PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Saturday, January 12, 2013

HAKIKAT 1 TAKAFUL : USAHA & TAKDIR

Assalamualaikum...

Artikel ini saya terbit khas dalam memberi pendapat terhadap status kawan saya iaitu Tuan Hifzan Shafiee dimana beliau menekankan tentang cara/kaedah seseorang agen takaful itu mendekati bakal pelanggannya seperti gambar di bawah :

Banyak idea dan ilmu telah dibinang disana seperti konsep insurans dan takaful kerana peringkat awal saya sangkakan hal itu dibangkitkan dan setelah diperjelaskan oleh Tuan status, dia merujuk kepada cara pendekatan seseorang agen. :-) . Anda boleh rujuk perbincangan itu di SINI.

Saya tertatik dengan 2 pandangan masing-masing dilontarkan oleh Tuan Zunaidi dan Tuan Faizal Fais. Pandangan adalah sepeti di bawah :


Sebelum saya ingin memberi ulasan terhadap pendapat ini, izinkan saya memberi sedikit pemahaman saya tentang takaful.

1. Takaful adalah 1 alat yang memberi jaminan/perlindungan  KEWANGAN dan bukan untuk jaminan/melindungi kesihatan/hayat seseorang.

2. Sejarah saya menjadi ahli takaful. Ia bermula pada akhir 2008 semasa saya di IPKT dengan mencarum RM108 sebulan dengan syarikat Takaful Ikhlas selepas itu saya menukarkan sijil saya ke PruBSN Takaful pada Jun 2010 dengan bayaran RM180 sebulan.

3. Kenapa saya menjadi ahli takaful? Kerana saya inginkan jaminan KEWANGAN apabila/jika saya sakit 1 masa nanti ATAU saya meninggal dimana saya ingin berikan sejumlah WANG kepada waris saya untuk mereka i. menyelesaikan hutang-hutang saya ii. menyelesaikan haji saya iii. sebagai hadiah kepada mereka agar boleh terus hidup selama mungkin seperti biasa apabila ketiadaan saya.

4. Saya tidak didekati agen saya pertama (Takaful Ikhlas) kerana saya sendiri kepadanya bertanyakan apakah Takaful? Ringkas sahaja dia jawab "simpan duit, jika mati waris dapat duit, jika tidak dapat simpanan" dan saya terus melanggan. Sewaktu ini saya tidak fikir tentang apa yang dilindungi secara lengkap cuma mahu jika MATI dapat selesaikan niat saya di No3 di atas.

5. Cuma agen PruBSN Takaful (agen kedua saya) yang datang kepada saya dan menerangkan konsep takaful yang sebenar dan memberi apa yang saya hajati sepanjang mencarum polisi takaful. Dan yang pasti masih ada kelopongan tentang hajat saya di sijil takaful pertama saya dan saya atasi maslaah itu di sijil takaful ke dua saya.

6. Apa yang saya tambah dalam sijil ke dua saya? Iaitu Kad Perubatan...saya akui, dalam minda saya, saya berpegang...kita hidup ini tiada siapa jamin mereka akan sihat sepanjang hayat, dan saya berfikir...saya tidak terlepas daripada tidak sakit kerana nabi bersabda "Ingat 5 Sebelum 5". Maka..jika ditakdirkan saya sakit...saya redha dan terima cuma langkahnya adalah berubat bukan hanya sekadar redha dan menerima ia takdir ALLAH. Maka disini bermula kisahnya...ingin berubat cepat, terbaik dan sebagainya namun saya jenis orang tak suka nak harap orang untuk bantu saya...maka saya sediakan JAMINAN KEWANGAN saya untuk membolehkan saya berubat secara cepat, terbaik walaupun di hospital swasta. Maka, kad perubatan saya bernialai RM50K yang saya miliki menjadi 1 langkah usaha saya untuk mendapatkan rawatan saya merubati sakit saya itu.

7. MATI itu pasti, maka saya inginkan anak-anak saya,isteri saya mempunyai wang yang boleh membantu mereka meringankan beban semasa peringkat awal ketiadaan saya. Sekarang saya penjana utama kewangan dalam keluarga saya maka mereka tidak menghadapi kesusahan namun cuba anda bayangkan isteri saya akan senang atau susah untuk mengambil alih tempat saya untuk meneruskan usaha mencari pendapatan saya yang sudah tiada? Maka, saya sediakan kepadanya untuk 1 tahun, 3 tahun dan mungkin selamanya pendapatan saya untuk mereka gunakan dan dalam tempoh itu, dia mempunyai masa dan ruang untuk bertenang dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Secara ringkas...TAKAFUL ADALAH ALAT JAMINAN KEWANGAN ANDA ... bila? APABILA SAKIT/MATI dan ia bukan untuk melawan TAKDIR.

Saya ingin menggunakan hubungkait antara USAHA DAN TAKDIR ALLAH.

Ya saya bersetuju dengan Tuan Faizal mengatakan:

 " Sbb qada qadar, perancangan Allah adalah yg terbaek untuk hambanya. Setiap musibah adalah ujian dan pembalasan dosa. Setiap musibah ada hikmah di sebalik."

Saya tak nafikan dan saya juga bersependapat dengan nya. Setiap yang beriman mesti redha dan percaya dengan Qada' dan Qadar cuma ALLAH tidak mendidik kita hanya untuk berserah sahaja. DIA mendidik kita dengan usaha dan redha.

Kita lihat ujian yang biasa dalam kehidupan kita yang bakal ditakdirkan untuk kita
1- Tayar bocor itu adalah takdir Allah

2- Smart Phone diserang virus itu adalah takdir Allah
3- Duit dicuri itu adalah takdir Allah

Jika seseorang itu redha dan sabar menghadapi takdir dan ujian ALLAH ini maka di berikan balasan pahala yang cukup besar oleh NYA.

Namun dalam sedar atau tidak...kita telah membuat 1 usaha sebelum ia terjadi....mari kita tengok

1- Bawa tayar spare sebelum tayar kereta bocor.
2- Kita sentiasa membuat backup data sebelum smart phone itu diserang virus.
3- Kita menyorok duit kita ditempat tersembunyi dalam rumah agar tidak mudah dijumpai pencuri.

Semua USAHA ini telah dilakukan sebelum kejadian musibah/ujian/takdir ALLAH berlaku kepada kita dan adakah ini disifatkan 1 tindakan yang SALAH?

Cuma..cuma..cuma... dalam konteks kesihatan/hayat kita menampakkan ia adalah satu yang SALAH @ KURANG BETUL sedangkan ia adalah sesuatu yang sama seperti di atas.

Sebenarnya USAHA 3 diatas adalah tidak salah dan ia patut dilakukan pun kerana itulah hubungkait antara USAHA & TAKDIR. Bila kena tayar bocor..kita redha lah..terima lah...bersabar lah...dan kita berusahalah membaikinya dengan menukar tayar spare terlebih dahulu dan tambung tayar yang bocor dikedai kemudian.

Sama juga jika SAKIT... .kita redha lah..terima lah...bersabar lah...dan kita berusahalah merubatnya...dan cara berubat adalah dihospital. Di Malaysia anda ada 2 pilihan iaitu Hosp Kerajaan dan Hosp Swasta... saya tak perlu ulas apa membezakan ke dua hospital ini kerana masing-masing sedia maklum tentang MASA. Cuma apabila anda inginkan yang CEPAT, TERBAIK anda perlu ke Hosp Swasta dan dikenakan bayaran .. bukan sedikit tapi banyak. Maka langkah usaha saya adalah saling bersedekah, saling berderma melalui TAKAFUL...dan saya memilih syarikat PruBSN Takaful untuk menjadi badan yang mengurus hasil kutipan derma ini. Maka..."saya bawa TAYAR SPARE DUIT (takaful) sebelum TAYAR KERETA BOCOR (kesihatan saya terjejas)".

1 perkara lagi adakah kita menolak/memarahi/menghindari orang yang mengajak/memberitahu supaya anda membawa tayar spare KALAU bocor, backup smart phone KALAU rosak dan sorok duit KALAU kena curi? Maka sama juga kes takaful...perlukah menolak/memarahi/menghindari orang yang mengajak/memberitahu anda supaya mempunyai siijil takaful KALAU sakit/mati?

Mudah sahaja sebenarnya...cuma tidak dinafikan, untuk mengelakan menggunakan tentang SAKIT, MATI dalam menerangkan konsep TAKAFUL adalah susah kerana memang produk ini berkaitlangsung dengan hal itu. Cuma mungkin cara digunakan untuk menerangkan itu menjadi faktor masyrakat tidak mahu menerimannya.

Untuk pandangan Tuan Zunaidi yang berbunyi

"selalunya agen promote insurance seolah olah insurance lah nyawa kedua manusia."

Mungkin agen itu tidak mampu menyatakan dengan baik apa yang dimaksudkan kepentingan takaful agar dengan alat KEWANGAN ini dapat membantu mereka dalam kesusahan.

Seperti saya nyatakan awal status ini, meletakkan takaful adalah penyelamat dan kita merasa senang dan yakin akan kehadirannya ia menjurus kepada syirik. Cuma apa saya suka fikirkan ialah

" duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit"

jika tidak .. mana mungkin kita bekerja keras untuk mendapatkan duit semasa hayat dan keupayaan dikandung badan kan? tidak cukup kerja hakiki, dibuat kerja sambilan, tidak cukup dengan itu kerja lebih masa dan lain-lain..demi apa? demi mencari duit yang membolehkan kita memberi rezeki, nafkah kepada keluarga kita dan juga membolehkan kita bersedekah, berzakat.

Cuma takaful ini alat KEWANGAN untuk menjana pendapatan kita setelah hayat/keupayaan tidak dikandunga badan lagi. Contoh seperti abang ini...



Apakah dosanya, apakah salahnya sehingga diuji sebegini teruk. Namun saya percaya mereka sekeluarga redha dan terima ujian ALLAH ini kerana mereka mengetahui akan hikmah yang bakal mereka terima adalah lebih jauh besar berbanding ujian ini di dunia.

Namun, tak kan kita mahu berharap begitu sahaja..adakah lebih baik jika begini bunyinya :

"Alhamdulillah, saya sekeluarga redha dan terima ujian ALLAH ini kerana mereka mengetahui akan hikmah yang bakal mereka terima adalah lebih jauh besar berbanding ujian ini di dunia dan saya masih mampu menjana pendapatan saya sebanyak RM2300 sebulan dan dapat meringankan beban isteri dan anak-anak saya"

Anda mahu yang mana? Jika mahu yang kedua, mahu tidak mahu anda mesti mempunyai takaful yang menjurus kepada itu dan bukan sekadar polisi pertama saya. Dan saya akui, selain takaful kita juga boleh menjana wang bulanan seperti biasa walaupun kita sudah menjadi seperi abang ini. Jika anda mahu tahu...sila hubungi saya..dan saya jamin ia bukan takaful! Dan saya jamin ia bukan pelaburan haram dan skim cepat kaya dan saya jamin anda akan tidak membenci saya.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa sudah sampai di sini dari atas semoga anda medapat info dan ilmu. Anda boleh menerima dan menolak pandangan saya kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Maaf jika ada perkara yang menguris hati dan terkasar bahasa.

Saya menjadi agen takaful setelah 3 tahun menjadi ahli takaful dan bukan berkempen takaful setelah menjadi agen takaful malah telah mentakafulkan ramai orang sebelum saya menjadi agen kerana bagi saya...perkongsian adalah 1 usaha sangat murni apatah lagi ia memberi manfaat yang besar kepada ramai orang....





Wasalam.