Rata-rata buku kewangan peribadi yang ditulis oleh pakar-pakar kewangan Malaysia mencadangkan kita membayar 10% dari gaji kita setiap bulan. Sekiranya gaji kita RM2000, maka kita harus bayar pada diri kita sebanyak RM200 setiap bulan. Langkah yang lebih baik seperti disyorkan oleh buku “Money Sense” yang diterbitkan oleh AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) mencadangkan kita membayar pada diri sendiri sebanyak 20-30% daripada gaji kita setiap bulan.
1) Pastikan anda membuat Pelaburan Kepada Diri Sendiri setiap bulan TANPA gagal mulai SEKARANG! iaitu dengan mengambil polisi takaful yang lengkap bagi menghadapi sebarang risiko yang tidak dijangka!!!
2) Membuat simpanan tetap bagi kegunaan semasa seperti tabung haji dan lain-lain!!!
3) Membuat simpanan dalam instrumen pelaburan seperti ASB / Unit Trust - Simpanan dalam medium ini membolehkan kita menggunakan the “Power of Compounding”. Ia perlu berjangka masa panjang, pelaburan ini boleh melawan inflasi.
Dibawah merupakan tip-tip kewangan daripada AKPK. Ayuh bersama menjadi warga celik kewangan, bebaskan diri dari hutang & bebaskan diri anda dari risiko melalui pengurusan yang bijak....
- Bayarlah diri anda dahulu
- Awal menabung, kerap menyimpan, bijak melabur
- Jangan simpan semua ‘telur kewangan’ anda di dalam satu bakul sahaja
- Melabur menggunakan minda, bukan sesuka hati
- Wang adalah alat untuk mencapai impian anda
Saya bukanlah seorang yang pakar dalam memberi khidmat nasihat berkaitan pelaburan, bagaimana pun saya ingin kongsikan bagaimana untuk anda mengurus risiko walau sehebat mana anda mengurus kewangan anda. Konsepnya sangat mudah :-
Ahmad mempunyai gaji RM3000.00 sebulan, seorang yang hebat dalam membuat simpanan telah menyimpan sebanyak 30%. Bayangkan dalam tempoh 3 thn, dia telah berjaya mengumpul RM32,400. Walaubagaimana pun tanpa pengurusan risiko yang bijak, sekiranya Ahmad menghadapi apa-apa musibah seperti kemalangan dan lumpuh, kesemua simpanannya kemugkinan digunakan bagi rawatan perubatannya. Disinilah kepentingan takaful bersama pakej medical card memainkan peranan. Sekiranya Ahmad dengan ilustrasi simpanan 30% setiap bulan bakal menghadapi masalah, bagaimana dengan anda????adakah simpanan anda mencapai 30% @ adakah anda mempunyai dana untuk mengurus sebarang risiko????
Bersama kita renungkan!!!!
* Orang yang gagal bukan merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang
No comments:
Post a Comment