PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Sunday, April 30, 2017

RUMAH SEWA PUSAKA. MILIK SIAPA HASIL KUTIPAN RUMAH SEWA TERSEBUT?

RUMAH SEWA PUSAKA. MILIK SIAPA HASIL KUTIPAN RUMAH SEWA TERSEBUT?

PU'Atiq ingin kongsikan satu kisah sikap orang kita yang tidak ambil peduli hukum hakam dalam menguruskan harta. Hal ini dirujuk kepada pemilik harta semasa hayat dan penerima harta selepas pemilik harta itu mati.

Orang kita lebih suka bicarakan perihal cara dapatkan harta, cara gandakan harta malah ketepikan pasal pengagihan harta dan perlindungan harta.

Dalam artikel ini PU'Atiq ingin tunjukkan satu contoh sikap pemilik harta tidak berbuat perancangan pengagihan harta yang baik semasa hayatnya dan membawa satu masalah terhadap pembahagian harta tersebut. Membawa sebahagian waris makan harta bukan hanya dan ada sebahagian waris berdepan dengan kehilangan haknya.

Nasihat PU'Atiq, buatlah perancangan semasa hayat untuk pengagihan dan perlindungan harta, bukan hanya ligat memikirkan cara nak kumpul dan gandakan harta.

Jangan kita sebagai pemilik harta membuka ruang fitnah dan membuka ruang waris2 terlibat dengan pergaduhan, pertelingkahan, makan harta bukan haknya. Kita kena urus tadbir harta kita sebaiknya semasa hidup.

Harta Kita, Tanggungjawab Kita.

Ikuti kisah ini 👇👇👇

Ini salah satu isu yang dibangkitkan oleh klien saya semalam. Arwah si bapa ada meninggalkan beberapa buah rumah sewa, 5 buah kesemuanya. Ketika hidupnya, arwah tidak pernah berpesan apa-apa kepada isteri untuk siapa rumah-rumah beliau, dan siapa yang akan menguruskan rumah tersebut selepas kematiannya.
.
Maka selepas berlaku kematian, kesemua 5 buah rumah sewa tersebut sehingga hari ini masih atas nama arwah. Selepas 30 tahun kematian.
.
Yang mengutip sewa adalah abang yang pertama. Segala urusan baikpulih semuanya diuruskan oleh si abang. Dan, wang sewa setiap bulan tidak pernah diagihkan kepada waris lain yang mempunyai hak ke atas rumah tersebut. Berapa hasil pun mereka tidak tahu.
.
Lebih parah, abang sulong tidak mempunyai apa-apa pendapatan, selain daripada menyara keluarga hasil dari rumah sewa kesemuanya. Itulah wang yang digunakan untuk menyekolahkan anak-anaknya, duit itulah yang digunakan untuk menunaikan haji.
.
Sahabat yang dihormati, pernahkan kita terfikir tentang isu makan hak orang lain yang kita tidak sedar ianya perkara yang parah perlu diselesaikan? Kadang-kadang kita bertanya kenapa anak kita jadi macam-macam perangai, penagih dadah, belajar tak pandai, terlibat dengan gejala sosial, pernah tak kita lihat semula hasil-hasil yang kita beri makan generasi kita?
.
Saya telah pun menjelaskan kepada si adik semalam, agar berbincang semula dengan semua waris. Kebetulan adik-adiknya masih hidup. Mohon dihalalkan dan dimaafkan kesilapan abang mereka. Jika ada yang ingin menuntut hak yang telah diambil selama 30 tahun, tuntutlah dengan cara yang baik, atau mungkin halalkan saja, dan kutipan terkini saja diagihkan kepada waris yang lain.
.
Nampak macam takpe, tak rancang pun xpe. Pandai-pandailah waris nak buat.
.
Sebenarnya tak boleh kawan-kawan. Rancanglah harta anda sebaik mungkin. Agar kita tidak termakan hak orang lain, agar waris kita diberi makan harta pusaka yang ada hak orang lain. Beringatlah sebelum berlaku. Ambil tidakan segera.
.
Pakar Pusaka
Ambil tahu, ambil kisah, ambil tindakan.

Artikel dari FB https://www.facebook.com/noorashiqien.ishak

Jika nak tanya, boleh juga bertanya pada PU'Atiq, mana yang boleh PU bantu, PU akan bantu Insya Allah.

PU'Atiq
Mentor Takaful Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

No comments:

Post a Comment