PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Sunday, March 26, 2017

Senarai 36 Penyakit Kritikal


Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi. Senarai penyakit kritikal adalah :

1. Serangan Jantung
2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Lumpuh
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
9. Hepatiti Virus Fulminan
10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Kebolehan Bertutur
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Akibat Transfusi Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Yang Kronik
24. Penyakit Paru-Paru Kronik
25. Anemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Ensefalitis
31. Full Blown AIDS
32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom Apalik
35. Trauma Kepala Utama
36. Kehilangan Tangan Atau Kaki

Untuk penerangan lebih lanjut tentang definasi tahap kritikal bagi setiap penyakit, anda boleh merujuk dokumen polisi atau menghubungi saya.

PU'Atiq
Mentor Takaful Anda
www.wasap.my/60129093444

Saturday, March 25, 2017

Beza Wasiat & Hibah

Saya telah berkecimpung dalam industri perancangan dan pengurusan harta pusaka secara syariah selama 11 tahun. Sepanjang tempoh ini, saya telah menyampaikan beratus ceramah dan bertemu dengan beribu orang Islam di seluruh Malaysia. Tetapi apabila saya bertanya kepada mereka apa yang mereka faham mengenai dokumen yang mesti dibuat berkaitan harta pusaka?

Satu perkataan selalu keluar dari mulut mereka iaitu wasiat. Saya rasa kita terlalu banyak menonton filem Tiga Abdul yang seingat saya telah diulang tayang entah berapa ribu kali agaknya semenjak saya kanak-kanak sehinggalah sekarang. Dalam filem itu, wasiat digunakan sebagai dokumen untuk membahagikan harta pusaka dan sebab itulah apabila disebut harta pusaka orang akan kaitkan dengan wasiat.

Sekiranya anda juga mempunyai fikiran sebegitu, saya hendak memaklumkan anda dengan satu fakta yang mungkin memeranjatkan. Anda silap! Bagi orang Islam, wasiat bukanlah dokumen yang paling berkesan untuk membahagikan harta. Jika anda menyediakan wasiat dan di dalamnya anda nyatakan mengenai hasrat anda untuk membahagikan harta mengikut formula tertentu, pembahagian itu tidak berkuatkuasa secara automatik kerana ia memerlukan persetujuan semua waris untuk dilaksanakan.

Masyarakat selalu bertanya kepada saya, kalau wasiat untuk pembahagian harta tidak boleh dikuatkuasakan, kenapa pula mereka nak menyediakan wasiat? Jawapan saya biasanya mudah sahaja, “Kenapa pula nak buat wasiat?” Saya selalu nasihatkan rakan usahawan saya, kalau mereka ingin membahagikan harta mereka mengikut formula tertentu kepada orang yang mereka kehendaki baik waris mahupun bukan waris, dokumen yang paling berkesan sebenarnya ialah HIBAH.

Apa itu hibah?

Dari segi bahasanya, hibah bermaksud hadiah. Selagi anda masih hidup dan bernafas, anda bebas untuk memberikan hibah kepada sesiapa pun mengikut formula yang anda kehendaki. Sekiranya anda berhasrat untuk membahagikan harta, anda patut mempertimbangkan untuk menyediakan hibah kerana ia mempunyai beberapa kelebihan seperti:

l

Formula pembahagian yang berkuatkuasa.

Berbeza dengan wasiat yang formula pembahagiannya mesti dipersetujui oleh waris sebelum boleh dilaksanakan, formula pembahagian hibah berkuatkuasa sepenuhnya mengikut hasrat pemberi hibah di dalam dokumen hibah tersebut. Sebaik sahaja Mahkamah Syariah memutuskan bahawa hibah itu sah mengikut hukum syarak, ia tidak boleh dituntut oleh waris yang lain. Jadi kalau anda serius untuk memastikan hasrat ini tercapai, buatlah dokumen hibah dan bukannya wasiat.

l

Hibah kepada anak dan cucu boleh ditarik balik.

Ada juga orang yang bercakap dengan saya, tak payah bersusah-payah untuk buat hibah. Pindah milik sahaja hartanah yang dikehendaki kepada anak-anak yang mereka ingini. Jawapan saya, “Tentu sahaja boleh pindah milik tetapi jangan menyesal kalau anak-anak kita jual hartanah ini dalam keadaan kita masih bernyawa kerana ia telah pun menjadi milik sah mereka.”

Bukan sedikit kes yang saya temui di mana ibu bapa yang telah memindahmilik rumah mereka kepada anak-anak, dihalau dari rumah selepas itu. Sadis bukan? Tapi itulah hakikat kehidupan.

Di sinilah hibah mempunyai keistimewaan ketara. Dengan menyediakan hibah, kita telah menetapkan siapakah yang akan menerima harta ini mengikut formula yang kita mahu tetapi sekiranya pemberian ini dibuat kepada anak dan cucu, kita boleh menarik balik atau mengubah formula pemberian ini pada bila-bila masa yang kita kehendaki.

Perlaksanaan selepas kematian pemberi hibah.

Walaupun dokumen hibah disediakan hari ini, namun pindah milik di dalam geran hanya akan dibuat selepas kematian pemberi hibah. Perlaksanaan menggunakan modul seperti ini menjamin bahawa pemberi hibah masih mempunyai kuasa ke atas hartanah yang dihibah selagi dia masih hidup. Wasiyyah Shoppe telah melaksanakan modul perkhidmatan ini dengan jayanya dan sehingga 31 Disember 2007, telah berjaya mendapatkan lebih daripada 27 perintah penghakiman daripada Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.

l

Kos penyediaan hibah yang lebih murah daripada pindah milik.

Sekiranya pindah milik dibuat daripada nama pemberi hibah kepada penerima hibah, duti setem perlu dibayar. Secara umumnya, duti setem ini ialah 1.0 peratus untuk nilai hartanah RM100,000 yang pertama, 2.0 peratus untuk nilai hartanah RM400,000 yang kedua dan 3.0 peratus untuk nilai hartanah yang seterusnya.

Seorang ayah atau ibu boleh memilih untuk memindah milik hartanah mereka kepada anak-anak hari ini tetapi mereka perlulah membayar kos ini. Oleh kerana hibah tidak memerlukan pindah milik berlaku, duti setem tidak perlu dibayar dan ini menyebabkan prosedur menyediakan hibah jauh lebih efektif dari segi kos.

Dengan penerangan ringkas ini, saya harap umat Islam di Malaysia akan memahami dengan jelas fungsi dan keberkesanan hibah. Kalau anda berhasrat agar harta pusaka anda dibahagikan mengikut formula yang anda kehendaki, buatlah hibah dan bukannya wasiat. Jadi sudahkah anda menyediakan dokumen hibah anda hari ini?

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Februari 2015 @ 6:42 AM

Artikel diambil dari

http://www.hmetro.com.my/node/31176

Tuesday, March 21, 2017

TIPS JAGA GIGI

BERSIH GIGI. Setelah sekian lama tidak berjumpa dengan doktor gigi,hari ini PU'Atiq hadir serah diri. Atas sebab kesedaran penjagaan gigi, 2 minggu lepas, PU buat temujanji untuk cuci gigi. Alhamdulillah Syukur, hari ini PU buat cuci gigi buang karang gigi dan Polish gigi di Klinik Besar Pergigian Pasir Mas, Kelantan.

Untuk pengetahuan semua, pemeriksaan gigi perlulah dilakukan 2x setahun. Kos RM1 setiap kali jumpa. Jika gigi perlukan pembersihan atau rawatan, pihak klinik akan berikan tarikh temujanji. Kes PU ambil masa 2 minggu.

Kos cuci RM2 dan kos jumpa kali kedua RM1 JADI total semua RM4. Cumanya jika staff kerajaan dan ahli keluarga yang layak adalah PERCUMA.

PU'Atiq baru tahu, selain gosok gigi, kita juga perlu buang juga kotoran antara gigi dengan menggunakan tali pembersih gigi (PU tak tahu apa namanya). Boleh buat setiap hari atau berkala.

Makanya, PU'Atiq menyarankan anda semua buatlah penjagaan kesihatan gigi agar gigi sentiasa sihat. Kos yang rendah, tidak membebankan. :). Apabila gigi rosak, banyak pula kos kita kena buat gigi palsu, apatah lagi gigi palsu emas. Hehe.

Boleh hadir ke klinik gigi berdekatan untuk khidmat nasihat yang lebih terperinci.

Sampaikan mesej ini kepada semua orang ya.

Terima Kasih

PU'Atiq
Mentor Takaful Anda

Untuk Buat Duit Masa Sakit, boleh klik sini www.wasap.my/60129093444

TIPS GIGI SIHAT

BERSIH GIGI. Setelah sekian lama tidak berjumpa dengan doktor gigi,hari ini PU'Atiq hadir serah diri. Atas sebab kesedaran penjagaan gigi, 2 minggu lepas, PU buat temujanji untuk cuci gigi. Alhamdulillah Syukur, hari ini PU buat cuci gigi buang karang gigi dan Polish gigi di Klinik Besar Pergigian Pasir Mas, Kelantan.

Untuk pengetahuan semua, pemeriksaan gigi perlulah dilakukan 2x setahun. Kos RM1 setiap kali jumpa. Jika gigi perlukan pembersihan atau rawatan, pihak klinik akan berikan tarikh temujanji. Kes PU ambil masa 2 minggu.

Kos cuci RM2 dan kos jumpa kali kedua RM1 JADI total semua RM4. Cumanya jika staff kerajaan dan ahli keluarga yang layak adalah PERCUMA.

PU'Atiq baru tahu, selain gosok gigi, kita juga perlu buang juga kotoran antara gigi dengan menggunakan tali pembersih gigi (PU tak tahu apa namanya). Boleh buat setiap hari atau berkala.

Makanya, PU'Atiq menyarankan anda semua buatlah penjagaan kesihatan gigi agar gigi sentiasa sihat. Kos yang rendah, tidak membebankan. :). Apabila gigi rosak, banyak pula kos kita kena buat gigi palsu, apatah lagi gigi palsu emas. Hehe.

Boleh hadir ke klinik gigi berdekatan untuk khidmat nasihat yang lebih terperinci.

Sampaikan mesej ini kepada semua orang ya.

Terima Kasih

PU'Atiq
Mentor Takaful Anda

Untuk Buat Duit Masa Sakit, boleh klik sini www.wasap.my/60129093444

Monday, March 20, 2017

PU'Atiq Bantu Ayah 3 Anak

PU'Atiq ada temubual seorang ayah yang ada 3 orang anak berusia 4 bulan - 5 tahun. PU'Atiq tanya dia, apakah impian dia terhadap anak2nya itu?

Jawap dia, "Saya nak anak2 saya berjaya dalam hidup, boleh belajar masuk universiti la".

Alhamdulillah, tahniah. PU'Atiq ucapkan kepada dia sebab bagus impian tu. PU'Atiq tanya lagi, nak capai kejayaan anak ni, perlukan duit. Bukannya sedikit. Banyak perlu duit. PU'Atiq tanya dia, bagaimana cara dia nak sediakan duit tu?

Dia cakap, hasil saya bekerja, duit tu saya simpan dan gunakan untuk bayar kos pendidikan anak2nya. Dia kata, hal anak2 ni kita sanggup buat apa sahaja asalkan anak2 berjaya.

Cuma PU'Atiq tanya dia, bagaimana kalau Abang tidak sempat untuk menjaga anak2 hingga dia berjaya? Maksudnya, Abang dah pergi dulu semasa mereka kecil. Bagaimana Abang nak sediakan duit tadi?

Dia kelu seketika. Tidak dapat berkata apa2. Mungkin dia tak pernah terfikir tentang itu.

Ye lah, pasal ni jarang sangat orang fikir. Tapi itulah tugas kami, perlu beritahu kepada masyarakat.

Selepas seketika, dia jawab, "Ntah lah, saya pun tak pasti, sebab saya taj terfikir pula, tapi betul persoalan awak tanya tu".

PU'Atiq pun tanyalah kepada dia, "Abang, kalau selepas kematian Abang, Abang tinggalkan RM250K kepada anak2, bolehkah duit itu digunakan oleh anak2 Abang untuk buat belajar seperti Abang hajatkan tadi?"

Dia pun cakap, insya Allah boleh sangat tu, cuma dia cakap, dia tak de duit sebanyak itu. Hutang adalah.

PU'Atiq pun berikan cadangan kepada dia, untuk sign up satu pelan dengan PU agar apabila berlaku muhibah terhadapanya (seperti mati @lumpuh @kritikal), dia dapat sediakan duit berjumlah RM250K kepada anak2nya.

Alhamdulillah dia bersetuju. PU'Atiq rasa sangat lega dan puas hati kerana telah dapat membantu dia. Antaranya ialah

1. PU'Atiq dapat bantu dia capai hasrat dia jika doa pergi awal meninggalkan anaknya.

2. PU'Atiq dapat bantu anak2 dia tidak berada dalam kesempitan duit.

3. PU'Atiq dapat bantu meringankan beban waris yang akan menjaga anak2nya nanti.

4. PU'Atiq dapat bantu dia ketenangan jiwa supaya lebih berat kepala memikirkan masa depan anaknya.

Alhamdulillah syukur. Allah permudahkan.

Adakah anda juga mahu PU'Atiq bantu anda? Jika YA, klik link ini www.wasap.my/60129093444

Terima Kasih

Wednesday, March 8, 2017

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi ke artikel ini. Tujuan saya adalah ingin berkongsi kepada anda berkaitan KEPENTINGAN PERLINDUNGAN GAJI untuk diri sendiri dan keluarga anda TERCINTA.


Saya hanya ingin mencungkil kesedaran dalam diri anda agar anda boleh melalukan sesuatu yang terbaik buat anda dan keluarga.


Hasrat saya adalah untuk anda membuat tindakan PERLINDUNGAN GAJI jika berlaku kelumpuhan/sakit kritikal atau kematian ke atas anda.


Perkara ini memberi kesan BESAR terhadap GAJI anda. Jika lumpuh, gaji juga LUMPUH, jika mati, gaji juga MATI. Sedangkan kita @ keluarga kita masih perlukan duit untuk meneruskan kehidupan.


Penerangan Ringkas


PERLINDUNGAN GAJI adalah satu nilai duit kita ada setelah kita mati/kritikal/lumpuh.


Berapa DUIT diperlukan?


1. Cadangan adalah 10 TAHUN GAJI TAHUNAN ANDA, Contoh, gaji RM3000 sebulan maka keperluan adalah RM3000 x 12 bulan x 10 Tahun = RM360K.


Jika umur saya 34 tahun, saya hanya perlu menyimpan RM150 sebulan di takaful untuk mendapatkan pampasan RM360K itu.


Apabila saya meninggal : RM360K diberikan kepada ahli keluarga saya untuk sara hidup mereka


Jika saya lumpuh : RM360K diberikan kepada saya untuk sara hidup saya dan keluarga.


Baguskan?


2. Tambah jumlah hutang yang ada. Contoh saya ada hutang kereta RM100K maka saya tambah RM100K menjadi RM460K


RM360K untuk gaji 10 tahun

RM100K untuk hutang kereta

3. Tambah untuk WAKAF. Contoh saya berniat nak wakafkan RM50K untuk surau khariah saya maka pampasan patut saya ambil adalah RM510K


RM360K untuk gaji 10 tahun

RM100K untuk hutang kereta
RM50K untuk wakaf surau

Cantik kan?


Selain itu pampasan ini boleh bantu keluarga kita ringankan beban, buat badal haji, tanggung pendidikan anak2, bayar hutang, wakaf dan lain2.


Rujuk Kisah Ini. Antara manfaatnya jika ada takaful.











Jika kita tidak menyediakan sebarang perancangan kewangan kepada diri dan keluarga, kisah ini boleh terjadi kepada diri dan keluarga anda.


BALU JURUTERA DIUNDANG MALANG

http://www.hmetro.com.my/node/208193

Bukan niat nak aibkan mereka, namun kisah ini boleh jadi tauladan kepada kita agar kita dapat membuat sesuatu kepada keluarga kita.


"Siapa sangka kehidupan serba mewah yang pernah dinikmati keluarga ini suatu ketika dulu hilang sekelip mata, malah mereka mengikat perut hampir setiap hari selepas ketua keluarga meninggal dunia akibat serangan jantung dua tahun lalu."


Kita sebagai pencari duit dalam keluarga, apabila kita mati, maka gaji pun mati juga, walhal anak2 masih perlukan duit untuk sara hidup. Maka tugas kita, amanah kita untuk sediakan duit untuk anak2 guna sebagai sara hidup bagi kelangsungan hidup, pendidikan dan lain2.


“Suami pergi mengejut dan kami langsung tiada wang simpanan menyebabkan beberapa anak saya menamatkan pengajian kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan mereka"


Jika kita sediakan duit untuk anak2 belajar, alangkah bagusnya. Anak anda boleh belajar dengan elok walaupun anda sudah tiada, anak anda jadi pandai, boleh beri syafaat kepada anda kelak, Anak adalah KUNCI SYURGA ANDA.



“Mana lagi kami nak pindah sedangkan untuk makan pun berjimat,” katanya yang menyewa rumah RM500 sebulan."

Zainurita berkata, sebelum ini dia menjual nasi lemak bagi menampung perbelanjaan namun selepas keretanya rosak sejak tiga bulan lalu, mata pencariannya terputus."

BESAR ujian mereka. Mahukah anda biarkan anak2 isteri anda kelak terjerumus dalam masalah sebegini??

Pastinya tidak mahu kan?

Maka, saya sangat sarankan anda buat perancangan awal, ambil takaful untuk sediakan wang tunai kepada diri sendiri, anak2 dan isteri.

Untuk perbicangan lebih terperinci dan lebih baik, boleh hubungi saya, kita duduk bersama berbincang. InsyaALLAH.

PU'Atiq
Mentor Takaful Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444