PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Wednesday, December 26, 2012

PENCEN TERBITAN

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin mengupas sedikit sebanyak tentang pencen terbitan.



Pencen terbitan ini terjadi apabila seseorang kakitangan awam yang sedang berkhidmtan dengan kerajaan Malaysia meninggal dunia semasa dalam jawatan. Syarat-syaratnya ialah

1-telah disahkan jawatan
2-meninggal biasa dalam waktu kerja
3-meninggal akibat kemalangan bagi waktu luar kerja

Andai si A berkerja/melapor diri pada 1.1.2010 sebagai cikgu dan disahkan jawatan pada 1.1.2012, situasi adalah berikut:

1- Cikgu A meninggal sebelum 1.1.2012 (contoh 31.12.2011) maka waris tidak layak menerima pencen terbitan.

2- Cikgu A meninggal selepas @ pada 1.1.2012 maka waris layak menerima pencen terbitan.

Kiraan pencen terbitan :

Jika berkhidmat kurang 10 tahun berkhidmat, bayaran adalah 1/5 daripada tangga gaji akhir jika melebihi 10 tahun kiraan pencen biasa digunakan.

Seperti saya difahamkan, kematian biasa adalah perlu dalam masa bekerja bukan diluar kerja kecuali kematian akibat kemalangan diluar waktu bekerja ia diterima pakai.

Andai seseorang itu kena serangan jantung dan terus mati diluar waktu bekerja..maka tiada pencen terbitan bagi warisnya.

Andai seseorang itu kemalangan dan mati diluar waktu bekerja maka pencen terbitan diperolehi oleh warisnya.


Selain pencen terbitan untuk pegawai meninggal dunia waktu berkhidmat, ada juga pencen atas kesihatan dan ketidakupayaan. Semua situasi ini mesti dalam waktu bekerja.

Sebagai contoh Pekerja Am sedang memotong rumput di padang sekolah dan terkena batu ke mukanya dan akibat itu kesihatannya terganggu dan tidak berupaya melakukan kerja lagi maka dia layak mendapat pencen kesihatan dan pencen ketidakupayaan. Maka 2 pencen baginya iaitu

2(1/5) x tangga gaji (bagi bekerja kurang 10 tahun) dan 2x pencen biasa bagi bekerja melebihi 10 tahun.

Anda harus tahu keistimewaan anda. Cuma...andai :

1- meninggal sebelum disahkan jawatan
2- meninggal biasa diluar waktu bekerja
3- tidak berupaya kerja akibat kes diluar kerja

pencen siapakah harapan anda sekeluarga?

Jom bina pencen sendiri tidak kira waktu kerja atau luar kerja...kemalangan atau biasa.

Hubungi saya...

Agen yang anda yakini 'Atiqurrahman Abd Aziz 0129093444

Untuk maklumat lebih tepat hubungi
http://www.jpapencen.gov.my/putrajaya.html

Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.

Tel : 603 88853000 / 603 88854000
Fax : 603 88892193

Wednesday, December 19, 2012

Info MRTT dan MLTT


Info MRTT dan MLTT

Assalamualaikum, kali ini saya ingin berkongsi tentang MRTT dan MLTT yang berkait rapat dengan pinjaman perumahan.

MRTT – Mortgage Reduce Term Takaful
MLTT – Mortgage Level Term Takaful

Ciri MRTT dan MLTT adalah seperti jadual di bawah



Jadual menyatakan ciri-ciri MRTT dan MLTT.

      1. Bayaran

MRTT bayarannya adalah sekali gus semasa permohonan pinjaman dan jika mahu ia secara bulanan, kos itu boleh dimasukkan kedalam pinjaman malah anda akan kerugian kerana kos itu akan dikenakan interest maka secara langsung kos itu akan berganda. Jika pinjaman RM300K, kadar MRTT adalah sebanyak RM10100. Disebabkan ia sangat besar maka kebiasaannya dimasukkan kedalam pinjaman dan maka ia menjadi RM17358.80.

MLTT bayaranya adalah bulanan atau tahunan. Tidak perlu dimasukkan dalam pinjaman dan ini mengelakkan takaful pinjaman rumah anda dikenakan interest. Bayaran bulanan adalah sebanyak RM110 sebulan atau RM1320 setahun. Jumlah 30 tahun caruman adalah RM39600. Namun selepas 30 tahun MLTT akan memberi nilai tunai sebanyak RM20K. Maka jumlah sebenar adalah RM19600 sahaja.

Hampir sama kan?

P/S : Harga ini merujuk tarikh lahir 29/4/1984, Lelaki, Syarikat PruBSN Takaful, Interest 4%, Pinjaman RM300K, Banglo siap dibina dan Kelas pekerjaan 1.


      2. Tempoh Perlindungan

MRTT – bersamaan tempoh pinjaman. Jika pinjaman selama 30 tahun maka tempoh MRTT adalah 30 tahun juga.



MLTT – boleh sehingga umur 80/100 tahun. Maka selepas tempoh pinjaman tamat, pemilik sijil boleh pilih ingin terus menyambung @ memberhentikan sijil. Jika pemilik meneruskan sijil maka ia boleh dijadikan sebagai Life Takaful untuk keluarganya.



           3. Nilai Tunai

MRTT – selepas tamat tempoh sijil, tiada nilai tunai diberikan. Maka RM17358.80 itu sepenuhnya didermakan.

MLTT - selepas 30 tahun nilai tunai dijangkakan adalah sebanyak RM20K maka ia ibarat anda hanya membayar RM19600 sahaja sepanjang tempoh itu. 

NILAI TUNAI INI ANDA BOLEH KELUARKAN JUGA PADA TAHUN KE 20 SIJIL DAN TERUS MEMBAYAR PINJAMAN INI AKAN MENGURANGKAN KADAR INTEREST DIKENAKAN DAN BOLEH MEMENDEKKAN TEMPOH PINJAMAN.


      4. Penukaran kepada hartanah lain dan kesihatan

Jika anda membeli sebuah rumah (Rumah A) dan setelah 10 tahun anda bercadang ingin menjualnya dan ingin membeli rumah baru (Rumah B) maka apa akan jadi dengan MRTT Rumah A yang kita beli itu? MRTT Rumah A dibeli semasa anda berumur 28 tahun dan sekarang umur anda 38 tahun anda ingin menjual Rumah A, jika sijil anda adalah

MRTT – MRTT  Rumah A tidak boleh dipindahkan ke Rumah B. Anda perlu membatalkan sijil MRTT Rumah A (syarikat akan kembalikan kos untuk baki 20 tahun) dan membeli sijil MRTT Rumah B yang baru mengikut umur 38 tahun. Maka jumlah bayaran MRTT Rumah B sudah berbeza dan ia lebih mahal. Jika dinilai pada tahun 2012, umur 38 tahun perlu membayar RM28327 dan selepas dikenakan interest jumlah adalah RM48,685.50. Mungkin juga anda tidak layak lagi untuk memohon jika anda sudah sakit semasa pembelian Rumah B.

MLTT – sijil Rumah A boleh dipindahkan ke pinjaman Rumah B tanpa ada kenaikan harga walaupun umur anda sudah meningkat. Anda masih kekal membayar RM110 sebulan. Andai semasa anda membeli Rumah B anda sudah sakit, sijil ini boleh diteruskan lagi. Tiada halangan untuk dibatalkan. Bagus tak?


5.  Nilai Perlindungan dan Lebihan RM Perlindungan 

MRTT – nilai perlindungan adalah berkurangan mengikut unjuran baki pinjaman. Andai anda membuat pinjaman RM300K selama 30 tahun dengan interest 4% jumlah bayaran adalah RM 515,608.50. Andai setelah 15 tahun anda membayar pinjaman dan anda disahkan lumpuh kekal maka MRTT akan membayar baki pinjaman rumah anda yang saya andaikan sebanyak RM141671 sahaja. Maka tiada lebihan wang perlindungan untuk keluarga.



 

MLTT – nilai perlindungan adalah sama sahaja sejak awal pemilikan polisi iaitu RM300K. Jika situasi sama berlaku maka waris akan memperolehi pampasan RM300K dan gunakan untuk membayar baki pinjaman rumah sebanyak RM141671 dan lebihan perlindungan adalah sebanyak RM158329! Wang sebanyak ini boleh digunakan oleh waris anda untuk diri anda yang sedang lumpuh sekeluarga.


 6. Risiko Perlindungan Rendah Berbanding Baki Pinjaman

  Kadar interest pinjaman perumahan ada 2 jenis iaitu tetap dan terapung (berubah mengikut BFR/BLR). Jika kadar tetap ia tidak memberi kesan namun jika pinjaman adalah mengikut BFR ada kesannya.

 Jika pinjaman anda adalah BFR-2 (andaikan BFR semasa 6) maka pinjaman anda adalah 4%. Setelah 5 tahun anda membayar pinjaman tiba-tiba kerajaan menaikkan BFR kepada 7% maka interest anda adalah 5%. Sedikit sebanyak ia merubah jumlah interest. Bayaran anda sudah meningkat dan telah berubah daripada trek unjuran baki awal yang dikira 5 tahun lepas berpandukan nilai interest 4%.
  
Ada 2 situasi bentuk penyelesaian jika hal ini berlaku
 
i-                    Anda habiskan pinjaman dalam tempoh yang sama ( 30 tahun) tetapi bayaran bulanan akan meningkat. Jika ini anda pilih, anda tiada masalah ini.

ii-                   Jika anda tidak mahu menambah beban bulanan anda, anda boleh panjangkan tempoh pinjaman daripada 30 tahun ke 35 tahun (contoh) maka ini akan menimbukan masalah. Unjuran baki pinjaman sudah berubah. Dan sinilah terjadinya perlindungan dibawah nilai baki pinjaman.

Jika pinjaman pada 4% baki pinjaman selepas 15 tahun diunjurkan RM141671 namun jika situasi di atas berlaku jumlah baki pinjaman diunjurkan sebanyak RM154304. Maka jika

MRTT – sijil ini hanya akan membayar unjuran asal iaitu RM141671 namun baki sebenar anda ialah RM154304, oleh itu waris anda perlu menambah sebanyak RM13633 untuk menyelesaikan baki pinjaman anda! Bermakna, untuk langsaikan pinjaman rumah ini anda perlu membayarnya sendiri sebanyak RM13633! Sungguh sedih.


MLTT – sijil ini akan membayar RM300K dan anda perlu membayar RM154304 kepada bank dan anda masih memiliki wang sebanyak RM145696! Duit ini boleh dijadikan wang belanja kos anda sekeluarga.

7.  1 sijil berapa rumah?
  
Andai anda mempunyai melebihi 1 rumah , berapa sijil perlu anda miliki. Adakah memadai 1 sijil
atau mengikut jumlah bilangan rumah? Andai anda ada 3 rumah.
 
MRTT – 1 sijil 1 rumah, bermakna anda perlukan 3 sijil untuk ketiga-tiga rumah anda.

MLTT – 1 sijil boleh untuk 3 rumah, bermakna anda perlukan  1 sijil sahaja untuk ketiga-tiga rumah anda (namun pastikan jumlah perlindungan sama @ lebih daripada jumlah pinjaman) contoh, pinjaman ketiga-tiga rumah anda bernilai RM350K maka sijil anda perlulah bernilai RM350K atau lebih. Selagi jumlah pinjaman perumahan anda dibawah nilai perlindungan anda boleh masukkan sebanyak rumah dalam 1 sijil. 

 Ini sesuai untuk pelabur hartanah. Andai anda memiliki sijil bernilai RM500K. Anda hanya mempunyai 3 rumah bernilai RM350K maka anda boleh menambah rumah bernilai RM150K lagi. Andai 2 rumah lagi 1 bernilai RM100K dan 1 lagi RM50K maka cukup RM500K maka rumah dalam sijil ini 5 buah. Atau 3 buah lagi yang setiap satu bernilai RM50K maka rumah dalam sijil ini 6 buah. Dan anda boleh jual rumah anda dan ganti dengan rumah lain.


8. Pelepasan Income Tax

MRTT - tiada kelebihan ini.

MLTT - boleh mendapata pelepasan Income Tax dibawah bahagian KWSP dan Insurasn Hayat sebanyak RM6000 setahun.


p/s:
i - Harga MLTT berbeza mengikut kelas risiko pekerjaan.

ii- Jika anda berumur 35 tahun dan seorang @ bakal pelabur hartanah, sebaiknya terus miliki MLTT bernilai RM500K tanpa medical checkup.

iii- MLTT sebaiknya dimiliki secepatnya supaya dapat bayaran rendah dan layak dari sudut kesihatan.

iv - MRTT - Lindungi KEMATIAN DAN LUMPUH SAHAJA, MLTT  boleh lindungi KEMATIAN, LUMPUH DAN JUGA SAKIT KRTIKAL.
 

SEMOGA BERMANFAAT. KONGSIKAN DENGAN RAKAN RAKAN DAN AHLI KELUARGA ANDA. MILIKI MLTT @ MRTT DENGAN SAYA

'ATIQURRAHMAN ABD AZIZ
WEALTH PLANNER PRUBSN TAKAFUL
AL-ISRA' ASSOCIATES