Assalamualaikum…
Kali ini mari kita sama-sama belajar dan fikirkan, adakah polisi takaful yang kita miliki akan memberi manfaat sepenuhnya kepada kita apabila sesuatu perkara berlaku kepada kita.
Situasi ini sudah terjadi kepada seorang kakitangan kerajaan bernama Nur Aisyah (bukan nama sebenar).
Nur Aisyah telah disahkan menghidapi kanser payudara. Tahap keseriusan kansernya pada Tahap 1.
Nur Aisyah terkejut kerana usianya masih muda. Oleh kerana beliau memiliki polisi takaful, Nur Aisyah hendak membuat tuntutan.
Namun malangnya, pihak takaful menyatakan polisinya masih belum layak untuk membuat tuntutan kerana tahap keseriusan kansernya belum mencapai Tahap 3. Mengikut polisi, pampasan sakit kritikal akan dibayar apabila peserta menghidapi sakit kritikal tersebut pada Tahap 3.
Ketika ini Nur Aisyah amat bersedih hati dan marah dengan situasi ini. Dia merasa seolah-olah telah ditipu oleh syarikat takaful serta agennya.
Disini pentingnya anda seharusnya tahu apa yang polisi kita akan lindungi kita.
Hidup mesti diteruskan, Nur Aisyah tidak mahu berserah diri dan berputus asa. Peluang untuk sihat masih ada jika membuat rawatan. Nur Aisyah mempunyai 2 pilihan untuk membuat rawatan. Pertama di hospital kerajaan dan kedua di hospital pakar swasta.
Merujuk carta alir di atas, secara jelas Nur Aisyah terpaksa memilih untuk ke hospital kerajaan walaupun terpaksa menunggu 3 bulan.
Jika beliau memilih hospital swasta, Nur Aisyah tidak mempunyai duit tunai & harta sebanyak itu. Hendak meminjam bukan mudah. Selepas pinjam hendak membayar lagi.
Pelbagai masalah yang timbul.Setelah penyakitnya telah mencapai Tahap 3, barulah Nur Aisyah mendapat pampasan melalui polisi takafulnya.
Jika ketika ini anda mendapat pampasan RM20K…adakah ia membantu anda untuk mendapatkan rawatan? Tahap 3 sudah kritikal untuk menghampiri Tahap 4 iaitu kematian.
Maka disini…apakah yang anda dapat simpulkan?
Antaranya ialah:
- Polisi ini tidak dapat digunakan ketika sakit yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan kerana polisi yang diambil tidak lengkap.
- Jika sakit yang dihadapi tidak tergolong dalam jenis-jenis penyakit kritikal yangditetapkan, situasi ini juga akan kita hadapi, seperti terputus ligament lutut yangmenelan kos RM5K di hospital kerajaan dan RM20K di hospital pakar swasta.
- Polisi ini dapat dimanfaat oleh waris peserta dan bukannya untuk peserta itusendiri. Untuk jelas, apakah yang peserta dapat daripada polisi semasa sakit?Semasa Tahap 3 kita sudah tidak mampu menggunakan duit itu malah duit itu diurus oleh waris.
Jadi..bagaimanakah penyelesaiannya?
Tahniah kepada anda jika sudah sampai disini, bermakna anda ingin tahu secara mendalam isu yang saya kongsikan.
Tahniah juga jika anda sudah memiliki polisi seperti ini, inilah tanda anda kasih dan saying kepada waris, pasangan dan anak-anak anda. Polisi ini dikenali Life Takaful.
Mari kita teruskan, apakah yang perlu ada dalam polisi ini supaya ia menjadi polisi tanda kasih dan sayang kepada diri sendiri dan waris.
Apa yang anda rasakan yang perlu kita miliki dalam polisi takaful?
YA!!! Itulah jawapannya…KAD PERUBATAN.
Kad perubatanlah polisi takaful yang menunjukkan ia kasih dan sayang kepada kita.
Maka, Nur Aisyah seharusnya melanggan kad perubatan dalam polisi takafulnya supaya menjadi Life Takaful + Kad Perubatan.
Pelan inilah yang lengkap dan melegakan kita jika berlaku sekecil musibah dan sebesar musibah.
Jika Nur Aisyah mempunyai kad perubatan, beliau tidak menghadapi masalah untuk terus mendapat rawatan segera dan selesa. Setelah mendapatkan rawatan, ada 2 kemungkinan yang bakal Nur Aisyah tempuhi iaitu:
FUNGSI KAD PERUBATAN
Kes out-patient :-
Bayaran bil hospital untuk kes kemalangan kecil seperti jatuh, terseliuh, dipatuk binatang berbisa, terkepit pintu dan lain-lain.
Kes in-patient :-
Bayaran bil hospital untuk semua kes yang dimasukkan wad untuk mendapatkan rawatan kecuali kes berkait mengandung, bersalin, AIDS (rujuk pengecualian).
Sebagai contoh, jika anda menghidapi sakit apendik, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital pakar menggunakan kad perubatan. Jika tiada, anda hanya layak ke hospital kerajaan atau membayar sendiri bil hospital pakar.
Saat-saat yang akan berlaku, antaranya :
Rumusan
- Milikilah pelan polisi lengkah yang mengandungi LIFE TAKAFUL + KAD PERUBATAN
- Dalam polisi life takaful mengandungi imbuhan sebagai SIMPANAN yang memberi kita rasa suka dan seronok kerana apa yang dibayar dapat sebahagiannya.
- Untuk memilih kad perubatan, anda harus mendapatkan info lengkap di artikel ini PANDUAN MEMILIH KAD PERUBATAN.