PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Tuesday, May 18, 2021

TAKAFUL TIPU! MAKAN DUIT CUSTOMER!

"Ambik takaful dah 10 tahun. Bayar setiap bulan 150+150 untuk aku dan isteri, tapi bila nak tutup polisi, syarikat takaful hanya bagi RM13 ribu ja, padahal kalau ikut simpanan aku mesti ada dalam lingkungan RM30 ribu lebih. Memang makan duit orang la takaful ni." - ayat" mangsa teraniaya" 🙄

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini kesilapan orang kita, bila ambik takaful ingat semuanya sama ja macam bank.

- TAKAFUL untuk perlindungan
- BANK untuk simpanan
- ASB untuk pelaburan.

1. Takaful diguna pakai untuk membantu anda menyelesaikan masalah kewangan ketika malapetaka kewangan melanda kepada kita seperti menggantikan gaji anda jika anda sudah tiada nanti/lumpuh/kritikal serta membayar bil hospital.

Sebahagian yang kita bayar takaful akan digunakan untuk derma ke tabung tabaruk. Daripada duit tabungan ini digunakan untuk bayar manfaat ahli2 takaful yang ditimpa musibah. Duit dah derma, memang la dah hangus. Tp dapat pahala kat kita. Kan. Sebab tu bila stop takaful, dapat sebahagian je.

Kalau anda dapat penerangan kata takaful ni untuk menyimpan untuk buat simpanan, anda tidak bernasib baik, dapat penerangan tidak tepat daripada agen itu.

Di takaful 'simpan' duit untuk bina tabung perlindungan income dan perlindungan aset.

2. Bank pula untuk simpanan jangkamasa pendek yang boleh diguna pakai ketika terdesak atau hari tua atau membeli target anda. Nak simpan beli tv ke, beli rumah ke, beli kereta ke, simpan sini.

3. Pelaburan adalah untuk simpanan jangkamasa panjang dan pulangan yang tinggi atau tiada pulangan, ianya mempunyai risiko kerana bergantung pada harga semasa. Selalunya pelaburan ni untuk perancangan anda ketika pencen.

Itu adalah sedikit info tentang perancangan kewangan.

Walaupun kita tidak cukup duit setiap bulan, usah lupa  buat sedikit peruntukkan membayar takaful untuk dijadikan satu 'simpanan' membina duit yang banyak dan cepat sebagai tabung perlindungan gaji kita.

Ada guru ajar, buat apa bersusah payah bayar takaful kalau bulanan pun tercungap cungap nak makan.

Bagi PU, orang tak cukup duit la perlu ambil takaful. Masa sihat pun tak cukup, apatah lagi waktu sakit, Silap2 hilang gaji kan?

Kalau anda ikut ajaran guru tersebut , anda tanggung lah kesan masa depan. Guru itu takkan datang bawa duit berkepuk nak bagi kat anda ketika anda sakit. Kan..

Peruntukan 5-10% daripada gaji untuk polisi life. Tujuan untuk membuat perlindungan gaji. 👏

Jika nak bincang, boleh klik link ini

PU'Atiq
Perunding Urusharta
Coach Team Development 

No comments:

Post a Comment