PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Tuesday, November 22, 2016

IBU MAKAN HARTA HARAM?

IBU REMBAT SEMUA PAMPASAN TAKAFUL ARWAH ANAKNYA??



Soalan:- “Suami saya meninggal pada bulan Febuari lepas. Saya ada anak lelaki baru berusia setahun dan saya masih bekerja.

Suami ada takaful dan penama adalah ibunya. Ibu arwah telah buat tuntutan terhadap takaful tersebut. Dia menyatakan takaful itu hak dia tanpa buat pembahagian sikit pun pada anak saya atau saya.

Sekarang ini saya tengah buat pembahagian harta di pejabat tanah berkaitan dengan rumah, kereta & motor.

Persoalan saya adakah takaful tersebut perlu difaraidkan untuk bahagian anak dan saya?

Boleh ke saya membuat tuntutan faraid keatas takaful arwah suami saya walaupun penamanya adalah ibu arwah?”

Jawapan:-

Sebelum kita huraikan lebih lanjut hal ini, kta perlu kenal pasti terlebih dahulu takaful arwah suami puan meletakkan PENAMA atau HIBAH di ruangan penamaan sijil takaful. Boleh rujuk sijil takaful arwah.

Adakah puan boleh tuntut atau tidak, boleh rujuk jawapan di bawah.

BOLEH TUNTUT jika ibu arwah dilantik sebagai penama sahaja. Sebab penama bagi orang Islam cuma pentadbir harta atau pemegang amanah dan perlu membahagikan harta secara pesertujuan bersama atau ikut Faraid.

TIDAK BOLEH tuntut jika suami membuat hibah takaful. Maksudnya dia menghibahkan polisi takaful dia pada ibu beliau.

Masih ramai yang mempunyai salah faham tentang fungsi penama bagi orang Islam.

Bila ini berlaku dimana penama tidak menjalankan tanggungjawab adakah kemungkinan besar, penama memakan harta bathil? Atau harta haram - mengambil hak orang lain? Atau makan harta anak yatim?

Berhati-hatilah bila kita letak seseorang itu sebagai penama. Pastikan dia tahu tanggungjawab dia sebagai penama.

Takkan kita sanggup lihat ibu kita makan harta haram?

Pastikan anda buat perancangan harta agar keluarga anda terhindar dari musibah INSYAALLAH.

Boleh belajar ilmu ini semasa kita hidup, sebelum mati. Bukan sahaja persiapkan amalan sebelum mati, namun kita juga perlu fikirkan apakah yang bakal ditinggalkan kepada waris (anak2 isteri) dan bagaimana kita nak agihkan harta peninggalan kita.

Boleh hubungi saya : 0129093444 PU'Atiq

No comments:

Post a Comment