PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Tuesday, August 13, 2013

SAYA CARI 1KAD COVER 1FAMILI

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN


Hari raya ni ada 3 prospek tanya soalan sama termasuk prospek anak buah.


Soalan ialah ada tak polisi cover semua. 1polisi 1Famili.


Prudential BSN Takaful sejak dulu tiada pakej macam tu termasuk Prudential Anssurance. Saya pun tidak pasti namun saya PASTI kerana mahu beri produk/plan hak TERBAIK SAHAJA untuk pelanggannya. Saya YAKIN!

Sebelum kita pilih mahu 1polisi 1orang ATAU 1polisi 1keluarga kita kena fahami dulu pelan-pelan tersebut.


Kene fahami dulu kelebihan dan kelemahan.
setiap takaful perlu ada 3 part
1. Part 1 Perlindungan (life)

Semasa hidup tiada masalah semua orang mampu/berupaya untuk bekerja. Masing-masing punya rezeki dapat sebulan berapa ribu. Cuma tat kala sudah meninggal atau tidak berupaya (lumpuh/kritikal) adakah mampu kita jana pendapatan itu? Itu soalnya...



Ini untuk ganti income bila berlaku kematian/lumpuh/kritikal.
Contoh suami muda meninggal pagi tadi ( al-fatihah untuk arwah) 13/8/2013 seorang jurutera Petronas katakan dia bergaji RM5000 sebulan. Oleh kerana arwah sudah meninggal maka income dia pun "meninggal" maka RM5000x12 bulan = RM60K yang dia sumbangkan kedalam keluarganya sudah TIADA.
maka dalam bahagian 1 ini...anggaran pampasan adalah RM400K jika dibahagi RM60K (rm400k/rm60k), isteri arwah ada selama 6 TAHUN 6 BULAN UNTUK guna pampasan itu sebagai GANTI PENDAPATAN ARWAH SUAMI NYA
maka ia perlu tak dalam pelan takaful kita? jika lumpuh/kritikal pun sama...income tiada maka perlu CREATE income.
namun jika kes ini ada cadangan lain untuk MANIPULASI WANG RM400K iaitu laburkan dalam TH/ASB.
RM400k labur dapat dividen 7% RM28K setahun / +- RM2300 sebulan selagi wang itu dilaburkan dalam TH/ASB
SELESAI BAB PENGGANTIAN INCOME / PROTECTION INCOME jika ada PART INI

2. PART kad perubatan


seperti kita maklum, kad ini digunakan untuk membayar kos rawatan hospital yang kian meningkat.
Jika kita mahu melakukan pembedahan batu karang kosnya RM15K di KPJ Kajang. Maka dengan adanya kad ini maka kita dapat elakkan guna wang simpanan/aset untuk biayai kos ini.
Minimum RM50K PruBSN cover untuk kos bil setahun maksimum boleh RM2juta
kad ini ada term untuk GERENTI RENEWAL. jIKA KITA sudah sakit adakah pihak syartikat benarkan penyambungan untuk tahun hadapan itu perlu difikirkan. Namun di PruBSN ia adalah geretnti & menjadi PERCUMA JIKA PESERTA LUMPUH/KRITIKAL.
Soalnya..adakah disaat lumpuh.kritikal kita mahu membayar lagi kad perubatan ini? Mahukah yang terjamin renew?
Selesai part 2 PROTECTION SAVING/ASET

3. Part Saving


Saving ni biasa orang suka namun jom kita halusi apa tujuannya.
Dulu-dulu polisi kad perubatan tiada saving maka tak bayar 30hari polisi kad tidak boleh guna maka BNM fikir ia tidak bagus untuk peserta maka di masukkan kad perubatan dalam polisi LIFE.
Tujuannya adalah jika kita gagal membayar polisi untuk 1 tempoh namun polisi masih aktif. Ok tak?

COntoh client saya ambil pada bulan 1 2013

peserta hanya bayar 4 bulan iaiitu 1,2,3,4 2013 dan 5,6,7 tidak bayar.
Namun disebabkan ada saving maka bulan 5,6 & 7 diambil daripada saviing untuk aktifkan polisi. jadi jika peserta WARDED pada bulan ke 7 maka kadnya masih boleh digunakan.
kes peserta ini bukan taknak bayar tapi gaji tidak masuk sebab tukar sek . (perkara tidak boleh kawal)
namun jika anda mengambil kad tiada saving maka anda jangan lewat melebihi 30 hari.
namun jika kita bayar canthekkk... selepas 20 tahun akan wujud duit yang agak besar di sana.. maka kita simpulkan ia untuk PENDIDIKAN ANAK, PERSARAAN DIRI

INI LEBIH KEPADA PROTECTION POLICY

Jika kita fahami 3part ini....adakah kita mahu skip salah satu part?
jika tidak mahu..3-3 part perlu miliki & bayar
mengambil kad sahaja memang murah sebab bayar kad sahaja...
namun banyak kekurangannya


itulah penerangan saya...maaf tulisan agak berterabur sebab ini adalah komen saya untuk prospek dan penerangan ini saya jadikan artikel :-) 2in1.

Info lanjut boleh juga DI SINI (KLIK SINI) ( kad standalone vs investmenlink) artikel ini bukan saya yang tulis namun ia bagus juga untuk di rujuk.


2 comments:

  1. Alhamdulillah, terbaik perkongsian tuan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. terima kasih tuan @azrain Alaman
    semoga sokongan tuan kepada saya memberi semangat yang berkekalan.

    ReplyDelete