Info MRTT dan MLTT
Assalamualaikum, kali ini saya ingin
berkongsi tentang MRTT dan MLTT yang berkait rapat dengan pinjaman
perumahan.
MRTT – Mortgage Reduce Term Takaful
MLTT – Mortgage Level Term Takaful
Ciri MRTT dan MLTT adalah seperti jadual di
bawah
1. Bayaran
MRTT bayarannya adalah sekali gus semasa
permohonan pinjaman dan jika mahu ia secara bulanan, kos itu boleh dimasukkan
kedalam pinjaman malah anda akan kerugian kerana kos itu akan dikenakan
interest maka secara langsung kos itu akan berganda. Jika pinjaman RM300K,
kadar MRTT adalah sebanyak RM10100. Disebabkan ia sangat besar maka
kebiasaannya dimasukkan kedalam pinjaman dan maka ia menjadi RM17358.80.
MLTT bayaranya adalah bulanan atau tahunan.
Tidak perlu dimasukkan dalam pinjaman dan ini mengelakkan takaful pinjaman
rumah anda dikenakan interest. Bayaran bulanan adalah sebanyak RM110 sebulan
atau RM1320 setahun. Jumlah 30 tahun caruman adalah RM39600. Namun selepas 30 tahun MLTT
akan memberi nilai tunai sebanyak RM20K. Maka jumlah sebenar adalah RM19600
sahaja.
Hampir sama kan?
P/S : Harga ini merujuk tarikh lahir
29/4/1984, Lelaki, Syarikat PruBSN Takaful, Interest 4%, Pinjaman RM300K,
Banglo siap dibina dan Kelas pekerjaan 1.
2. Tempoh Perlindungan
MRTT – bersamaan tempoh pinjaman. Jika
pinjaman selama 30 tahun maka tempoh MRTT adalah 30 tahun juga.
MLTT – boleh sehingga umur 80/100 tahun.
Maka selepas tempoh pinjaman tamat, pemilik sijil boleh pilih ingin terus
menyambung @ memberhentikan sijil. Jika pemilik meneruskan sijil maka ia boleh
dijadikan sebagai Life Takaful untuk keluarganya.
3. Nilai Tunai
MRTT – selepas tamat tempoh sijil, tiada
nilai tunai diberikan. Maka RM17358.80 itu sepenuhnya didermakan.
MLTT - selepas 30 tahun nilai tunai dijangkakan
adalah sebanyak RM20K maka ia ibarat anda hanya membayar RM19600 sahaja
sepanjang tempoh itu.
NILAI TUNAI INI ANDA BOLEH KELUARKAN JUGA PADA TAHUN KE 20 SIJIL DAN TERUS MEMBAYAR PINJAMAN INI AKAN MENGURANGKAN KADAR INTEREST DIKENAKAN DAN BOLEH MEMENDEKKAN TEMPOH PINJAMAN.
NILAI TUNAI INI ANDA BOLEH KELUARKAN JUGA PADA TAHUN KE 20 SIJIL DAN TERUS MEMBAYAR PINJAMAN INI AKAN MENGURANGKAN KADAR INTEREST DIKENAKAN DAN BOLEH MEMENDEKKAN TEMPOH PINJAMAN.
4. Penukaran kepada hartanah lain dan kesihatan
Jika anda membeli sebuah rumah (Rumah A)
dan setelah 10 tahun anda bercadang ingin menjualnya dan ingin membeli rumah baru
(Rumah B) maka apa akan jadi dengan MRTT Rumah A yang kita beli itu? MRTT Rumah A dibeli semasa anda berumur 28 tahun dan sekarang umur anda 38 tahun anda ingin menjual Rumah A, jika
sijil anda adalah
MRTT – MRTT Rumah A tidak boleh dipindahkan ke Rumah B.
Anda perlu membatalkan sijil MRTT Rumah A (syarikat akan kembalikan kos untuk baki 20 tahun) dan
membeli sijil MRTT Rumah B yang baru mengikut umur 38 tahun. Maka jumlah
bayaran MRTT Rumah B sudah berbeza dan ia lebih mahal. Jika dinilai pada tahun
2012, umur 38 tahun perlu membayar RM28327 dan selepas dikenakan interest jumlah
adalah RM48,685.50. Mungkin juga anda tidak layak lagi untuk memohon jika anda
sudah sakit semasa pembelian Rumah B.
MLTT – sijil Rumah A boleh dipindahkan ke
pinjaman Rumah B tanpa ada kenaikan harga walaupun umur anda sudah meningkat.
Anda masih kekal membayar RM110 sebulan. Andai semasa anda membeli Rumah B anda
sudah sakit, sijil ini boleh diteruskan lagi. Tiada halangan untuk dibatalkan. Bagus tak?
5. Nilai Perlindungan dan Lebihan RM Perlindungan
MRTT – nilai perlindungan adalah berkurangan
mengikut unjuran baki pinjaman. Andai anda membuat pinjaman RM300K selama 30
tahun dengan interest 4% jumlah bayaran adalah RM 515,608.50. Andai setelah 15 tahun anda
membayar pinjaman dan anda disahkan lumpuh kekal maka MRTT akan membayar baki pinjaman
rumah anda yang saya andaikan sebanyak RM141671 sahaja. Maka tiada
lebihan wang perlindungan untuk keluarga.
MLTT – nilai
perlindungan adalah sama sahaja sejak awal pemilikan polisi iaitu RM300K. Jika
situasi sama berlaku maka waris akan memperolehi pampasan RM300K dan gunakan
untuk membayar baki pinjaman rumah sebanyak RM141671 dan lebihan perlindungan
adalah sebanyak RM158329! Wang sebanyak ini boleh digunakan oleh waris anda
untuk diri anda yang sedang lumpuh sekeluarga.
6. Risiko Perlindungan Rendah Berbanding Baki Pinjaman
Jika pinjaman
anda adalah BFR-2 (andaikan BFR semasa 6) maka pinjaman anda adalah 4%. Setelah
5 tahun anda membayar pinjaman tiba-tiba kerajaan menaikkan BFR kepada 7% maka
interest anda adalah 5%. Sedikit sebanyak ia merubah jumlah interest. Bayaran
anda sudah meningkat dan telah berubah daripada trek unjuran
baki awal yang dikira 5
tahun lepas berpandukan nilai interest 4%.
Ada 2 situasi
bentuk penyelesaian jika hal ini berlaku
i-
Anda habiskan pinjaman dalam
tempoh yang sama ( 30 tahun) tetapi bayaran bulanan akan meningkat. Jika ini anda pilih, anda
tiada masalah ini.
ii-
Jika anda tidak mahu menambah
beban bulanan anda, anda boleh panjangkan tempoh pinjaman daripada 30 tahun ke
35 tahun (contoh) maka ini akan menimbukan masalah. Unjuran baki pinjaman sudah
berubah. Dan sinilah terjadinya perlindungan dibawah nilai baki pinjaman.
Jika pinjaman pada 4% baki pinjaman selepas
15 tahun diunjurkan RM141671 namun jika situasi di atas berlaku jumlah
baki pinjaman diunjurkan sebanyak RM154304. Maka jika
MRTT – sijil ini hanya akan membayar
unjuran asal iaitu RM141671 namun baki
sebenar anda ialah RM154304, oleh itu waris anda perlu menambah sebanyak RM13633
untuk menyelesaikan baki pinjaman anda! Bermakna, untuk
langsaikan pinjaman rumah ini anda perlu membayarnya sendiri sebanyak RM13633!
Sungguh sedih.
MLTT – sijil ini akan membayar RM300K dan
anda perlu membayar RM154304 kepada bank dan anda masih memiliki wang sebanyak
RM145696! Duit ini boleh dijadikan wang belanja kos anda sekeluarga.
7. 1 sijil berapa rumah?
Andai anda mempunyai melebihi 1 rumah ,
berapa sijil perlu anda miliki. Adakah memadai 1 sijil
atau mengikut jumlah
bilangan rumah? Andai anda ada 3 rumah.
MRTT – 1 sijil 1 rumah, bermakna anda
perlukan 3 sijil untuk ketiga-tiga rumah anda.
MLTT – 1 sijil boleh untuk 3 rumah,
bermakna anda perlukan 1 sijil sahaja
untuk ketiga-tiga rumah anda (namun pastikan jumlah perlindungan sama @ lebih
daripada jumlah pinjaman) contoh, pinjaman ketiga-tiga rumah anda bernilai
RM350K maka sijil anda perlulah bernilai RM350K atau lebih. Selagi jumlah
pinjaman perumahan anda dibawah nilai perlindungan anda boleh masukkan sebanyak
rumah dalam 1 sijil.
Ini sesuai untuk pelabur hartanah. Andai
anda memiliki sijil bernilai RM500K. Anda hanya mempunyai 3 rumah bernilai RM350K
maka anda boleh menambah rumah bernilai RM150K lagi. Andai 2 rumah lagi 1
bernilai RM100K dan 1 lagi RM50K maka cukup RM500K maka rumah dalam sijil ini 5
buah. Atau 3 buah lagi yang setiap satu bernilai RM50K maka rumah dalam sijil
ini 6 buah. Dan anda boleh jual rumah anda dan ganti dengan rumah lain.
8. Pelepasan Income Tax
MRTT - tiada kelebihan ini.
MLTT - boleh mendapata pelepasan Income Tax dibawah bahagian KWSP dan Insurasn Hayat sebanyak RM6000 setahun.
8. Pelepasan Income Tax
MRTT - tiada kelebihan ini.
MLTT - boleh mendapata pelepasan Income Tax dibawah bahagian KWSP dan Insurasn Hayat sebanyak RM6000 setahun.
p/s:
i - Harga MLTT berbeza mengikut kelas risiko pekerjaan.
ii-
Jika anda berumur 35 tahun dan seorang @ bakal pelabur hartanah,
sebaiknya terus miliki MLTT bernilai RM500K tanpa medical checkup.
iii- MLTT sebaiknya dimiliki secepatnya supaya dapat bayaran rendah dan layak dari sudut kesihatan.
iv - MRTT - Lindungi KEMATIAN DAN LUMPUH SAHAJA, MLTT boleh lindungi KEMATIAN, LUMPUH DAN JUGA SAKIT KRTIKAL.
iv - MRTT - Lindungi KEMATIAN DAN LUMPUH SAHAJA, MLTT boleh lindungi KEMATIAN, LUMPUH DAN JUGA SAKIT KRTIKAL.
SEMOGA
BERMANFAAT. KONGSIKAN DENGAN RAKAN RAKAN DAN AHLI KELUARGA ANDA. MILIKI MLTT @ MRTT DENGAN SAYA
'ATIQURRAHMAN ABD AZIZ
WEALTH PLANNER PRUBSN TAKAFUL
AL-ISRA' ASSOCIATES
Assalamualaikum Encik
ReplyDeleteMohon pencerahan cara nak apply MLTT ni. Saya masih keliru Takaful hayat dan MLTT ni. Adakah kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama? Terima kasih
Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi bertanya.
DeletePelan yang sama cuma atas kita nak letakkan tujuan.
Mltt daripada pelan Life
Life juga untuk takaful hayat untuk PROTECTION OF INCOME.
Jadinya pelan life ini boleh buat apa sahaja dnegan niat kita.. Ia boleh jadi
1. Mltt
2. Protection of INCOME
3. Amal jariah derma hibah
Dll
Saya berminat untuk tahu lebih lanjut dengn MLTT ni.. sekarang ni dalam process nk beli rumah tp tk tahu nk amil MLTT atau MRTT boleh call sye 0123872371 (Ida)
DeleteTolong call saya dan terangkan semuanya.. saya nk tahu lbih lanjut..
ReplyDelete0139217645_hafiz
Saya sudah hubungi tuan, namun tidak dapat. Nanti saya cuba lagi. Insya Allah.
Delete