PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...
Sunday, August 4, 2013
Aktifkan Polisi Yang Sudah Lapsed
Assalamualaikum. Artikel ini akan membincangkan situasi polisi berada dalam "lapsed list". Bagaimana mahu selesaikan masalah ini.
"lapsed list" akan dikeluarkan pada awal bulan setiap bulan. Contoh bulan 8 2013 senarai itu keluar pada 2 Ogos 2013. Contoh seperti di bawah :
Ini contoh untuk client saya bagi bulan 8. 6 orang semuanya. 3 daripadanya ada masalah teknikal gaji sebab pertukaran tempat kerja, lagi 3 masalah peribadi.
Apabila senarai ini keluar maka polisi ini sudah LAPSED iaitu tamat tempoh atau tidak aktif atau mati.
Namun, syarikat PruBSN Takaful masih beri peluang kepada peserta ini untuk kembalikan polisi mereka aktif. Ada 5 situasi.
Situasi 1
Polisi mereka yang masuk dalam lapse list ini ada 7 hari untuk aktifkan kembali. Sebelum 7 hb (bulan mereka masuk dalam lapse list) jika kes ini sebelum 7hb Ogos 2013 mereka perlu bayar sumbangan sijil sekurang-kurangnya 1bulan. Maka polisi kembali aktif untuk 1-2 bulan kehadapan & jika tiada sumbangan susulan dibayar mereka akan kembali dalam lapse list ini dan kembali ada 7 hari untuk buat bayaran. Ini namanya AUTO REVIVAL. Polisi boleh digunapakai seperti biasa walaupun masih ada tunggakan.
Situasi 2
Andai kata, mereka tidak lakukan sebarang sumbangan selepas 7 Ogos 2013 maka polisi nya tetap LAPSED/TAMAT TEMPOH dan tidak boleh diguna pakai bermula 8 0gos 2013. Untuk kembali aktif, peserta masih boleh membayar 1 bulan sahaja namun dikenakan WAITING PERIOD 1 BULAN (30HARI). Tempoh diberikana antara 8-20 Ogos 2013.
Situasi 3
Jika tiada bayaran antara 8-20 Ogos maka bayaran adalah selepas 20 Ogos, maka peserta tiada pilihan lain selain membayar penuh tunggakan yang ada dan perlu tunggu 1 bulan tempoh bertenang. Maka disini peserta akan ada beban untuk langsai tunggakan sekaligus & rugi masa untuk tunggu 1 bulan sebelum kad boleh pakai.
Contoh polisi bernilai RM160 & tunggakan selama 5 bulan.
Situasi 4
Jika polisi sudah lapsed selama 6 bulan, untuk pengaktifan polisi iaitu jika bayaran pada Jan2014 peserta perlu membayar sejumlah RM160 x 11 = RM1760 & diperlukan menjawab soalan status kesihatan serta perlu menunggu 30 hari WAITING PERIOD.
Situasi 5
Jika polisi sudah lapsed selama 12 bulan, untuk pengaktifan polisi iaitu jika bayaran pada Ogos 2014 peserta perlu membayar sejumlah RM160 x 16 = RM2560 & diperlukan untuk melakukan MEDICAL EXAMINATION. serta perlu menunggu 30 hari WAITING PERIOD.
Maka, jika anda tersenarai dalam lapse list maka anda perlu pilih untuk membayar 1 bulan dahulu dan cuba selesaikan tunggakan tersebut secara ansur-ansur. Semoga anda membuat pilihan yang tepat.
Sekian Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment