Assalamualaikum
Hari ini saya ingin mengupas sedikit sebanyak tentang pencen terbitan.
Pencen terbitan ini terjadi apabila seseorang kakitangan awam yang sedang berkhidmtan dengan kerajaan Malaysia meninggal dunia semasa dalam jawatan. Syarat-syaratnya ialah
1-telah disahkan jawatan
2-meninggal biasa dalam waktu kerja
3-meninggal akibat kemalangan bagi waktu luar kerja
Andai si A berkerja/melapor diri pada 1.1.2010 sebagai cikgu dan disahkan jawatan pada 1.1.2012, situasi adalah berikut:
1- Cikgu A meninggal sebelum 1.1.2012 (contoh 31.12.2011) maka waris tidak layak menerima pencen terbitan.
2- Cikgu A meninggal selepas @ pada 1.1.2012 maka waris layak menerima pencen terbitan.
Kiraan pencen terbitan :
Jika berkhidmat kurang 10 tahun berkhidmat, bayaran adalah 1/5 daripada tangga gaji akhir jika melebihi 10 tahun kiraan pencen biasa digunakan.
Seperti saya difahamkan, kematian biasa adalah perlu dalam masa bekerja bukan diluar kerja kecuali kematian akibat kemalangan diluar waktu bekerja ia diterima pakai.
Andai seseorang itu kena serangan jantung dan terus mati diluar waktu bekerja..maka tiada pencen terbitan bagi warisnya.
Andai seseorang itu kemalangan dan mati diluar waktu bekerja maka pencen terbitan diperolehi oleh warisnya.
Selain pencen terbitan untuk pegawai meninggal dunia waktu berkhidmat, ada juga pencen atas kesihatan dan ketidakupayaan. Semua situasi ini mesti dalam waktu bekerja.
Sebagai contoh Pekerja Am sedang memotong rumput di padang sekolah dan terkena batu ke mukanya dan akibat itu kesihatannya terganggu dan tidak berupaya melakukan kerja lagi maka dia layak mendapat pencen kesihatan dan pencen ketidakupayaan. Maka 2 pencen baginya iaitu
2(1/5) x tangga gaji (bagi bekerja kurang 10 tahun) dan 2x pencen biasa bagi bekerja melebihi 10 tahun.
Anda harus tahu keistimewaan anda. Cuma...andai :
1- meninggal sebelum disahkan jawatan
2- meninggal biasa diluar waktu bekerja
3- tidak berupaya kerja akibat kes diluar kerja
pencen siapakah harapan anda sekeluarga?
Jom bina pencen sendiri tidak kira waktu kerja atau luar kerja...kemalangan atau biasa.
Hubungi saya...
Agen yang anda yakini 'Atiqurrahman Abd Aziz 0129093444
Untuk maklumat lebih tepat hubungi
http://www.jpapencen.gov.my/putrajaya.html
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pasca Perkhidmatan,
Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 Putrajaya, Malaysia.
Tel : 603 88853000 / 603 88854000
Fax : 603 88892193
No comments:
Post a Comment