PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Monday, August 29, 2016

Pengalaman Bersama Takaful

Perkongsian pengguna Irna Syafiqah
-------------------------------------
"Tak rasa rugi ke bayar Takaful tiap tiap bulan. Pakai ke tidak belum tentu".
.
My respond is:
.
Saya start ambil Takaful pada 2013. Sehingga hari ini, jumlah caruman saya pada Takaful hanya lah RM5,600.
.
2015 kali pertama saya diuji Tuhan.
Bill rawatan RM9,280. Bill rawatan susulan kurang lebih RM500. Total RM9,780.
.
May 2016 sekali lagi diuji Tuhan.
Bill rawatan RM3,120.20. Bill rawatan susulan kurang lebih RM200. Total RM3,320.20.
.
Jun 2016 sekali lagi diuji Tuhan.
Bill rawatan RM3,500 kurang lebih. Bill rawatan susulan RM600 kurang lebih. Total RM4,100.
.
Jumlah baru bayar RM5,600.
Jumlah dah pakai RM17,200.20.
.
And one more thing, the best part is. Pada masa yg sama saya dah tinggalkan sejumlah RM ratus ribu pada waris waris saya andai esok lusa dipanggil Ilahi.
.
I don't see which part is RUGI. If you know your needs, there is no such thing as RUGI.
.
Kalau lah saya masih berdegil tak mahu ambil Takaful pada 2013 dulu, RM17,200.20 tadi sudah pasti datangnya dari FAMILY dan TERPAKSA KELUARKAN DUIT dari Bank/Tabung Haji/ASB. ITU pun kalau ada RM17,200.20 tadi. Kalau takda? 😊
.
#Takaful #AjakDanAjar

Friday, August 26, 2016

Sejujurnya, sayang anak? Klik sini

Risiko Diri antaranya ialah KEHILANGAN PENDAPATAN untuk diri dan keluarga.

Kita masih muda, anak2 masih kecil, kita pencari rezeki. Tiba2 kita pergi awal (mati), tinggallah anak2 kecil itu tanpa gaji kita. Gaji terakhir kita 25.8.2016.

Secara jujurnya, adakah anda ingin teruskan gaji anda selepas kematian anda untuk anak2? Jawap jujur dalam hati. Jika nak, hubungi PU'Atiq.

Monday, August 22, 2016

Polisi Membela Hak Isteri

HIBAH DAN FARAID, berapakah isteri dapat?

Kerana persoalan ini ditanya kepada seorang isteri, maka, dia pun bersetuju mengambil satu polisi PruBSN untuk suaminya.

Puan-Puan, tahukah anda, anda layak 1/8 sahaja harta peninggalan suami puan kelak?

Ramai para isteri tidak tahu hal ini, mereka rasakan, harta arwah suami akan diberikan kepadanya. Ini silap.

Bagi memastikan hak isteri terbela selepas kematian suami, eloklah para isteri ambil polisi takaful keatas suaminya sendiri, dan pampasan itu dihibahkan kepadanya.

Jika suami belum ada polisi takaful, eloklah tu, ambil lah satu. Suami yang sayang isteri, akan ambil takaful keatas dirinya untuk isteri tersayang.

PU'Atiq Mentor Takaful #1 Anda

Sunday, August 21, 2016

Kepentingan Simpanan Dalam Takaful

POLISI TAKAFUL ADA SIMPANAN. Penting ke?

PU'Atiq berpendapat pentingnya takaful ada simpanan bertujuan sebagai PERLINDUNGAN POLISI peserta takaful. Bagaimana tu.? Jom ikuti kisah ini.

Dah tak bayar berapa bulan pun masih boleh guna kad. Cantik sungguh aturan Allah. Ada kawan minta khidmat nasihat, baru disahkan kanser rahim. Umur 28, muda. Bukan client saya. Saya sekadar bagi consultation.

Dah berbulan payment takaful tertunggak. Nasib baik Takaful masih AKTIF sebab ada saving dalam polisi yang backup sementara waktu. Sikit je lagi nak EXPIRED. Fuhhh.

Sekarang dalam proses menjalani rawatan yang bakal memakan wang berpuluh ribu.

Sakit macam2. Jaga makanan kita. Pergi health checkup sekali setahun. Ambil takaful untuk persediaan. Banyak bersenam,berdoa moga dijauhkan dari ujian penyakit. Aku doakan kamu sembuh sahabat. :(

Ini adalah kisah diceritakan oleh sahabat PU'Atiq, Tuan Ahmad Zul Afif

PU'Atiq ada simpanan banyak kes yang mana SIMPANAN takaful membantu peserta masih dapat perlindungan walaupun polisi tidak berbayar sekian lama.

PU'Atiq gariskan tujuan simpanan secara ringkas :

1. Simpanan di takaful bertujuan untuk membantu melambatkan polisi cepat LAPSED (MATI)  jika tiada sumbangan diberikan oleh peserta.

2. Simpanan ini akan disedut untuk membiayai caj tabaru' polisi, ini membuatkan polisi lambat LAPSED.

3. Simpanan digunakan untuk tampung perbezaan sumbangan dan caj tabaru' jika ada. Contoh, sumbangan RM1800 setahun, caj tabaru' RM2400 setahun, maka perbezaan (tidak cukup) RM600, maka, ia disedut dari simpanan. Peserta kekal bayar RM1800 dan polisi kekal AKTIF.

4. Semua ini tertakluk kepada caj tabaru',  jumlah simpanan yang ada, berapa lama simpanan dapat membantu , wallahuaklam. Cuma kita harus tahu, simpanan digunakan untuk pastikan polisi lambat LAPSED.

5. Simpanan di takaful bukan seperti simpanan dibank. Di bank  simpan RM100 ada RM100. Ditakaful tidak, simpan RM100 belum tentu ada RM100. Simpanan Ditakaful perlu masa yang lama untuk terkumpul, biasanya 20 tahun. Itu pun belum jamin dapat 100%. Kebiasaannya dapat 60-70% apa yang kita dah bayar polisi.

6. PU'Atiq tidak begitu suka kempen takaful untuk Education, Retirement, Haji dan lain2. Bagi PU'Atiq, takaful adalah PERLINDUNGAN.

LIFE - PROTECTION OF INCOME (Memastikan gaji bulanan tetap ada walaupun peserta suda meninggal atau lumpuh atau kritikal)

MEDICAL CARD - PROTECTION OF SAVING/ASSET (Menghalang simpanan/aset sedia ada daripada hangus bayar bil hospital)

SAVING - PROTECTION OF POLICY (Melambatkan polisi menjadi LAPSED/MATI)

Setiap jenis produk ada kelebihannya tersendiri, ada produk tiada simpanan. Makanya, anda sebagai pelanggan atau bakal pelanggan, harus mengetahui kelebihan dan kekurangan setiap produk. Setiap Sen Duit Anda, Tanggungjawab Anda Pastikan Bermanfaat.

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

Wednesday, August 17, 2016

Kenapa Klaim Disiasat?

Setiap penyakit ada tempoh tertentu untuk sampai tahap tertentu. Sebagai contoh, batu karang saiz yang 1mm,2mm@3mm ambil masa nak terbentuk. Mana mungkin dalam masa tempoh yang singkat batu terbentuk dengan cepat.

Contoh, polisi 7 bulan, batu karang bersaiz 2.5mm, adakah logik? Ini tidak logik, semestinya ia sudah terbentuk sebelum itu lagi (sebelum ambil takaful). Maka isu ini menjadi "keraguan" kepada tim yang meluluskan klaim. Maka untuk adil, pihak syarikat mohon disiasat terlebih dahulu.

."Mana saya nak tahu penyakit ini ada dah dalam pundi kencing saya", "Saya sihat, tiada apa2 sakit sebelum ini", "Mana kita nak tau apa ada dalam badan kita! "

Ya semua penyataan ini ada benarnya. Cumanya jika seseorang itu betul2 sihat, tiada alami sakit tersebut, insyaAllah klaim diluluskan (paid n klaim). Usah risau, anda berhak ke atas apa hak anda.

Kita kena tahu, pihak syarikat boleh link dengan hospital, syarikat takaful/insurans lain untuk dapatkan sejarah kesihatan kita sebelum ini. Jika syarikat dapati ada rekod, maka pihak syarikat akan minta peserta sediakan.

Contoh, Si Ali hadapi batu karang, pihak hospital akan mohon Si Ali berikan beberapa info/dokumen/report untuk dianalisis mengikut rekod yang ditemui oleh syarikat.

Jika klean, bersih, tiada apa2 bukti peserta pernah dapatkan seberang rawatan berkaitan, maka pihak takaful akan bayar klaim itu.

Jika terbukti ada rekod kesihatan sebelum ambil polisi  dan tidak dinyatakan semasa permohonan takaful, maka klaim akan decline.

Rupanya hampir RM2juta klaim telah di decline kerana kes Non-Disclosure. Jika wang ini dibayar tanpa siasatan, maka hilanglah duit orang ramai. Adalah menjadi amanah kepada pihak syarikat untuk mengurus duit itu sebaiknya.

Makanya,

Jika ambil polisi, nyatakan tahap kesihatan yang sebenar semasa isi borang.

Jika kes betul2 bersih, usah risau, hak anda akan terjamin.

Elakkan guna takaful pada peringkat awal usia polisi. Namun ini bukan jaminan klaim tetap lulus walaupun polisi sudah lama, ada kes polisi sudah 3-5 tahun, namun tidak dicover sebab, rekod ditemui sakit yang nak diklaim telah ada sebelum ambil polisi.

Kita harus bersatu untuk menjadi lebih amanah dalam setiap urusan kerja kita. InsyaAllah, kita istiqamah melakukan yang terbaik.

PU'Atiq Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

Thursday, August 11, 2016

KWSP SHARIAH & AKAUN BANK SHARIAH

KWSP SHARIAH & AKAUN BANK SHARIAH

Alhamdulillah syukur, pilihan kepada Muslim untuk dapatkan pelaburan patut Shariah dalam KWSP telah ada, maka wajiblah kita tukar ke skim ini daripada skim konvensional.

Cumanya, akaun bank patuh Shariah lebih lama wujud di Malaysia namun masih ramai tidak menukarkan ke akaun Shariah. PU'Atiq sarankan kita semua peka dan ambil berat tentang ini. Ini mengelakkan kita terpalit secara langsung dengan riba dalam akaun konvensional.

Semoga dengan usaha kita memilih akaun patuh Shariah di KWSP dan Bank dipandang mulia di sisi Allah dan mendapat redha NYA. AMIN.

PU'Atiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
Www.fb.com/atiqaziz

Tuesday, August 9, 2016

Sudah ada gaji ketika lumpuh?

Jika lelaki ini adalah ANDA. Sudahkah anda ada gaji ketika ini yang diperolehi daripada pampasan takaful? Sementara masih berupaya, masih hidup.. Buatlah takaful untuk 10 tahun gaji anda.

Semua orang tidak tahu samada dia lumpuh atau tidak. Semua orang tak nak lumpuh. Tetapi semua orang akan mati. Buat takaful tak rugi  tapi tak buat takaful itu rugi.

Monday, August 8, 2016

KWSP Dana Shariah

DR ZAHARUDIN ABD RAHMAN
PENTING!!! SEGERA BERUBAH KE KWSP SIMPANAN PATUH SHARIAH BERMULA 8/8/2016

Alhamdulillah, hasil desakan & kesedaran orang ramai sehingga membawa kepada survey rasmi oleh KWSP, keputusannya lebih 71 % inginkan simpanan KWSP Patuh Shariah, hasilnya, BERMULA 8 Ogos 2016, semua pencarum KWSP boleh mula beralih ke KWSP Simpanan Shariah.

Saya sendiri akan berada di KWSP Ibu Pejabat di Jalan Raja Laut pada awal pagi tarikh 8 Ogos nanti. Insha Allah

Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah. Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Untuk tujuan tersebut, kalian perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli.

Dari sudut hukum Syariah, adalah WAJIB bagi pencarum beragama Islam untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah. Had awal yang ditawarkan kepada pencarum adalah RM 100 bilion sahaja, justeru SEGERA bertindak sebelum kehabisan tempat dan terpaksa menunggu lebih lama.

Untuk malumat lanjut sila buka link http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/index.html

Kalau tidak untuk diri sendiri pun, untuk anak cucu dan sahabat2 lain. Panjang2 kan lah.