PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Sunday, July 14, 2013

Nilai Di Sebalik Sekeping Kertas



Jutawan hartanah, Azizi Ali, pernah berkata, membayar premium insurans ini sama seperti anda membayar yuran pengajian tinggi anak. 

Anda membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membolehkan anak anda melanjutkan pelajarannya di IPT. Apabila tamat pengajian, apa yang anak anda perolehi, hanyalah sekeping kertas! 

Walaupun sekeping kertas itu pada zahirnya tidak memiliki apa-apa nilai, ilmu pengetahuan yang diperolehi, sangat berharga. Dengan ilmu yang berguna, anak anda berupaya untuk mencari pekerjaan dan membina sumber pendapatan yang tinggi nilainya. Dalam erti kata lain, masa depan anak akan menjadi lebih cerah, dengan adanya sekeping kertas itu. 

Begitu jugalah ceritanya dengan insurans. Walaupun insurans itu sekadar sekeping kertas yang pada zahirnya tidak memiliki apa apa nilai, anda perlu melihat nilai di sebaliknya. Nilai jaminan kewangan yang diberi oleh insurans, sangat besar ertinya kepada keluarga anda. 

Bukan sahaja anda dapat merancang kehidupan dengan lebih yakin dan membentuk masa depan yang cerah. Malahan anda juga akan mendapat ketenangan fikiran yang selama ini anda cari-cari dalam kehidupan anda. 

Anda juga akan dapat tidur nyenyak setiap malam apabila mengetahui, apa jua kerugian kewangan yang berlaku akibat musibah yang menimpa, dapat anda tangani dengan bantuan kewangan dari insurans. Masa depan keluarga anda tetap cerah. 

Jika anda meninggal dunia, lumpuh keseluruhan atau menghidap penyakit merbahaya, insurans anda akan memainkan peranannya, meringankan beban kewangan yang ada dan memastikan ahli keluarga lain dapat meneruskan kehidupan seperti biasa, tanpa kerumitan yang boleh menjejaskan keperluan asas mereka. 

Dan jika tidak ada berlaku apa-apa, anda sebenarnya sudah pun beruntung dan cubalah bersyukur kepadaNya. 


Kesimpulan 

Janganlah terlalu berkira apabila hendak membeli insurans. Sebaliknya cuba nilaikan sendiri, sejauh mana insurans tersebut dapat membantu keluarga anda meneruskan kehidupan mereka, apabila anda sudah tidak lagi berupaya untuk bekerja ! 

Jika tak mampu nak bayar mahal, maka ambillah insurans pelan perlindungan sahaja. Sekurang-kurangnya jika terjadi apa-apa, ada juga bantuan kewangan untuk keluarga. Daripada langsung tak miliki apa-apa, nanti habuk pun tiada !

No comments:

Post a Comment