PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Monday, May 31, 2021

MRTT vs MLTT

“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “


🏠Beza antara MRTT dan MLTT 🏠
Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu.
Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.

Bila submit loan , Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.

Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:

📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.

📌MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”

Kenapa saya bilang macam tu:

Contohnya jika harga Rumah : Rm297000

Situasi : Selepas 7 tahun bayar baki pinjaman tinggal Rm 160000. Owner Rumah meninggal dunia.

Jika MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu Rm160000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada waris.

Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan Rm297000 . Baki pinjaman Rm 160000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada waris.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak Rm 137000 untuk waris!

Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.

Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.

Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat

Jadi which one yang lagi menguntungkan kita?

#CreditfromAH

P/s : info tambahan 

nampak macam ada berat sebelah dalam perbandingan.. btw MRTT boleh masuk dalam loan,selepas itu hidup tenang...MLTT tak boleh.kalau ditakdirkan tak bekerja n tak mampu bayar bulan2 MLTT,automatik MLTT terbatal n rumah tu tiada insurans sekiranya meninggal dunia.dah la tak mampu bayar MLTT,ditakdirkan pula meninggal dunia.Isteri terpaksa bayar rumah tu bulan2..

#infohartanah
#hibbah

Thursday, May 27, 2021

Loving Couple Policy Takaful

 


PERHATIAN buat para WANITA terutamanya kaum ISTERI.

Saya ada satu soalan; “Adakah polisi hibah takaful suami Puan-puan sudah secure?

Baca situasi di bawah.

Isteri pujuk suami untuk sign up polisi takaful dan letak nama isteri sebagai penerima hibah.

Isteri ada kesedaran tapi suami tak ada kesedaran.

Selepas dipujuk-pujuk, suami pun bersetuju. Siapa tak sayang bini oiii..

Suami pun langgan polisi takaful, dan letakkan nama isteri sebagai penerima hibah.

Isteri sudah rasa lega dah selamat sebab jika berlaku musibah kepada suami, persediaan sudah dilakukan. Isteri rasa secure.

Benarkah sudah secure?

Sebenarnya masih belum.

Ada beberapa kemungkinan;

1. Selepas beberapa ketika, suami tak bayar pun polisi berkenaan dan ia menjadi lapse.

2. Suami tukar nama penerima hibah kepada nama orang lain atau tambah penerima hibah lain tanpa pengetahuan isteri.

Kedua-dua situasi berlaku tanpa pengetahuan isteri.

Apa solusi terbaik untuk mengelakkan ia terjadi?

Jawapannya: LOVING COUPLE POLICY.



Pernah dengar konsep “Loving Couple Policy” takaful?

Ia bukan produk takaful, tapi konsep dalam melanggan takaful.

“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami sebagai pemegang polisi isteri dan isteri sebagai pemegang polisi suami.

Dengan kata lain;

POLISI A : Suami sebagai pemegang polisi dan isteri sebagai orang yang dilindungi, dan

POLISI B : Isteri pula sebagai pemegang polisi dan suami sebagai orang yang dilindungi.

Kedua-dua polisi ada rider manfaat pembayar atau “payor saving / payor benefit”

Berbanding situasi langganan polisi biasa; Suami melanggan satu polisi, dan isteri melanggan satu polisi – dengan nama pemilik sendiri tanpa nama pasangan


Kelebihan polisi jenis ini ialah:

1) Tidak perlu diletakkan pasangan sebagai penama atau hibah kerana pasangan sudah menjadi pemegang sijil. Penama atau hibah boleh diletakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.

2) Tidak ada isu faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yang masih hidup.

3) Tidak perlu dijadikan hibah kerana faktor no (2)

4) Ia lebih selamat berbanding meletakkan nama pasangan sebagai hibah yang bila-bila masa pemilik polisi boleh ubah penama hibah dalam polisi tanpa pengetahuan penerima hibah.

5) Atas faktor nombor 4, jika hendak buat perubahan perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Jika hanya satu pihak yang setuju, maka perubahan tidak boleh dilakukan.

6) Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia sudah “dibayar” oleh pasangan yang sudah pergi. Sebab itu dia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”.

Berminat ?

 Mohon Sekarang


Tuesday, May 25, 2021

4 SEBAB KENAPA WANITA YANG BELUM BEKELUARGA TETAP PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL ?

1- PELUANG UNTUK DAPATKAN SUMBANGAN TAKAFUL PADA HARGA YANG LEBIH RENDAH.

Mendaftar sebagai peserta takaful di usia muda akan dapat plan pada harga lebih murah berbanding jika mohon kemudian bila usia meningkat.

Kadar sumbangan takaful adalah bergantung pada umur semasa memohon.

Lebih awal mohon akan dapat manfaat yang lebih baik jika mohon kemudian bila usia meningkat.

2- ELAKKAN MENJADI BEBAN BUAT KELUARGA

Mempunyai pelan penggantian pendapatan,pelan pampasan sakit kritikal dan kad perubatan dapat elakkan terpaksa bebankan keluarga jika ditimpa musibah dan perlukan kos rawatan yang tinggi.

Selain itu plan penggantian pendapatan akan dapat memastikan pendapatan berterusan bila ditimpa musibah dan tidak dapat bekerja

3- 3-5% PERMOHONAN TAKAFUL TIDAK DILULUSKAN.

Permohonan takaful tertakluk kepada status kesihatan.

Mohon awal semasa sihat dapat elakkan permohonan ditolak bila dah ada rekod kesihatan.

4. WANITA MUDAH HIDAP SAKIT KRITIKAL

Fakta menyatakan wanita lebih mudah menghidap penyakit kritikal. Terutama berkaitan organ wanita seperti kanser payudara, kanser servik, kanser rahim. Selain itu fibroid dan cyst juga banyak menyerang wanita.

Ambil awal, kelak mudah untuk buat tuntutan. Selepas kahwin ramai wanita sedar ada fibroid dan cyst.

Berminat untuk dapatkan info pelan perlindungan takaful khas untuk wanita bekerjaya

Boleh klik link whatssup

.
.

Wednesday, May 19, 2021

JIKA NAK SETEL HUTANG, TAK PAYAH HIBAHKAN

Perasan tak ada sedikit kejanggalan pada poster ini?


Tahukah anda, penerima hibah tidak wajib pun untuk membayar hutang pemberi hibah?

Jika suami langgan "hibah takaful" untuk diberikah "hibah" tersebut kepada isterinya dengan meninggalkan pesanan kepada si isteri supaya membayar baliknya - bukanlah satu penyelesaian ampuh.

Selepas suami meninggal suami, isteri yg menerima hibah takaful dari suami, tidak ada kewajiban syarie pun untuk membayar hutang arwah suami.

Malah "hibah" tersebut ialah "creditor-proof" yakni tidak boleh dituntut oleh mana-mana pemiutang sebagaimana harta-harta lain.

Tahu tak perkara ini?

Siapa yang dah tahu, komen "Yezza!"
Siapa yang baru tahu, komen "Biar betik?"

Kalau ada yang berminat mendalami ilmu ini melalui Team Takaful INFAQ, klik di sini

Baru tahu? Sebar-sebarkan supaya kawan-kawan lain tahu dan sedar.

@afyanIFP

Tuesday, May 18, 2021

CAPAI IMPIAN BANYAK MASA DAN BANYAK DUIT

Semua orang ada impian nak banyak duit dan banyak masa. Impian ni boleh dicapai. Impian PU pun macam ni juga. Bagi PU, nak capai impian ni perlu berbisnes. PU percaya dengan bisnes yang PU lakukan ini akan mencapai impian tersebut. 

PU pernah menikmati situasi ini pada tahun 2016.. masa tu PU jaga arwah mak mertua (Mek) PU.. arwah Mek hidapi sakit kritikal. Selama 4 bulan arwah Mek bertarung dengan kanser. Alhamdulillah PU dapat luangkan masa jaga Mek ketika itu. Syukur dengan anugerah ALLAH kepada PU ada masa dan ada duit masa tu, boleh jaga Mek fulltime. 

Masih ramai lagi orang kita sayang memerlukan kita di sisi mereka ketika mereka sakit, jadi kita perlu siapkan diri untuk ada banyak masa dan banyak duit. Kerja/Bisnes kita harus menuju kearah pencapaian membuatkan kita miliki banyak masa dan banyak duit.

Sesiapa nak cari bisnes untuk capai impian ini, PU boleh kongsikan bisnes yang PU maksudkan. Berbekalkan kemahuan dan semangat, insyaALLAH anda boleh berjaya dalam bisnes ini.

TAKAFUL TIPU! MAKAN DUIT CUSTOMER!

"Ambik takaful dah 10 tahun. Bayar setiap bulan 150+150 untuk aku dan isteri, tapi bila nak tutup polisi, syarikat takaful hanya bagi RM13 ribu ja, padahal kalau ikut simpanan aku mesti ada dalam lingkungan RM30 ribu lebih. Memang makan duit orang la takaful ni." - ayat" mangsa teraniaya" 🙄

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini kesilapan orang kita, bila ambik takaful ingat semuanya sama ja macam bank.

- TAKAFUL untuk perlindungan
- BANK untuk simpanan
- ASB untuk pelaburan.

1. Takaful diguna pakai untuk membantu anda menyelesaikan masalah kewangan ketika malapetaka kewangan melanda kepada kita seperti menggantikan gaji anda jika anda sudah tiada nanti/lumpuh/kritikal serta membayar bil hospital.

Sebahagian yang kita bayar takaful akan digunakan untuk derma ke tabung tabaruk. Daripada duit tabungan ini digunakan untuk bayar manfaat ahli2 takaful yang ditimpa musibah. Duit dah derma, memang la dah hangus. Tp dapat pahala kat kita. Kan. Sebab tu bila stop takaful, dapat sebahagian je.

Kalau anda dapat penerangan kata takaful ni untuk menyimpan untuk buat simpanan, anda tidak bernasib baik, dapat penerangan tidak tepat daripada agen itu.

Di takaful 'simpan' duit untuk bina tabung perlindungan income dan perlindungan aset.

2. Bank pula untuk simpanan jangkamasa pendek yang boleh diguna pakai ketika terdesak atau hari tua atau membeli target anda. Nak simpan beli tv ke, beli rumah ke, beli kereta ke, simpan sini.

3. Pelaburan adalah untuk simpanan jangkamasa panjang dan pulangan yang tinggi atau tiada pulangan, ianya mempunyai risiko kerana bergantung pada harga semasa. Selalunya pelaburan ni untuk perancangan anda ketika pencen.

Itu adalah sedikit info tentang perancangan kewangan.

Walaupun kita tidak cukup duit setiap bulan, usah lupa  buat sedikit peruntukkan membayar takaful untuk dijadikan satu 'simpanan' membina duit yang banyak dan cepat sebagai tabung perlindungan gaji kita.

Ada guru ajar, buat apa bersusah payah bayar takaful kalau bulanan pun tercungap cungap nak makan.

Bagi PU, orang tak cukup duit la perlu ambil takaful. Masa sihat pun tak cukup, apatah lagi waktu sakit, Silap2 hilang gaji kan?

Kalau anda ikut ajaran guru tersebut , anda tanggung lah kesan masa depan. Guru itu takkan datang bawa duit berkepuk nak bagi kat anda ketika anda sakit. Kan..

Peruntukan 5-10% daripada gaji untuk polisi life. Tujuan untuk membuat perlindungan gaji. 👏

Jika nak bincang, boleh klik link ini

PU'Atiq
Perunding Urusharta
Coach Team Development 

PERHATIAN buat pemegang polisi takaful.

Terutama bagi yang melanggan medical card atau hibah takaful. 


Pernah tak rakan-rakan semak berapa coverage untuk pampasan PENYAKIT KRITIKAL?

Majoriti pemegang polisi takaful yang saya jumpa, hanya fokus kepada medical card dan mengabaikan coverage income protection.

Manakala bagi pemegang polisi hibah takaful pula, masih belum complete fungsi income protection apabila hanya fokus coverage bagi pampasan kematian dan lumpuh sahaja.

Ia dikukuhkan lagi dengan kenyataan daripada Persatuan Insurans Hayat Malaysia atau Life Insurance Association Malaysia (LIAM) bahawa 90% daripada pemegang polisi insurans di Malaysia tidak cukup jumlah perlindungan.

Manakala maklumat daripada MTA (Malaysian Takaful Association) mengatakan BAHAWA purata jurang perlindungan pemegang polisi takaful di Malaysia adalah RM200,000. 

Bagaimana pula dengan coverage bagi pampasan takaful penyakit kritikal?

Maklumat daripada WHO menyatakan 70% kematian penduduk Malaysia berpunca dari 4 penyakit utama dan penyakit kritikal; kanser, diabetis, strok dan sakit jantung.

Berdasarkan oleh satu suvey yang dijalankan di Singapura, treatment untuk penyakit kritikal mengambil tempoh masa purata 3.5 tahun.

Jadi, jumlah coverage yang patut untuk penyakit kritikal sekurang-kurangnya bersamaan 3.5 tahun gaji.

Berapa coverage penyakit kritikal anda?

Jangan terkeliru dengan medical card yang fungsinya untuk membiayai kos rawatan hospital apabila menghidapi penyakit.

Yang dimaksudkan di sini ialah coverage penyakit kritikal sebagai pengganti pendapatan apabila anda terpaksa diberhentikan kerja akibat sakit kritikal.

Jadi, pastikan coverage penyakit kritikal anda mencukupi dan bukan sekadar medical card dan coverage asas (kematian dan lumpuh).

Mungkin ada yang menyangka, caruman untuk takaful penyakit kritikal adalah mahal.

Mungkin ada yang mahal, dalam masa sama ada juga yang berbaloi-baloi harganya.

Lihat contoh ilustrasi di bawah;

Kematian RM300,000
Lumpuh RM300,000
Sakit Kritikal RM300,000

Teka berapa caruman yang perlu diperuntukkan?

Bagi umur 30 tahun, hanya RM130++ SAHAJA!

Berbaloi-baloi bukan?

Kenapa perlukan coverage sebanyak itu? Jika anda ditimpa salah satu dari 36 penyakit kritikal, tentu anda tidak lagi mampu bekerja.

Jika anda tidak mampu bekerja, anda akan hilang punca pendapatan.

Maka anda akan dapat RM300,000 untuk menggantikan pendapatan anda yang hilang akibat penyakit kritikal. Inilah namanya INCOME PROTECTION 

Polisi ini jenis "term takaful" atau takaful bertempoh, untuk jangka masa 20 tahun. Selepas 20 tahun, ia akan auto renew sehingga tempoh maksima peserta berusia 80 tahun.

Dalam tempoh 20 tahun itu harga tetap dan tidak berubah. Selepas 20 tahun baru berubah, jika pelanggan renew. 

Polisi jenis ini tiada nilai tunai, sebab itu ia "murah" dari sudut harga. Mungkin akan ada polisi lain yang memberi coverage yang sama, tapi caruman lebih tinggi dan mempunyai nilai tunai.

Ia juga antara jenis polisi takaful yang dicadangkan oleh beberapa tokoh pelaburan dan jutawan-jutawan, dengan menggunakan prinsip;

"Buy term, invest the difference"

Maksudnya, kita beli polisi "term" harganya "murah", jadi kita akan ada lebihan duit untuk dilaburkan berbanding kita beli jenis polisi yang lebih "mahal" harganya menyebabkan kita peruntukan untuk melabur, berkurangan.

Apapun, mahal murah bukan penentu sesuatu polisi sesuai atau tidak. Tiada produk sempurna.

Ia perlu disesuaikan dengan kedudukan kewangan seseorang.

Berminat? PM tepi

@afyanIFP

Saturday, May 15, 2021

SALAM AIDILFITRI

 


Assalamualaikum. Salam Syawal.

Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Didoakan semua amalan kita diterima Allah. Amin. 🤲

Di kesempatan ini juga saya nak share beberapa info.

1. SERVIS PRUBSN
Saya masih urus semua klien PruBSN saya. Cuma saya parking di bawah Roslee. Terdekat ni saya urus klaim elaun wad klien, rawatan susulan klien. Apa2 Roger saya direk. Saya uruskan InsyaAllah. 🤝🤝

2. ISU KENAIKAN HARGA
Sekarang ni PruBSN buat repricing. Repricing dibuat bertujuan untuk memastikan duit tabungan tabaruk mencukupi untuk cover klaim semua peserta takaful. 

Jika tidak ada repricing, duit tak cukup nak cover klaim nanti. Kos Medical makin naik.

3. PENYATA TAHUNAN UNTUK LHDN
Boleh juga minta dengan saya.

4. PU BUAT TAKAFUL LAGI KE?
Ramai yang tanya soalan ni. Terima kasih kerana masih ingat kat saya. 🤲. Saya masih aktif dalam takaful walaupun lama saya menyendiri. Cuma 2021 ni saya mula aktif secara terangan. Alhamdulillah.

Ramai lagi yang pm nak ambil takaful, saya submit. Yang penting saya bagi THE BEST PLAN kepada klien2 saya. Insya Allah.

Sekarang permohonan takaful boleh rujuk saya juga. Pelan sekarang pun menarik.

MEDICAL KAD limit tinggi, harga rendah ada
Contoh sebut harga baby. https://bit.ly/3atwFsO

Famili Plan ada

5. BANTUAN EKONOMI
Jikalau ada sesiapa anak2, Kawan2, saudara mara ada masalah kewangan saat ini, boleh refer kepada saya. Saya akan ejas dia Skim Elaun RM3K-5K sebulan. Just buat sale sikit sahaja, syarikat hadiahkan elaun. Insya Allah. 

6. HARAPAN
Saya berharap dapat buat perjumpaan face to face atau secara zoom untuk buat penilaian semula polisi sedia ada. Kita review polisi. Mana tau ada Part tak cukup kita tambah, ada Part tak perlu kita kurangkan.

Ramai orang hanya memiliki hibah bawah RM50K. Bagi PU, perlulah hibah lebih RM150K. Belum masuk coverage sakit kritikal ramai RM10K je. 😭.

Basic kiraan INCOME PROTECTION

1. Pampasan Kematian/Lumpuh 10x gaji tahunan. Boleh dapatkan info lengkap di sini https://bit.ly/3ou2ms1

2. Sakit Kritikal 5x gaji tahunan. Konsep sama seperti kematian/lumpuh. 

Hajatnya nak call semua. Tapi klien ramai.. 500 orang lebih. Tak sempat nak call. Jadi saya wasap je dulu. Siapa2 nak bincang, saya akan call. Insya Allah.

Saya juga berharap perkenalkan klien kepada saya. Kot2 ada Kawan2, saudara mara nak amek takaful. 🤲

Terima kasih kerana beri support kepada saya. Saya amat hargai. Saya minta maaf atas kekurangan saya lakukan. 🙏.

Saya doakan kita semua dirahmati Allah selalu dan berjaya dunia akhirat. Amin.

PU'Atiq
Perunding Urusharta
Coach Team Development
Wasap.my/60129093444

#HibahTakaful
#SkimLindungGaji
#SkimDanaPendidikan
#SkimKadPerubatan
#LovelyCouplePolisi
#JomBinaKerjayaTakaful
#UrusPusakaFaraid


Apakah Income Protection Plan / Plan Penggantian Pendapatan?

 



Memahami INCOME PROTECTION PLAN / PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN – Oleh AFYAN MAT RAWI

 Apabila melanggan produk takaful, perlu fokus kepada fungsi utama takaful sebagai perlindungan kewangan sekiranya berlaku malapetaka kewangan, yakni;

  1. Kematian
  2. Lumpuh
  3. Sakit Kritikal

3 perkara di atas, sekiranya berlaku dalam kehidupan seseorang boleh menyebabkan malapetaka kewangan atau financial disaster.

Kenapa saya katakan sedemikian rupa?

Kerana, jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, seseorang akan

  1. Tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan,
  2. Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti,
  3. Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.

Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan.

Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan financial disaster atau malapetaka kemalangan.

Jadi, apakah solusinya?

Solusinya ialah menggunakan plan takaful yang menyediakan jumlah coverage yang menyediakan pampasan yang boleh menggantikan pendapatan pemiliknya sekiranya berlaku salah satu daripada 3 perkara di atas.


Contoh kes:

Sebagai contoh, seseorang yang berusia 30 tahun, dengan pendapatan 5,000 sebulan.

Berikut adalah cara pengiraaan income protection / penggantian pendapatan;

Gaji tahunan = RM5,000 x 12 bulan = RM60,000

 Ada dua cara untuk mengira jumlah coverage yang diperlukan;

1) Capital Liquidation Method (Cara Pencairan Modal)

2) Capital Intact Method atau Capital Conservation Method (Cara Pengekalan Modal)

 Capital Liquidation Method

Kaedah pertama ialah Capital Liquidation Method (Cara Pencairan Modal), dengan cara berikut:

Dengan kaedah ini, jumlah coverage yang diperlukan adalah bersamaan dengan 10 tahun pendapatan seseorang.

Dalam kes di atas, jumlah coverage minima yang diperlukan ialah RM600,000 atau bersamaan dengan 10 tahun gaji.

Kenapa 10 tahun gaji? Sebabnya, supaya coverage tersebut dapat menggantikan pendapatan pemegang polisi selama 10 tahun. 

Jadi ada masa 10 tahun sekiranya berlaku musibah kematian atau lumpuh kepada pemegang polisi, untuk dia atau / dan keluarganya menerima pendapatan yang hilang akibat kematian atau lumpuh.

Kaedah ini juga diguna utk kes-kes sakit kritikal, dengan jumlah perlindungan bagi penyakit kritikal bersamaan 3 hingga 5 tahun pendapatan seseorang.



Capital Intact Method / Capital Conservation Method

Kaedah kedua pula dipanggil Capital Intact Method atau Capital Conservation Method (Cara Pengekalan Modal).

Kaedah ini, memerlukan pengiraan berdasarkan “passive income” atau pendapatan pasif yang perlu dihasilkan sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.

Pasif income yang diperolehi adalah berdasarkan ROI yang paling mudah diperolehi, jika dalam konteks Malaysia adalah ASB atau Tabung Haji yang boleh memberi pulangan sebanyak 6% hingga 8%.


Berdasarkan sampel kes di atas, untuk mendapatkan pulangan dengan ROI 6% yang menyamai RM60,000 setahun adalah RM1,000,000. 

Ini bermakna, wang sebanyak RM1 juta diperlukan untuk diletakkan dalam Tabung Haji atau ASB untuk menjana pendapatan pasif / passive income sebanyak RM60,000 setiap tahun.

Jadi, melalui kaedah ini, seseorang yang berpendapatan RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun memerlukan perlindungan pendapatan sebanyak RM1 juta supaya sekiranya beraku kematian atau lumpuh, wang pampasan Rm1 juta tadi dapat digunakan untuk menghasilkan pendapatan pasif yang bersamaan pendapatan bulanannya yang hilang akibat kematian atau lumpuh.

Kelebihan kaedah kaedah yang kedua ialah; wang pampasan tidak akan menyusut kerana wang yang diambil hanyalah wang keuntungan sahaja.



APAKAH SOLUSINYA?

Untuk menyediakan dana kecemasan sebagai INCOME PROTECTION PLAN atau PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN ini, hanya perlu memperuntukkan 10% sahaja daripada jumlah pendapatan untuk plan ini.


Dalam contoh kes di atas, beliau hanya perlu peruntukkan RM500 maksima setiap bulan untuk melanggan takaful bagi tujuan ini.

Sebagai contoh, ini contoh illustrasi dengan hanya RM400 sebulan yakni kurang 10% daripada jumlah tadi untuk perlindungan;

  1. Kematian RM1,000,000
  2. Lumpuh RM1,000,000
  3. Sakit Kritikal RM300,000
  4. Waiver – sumbangan percuma apabila disahkan penyakit kritikal

10 manfaat plan pelengkap hibah takaful & income protection dengan caruman RM99




Contoh situasi

Inginkan sesi konsultansi bersama perunding INFAQ Consultancy tentang perkara ini? Boleh hubungi PU'Atiq di talian 012-9093444 atau terus klik link wasap.my/60129093444/NakIncomeProtection