PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Thursday, July 4, 2013

Pesanan Ku Buat Sahabat Bergelar IbuBapa

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kerana anda telah sampai di nukilan ini. Saya buatkan nukilan ini khusus kepada anda sebagai sahabat saya yang telah bergelar ibubapa.



Tahniah!! Saya ucapkan diatas kelahiran cahayamata anda. Semoga kelahirannya memberi sinar kebahagian dalam rumahtangga anda & menambahkan lagi rezeki serta rahmat ALLAH. Didoakan juga buat anaknda anda semua supaya menjadi anak yang soleh/solehah serta berjaya dunia & akhirat.

Sebagai ibubapa bapa saya yakin & pasti anda mahu berikan yang terbaik buat anak anda. Ia bermula sejak dalam kandungan lagi. Anda sebagai ibu makan makanan yang sihat agar anak anda membesar dengan baik dalam kandungan lagi. Betulkan?


Tidak perlu saya ulas panjang tentang persiapan anda lakukan untuk menyambut cahaya mata anda...memang terbaik. Sehinggalah ia lahir dan membesar anda akan beri yang terbaik. Cuma saya ingin memberi pendapat & pandangan untuk anda merancang kewangan untuk anak anda kelak dari sudut dana kecemasan & pendidikan.

Setiap manusia di dunia tidak akan hidup sihat sepanjang hayatnya apatah lagi di zaman sekarang. Terlalu mudah penyakit menyerang kita. Akhir-akhir ini saya selalu mendengar orang sakit menghidap kanser usus & abang ipar kawan saya dierang kanser usus tahap 4 dalam masa sebulan sahaja.

Sejak saya bergelumang dalam bidang ini, sangat ramai kanak-kanak di masukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan penyakit seperti tonsil, broncholitis, pheunomia, demam, jangkitan kuman, asma & lain-lain.



Dan saya pasti anda akan bimbang akan kesihatannya anda akan beri rawatan terbaik untuknya. Anda seharusnya memberi rawatan yang cepat & selesa untuk mereka selain anda sebagai orang menjaganya perlu berada di wad 24jam ingin wad yang selesa dari pelbagai sudut.

Jika anda ingin bawa ke hospital kerajaan anda harus bersedia menerima situasi yang agak tidak selesa disebabkan wad terlalu penuh & apatah lagi wad kelas 1 untuk kanak-kanak tidak semua hospital dapat sediakan. Cuba lihat situasi ini..



Kedua-dua hospital ini adalah hospital utama. Hospital ini bukan tidak bagus cuma penawaran & permintaan yang tidak seimbang sehinggakan anda perlu menunggu untuk dimasukkan wad & perlu berada di wad kelas 3. Antara masalahnya ialah anda akan mengalami situasi :

1. tidak selesa akibat sesak
2. tidak dapat bebas membuka aurat kerana ramai mahram
3. waktu melawat sangat terhad
4. keluarga mahu menjaga/melawat yang tidak bebas
5. dan banyak lagi

Maka..untuk mengelakkan hal ini, anda juga akan turut akan beralih ke hospital swasta. Bukan semua hospital swasta itu bagus namun majoritinya bagus. Di sini isu bagi anda adakah anda mahu membayar bil itu menggunakan simpanan sendiri @ menggunakan kad perubatan? Dengan kekangan wang masa kini, mustahil anda mampu kerap kali menghantar anak anda ke sana. Maka pilihan yang tepat ialah dengan memiliki pelan kad perubatan. Agar kos itu ditanggung oleh ahli takaful yang anda sertai.


Dengan kad ini anda mampu membiayai bil anda yang besar untuk anak anda tanpa ada masalah kewangan. Saya telah banyak mengurus kos pembiayaan kemasukan wad dan terkini client saya di Johor Bharu memberi rawatan kepada anaknya yang mengalami jankitan di kaki & usus. Saya berikan contoh bil rawatan anak saudara saya yang patah tangan semasa bermain di rumah.


Bil melebihi RM10000 untuk 5 hari rawatan. Yang menarik adalah bil tidak perlu dibayar & dapat berada wad seorang. Ini sangat memudahkan kakak saya menjaga anaknya. Cukuplah 1 contoh saya berikan. Buat masa ini info yang saya berikan ialah anda perlu memberi anak anda rawatan terbaik & sediakan dana untuk membayar bil ini dengan kad perubatan.

Saya juga pasti anda ingin sediakan dana pendidikan untuk anak anda kan? Jika anda simpan di bank anda tidak akan mampu mendapat banyak manfaat, jika di takaful anda mampu berikan banyak manfaat kepada anak anda.

Sebagai contoh anda mahu menyimpan RM120 sebulan untuk anak anda bagi tabung pendidikan di bank...Anda hanya dapat wang sahaja. Namun di takaful anda akan dapat wang, kad perubatan & perlindungan. Dan yang paling penting..jika anda sudah tiada..jika anda sudah lumpuh & jika anda sudah kritikal adakah anda mampu mencarum RM120 sebulan dibank? Ikuti kisah ini..


Ayahnya sempat membayar 1 kali caruman RM150 untuk anaknya sebelum di meninggal dunia selepas 3 hari membayar polisi. Namun polisi anaknya diteruskan oleh syarikat PruBSN Takaful sehingga umur 25 tahun. Jika anda tiada pelan ini, adakah anda mampu meneruskan simpanan untuk anak anda? Jawabnya saya jamin TIDAK. Dan kita lihat kes adik ini. Adik ini kemalangan dan lumpuh. 

Jika anda berikan pelan PruBSN Takaful kepada anak anda & jika berlaku seperti ini, polisi anak anda akan PERCUMA sehingga umur anak 80 tahun & kesemua manfaat boleh dinikmati termasuk simpanan yang anda ingin berikan kepadanya. Saat ini kos menjaga anak semakin tinggi, maka mustahil untuk anda mencarum simpanan dibank untuknya. kan?

Adakah anda mahukan bilik seperti ini untuk anda berikan kepada anak anda?



Atau ini?


Pilihan ditangan anda.
Sebagai sahabat saya mahu anda membuat pilihan yang tepat iaitu membuat dana kecemasa di PruBSN Takaful. Anda boleh mengambilnya melalui saya & saya cuba sebaiknya untuk membantu anda.

Anda layak memohon untuk anak anda sejak dalam kandungin berusia 20 minggu & selepas 14 hari dilahirkan. Sebaiknya semasa masih dalam kandungan. Anda perlu ambil secepat mungkin sebelum anak anda sudah mengalami sakit kerana ini akan menyukarkan proses permohonan. 3 situasi bakal dihadapi jika anak sudah sakit.



Hubungi saya untuk pelan terbaik untuk anak anda.

'Atiqurrahman Abd Aziz
Executive Wealth Planner
PruBSN Takaful
Al-Isra' Associates Sdn Bhd

0129093444
www.facebook.com/atiqaziz

2 comments:

  1. terima kasih Tuan Abdul Muhit Husain

    Sama-sama menyampai ilmu ini

    ReplyDelete