PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Wednesday, November 25, 2015

TAKAFUL KLAIM REJEK.?

Mendapat panggilan telefon daripada seorang pelanggan Takaful XX lewat malam tadi, bertanyakan saya, GE Takaful ni senang ke nak claim? Dia terus menceritakan kisah beliau tak dapat GL dan terpaksa bayar untuk rawatan di hospital. Saya bertanyakan beliau:

1. Bila sertai Medical Card? Bulan Februari 2015.
2. Bila masuk wad? September 2015
3. Sakit apa? Sakit telinga berdengung yang teruk, ada kaitan dengan hypertension.

Terus saya memberikan maklumbalas, mana-mana insurans atau takaful operator akan investigate tuntutan yang melibatkan hypertension bagi polisi kurang dari setahun.

Pay and claim tidak bermakna tuntutan tuan di tolak terus, dan tidak perlu risau sekiranya sebelum ini tuan tidak pernah mendapatkan rawatan @ diagnose @ mengambil ubat dari mana-mana klinik atau hospital untuk hypertension.

Prinsip medical card dalam takaful adalah pengurusan risiko kewangan, sekiranya sudah ada penyakit sebelum sertai medical card takaful, ianya bukan lagi satu risiko, ianya sudah ditimpa penyakit!

Sertailah Medical Card semasa sihat, semasa muda walaupun anda mempunyai 'superb' benefits daripada majikan, melainkan majikan anda menyediakan rawatan perubatan selama-lamanya sehingga akhir hayat.

PU Atiq Aziz Takaful II
Credit kepada Tuan Ahmad Humaizi

No comments:

Post a Comment