQ
MENTOR TAKAFUL #1 ANDA
WWW.URUSDUIT.COM
WWW.FB.COM/ATIQAZIZ

Sakit? Klaim Takaful..

Tiba-tiba kemalangan. Kan? Memanglah semua tiba-tiba... Kereta boleh klaim takaful sebab kita beli takaful kereta.

Kalau kita? Tiba-tiba sakit. Memanglah sakit tiba-tiba... Nak klaim pakai apa? Gunalah takaful yang ada.

Jika Takaful tak beli, jika beli dah lapsed. Acaner tu?