PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Wednesday, October 9, 2013

Penerangan Perlindungan Keluarga

Assalamualaikum

Apakah sebenarnya perlindungan dalam keluarga?

Secara ringkasnya, setiap penjana pendapatan dalam keluarga perlu lindungi pendapatan tersebut. Siapakah penjana itu? Tidak lain tidak bukan adalah no 1 adalah ayah dan no 2 adalah ibu.

Semasa seseorang ayah sihat & upaya, mereka boleh menjana pendapatan bagi keluarganya namun ketika ayah tidak upaya atau meninggal maka pendapat juga turut meninggal atau lumpuh atau kritkal. Ini saya terangkan dalam artikel di sini (http://www.urusduit.com/2013/10/replacement-income-atau-protection.html )
Paling-paling tidak, pendapatan si ayah perlu dilindungi dan barulah orang no dua (isteri) dan selebihnya anak-anak.

No 1 perlu dilindungi adalah pendapatan ayah dan ibu
No 2 perlu ada 1 dana kesihatan melalui kad perubatan

Namun semua itu kena fahami apakah dan berapakah keperluan dan seterusnya kemampuan kewangan untuk memiliki pelan yang bersesuaian. Ikuti di sini (http://www.urusduit.com/2013/02/bagaimana-takaful-membantu-anda.html )

WANG GAJI TIDAK CUKUP NAK BAYAR TAKAFUL…

Isu ini agak sukar nak diulas namun apa yang pasti ada orang bergaji sama, berjawatan sama boleh bayar polisi dengan baik. Ada orang tidak boleh memiliki pun polisi. Namun masing-masing ada komitmen keluarga dan jika keretanya mewah, rumahnya besar, lifestyle yang agak masa kini memang patut tidak mampu bayar takaful. Namun hal ini boleh diatasi oleh pihak berkaitan.

Selagi mana memberi alas an tidak cukup wang, kami tidak boleh berikan apa-apa kelebihan sebab situasinya tetap sama iaitu anda tidak memiliki seberang pelan perlindungan walaupun kami bersetuju dan menerima serta mengiyakan apa jua alasan anda. Agen tidak rugi namun pihak tersebut yang rugi. Cari jalan untuk memiliki takaful itu adalah jalan sangat baik.

Namun, andai kata memang tidak mampu sangat-sangat, kereta pun paling murah, rumah pun tidak mewah dan semuanya jimat saya cadangkan 1 polisi bertempoh untuk lindungi pendapatan ayah.

Iaitu pelan PruProtect bertempoh 5 tahun dimana ia meliputi perlindungan kematian atau lumpuh sebab biasa atau kemalangan. Untuk umur saya 30 tahun (pada 9/10/2013) kelas pekerjaan 1 (risiko rendah) dan tidak merokok sebulan RM20 dapat manfaat ini RM100K. Polisi ini adalah pelan sementara/jangka masa pendek untuk saya mencari peruntukan untuk pelan lebih baik iaitu InvestmenLink Policy (ILP) yang meliputi perlindungan hayat, kad perubatan dan simpanan.

Dan saya cadangkan juga anda perlu bersama saya untuk menjadi agen untuk tambah pendapatan jika kerja sekarang tidak mampu memberi anda lebihan wang dan lebihan masa. Boleh lawati 
www.fb.com/MentorUsahawanTakaful untuk info lanjut atau hubungi saya.

INVESTMENTLINK POLICY (ILP) SMARTLINK/FIRSTLINK/TAKAFULINK

Tidak dinafikan pelan ini yang sebaiknya buat semua kerana ia meliputi 3 aspek penting iaitu perlindungan hayat, kad perubatan dan simpanan. Info lanjut boleh dapatkan di sini (http://www.urusduit.com/2013/08/saya-cari-1kad-cover-1famili.html) Link ini juga boleh menjawap soalan kepada sesetengah pihak mahu memiliki kad perubatan yang boleh melindugi semua ahli keluarga.

1kad 1famili hanya ada aspek kad kesihatan sahaja. Aspek perlindungan kesihatan dan simpanan tidak dimasukkan. Maka ia akan memberi kelompongan dalam perlindungan pendapatan dan perlindungan polisi. (http://www.urusduit.com/p/pelan-perlindungan-lengkap.html , http://www.urusduit.com/2013/07/medical-card-stand-alone-vs-polisi.html )

Jika boleh untuk memiliki pelan ILP adalah sangat bagus kerana banyak manfaatnya. Untuk manfaat kanak-kanak boleh ambil serendah RM80 namun saya cadangkan RM110 untuk berserta elaun wad. Boleh dapatkan info di http://www.urusduit.com/2013/08/manfaat-polisi-kanak-kanak.html


SEBUT HARGA


Sebarang persoalan boleh ajukan kepada saya. Terima kasih.

Yang Benar

'Atiqurrahman Abd Aziz

Executive Weath Planner
Prudential BSN Takaful
Al-Isra' Associates

(012-909 3444)
www.fb.com/MentorUsahawanTakaful


Tuesday, October 8, 2013

akibat sudah terkantoi... sweet urine...

[SHARING IS CARING]



Mai adik kakak abang baca post ni sat. Sy nak cerita sikit kisah benar yg berlaku kpd salah seorang client sy. Sblm ni sy post kisah ni, beliau dah izinkan sy utk cerita kt sini. Utk pengajaran katanya.

Kisahnya begini, dlm tahun 2004 beliau pernah amik insurans dgn 1 syarikat insurans X. Tapi pada tahun 2005 beliau tak dpt nak meneruskan insurans tersebut sbb ada masalah kewangan. Duit bulan2 tak cukup kerana komitmen beliau bertambah. Bukan sbb kawin, tapi sbb kawin dgn kereta baru..huhu.

Nak dijadikan cerita, pada tahun 2007 beliau terlibat dgn kemalangan jalan raya. Alhamdulillah beliau selamat cuma dimasukkan ke ICU lbh kurang 2 minggu, ada masalah dibahagian kepala. Selepas kejadian tu, hampir setahun la beliau tak dpt bekerja.

Pada awal tahun 2012, apabila sy perkenalkan PruBSN Takaful kpd beliau, beliau rasa berminat utk amik insurans semula. Disebabkan beliau pernah ada sejarah 'admitted' kt hospital (ICU pulak tu), sy terpaksa 'declare' dlm borang cadangan takaful. Seperti sedia maklum, beliau dikehendaki PruBSN utk buat 'medical check up'. Alhamdulillah, fizikal dan apa2 yg berkaitan dgn accident dulu takde masalah, tapi beliau terkantoi pulak dgn 'urine & blood test'! Nah! Beliau disahkan menghidap diabetes @ kencing manis..huhu.

Terkejut gak beliau bila dapat tau pasal tu. Termenung sampai tak boleh nak cakap pape. Nasib baik diabetes baru diperingkat permulaan. Hmm dipendekkan cerita, akibat diabetes tu PruBSN Takaful hanya luluskan 1 sahaja manfaat kepada beliau iaitu:-

- PAMPASAN KEMATIAN (TPD - total & permanent disability pun tak lepas..huhu)
Manfaat2 lain termasuk 'medical card' juga ditolak. Bukan setakat 1 manfaat je dapat (dah kira beruntung juga la dapat gak 1 manfaat ni), tapi premium (bayaran) juga 'rated up'. Nak tau brape rated up?
- 200% RATED UP dari premium orang yg sihat!

Walau bagaimanapun, beliau terima syarat tersebut dengan manfaat kematian tu sahaja atas sebab fikir kt mak yg ditanggung beliau. Sekurang2nya beliau meninggalkan sesuatu kpd mak jika beliau meninggal dunia. Alhamdulillah, sehingga sekarang beliau masih setia bersama PruBSN Takaful dan bayaran beliau tidak pernah 'cacat'. Mari kita doakn beliau supaya sentiasa sihat 

Apa pengajaran yang boleh diambil dari kisah beliau?

1) Musibah sakit/kemalangan tidak dapat dijangka bila akan datang kpd kita. Jadi:
- jangan fikir rugi amik insurans/takaful 2 3 tahun tapi tak sakit2.
- ambil la insurans/takaful + medical card ketika masih sihat..bebas dari sebarang penyakit.

2) Aturkan perbelanjaan & kewangan sebaik2nya.
- dahulukan insurans/takaful dalam perbelanjaan2 lain.
- ambil insurans/takaful dahulu, baru savings dan investment lain. Kalo sakit, ada medical card bleh biayai kos rawatan, tak perlu nak usik dah duit savings atau jual investment lain.

Ok, semoga kisah ini dapat memberikan kebaikan kpd semua 

Hafiz,
Prudential BSN Takaful Consultant

https://www.facebook.com/apihruslan


ini adalah perkongsian rakan saya..semoga boleh dijadikan iktibar

Saturday, October 5, 2013

REPLACEMENT INCOME ATAU PROTECTION INCOME

Setiap orang memerlukan duit untuk menanggung kos sara hidup. Untuk dapatkan duit majoriti menggunakan cara bekerja.


Mereka boleh bekerja selagi mana dia berupaya untuk bekerja iaitu selagi dia tidak mati, lumpuh atau sakit kritikal.



Di ketika seseorang itu telah mati maka incomenya turut mati



Diketika seseorang itu telah lumpuh maka incomenya turut lumpuh


Diketika seseorang itu telah sakit kritikal maka incomenya juga turut kritikal


Maka siapakah mahu mengisi kelopongan income apabila dia meninggal dunia @ lumpuh @ kritikal?



Untuk info semua, kita boleh ambil 1 pelan untuk melindungi income kita daripada mati, lumpuh & kritikal.

Ini dipanggil sebagai REPLACEMENT INCOME ATAU PROTECTION INCOME.

Saya ambil contoh polisi saya miliki, polisi ini akan memberi sumbangan sebanyak

Untuk kes kematian/lumpuh
biasa                        RM440K
kemalangan              RM880K
kemalangan awam    RM1.32JUTA

Untuk kes sakit kritikal sebanyak RM400K

Bagaimana polisi ini mampu menjaga income saya dan mampu menggantikan income saya jika kematian/kelumpuhan/kritikal berlaku?

Saya andaikan kes ini berlaku pada Jan2010 sebagai contoh. Kes Kematian biasa kebiasaannya saya gunakan kerana kematian kemalangan belum pasti berlaku namun kematian itu pasti.

Apabila mati, waris akan mendapat RM440K. Betul?

Saya sarankan kepada isteri saya, gunakan RM40K daripada RM440K untuk kos sara hidup untuk Jan 2010-Dec 2010. Maka selesai isu masalah income tahun 2010.

Baki RM400K saya sarankan kepada isteri saya pada Jan 2010 laburkan dalam Tabung Haji / ASB / mana-mana alat kewangan lain agar mendapat dividen. Saya menganggap dividen sebanyak 7% setahun maka dengan pelaburan ini ia menjana pendapatan RM28K setiap tahun bermula 2011.

Jan 2011 akan dapat RM28K dan seterusnya Jan 2012, Jan 2013, Jan 2014 dan seterusnya.

RM28K dibahagi 12 bulan maka +- RM2333.33 sebulan boleh dijana oleh polisi saya miliki ini. Inilah pelan REPLACEMENT INCOME ATAU PROTECTION INCOME saya cipta untuk famili saya.

Adakah anda sudah memikirkan hal ini?
Adakah anda sudah mempunyai pelan untuk penggantian income?
Adakah anda tidak pasti mahu gunakan teknik mana?

Boleh hubungi saya untuk dapatkan penerangan lanjut cara mudah & cepat untuk membuat penggantian income. Ia sangat berbaloi untuk anda miliki.

Tuesday, October 1, 2013

TEMPOH MENUNGGU 120 HARI (WAITING PERIOD)

Soalan :

Bilakah peserta boleh menggunakan kad perubatan PruBSN Takaful dan bilakah perlindungan takaful bermula?

Jawapan

Setiap polisi baru dimohon & diluluskan perlu melalui tempoh menunggu. Tempoh ini adalah satu cagaran atau jaminan daripada peserta kepada syarikat yang menyatakan peserta dalam keadaan sihat.

6 fasa akan digariskan dan diterangkan untuk melengkapkan tempoh menunggu ini iaitu selama 120 hari.


FASA 1
MOHON & BAYAR

Apabila borang permohonan polisi dan bayaran pertama telah dihantar & diterima oleh syarikat maka, perlindungan untuk KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN sudah diberikan walaupun permohonan masih belum diluluskan.

Peserta akan diberikan 1 resit seperti lampiran di bawah.



Penyataan daripada syarikat perlindungan telah diberikan seawal permohonan & bayaran dibuat.



Rumusan:
Perkara dilindungi : KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN
Method of Payment : PAMPASAN


FASA 2
POLISI LULUS

Polisi akan diluluskan selepas diproses. Proses ini mengambil masa bergantung pada tahap kesihatan peserta. Jika peserta seorang yang sihat dan tiada masalah kesihatan & tiada rekod di hospital maka masa lulus boleh sepantas 3 jam jika borang permohonan dihantar melalui e-submition. Namun jika peserta mempunyai masalah kesihatan & diperlukan rekod serta pemeriksaan ia akan memanjangkan proses ini.

Maka tempoh diambil untuk meluluskan permohonan bergantung kepada situasi. Namun apabila sahaja polisi diLULUSkan maka bermula 120 hari tempoh bertenang yang diperuntukan.

Perkara dilindungi : Perihal FASA 1 dan perlindungan kos rawatan akibat kemalangan.
Method of Payment : Paid & Claim (Bayar & Tuntut)

Sebagai contoh seperti salah seorang peserta kami


Kemalangan yang dimaksudkan bukan hanya dijalan raya namun disemua tempat seperti rumah, pejabat, sekolah. Sekecil kemalangan seperti jari terhiris pisau, disengat tebuan, tersempit pintu dan sebesar kemalangan.

REMARK : BAGI POLISI PRE-BIRTH HARI PERTAMA BERMULA WAITING PERIOD ADALAH PADA ANAK USIA 15 HARI BUKAN PADA POLISI DILULUSKAN

Rumusan
Perkara dilindungi : Perihal FASA 1 dan perlindungan kos rawatan akibat kemalangan.
Method of Payment : Paid & Claim (Bayar & Tuntut)


FASA 3
SELEPAS 30 HARI

Kesemua penyakit di lindungi kecuali PENYAKIT SPESIFIK. Namun begitu, untuk kes berat kemungkinan besar penyiasatan akan dilakukan untuk memastikan penyakit tersebut benar-benar wujud selepas polisi diambil.

Jika sememangnya kondisi kita betul-betul sihat maka pihak syarikat akan membayarnya


Rumusan
Perkara dilindungi : Perihal FASA 1, FASA 2 dan semua penyakit KECUALI PENYAKIT SPESIFIK

Method of Payment : Paid & Claim (Bayar & Tuntut)


FASA 4
SELEPAS 60 HARI

Bayaran pampasan untuk 36 jenis penyakit kritikal. Tahap kritikal boleh dilihat dalam polisi. Contoh kanser rahim pada tahap 3 & 4 baru layak mohon pampasan ini.


Rumusan
Perkara dilindungi : Perihal FASA 1, FASA 2, FASA 3 dan PAMPASAN 36 JENIS SAKIT KRITIKAL

Method of Payment : Paid & Claim (Bayar & Tuntut)


FASA 5
SELEPAS 90 HARI

Apabila polisi sudah mencapai 90 hari ia sama seperti FASA 1-4 cuma bayaran untuk kos rawatan adalah secara talian (on-line).

Peserta hanya perlu membayar ko-takaful jika pelan kad mereka melibatkan ko-takaful. Jika polisi mereka Zero Deductable & Full Coverage peserta hanya perlu bayar kos pendaftaram & perkara tidak dibilkan sahaja.


Rumusan
Perkara dilindungi : Perihal FASA 1, FASA 2, FASA 3 dan FASA 4

Method of Payment : DALAM TALIAN (ON-LINE)


FASA 6
SELEPAS 120 HARI

Kesemua penyakit termasuk penyakit spesifik dilindungi.

Penyakit spesifik adalah seperti berikut :


1. Hipertensi
2. Diabetes Mellitus
3. Kardiovaskular
4. Semua Tumor
5. Kanser
6. Sista
7. Nodul
8. Polip
9. Batu Karang
10. Batu Karang dalam Sistem Biliari
11. Semua Penyakit Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
12. Hernia
13. Hemoroid
14. Fistula
15. Hidrosele
16. Varikosele
17. Endometriosis termasuk Penyakit Sistem Pembiakan
18. Gangguan Spina Vertebro
19. Penyakit Lutut


Rumusan
Perkara dilindungi : PSEMUA PERKARA

Method of Payment : DALAM TALIAN (ON-LINE)


Tempoh Menunggu ini bermula pada hari pertama diluluskan polisi.
Hari pertama polisi diluluskan bermula daripada permohonan polisi.
Permohonan Polisi dilakukan apabila anda berkata YA!
Katakan YA! sekarang untuk mulakan TEMPOH MENUNGGU anda!

1 hari anda lenggahkan ia membawa kesan sangat besar dalam hidup anda.

Milikinya sekarang...saya sedia membantu..hubungi...


'Atiqurrahman Abd Aziz
Executive Weath Planner
Prudential BSN Takaful
Al-Isra' Associates Sdn Bhd
(012-909 3444)





HARGAI POLISI YANG ADA...

*ada orang BERPAYAHAN nak boleh lulus polisi...

*ada orang BERSENANGAN biarkan polisi lapsed...

*hargailah apabila sudah miliki polisi...bila tidak layak... 

>>>>"berapa???!!! aku bayar!!! mu ingat aku tak dok duit??"

*bukan soal ada banyak duit atau tiada duit...soalnya NILAI bukan KOS...


Sihat adalah syarat utama memiliki polisi...

POLISI PRUBSN DALAM KANDUNGAN

Assalamualaikum...

Tahniah kepada Puan yang sedang mengandungkan cahaya mata, didoakan puan & kandungan sentiasa sihat.

Saya percaya Puan & Tuan pasti mahu menyediakan 1 pelan Smartlink PruBSN Takaful kepadanya. Kini mereka boleh milikinya seawal usia kandungan 20 minggu.

Kelebihan yang boleh diperolehi daripada pelan Pre-Birth SmartLink PruBSN Takaful bakal dimiliki ialah kemudahan kad perubatan seawal dalam kandungan.


1.  PRA-MATANG

Setiap kandungan berisiko untuk menjadi kandungan PRA-MATANG iaitu bayi dilahirkan kurang daripada usia kandungan 36 minggu. Risiko ini tidak boleh diketahui oleh mata kasar walaupun kandungan dalam keadaan sihat.

Apa kesan jika berlaku Pra-Matang? Kesannya ialah tentang pemilikan polisi untuk anak tersayang.




Kita lihat situasi permohonan polisi jika bayi dilahirkan secara pra-matang

Situasi Bayi dilahirkan PRA-MATANG

 AMBIL SELEPAS LAHIR
1. Jika polisi SmartLink diambil SELEPAS lahir iaitu pada anak usia 15 hari. Maka permohonan boleh dilakukan pada usia anak berusia 2-3 tahun. Kelulusan bergantung pada tahap kesihatan anaknya. Risiko lain adalah sepanjang 2-3 tahun bermacam-macam penyakit biasa boleh dihidapi bayi.

 AMBIL SEBELUM LAHIR
2. Jika polisi Smartlink diambil semasa dalam kandungan, saat ini anak kecil ini telah memiliki kad perubatan dan dapat mengelak menunggu tempoh 2-3 tahun untuk ambil. Maka, anak kecil ini boleh guna manfaat kad perubatan seperti bayi lahir normal dan tertakluk kepada WAITING PERIOD dimana waiting period selama 120 hari bermula pada usia 15 hari bayi. (rujuk sini untuk info WAITING PERIOD)

Maka untunglah bagi bayi telah memiliki pelan Pre-Birth SmartLink PruBSN semasa dalam kandungan.




2. MENGHIDAPI PENYAKIT BIASA SEBELUM MEMOHON PELAN

Jika kita lihat, penyakit mudah menyerang kepada bayi dan seawal lahir bayi sudah diuji dengan pelbagai penyakit. Kebiasaannya ialah :

1. Radang paru-paru (Pheunomia)
2. Asma
3. Broncho
4. Tonsil dan lain-lain

Kebiasaan, polisi bayi boleh diambil pada usia bayi berumur 15 hari. Namun jika penyakit ini dihidapi oleh bayi sebelum 15 hari maka semasa permohonan polisi ini diproses, pihak syarikat akan mengeluarkan 1 PENGECUALIAN terhadap penyakit yang telah dihidapi itu.



Perkara ini membuatkan bayi tuan puan TIDAK BOLEH menggunakan kad perubatan jika penyakit ini berulang.

Untuk elakkan EXCLUSION ini, kita mempunyai pilihan dengan mengambil polisi untuk bayi sejak dalam kandungan.

1. Bayi dilahirkan NORMAL cuma pada usia anak pada 5 hari, anak dihidapi Pheunomia dan diwadkan.

AMBIL SELEPAS LAHIR 1. Jika polisi SmartLink diambil SELEPAS lahir iaitu pada anak usia 15 hari. Maka PENGECUALIAN keatas Pheunomia akan diberikan.

AMBIL SEBELUM LAHIR 2. Jika polisi Smartlink  diambil semasa kandungan, maka kos hospital tersebut tidak dibayar cuma TIADA PENGECUALIAN diberikan keatas Pheunomia jika berulang selepas usia anak 135 hari.


Dengan memiliki pelan PruBSN semasa dalam kandungan dapat mengurangkan risiko untuk anak anda diKECUALIKAN daripada mendapat rawatan penyakit yang berulang.




3. Bayi dilahirkan ada penyakit KONGINENTAL


AMBIL SELEPAS LAHIR
1. Jika polisi SmartLink diambil SELEPAS lahir iaitu pada anak usia 15 hari. TIADA PENAWARAN POLISI DIBERIKAN OLEH SYARIKAT atau PEMILIKAN POLISI SANGAT SUKAR.


AMBIL SEBELUM LAHIR
2. Jika polisi Smartlink diambil semasa kandungan, maka jika penyakit KONGINENTAL wujud keatas bayi, PENYAKIT KOGINENTAL ini tidak mendapat SEBARANG PAMPASAN DAN PERLINDUNGAN namun kanak-kanak ini masih diberi kad perubatan/polisi untuk penyakit yang lain.


Polisi dalam kandungan adalah merupakan pelan sangat bagus untuk mengelakkan PENGECUALIAN PERLINDUNGAN dan PRA-MATANG serta KONGINENTAL. Polisi ini yang PERTAMA di MALAYSIA adalah daripada Prudential BSN Takaful.





BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Saya sarankan anda ambil pelan dalam kandungan ini semasa kandungan berusia 20-25 minggu. Sehingga usia kandungan 29 masih boleh memohon cuma jaminan lulus tidak diberikan, boleh cuba memohon. Namun saya ada 2-3 kes usia kandungan 29 minggu masih lepas.

Jika berminat, boleh saya bantu tuan puan mohon permohonan ini. Dokumen diperlukan ialah :

1. Borang O&G dipenuhi oleh Doktor O&G. Kos scan & laporan bernilai RM80 akan dibayar oleh PruBSN Takaful. Borang O&G akan diberikan semasa mahu memohon.
 





2. Lampirkan bersama borang permohonan & salinan kad perkahwinan.

3. Salinan kad pengenalan depan & belakang ibu & bapa.


Mudah sahaja.

Untuk memohon, anda hubungi saya..saya boleh bantu anda. 




Sekian Terima kasih.



'Atiqurrahman Abd Aziz
Executive Weath Planner
Prudential BSN Takaful
UPDATE 20/12/2013




Monday, August 26, 2013

MANFAAT POLISI KANAK-KANAK

Assalamualaikum.

Tahniah kepada anda kerana ingin mengetahui pelan yang hendak diberikan kepada anak-anak tersayang anda.

Di PruBSN Takaful kami menyediakan pelan komprehensif 3 dalam 1 di bawah pelan Smartlink (sejak usia 15 hari hingga 18 tahun) dan Smartlink Enhanchement (Sejak dalam kandungan berusia 20 minggu).



Dalam keperluan kita menyediakan kad perubatan & dana pendidikan untuk anak-anak kita, kita perlu mengetahui manfaat yang bakal diperolehi serta jumlah sumbangan yang perlu dilakukan.

Saya akan membantu anda memilih pelan yang bersesuaian dengan keperluan serta bajet anda. Pakej yang saya tawarkan ini adalah mengikut pandangan saya yang telah lama dalam bidang ini serta merupakan pakej mampu milik bagi setiap orang.



Saya bahagikan kepada 2 jenis pakej iaitu Pakej Advance dan Pakej Basic dimana setiap pakej ada 3 pilihan iaitu Pakej Advance 1, Pakej Advance 2 & Pakej Advance 3 serta Pakej Basic 1, Pakej Basic 2 dan Pakej Basic 3.

Setiap pakej meliputi 3 aspek penting iaitu Perlindungan, Kad Perubatan dan Simpanan (Pendidikan) Cuma membezakannya adalah jumlah manfaat serta bayaran sumbangan bulanan.


Pakej Advance





Pakej Basic




Harga adalah tidak tetap ia bergantung kepada usia anak, usia ibu bapa, jenis pekerjaan ibu bapa serta status merokok ibu bapa.

Sekadar rujukan anda harga bagi
Pakej Advance 1-3 ( RM130-RM180)
Pakej Basic 1-3 ( RM80-RM120)

Untuk mengetahui harga sumbangan yang tepat anda boleh mengisi info anda di http://tiny.cc/6blm1w atau hubungi saya di talian 0129093444 ( panggilan, sms, whatsapp ) atau atiqaziz84@gmail.com atau https://www.facebook.com/messages/atiqaziz .



Saya akan bantu anda mengenalpasti pakej yang bersesuaian dengan anda mengikut keperluan dan bajet anda. Saya akan consult anda secara terperinci.

Sekian, terima kasih.