PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Monday, November 30, 2015

COVER SEMUA, MASUK WAD PUN COVER.

"Jika encik jatuh biasa pun kita cover" ini kata agen yang seingat oleh pelanggan.

Apabila pelanggan mengalami kecederaan dilengan hampir putus urat akibat serpihan kaca hendak dapatkan rawatan yang berlaku adalah sebaliknya.

"Saya tak kata pun begitu...polisi akak tak boleh claim bil hospital"

Situasi ini nak salahkan siapa? Agen @ pelanggan?

Semasa agen PruBSN Takaful menerangkan kondisi polisinya itu, pelanggan tidak mahu menerima fakta yang wujud dan teguh menyakini kata kata agennya.

Dan kini, barulah dia sedar dan akui apa diterangkan oleh agen PruBSN dahulu adalah benar. Sememangnya polisinya dahulu tidak lengkap.

Polisinya tiada kad perubatan, yang dimaksudkan oleh agen masuk wad cover adalah untuk elaun wad.

Moral :-

1. Usah yakini kata kata agen tanpa bukti maksudnya, jika agen katakan bil ditanggung oleh syarikat takaful, pastikan ada tertulis didalam polisi.Jika tidak diberikan kad perubatan, maka tiadalah manfaat kad itu membayar bil hospital.

2. Walaupun sudah memiliki polisi, rajin rajinkanlah izinkan agen lain menilai dan menerangkan semula apa yang anda ada.

P/s: penilaian haruslah bersandarkan fakta dan bukti dalam buku polisi bukan sekadar angguk sahaja apa agen kata. Jika tiada pembuktian maka mungkin agen itu ada niat tidak jujur dan tidak beretika.

Usah terkeliru antara bayaran elaun wad hospital dan bayaran bil rawatan hospital.

8/10 prospek saya jumpa mereka sangat terkeliru dengan ini.

Klien perlu baca buku polisi, ejen tidak mampu terangkan kesemuanya apa tertulis dalam buku polisi, jika mahu ejen cerita semua maka ejen akan baca buku polisi depan anda. :)

PU Atiq Aziz Takaful II

No comments:

Post a Comment