PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Thursday, May 24, 2012

Celik Kewangan - Pengurusan Risiko

Pendidikan kredit dan kewangan merupakan jawapan bagi kebanyakan masalah kewangan yang dihadapi di masa kini.  AKPK merupakan satu badan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan yang dirangka khas untuk membantu para individu supaya mereka dapat mengawal kedudukan kewangan mereka lalu mendapatkan ketenangan daripada penggunaan kredit yang bijak.

Rata-rata buku kewangan peribadi yang ditulis oleh pakar-pakar kewangan Malaysia mencadangkan kita membayar 10% dari gaji kita setiap bulan. Sekiranya gaji kita RM2000, maka kita harus bayar pada diri kita sebanyak RM200 setiap bulan. Langkah yang lebih baik seperti disyorkan oleh buku “Money Sense” yang diterbitkan oleh AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) mencadangkan kita membayar pada diri sendiri sebanyak 20-30% daripada gaji kita setiap bulan. 

1)      Pastikan anda membuat Pelaburan Kepada Diri Sendiri setiap bulan TANPA gagal mulai SEKARANG! iaitu dengan mengambil polisi takaful yang lengkap bagi menghadapi sebarang risiko yang tidak dijangka!!!
2)      Membuat simpanan tetap bagi kegunaan semasa seperti tabung haji dan lain-lain!!!
3) Membuat simpanan dalam instrumen pelaburan seperti ASB / Unit Trust - Simpanan dalam medium ini membolehkan kita menggunakan the “Power of Compounding”. Ia perlu berjangka masa panjang, pelaburan ini boleh melawan inflasi.

Dibawah merupakan tip-tip kewangan daripada AKPK. Ayuh bersama menjadi warga celik kewangan, bebaskan diri dari hutang & bebaskan diri anda dari risiko melalui pengurusan yang bijak....
  • Bayarlah diri anda dahulu
  • Awal menabung, kerap menyimpan, bijak melabur
  • Jangan simpan semua ‘telur kewangan’ anda di dalam satu bakul sahaja
  • Melabur menggunakan minda, bukan sesuka hati
  • Wang adalah alat untuk mencapai impian anda

Saya bukanlah seorang yang pakar dalam memberi khidmat nasihat berkaitan pelaburan, bagaimana pun saya ingin kongsikan bagaimana untuk anda mengurus risiko walau sehebat mana anda mengurus kewangan anda. Konsepnya sangat mudah :-

Ahmad mempunyai gaji RM3000.00 sebulan, seorang yang hebat dalam membuat simpanan telah menyimpan sebanyak 30%. Bayangkan dalam tempoh 3 thn, dia telah berjaya mengumpul RM32,400. Walaubagaimana pun tanpa pengurusan risiko yang bijak, sekiranya Ahmad menghadapi apa-apa musibah seperti kemalangan dan lumpuh, kesemua simpanannya kemugkinan digunakan bagi rawatan perubatannya. Disinilah kepentingan takaful bersama pakej medical card memainkan peranan. Sekiranya Ahmad dengan ilustrasi simpanan 30% setiap bulan bakal menghadapi masalah, bagaimana dengan anda????adakah simpanan anda mencapai 30% @ adakah anda mempunyai dana untuk mengurus sebarang risiko????
Bersama kita renungkan!!!!

* Orang yang gagal bukan merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang


Monday, May 21, 2012

TIP MEMILIH POLISI YANG LENGKAP

Pada hari ini, terdapat pilihan yang pelbagai dalam memilih polisi perlindungan takaful. Antara tip yang boleh dikongsi bersama dalam memilih polisi yang lengkap ialah memberi perhatian kepada setiap terma yang terdapat dalam dokumen polisi. Dokumen polisi merupakan satu kontrak yang akan digunapakai sebagai rujukan oleh semua pihak & mengandungi keterangan berkaitan manfaat yang diperolehi daripada polisi yang diambil oleh kita. Apakah polisi saya dan tuan/puan lengkap??? Jom, kita semak bersama.......

 Dalam memilih perlindungan, Polisi A : ada bahagian pembatalan polisi daripada pihak syarikat takaful disertai (rujuk gambar)

Polisi B : tiada pembatalan polisi daripada pihak syarikat takaful disertai.

Bagaimana dengan polisi anda?
Yang mana pilihan anda? Polisi A @ Polisi B kehendak anda?
SILA SEMAK SEKARANG!!!
Kesan kepada anda jika ada terma pembatalan ini dalam polisi takaful adalah:
Setelah anda membayar bertahun-tahun tiba-tiba syarikat takaful anda ingin menamatkan pelan tersebut..apakah kesan kepada anda?

  •  1) Nak ambil polisi baru dengan harga sudah mahal (usia sudah meningkat)

  • 2) Tidak boleh ambil polisi lain jika sudah alami sakit sebelum ini.


Apakah polisi anda mempunyai terma ini, sekiranya YA, anda wajar berfikir lebih dalam....pastikan polisi yang diambil benar-benar mampu digunakan saat memerlukan.......