PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Sunday, July 14, 2013

Takaful Pinjaman Rumah



 Pinjaman rumah anda hanya dilindungin takaful jika anda


 MENINGGAL DUNIA sahaja? Bagaimana pula jika anda



 LUMPUH / SAKIT KRITIKAL?




"Jelas sekali bahawa jika mereka tidak mampu


 membayar ansuran pinjaman, rumah mungkin dirampas dan


 dilelong dan keluarga anda mungkin tiada tempat untuk


 berteduh." 



 Adakah anda mahu saya MEMBANTU anda selesaikan



 masalah ini? Anda hanya perlu PM saya sahaja...saya sedia



 MEMBANTU anda..



Medical Card : Stand Alone vs Polisi Investmentlink


Medical Card : Stand Alone vs Polisi Investmentlink



Saya nak share sikit pasal benda ni supaya anda boleh buat pilihan yang terbaik untuk jangka masa panjang dan juga jangka masa pendek. 

Nota : Artikel ni mungkin panjang sikit... kadang-kadang panjang sangat orang malas nak baca... tapi ada sedikit Info dan Knowledge untuk bakal-bakal client... 

Sebelum tu saya nak terangkan apa itu 'Stand Alone' dan 'Investmentlink' medical card... simple saja...

Stand Alone Medical card jenis ni selalunya harga yang ditawarkan adalah MURAH. Kadang-kadang presentation yang dibuat oleh ejen-ejen yang menjualnya menunjukkan ianya sangat MURAH. Ianya adalah medical card semata-mata di dalam satu polisi dan tiada manfaat lain yang boleh dimasukkan.

Investmentlink Medical card jenis ni kebiasaannya dijadikan sebagai rider ke dalam polisi utama. Rider dalam polisi investmentlink juga dipanggil benefit atau manfaat. Polisi utama ni selalunya ialah investmentlink. Jadi anda boleh beli polisi biasa dan attached medical card ke dalam polisi tersebut.

Anda boleh pilih sama ada anda mahu atau tidak medical card ni. Ikut keperluan anda.

Perbezaan Dari segi benefit atau manfaat yang utama medical card itu sendiri tidak banyak perbezaannya. Gunanya ialah untuk kemasukkan ke wad. Untuk menanggung kos-kos hospital. Saya tak share perbezaan-perbezaan yang lebih kecil dan detail. Kalau nak tengok perbezaan yang tu kena pergi lebih detail pada perbezaan quotation dan kena tengok 'real' polisi. Kena tengok juga 'Term and Condition' masing-masing. Apa yang saya nak share ni simple saja... semua orang boleh faham.

Disebabkan medical card Stand Alone anda cuma beli medical card semata-mata... harganya adalah tepat. Sebagai contoh... untuk anda yang berumur 40 tahun, harga yang anda beli ialah RM1,871 setahun. Jadi anda akan bayar ikut jumlah tu lah.

Medical card investment link pula akan jadi round figure. Dia tak dak lebihan contoh macam RM1 tu... kalau contoh di atas tu dia akan jadi RM1,870. Ini disebabkan sistem quotation yang kita buat. Kita boleh jadikan ianya round figure. Kalau nak bagi cantik bagi lebihan tu banyak dari quotation anda. Lebihan ni dalam sistem quotation di Prudential kita panggil 'slack' atau 'slack contribution'. Bahagian slack ni akan masuk ke portion saving dan investment.

Okay... mari kita lihat kelebihan dan kekurangannya pulak.

Untuk medical card stand alone ni kelebihannya SATU saja... iaitu MURAH... kalau anda nak yang murah anda boleh pilih yang jenis stand alone ni... yang lain-lain tak ada beza. Kalau saya buat statement macam ni mesti ejen medical card stand alone marah... tapi hakikatnya memang begitu...

Sekarang mari kita lihat kelebihan dan kekurangan medical card yang attached dengan polisi investmentlink pulak... kekurangannya ia mahal sebab dia attached dengan invesmentlink yang ada servis charge...

Kelebihannya...

Bila anda membeli polisi jenis investmentlink dan disertakan bersama medical card ke dalam polisi tersebut... secara tak langsung polisi tersebut akan mempunyai Nilai Tunai... ini berbeza dengan polisi medical card stand alone ya!

Kelebihan polisi investmentlink ni terletak pada Nilai Tunai tersebut. Kenapa saya kata macam tu...

Kelebihan Sebagai Client ( Pemegang Polisi ) Kalau anda beli polisi medical card stand alone... anda perlu bayar TEPAT... anda tak boleh lewat... kalau lewat polisi anda akan lapsed... atau LUPUT! ...bila lapsed anda tidak ada perlindungan lagi... anda nak masuk wad medical card anda tak boleh pakai...

Selalunya untuk polisi medical card stand alone ni... ejen akan minta client bayar 'yearly'... kalau anda nak bayar 'monthly' boleh... tapi kena TEPAT... kena buat 'autodebit'... tak boleh nak suruh ejen kutip tiap-tiap bulan... kalau nak suruh ejen kutip tiap-tiap bulan... ejen tu akan jadi letih sebab kena kutip dan bayar TEPAT pada masanya... kalau client tak ramai tak pa lah... bila dah ramai... jenuh!

Kenapa jadi macam ni... sebabnya polisi medical card stand alone tidak ada nilai tunai.

Sebagai pemegang polisi investmentlink... selain ada nilai tunai... anda tak perlu risau kalau terlewat buat bayaran... kalau anda terlewat sampai dua bulan... tiga bulan pun polisi anda masih inforce... polisi masih hidup! Saya ada kes yang polisi dia dah setahun tak bayar... tapi sakit nak masuk wad... medical card masih boleh guna! Cuba anda ambil medical card yang jenis stand alone... sebulan anda tak bayar terus tak boleh guna medical card.

Kelebihan yang paling ketara ialah bila anda dah pernah claim. Kalau anda ambil medical card stand alone... dan biar polisi anda lapsed... PASTI medical card anda tak boleh guna... jadi sebab ni lah anda kena bayar TEPAT untuk polisi medical card stand alone...

Pengalaman saya... orang kita ni kalau bab komitmen nak bayar insurans memang slow! Payah nak bayar tepat. Lagi satu... orang kita ni kalau nak kena bayar 'yearly'... nak bayar seketul gedebak lagi lah susah... tapi bukan semua... ada juga yang boleh bayar yearly... tapi tak ramai.

Medical plan ni bukan untuk nak bayar setahun dua... medical card ni nak kena bayar sampai tua... sampai umur 70 tahun... sampai umur 80 tahun... atau berapa sahaja tempoh yang anda pilih. Kalau nak kena bayar secara TEPAT sampai tua... agak-agak anda komitmen anda kuat tak... tambah-tambah lagi bila dah tua dan sakit pulak tu... medical card stand alone anda tetap nak kena bayar... macam mana kalau bila dah tak kerja lagi...

Jika anda pilih medical card dalam investment polisi... anda boleh manage polisi anda... katakanlah sekarang umur anda 30 tahun... anda ambil polisi investment yang ada medical card sekali... anda nak guna sampai umur 70 tahun... dari umur 30 tahun sampai 70 tahun, lama tu... selalunya anda akan pencen pada umur 55 tahun atau 60 tahun... masa tu tentu anda nak guna duit untuk benda-benda lain...

Dengan polisi investmentlink sudah tentu ada nilai tunai di dalamnya... kalau anda nak stop bayar pada umur 55 tahun pun boleh... polisi akan tetap inforce atau hidup selagi ada nilai tunai di dalam... hidup anda pun tenang... tak perlu nak fikir pasal caruman  sangat... TAPI pastikan nilai tunai anda cukup.

Kalau polisi medical card stand alone?... bayarlah anda sampai umur tua... mampu?

Lagi satu... medical card stand alone ni kita tak boleh attached apa-apa benefit yang lain lagi... sebagai contoh manfaat WAIVER... apa benda ni... kalau kat Prudential benefit ni dinamakan 'Contributor Benefit'. Maksudnya bila client tu kena Penyakit Kritikal... bayaran caruman bulanan anda tak perlu bayar lagi... caruman akan WAIVE... caruman jadi FREE!

Kalau autodebit dalam akaun bulan ni tak ada duit... no problem... sapa kata buat autodebit tetap ada duit dalam akaun... kadang-kadang client TERtekan mesin duit keluar lebih sikit... jadi nak potong tak boleh... masuk bulan depan dah jadi dua bulan...

Kesimpulannya... Jadi... kalau anda sebagai client... anda boleh pilih nak polisi yang macam mana... nak yang murah ka nak yang mahal... kalau nak kata mahal tu tak lah mahal mana pun... kalau anda ambil polisi yang stand alone... lepas tu tambah polisi yang investment... polisi akan jadi DUA... berasingan... susah nak manage... harganya akan jadi lebih mahal dari polisi yang attached sekali... pilihan di tangan anda... tak ada sapa nak halang...

Kalau anda rasa mampu bayar secara TEPAT sampai tua... bolehlah pilih polisi stand alone yang murah... tapi kalau anda nak mudah dan tak rasa tertekan bila tak ada duit nak bayar caruman... pilihlah polisi investmentlink...

Artikel ni ditulis sebab ada ejen-ejen dari kompeni yang jual medical card stand alone dok kata medical card investmentlink mahal dan rugi untuk client... bagi saya MEMANG rugi untuk jangka masa pendek... tapi senang nak manage bila polisi dah lama... client tak sakit kepala...

Tapi FIKIR lah... kalau dalam jangka masa pendek tu client kena Penyakit Kritikal dan tak MATI... bukan semua yang kena Penyakit Kritikal terus mati... kerjaya pulak tak tau macam mana... boleh kerja lagi ke tak... polisi medical card stand alone masih nak kena bayar... investmentlink yang attached sekali dengan WAIVER anda tak perlu bayar lagi...

Lepas ni anda boleh cek polisi anda... stand alone ka investmentlink... lepas tu kena tengok jugak Guaranted Renewal ka dak... ada lagi, penyakit yang sama berulang cover tak... tengok betul-betul... jangan kira nak murah saja... sebab MESTI ada beza antara yang murah dan mahal...

So...

Saya harap dengan artikel ni anda boleh faham apa bezanya... pilihlah polisi yang anda boleh bayar, manage dan bertahan dalam jangka masa panjang...  

Nilai Di Sebalik Sekeping Kertas



Jutawan hartanah, Azizi Ali, pernah berkata, membayar premium insurans ini sama seperti anda membayar yuran pengajian tinggi anak. 

Anda membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membolehkan anak anda melanjutkan pelajarannya di IPT. Apabila tamat pengajian, apa yang anak anda perolehi, hanyalah sekeping kertas! 

Walaupun sekeping kertas itu pada zahirnya tidak memiliki apa-apa nilai, ilmu pengetahuan yang diperolehi, sangat berharga. Dengan ilmu yang berguna, anak anda berupaya untuk mencari pekerjaan dan membina sumber pendapatan yang tinggi nilainya. Dalam erti kata lain, masa depan anak akan menjadi lebih cerah, dengan adanya sekeping kertas itu. 

Begitu jugalah ceritanya dengan insurans. Walaupun insurans itu sekadar sekeping kertas yang pada zahirnya tidak memiliki apa apa nilai, anda perlu melihat nilai di sebaliknya. Nilai jaminan kewangan yang diberi oleh insurans, sangat besar ertinya kepada keluarga anda. 

Bukan sahaja anda dapat merancang kehidupan dengan lebih yakin dan membentuk masa depan yang cerah. Malahan anda juga akan mendapat ketenangan fikiran yang selama ini anda cari-cari dalam kehidupan anda. 

Anda juga akan dapat tidur nyenyak setiap malam apabila mengetahui, apa jua kerugian kewangan yang berlaku akibat musibah yang menimpa, dapat anda tangani dengan bantuan kewangan dari insurans. Masa depan keluarga anda tetap cerah. 

Jika anda meninggal dunia, lumpuh keseluruhan atau menghidap penyakit merbahaya, insurans anda akan memainkan peranannya, meringankan beban kewangan yang ada dan memastikan ahli keluarga lain dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, tanpa kerumitan yang boleh menjejaskan keperluan asas mereka. 

Dan jika tidak ada berlaku apa-apa, anda sebenarnya sudah pun beruntung dan cubalah bersyukur kepadaNya. 


Kesimpulan 

Janganlah terlalu berkira apabila hendak membeli insurans. Sebaliknya cuba nilaikan sendiri, sejauh mana insurans tersebut dapat membantu keluarga anda meneruskan kehidupan mereka, apabila anda sudah tidak lagi berupaya untuk bekerja ! 

Jika tak mampu nak bayar mahal, maka ambillah insurans pelan perlindungan sahaja. Sekurang-kurangnya jika terjadi apa-apa, ada juga bantuan kewangan untuk keluarga. Daripada langsung tak miliki apa-apa, nanti habuk pun tiada !

Lafazlah Kata-Kata Baik Sahaja...


"Kita Perlu Lafaz Kata-Kata Yang Baik Sahaja"


Saya sering berjumpa dengan orang yang berkata "saya takut tak mampu bayar bulan-bulan" & "saya takut tak cukup duit je" apabila disaran menyumbang dalam pelan takaful. Namun saya suka menasihati mereka.

Kita perlu lafaz sesuatu yang baik sahaja. Jika kita sudah lafaz takut tak mampu bayar, takut tak cukup duit maka apa yang berlaku memang kita akan tak cukup duit. Betul tak? :-)

Jadi mulai sekarang, lafaz lah kata-kata baik sahaja semoga apa kita lafaz itu menjadi DOA yang baik.

Saya selalu katakan: "InsyaALLAH jika akak/abang ambil polisi ini untuk anak akak/abang, pasti ALLAH akan cukupkan rezeki akak/abang kerana akak/abang buat tindakan ini adalah untuk kebajikan anak-anak akak/abang & ia kerja mulia maka ALLAH akan bantu akak/abang."

Untuk anda memiliki kad perubatan buat diri sendiri atau keluarga, anda hanyalah perlu taip "saya mahu" di Personal Mesej saya.

Terima kasih...

Saturday, July 13, 2013

Berusahalah dulu...

KHIDMAT SOSIAL



Sebelum itu, saya mahu berpesan kepada semua...bila anda ditimpa musibah kita akan minta orang derma untuk kita sedangkan kita tidak pernah berusaha untuk siapkan dana untuk diri. Buatlah dulu takaful, ada RM50K, tak cukup kita minta bantuan orang ramai. Ini tidak, awal-awal lagi dah harap orang...usaha dulu adik kakok. 

Ujian ALLAH dimana-mana...selepas diuji semua orang akan berubat juga..nak berubat pakai duit...nak ada duit banyak & mudah jom lah kita pakat derma di takaful. Benda mudah je...tapi ramai tak mahu buat, sayang sangat duit nak menyimpan dalam takaful. Sanggup beli kereta rumah besar-besar...anda fikirlah sendiri untuk kebaikan anda sekeluarga...


Takaful is most likely as an airbag in your car...you never test your airbag, but you must believe that it will surely protect you when you need it..."


Saya tidak kata kepada orang dalam gambar ini namun saya kata kepada anda yang tiada takaful & ada takaful tetapi tiada kad perubatan...

Boleh lah semak kesahihan berita ini sebelum menderma...saya tidak bertanggungjawab akan kesahihan kisah ini, anda harus menyelidik sendiri.

Sumber Di Sini

Assalamualaikum, sy ingin bertnya. bagaimana cara untuk sy nk masuk kan entry kt page ini. begini, adik sy terlibat dalam kemalangan jumaat lepas. dia pelajar thn akhir di UITM Dungun. dia mengalami kecederaan teruk juga dibahagian kepala, patah tulang dibahagian leher serta patah tulang belakang. kini sedang menjalai rawatan di hospital kuala terengganu.

dia tidak mempunyai insuran, yg ada hanya insurans UITM. kami telah berbincang dengan pihak UITM. mereka kata mereka akan tanggung setakat RM15,000 shj.

kos pembedahan tulang belakang seperti yg dimaklumkan oleh pihak hospital adalah RM15,000.00, jd sy amat berharap dapat membantu ibu dan ayah sy mendapatkan dana bg menampung kos perubatan adik saya.

nama pesakit: Muhammad Uthman
umur: 23thn..
Pelajar UITM cawangan Dungun. Tahun akhir Islamic Banking

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank,
no akaun 5124 4600 4717
Nama: Arnidawati Binti Surur @ Arif
Telefon: 016 681 8638
email: arnida.arif@gmail.com

Terima kasih.

Friday, July 5, 2013

Polisi Untuk Anak Pra Matang

Assalamualaikum... TAHNIAH KEPADA ANDA YANG SEDANG MENGANDUNG :-)

Berita BAIK untuk bakal cahaya mata anda, kini mereka bertuah kerana mendapat ibu bapa yang prihatin & sayang kepadanya sejak dalam kandungan. Masakan tidak...ibubapanya telah memohon untuknya Pelan Pendidikan SmartLink berkad perubatan sejak dalam kandungan. :-)

Khusus buat ibu-ibu sedang mengandung lebih-lebih lagi yang memang akan menyediakan polisi takaful untuk anaknya kelak. Ini adalah peluang untuk anda sebagai ibubapa mengambil polisi takaful sejak dalam kandungan lagi.

Setiap ibu mengandung akan berdepan risiko melahirkan anak yang pra-matang. Maksud di sini, anak dilahirkan tidak cukup bulan iaitu kurang 36 minggu. Maka ia akan memberi kesan terhadap anak tersebut apabila mahu memohon pelan takaful.



BAYI LAHIR PRA-MATANG

Kita ambil situasi bayi dilahirkan pra-matang, apa kisahnya...

Setiap bayi dilahirkan pra-matang hanya layak memohon polisi ketika bayi itu berusia antara 2-3 tahun dan ia tiada jaminan untuk diluluskan kerana ini berkait rapat dengan tahap perkembangan & kesihatan bayi. Maka sepanjang tempoh itu bayi tersebut tidak mempunyai apa-apa perlindungan.

Tambahan pula dalam tempoh tersebut kemungkinan bayi akan menghidapi penyakit sangat tinggi seperti asma, lelah, radang paru-paru, tonsil dan lain-lain.

Jika polisi itu dimohon & diluluskan selepas situasi ini berlaku (pra-matang & sakit) pada usia 2-3 tahun maka PENGECUALIAN terhadap sakit-sakit itu akan diberikan. Ini memberi kekurangan dalam perlindungan untuk nya. Hal ini boleh dielakkan dengan mengambil polisi untuk bayi sejak dalam kandungan lagi.

Memohon polisi PruBSN SMartLink dalam kandungan memberi kelebihan kepada bayi yang terlibat.



Jika polisi dimohon & diluluskan dalam kandungan namun anak dilahirkan pra matang, bayi tersebut sudah memiliki pelan PruBSN Takaful secara rasmi. Bayi tersebut boleh menggunakan kad perubatan seperti anak kelahiran biasa selepas memenuhi WAITING Period selama antara 30-120 hari dimana Waiting Period ini bermula pada usia bayi 15 hari.

MASALAH PERNAFASAN

Bayi sering menghidapi penyakit dibahagian pernafasan seperti broncho, tonsil,asma dan lain-lain sewal kelahirannya. Jika pemilikan polisi dibuat selepas usia 15 hari kemungkinan besar penyakit itu wujud dalam tempoh 15 hari pertama maka ini akan membuatkan polisi tersebut EXCLUSION sakit yang sudah ada. Untuk elak hal ini maka mengambil polisi dalam kandungan membuatkan masalah exclusion ini dielakkan.


Maka, miliki untuk bakal bayi anda agar bayi anda memiliki pelan terbaik ini. Inilah manfaat terbesar bagi anak anda jika anda mengambil polisi sejak dalam kandungan.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Saya sarankan anda ambil pelan dalam kandungan ini semasa kandungan berusia 20-25 minggu. Dokumen diperlukan ialah :

1. Borang O&G dipenuhi oleh Doktor O&G. Kos scan & laporan bernilai RM80 akan dibayar oleh PruBSN Takaful. Borang O&G akan diberikan semasa mahu memohon.



2. Lampirkan bersama borang permohonan & salinan kad perkahwinan.

Mudah sahaja.

Untuk memohon, anda hubungi saya..saya boleh bantu anda. Sekian Terima kasih.

Thursday, July 4, 2013

Pesanan Ku Buat Sahabat Bergelar IbuBapa

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kerana anda telah sampai di nukilan ini. Saya buatkan nukilan ini khusus kepada anda sebagai sahabat saya yang telah bergelar ibubapa.



Tahniah!! Saya ucapkan diatas kelahiran cahayamata anda. Semoga kelahirannya memberi sinar kebahagian dalam rumahtangga anda & menambahkan lagi rezeki serta rahmat ALLAH. Didoakan juga buat anaknda anda semua supaya menjadi anak yang soleh/solehah serta berjaya dunia & akhirat.

Sebagai ibubapa bapa saya yakin & pasti anda mahu berikan yang terbaik buat anak anda. Ia bermula sejak dalam kandungan lagi. Anda sebagai ibu makan makanan yang sihat agar anak anda membesar dengan baik dalam kandungan lagi. Betulkan?


Tidak perlu saya ulas panjang tentang persiapan anda lakukan untuk menyambut cahaya mata anda...memang terbaik. Sehinggalah ia lahir dan membesar anda akan beri yang terbaik. Cuma saya ingin memberi pendapat & pandangan untuk anda merancang kewangan untuk anak anda kelak dari sudut dana kecemasan & pendidikan.

Setiap manusia di dunia tidak akan hidup sihat sepanjang hayatnya apatah lagi di zaman sekarang. Terlalu mudah penyakit menyerang kita. Akhir-akhir ini saya selalu mendengar orang sakit menghidap kanser usus & abang ipar kawan saya dierang kanser usus tahap 4 dalam masa sebulan sahaja.

Sejak saya bergelumang dalam bidang ini, sangat ramai kanak-kanak di masukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan penyakit seperti tonsil, broncholitis, pheunomia, demam, jangkitan kuman, asma & lain-lain.



Dan saya pasti anda akan bimbang akan kesihatannya anda akan beri rawatan terbaik untuknya. Anda seharusnya memberi rawatan yang cepat & selesa untuk mereka selain anda sebagai orang menjaganya perlu berada di wad 24jam ingin wad yang selesa dari pelbagai sudut.

Jika anda ingin bawa ke hospital kerajaan anda harus bersedia menerima situasi yang agak tidak selesa disebabkan wad terlalu penuh & apatah lagi wad kelas 1 untuk kanak-kanak tidak semua hospital dapat sediakan. Cuba lihat situasi ini..



Kedua-dua hospital ini adalah hospital utama. Hospital ini bukan tidak bagus cuma penawaran & permintaan yang tidak seimbang sehinggakan anda perlu menunggu untuk dimasukkan wad & perlu berada di wad kelas 3. Antara masalahnya ialah anda akan mengalami situasi :

1. tidak selesa akibat sesak
2. tidak dapat bebas membuka aurat kerana ramai mahram
3. waktu melawat sangat terhad
4. keluarga mahu menjaga/melawat yang tidak bebas
5. dan banyak lagi

Maka..untuk mengelakkan hal ini, anda juga akan turut akan beralih ke hospital swasta. Bukan semua hospital swasta itu bagus namun majoritinya bagus. Di sini isu bagi anda adakah anda mahu membayar bil itu menggunakan simpanan sendiri @ menggunakan kad perubatan? Dengan kekangan wang masa kini, mustahil anda mampu kerap kali menghantar anak anda ke sana. Maka pilihan yang tepat ialah dengan memiliki pelan kad perubatan. Agar kos itu ditanggung oleh ahli takaful yang anda sertai.


Dengan kad ini anda mampu membiayai bil anda yang besar untuk anak anda tanpa ada masalah kewangan. Saya telah banyak mengurus kos pembiayaan kemasukan wad dan terkini client saya di Johor Bharu memberi rawatan kepada anaknya yang mengalami jankitan di kaki & usus. Saya berikan contoh bil rawatan anak saudara saya yang patah tangan semasa bermain di rumah.


Bil melebihi RM10000 untuk 5 hari rawatan. Yang menarik adalah bil tidak perlu dibayar & dapat berada wad seorang. Ini sangat memudahkan kakak saya menjaga anaknya. Cukuplah 1 contoh saya berikan. Buat masa ini info yang saya berikan ialah anda perlu memberi anak anda rawatan terbaik & sediakan dana untuk membayar bil ini dengan kad perubatan.

Saya juga pasti anda ingin sediakan dana pendidikan untuk anak anda kan? Jika anda simpan di bank anda tidak akan mampu mendapat banyak manfaat, jika di takaful anda mampu berikan banyak manfaat kepada anak anda.

Sebagai contoh anda mahu menyimpan RM120 sebulan untuk anak anda bagi tabung pendidikan di bank...Anda hanya dapat wang sahaja. Namun di takaful anda akan dapat wang, kad perubatan & perlindungan. Dan yang paling penting..jika anda sudah tiada..jika anda sudah lumpuh & jika anda sudah kritikal adakah anda mampu mencarum RM120 sebulan dibank? Ikuti kisah ini..


Ayahnya sempat membayar 1 kali caruman RM150 untuk anaknya sebelum di meninggal dunia selepas 3 hari membayar polisi. Namun polisi anaknya diteruskan oleh syarikat PruBSN Takaful sehingga umur 25 tahun. Jika anda tiada pelan ini, adakah anda mampu meneruskan simpanan untuk anak anda? Jawabnya saya jamin TIDAK. Dan kita lihat kes adik ini. Adik ini kemalangan dan lumpuh. 

Jika anda berikan pelan PruBSN Takaful kepada anak anda & jika berlaku seperti ini, polisi anak anda akan PERCUMA sehingga umur anak 80 tahun & kesemua manfaat boleh dinikmati termasuk simpanan yang anda ingin berikan kepadanya. Saat ini kos menjaga anak semakin tinggi, maka mustahil untuk anda mencarum simpanan dibank untuknya. kan?

Adakah anda mahukan bilik seperti ini untuk anda berikan kepada anak anda?



Atau ini?


Pilihan ditangan anda.
Sebagai sahabat saya mahu anda membuat pilihan yang tepat iaitu membuat dana kecemasa di PruBSN Takaful. Anda boleh mengambilnya melalui saya & saya cuba sebaiknya untuk membantu anda.

Anda layak memohon untuk anak anda sejak dalam kandungin berusia 20 minggu & selepas 14 hari dilahirkan. Sebaiknya semasa masih dalam kandungan. Anda perlu ambil secepat mungkin sebelum anak anda sudah mengalami sakit kerana ini akan menyukarkan proses permohonan. 3 situasi bakal dihadapi jika anak sudah sakit.



Hubungi saya untuk pelan terbaik untuk anak anda.

'Atiqurrahman Abd Aziz
Executive Wealth Planner
PruBSN Takaful
Al-Isra' Associates Sdn Bhd

0129093444
www.facebook.com/atiqaziz