PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Monday, June 28, 2021

BAGAIMANA NAK ATAS BELI RUMAH 2 NAMA, KONGSI RAMAI PEMILIK RUMAH



BELI RUMAH KONGSI NAMA. Tiada anak lelaki, suami tiada ayah/atok. Lepas suami mati, adik beradik lelaki/perempuan suami menjadi sebahagian pemilik rumah tu.

Jadilah rumah tu ramai pemilik. Ini yang saya risau PU. Macam mana nak buat ya agar rumah ni tak de orang lain masuk as pemilik?

Jawapan PU : HIBAHKAN RUMAH tu kepada anak2.

Bagaimana? : buat dokumen hibah.

Berapa kos? : RM2100 untuk 1 pemilik. Jadi rumah ni 2 pemilik makanya RM4200. Boleh bayar ansuran selama 24 bulan.

Boleh ke hibah rumah masih dalam loan? : boleh. Fatwa Selangor cakap sah.

Akan datang Kalau waris tak setuju, dia boleh tuntut tak? : kita hidup di Malaysia, ada kebebasan menuntut. Cuma, tuntutan tu boleh menang atau tak, itu isunya. Waris nak tuntut, dia tuntut di mahkamah. Dan mahkamah menentukan status harta ini. Namun, di pihak kita sudah ada dokumen cukup lengkap hibah bercagar ni, insya Allah, pihak menuntut akan kalah.

Banyak ke kes mahkamah syariah dah endorse dokumen hibah ni? : banyak dah. Alhamdulillah.

Untuk info lanjut, boleh hubungi PU ya.

Jemput join Group/Chanel PU untuk info/tips kewangan yang lain.





Saturday, June 26, 2021

TIPS SIMPAN DUIT

Simpan duit ada banyak tujuan. Antaranya simpan duit untuk perkara-perkara yang indah, contoh simpanan untuk kahwin, beli kereta, beli rumah, melancong, tunai umrah haji, ibadah korban dan sebagainya.

Yang kedua.. Simpanan untuk perkara-perkara yang sedih, contoh.. Simpanan kecemasan untuk kos rawatan diri, anak2, bayar bil hospital. Serta untuk income replacement sebagai backup income ketika diuji sakit kritikal, lumpuh dan kematian untuk diri serta keluarga.

Semua simpanan ini akan terbentuk dengan tindakan menyimpan duit. Jika anda tak simpan duit, anda tak akan dapat duit simpanan tu. Maka, Suka atau tidak suka, anda perlu menyimpan duit. Ok?

SIMPANAN INDAH boleh buat dibank, unit amanah, emas, tabung haji, ASB. Tempat yang anda pilih untuk membuat simpanan ini perlulah memberi anda pulangan yang memuaskan agar duit anda dapat di gandakan serta nak cover susut nilai akibat inflasi. Guna Rule 72..

Rule72 akan memberitahu anda berapa lama anda dapat gandakan duit anda sebanyak 2x ganda. Contoh.. Anda simpan duit di tempat A. Tempat A ini memberi pulangan 10% kepada anda setiap tahun, maka berapa tahun duit anda akan jadi 2x ganda?

72/10=7.2.. Duit anda akan jadi 2x ganda selepas 7.2 tahun. Anda umur 30, simpan RM10K, duit anda akan jadi RM20K selepas 7.2 tahun. Labur 2021, pada 2028 duit akan jadi 2x ganda. Anda berumur 37.2 tahun masa tu.

Jangan lupa, inflasi pun ada menyusutkan nilai anda.

Jika anda boleh upgrade, boleh bermain saham, atau hartanah. Ini perlu timba ilmu dulu ya.

SIMPANAN SEDIH

Simpanan ini bertujuan membantu anda free of mind ketika diuji dengan malapetaka kewangan iaitu mati, lumpuh, kritikal. Ketika ini kita tak boleh bekerja. Makanya kita tiada gaji untuk sara hidup. Nak makan, nak bayar rumah, nak bayar kereta, susu anak, Astro, penapis air, Internet, pendidikan anak2 dan semuanya lah....

Sebab itu lah kita perlu ada 1 tabung kecemasan ini. Berapa Perlu sediakan? 10x gaji tahunan kita. Contoh gaji RM5K sebulan, setahun RM60K, kita perlu RM600K.

Bila kita perlukan duit ni? Secepat yang mungkin atau bagi saya adalah SEKARANG. Kerana apa? Sekarang kita boleh mati. Betul tak? Risiko di jala raya sangat tinggi. Bila2 masa kita boleh mati.

Di manakah kita perlu buat simpan ni? Tempatnya perlu ada 2 ciri ini.. Yang boleh bagi kita duit yang BANYAK dan PANTAS.

Cuba kita lihat akaun bank kita, ada tak RM600K? Tiada. Boleh tak kita penuhkan akaun bank dengan RM600K itu sekarang? TAK BOLEH.

Emas? Pun tiada RM600K, boleh penuhkan sekarang? TAK BOLEH JUGA.

Unit amanah? sama juga, TIADA DAN TAK BOLEH

Hartanah? sama juga, TIADA DAN TAK BOLEH

Saham? sama juga, TIADA DAN TAK BOLEH

Takaful? Ya.. Tiada lagi kan RM600K, tapi boleh tak buat takaful RM600K sekarang? Jawapannya boleh.

Jadi, di manakah yang sesuai boleh buat duit yang BANYAK dan PANTAS? IAITU 1 SAHJA.. DI TAKAFUL. insya Allah.

Suka atau tidak, kita ada 1 pilihan sahaja, iaitu TAKAFUL.

Jadi, anda harus buat simpanan sedih ini di takaful sekarang, agar anda ada duit kecemasan itu sekarang. Betul?

Nantikan tips2 lain pula ya.

PU'Atiq
Perunding Urusharta Anda
Team Builder Manager
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

P/s berminat buat simpanan sihat dan sedih? Boleh hubungi PU'Atiq.

Protection, Investment, Urus pusaka, Hibah Rumah.

Tuesday, June 22, 2021

KAD PERUBATAN LAPSED??


BIL BATU KARANG RM20K? TAK CUKUP DUIT?

Usah risau, jika anda tak de kad perubatan, atau kad anda lapsed. Anda boleh dapat rawatan kat hospital kerajaan. Hosp kerajaan pun bagus rawatannya.

Yang perlu anda risau adalah, jika anda tak de pelan replacement of income. Anda mati, gaji anda mati, anak2 anda kehilangan gaji anda. Tak de siapa nak ganti gaji anda. Faham ke faham? Kalau anda ambil pelan replacement of income, ada la juga duit untuk anak2 anda guna untuk belajar, sarahidup.

Faham ke Faham?

Mudahan perkongsian ini dapat membuka minda kita semua
.

PU'Atiq
Perunding Urusharta Anda
Team Builder Manager
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz

Untuk berhubung dengan saya boleh klik link ini wasap.my/60129093444

Monday, May 31, 2021

MRTT vs MLTT

“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “


🏠Beza antara MRTT dan MLTT 🏠
Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu.
Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.

Bila submit loan , Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.

Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:

📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.

📌MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”

Kenapa saya bilang macam tu:

Contohnya jika harga Rumah : Rm297000

Situasi : Selepas 7 tahun bayar baki pinjaman tinggal Rm 160000. Owner Rumah meninggal dunia.

Jika MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu Rm160000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada waris.

Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan Rm297000 . Baki pinjaman Rm 160000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada waris.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak Rm 137000 untuk waris!

Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.

Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.

Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat

Jadi which one yang lagi menguntungkan kita?

#CreditfromAH

P/s : info tambahan 

nampak macam ada berat sebelah dalam perbandingan.. btw MRTT boleh masuk dalam loan,selepas itu hidup tenang...MLTT tak boleh.kalau ditakdirkan tak bekerja n tak mampu bayar bulan2 MLTT,automatik MLTT terbatal n rumah tu tiada insurans sekiranya meninggal dunia.dah la tak mampu bayar MLTT,ditakdirkan pula meninggal dunia.Isteri terpaksa bayar rumah tu bulan2..

#infohartanah
#hibbah

Thursday, May 27, 2021

Loving Couple Policy Takaful

 


PERHATIAN buat para WANITA terutamanya kaum ISTERI.

Saya ada satu soalan; “Adakah polisi hibah takaful suami Puan-puan sudah secure?

Baca situasi di bawah.

Isteri pujuk suami untuk sign up polisi takaful dan letak nama isteri sebagai penerima hibah.

Isteri ada kesedaran tapi suami tak ada kesedaran.

Selepas dipujuk-pujuk, suami pun bersetuju. Siapa tak sayang bini oiii..

Suami pun langgan polisi takaful, dan letakkan nama isteri sebagai penerima hibah.

Isteri sudah rasa lega dah selamat sebab jika berlaku musibah kepada suami, persediaan sudah dilakukan. Isteri rasa secure.

Benarkah sudah secure?

Sebenarnya masih belum.

Ada beberapa kemungkinan;

1. Selepas beberapa ketika, suami tak bayar pun polisi berkenaan dan ia menjadi lapse.

2. Suami tukar nama penerima hibah kepada nama orang lain atau tambah penerima hibah lain tanpa pengetahuan isteri.

Kedua-dua situasi berlaku tanpa pengetahuan isteri.

Apa solusi terbaik untuk mengelakkan ia terjadi?

Jawapannya: LOVING COUPLE POLICY.



Pernah dengar konsep “Loving Couple Policy” takaful?

Ia bukan produk takaful, tapi konsep dalam melanggan takaful.

“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami sebagai pemegang polisi isteri dan isteri sebagai pemegang polisi suami.

Dengan kata lain;

POLISI A : Suami sebagai pemegang polisi dan isteri sebagai orang yang dilindungi, dan

POLISI B : Isteri pula sebagai pemegang polisi dan suami sebagai orang yang dilindungi.

Kedua-dua polisi ada rider manfaat pembayar atau “payor saving / payor benefit”

Berbanding situasi langganan polisi biasa; Suami melanggan satu polisi, dan isteri melanggan satu polisi – dengan nama pemilik sendiri tanpa nama pasangan


Kelebihan polisi jenis ini ialah:

1) Tidak perlu diletakkan pasangan sebagai penama atau hibah kerana pasangan sudah menjadi pemegang sijil. Penama atau hibah boleh diletakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.

2) Tidak ada isu faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yang masih hidup.

3) Tidak perlu dijadikan hibah kerana faktor no (2)

4) Ia lebih selamat berbanding meletakkan nama pasangan sebagai hibah yang bila-bila masa pemilik polisi boleh ubah penama hibah dalam polisi tanpa pengetahuan penerima hibah.

5) Atas faktor nombor 4, jika hendak buat perubahan perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Jika hanya satu pihak yang setuju, maka perubahan tidak boleh dilakukan.

6) Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia sudah “dibayar” oleh pasangan yang sudah pergi. Sebab itu dia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”.

Berminat ?

 Mohon Sekarang


Tuesday, May 25, 2021

4 SEBAB KENAPA WANITA YANG BELUM BEKELUARGA TETAP PERLUKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL ?

1- PELUANG UNTUK DAPATKAN SUMBANGAN TAKAFUL PADA HARGA YANG LEBIH RENDAH.

Mendaftar sebagai peserta takaful di usia muda akan dapat plan pada harga lebih murah berbanding jika mohon kemudian bila usia meningkat.

Kadar sumbangan takaful adalah bergantung pada umur semasa memohon.

Lebih awal mohon akan dapat manfaat yang lebih baik jika mohon kemudian bila usia meningkat.

2- ELAKKAN MENJADI BEBAN BUAT KELUARGA

Mempunyai pelan penggantian pendapatan,pelan pampasan sakit kritikal dan kad perubatan dapat elakkan terpaksa bebankan keluarga jika ditimpa musibah dan perlukan kos rawatan yang tinggi.

Selain itu plan penggantian pendapatan akan dapat memastikan pendapatan berterusan bila ditimpa musibah dan tidak dapat bekerja

3- 3-5% PERMOHONAN TAKAFUL TIDAK DILULUSKAN.

Permohonan takaful tertakluk kepada status kesihatan.

Mohon awal semasa sihat dapat elakkan permohonan ditolak bila dah ada rekod kesihatan.

4. WANITA MUDAH HIDAP SAKIT KRITIKAL

Fakta menyatakan wanita lebih mudah menghidap penyakit kritikal. Terutama berkaitan organ wanita seperti kanser payudara, kanser servik, kanser rahim. Selain itu fibroid dan cyst juga banyak menyerang wanita.

Ambil awal, kelak mudah untuk buat tuntutan. Selepas kahwin ramai wanita sedar ada fibroid dan cyst.

Berminat untuk dapatkan info pelan perlindungan takaful khas untuk wanita bekerjaya

Boleh klik link whatssup

.
.

Wednesday, May 19, 2021

JIKA NAK SETEL HUTANG, TAK PAYAH HIBAHKAN

Perasan tak ada sedikit kejanggalan pada poster ini?


Tahukah anda, penerima hibah tidak wajib pun untuk membayar hutang pemberi hibah?

Jika suami langgan "hibah takaful" untuk diberikah "hibah" tersebut kepada isterinya dengan meninggalkan pesanan kepada si isteri supaya membayar baliknya - bukanlah satu penyelesaian ampuh.

Selepas suami meninggal suami, isteri yg menerima hibah takaful dari suami, tidak ada kewajiban syarie pun untuk membayar hutang arwah suami.

Malah "hibah" tersebut ialah "creditor-proof" yakni tidak boleh dituntut oleh mana-mana pemiutang sebagaimana harta-harta lain.

Tahu tak perkara ini?

Siapa yang dah tahu, komen "Yezza!"
Siapa yang baru tahu, komen "Biar betik?"

Kalau ada yang berminat mendalami ilmu ini melalui Team Takaful INFAQ, klik di sini

Baru tahu? Sebar-sebarkan supaya kawan-kawan lain tahu dan sedar.

@afyanIFP