PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Wednesday, August 29, 2012

Ingin Ke NCD Tinggi?

Assalamualaikum

Akhbar Harian Metro membuat laporan tentang bilangan rakyat Malaysia yang telah GEMUK. 
Laporan ini dibuat pada 26 Ogos 2012.


Punca Gemuk ini atau disebut Obesiti ini banyak terjadi disebabkan tabiat pemakanan rakyat Malaysia yang tidak sihat seperti makan makanan berlebihan, makanan berlemak tinggi, makanan yang terlalu manis dan makan lewat malam.

Obesiti ini tersangatlah bahaya kerana ia boleh membawa penyakit kencing manis, jantung, darah tinggi dan lain-lain.

Situasi ini amatlah membimbangkan, kerana ini akan membuatkan penyakit tidak berjangkit (NCD) semakin meningkat. Seperti laporan ini ...


Orang muda sudah banyak menghidapi penyakit NCD...

Obesiti ini membuatkan Malaysia merangkul tempat No1 di Asia untuk kategori rakyat paling ramai obes.





Ramai betul rakyat Malaysi ni obes dan terdedah kepada pelbagai penyakit. Habis tu? Kenapa?

Masalahnya bila dah obes...mudah penyakit mari...bila penyakit datang...duit banyak habis untuk berubat selain kehidupan sudah tidak indah lagi...

Untuk atasi masalah obes ini...bolehlah anda amalkan diet Atkins (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/33-masakan-dan-makanan/7195-atkins-diet-.html)
untuk elakkan masalah kewangan...miliki kad perubatan segera ketika badan masih sihat. kenapa kenapa kenapa?


Ok, meh sini saya nak citer. Mungkin ramai yang dah tau, tapi saya yakin masih ramai jugak yang tak tau dan tak nak amik tahu.

Apa impact atau kesan kalau orang yang obesiti ini kalau diorang nak apply takaful especially medical card?

Rules of Thumbs...

"Nak apply takaful (sihat sebelum sakit)." Alhamdulillah, ramai yang jugak yang dah aware pasal benda nie. So, saya nak ajak anda berfikir pasal risiko. Walau pun kita tak tau, sebab sakit atau sihat pada masa akan datang hanya Allah yang tahu dan tentukan (tidak kira sama ada orang tu gemuk atau normal atau kurus). Kita hamba-Nya yang lemah, tak tau apa2 pun yang berlaku pada masa akan datang walau pun sesaat kehadapan.

Cuma dalam context takaful ini, ia nya berkaitan dengan risiko. Dan ramai yang setuju saya rasa, dan menurut kajian dan statistik, kalau GEMUK - RISIKO mendapat penyakit akan bertambah. Jadi, kalau risiko bertambah, apa kaitannya dengan takaful?...especially medical card.

Ok, saya nak anda befikir, seolah2 anda yang empunya company takaful tu. Maksudnya, anda sebagai share holder terbesar dalam syarikat takaful tu, dan anda sekarang nie buat BUSINESS dan bukan WELFARE. And ada prospect customer yang ingin mendapatkan plan perubatan dari company anda, dan beliau mempunyai risiko tinggi untuk dapat penyakit, atau yang dah ada penyakit yang secara rekodnya akan claim bill perubatan berpuluh ribu pada masa akan datang sebab penyakit beliau masih belum sembuh.

Ok, sebagai share holder?..anda fikir dan anda jawab sendiri, rasa2 anda nak amik prospect tersebut sebagai client anda?...Anda tahu jawapannya bukan?

Ok, sekarang nie, kalau kita tukar pulak, kita sebagai prospect, kalau kita dah ada masalah kesihatan atau masalah berat badan, anda rasa2, mudah ke nak apply plan takaful especially medical card? Anda fikir sendiri.

Apa kemungkinan atau procedure biasa bila kita nak apply plan takaful dan kita ni tergolong dari orang2 yang obesiti ini? Berdasarkan pengalaman saya...

Kena medical check up, walau pun umur dan coverage untuk orang2 yang standard tak memerlukan medical check up untuk apply takaful. So, kalau dah kena medical check up, bukan hanya berat badan sahaja yang diperiksa, so, masa tu la mungkin kita jumpa macam2 penyakit. So, dalam context insurance / takaful, kalau kita tak tau masa kita nak apply yang kita ada sakit, tak payah nak declare, sebab setakat yang kita tahu kita sihat. Tapi, once dah tahu, kita kena declare dan ada akibat lain yang mungkin timbul. Walau pun lepas kita buat medical check up, kita didapati sihat, tapi sebab gemuk punya pasal, kemungkinan ini tetap ada.

1- Diterima, tapi kena loading. (Maksudnya bayar lebih)....kalau orang normal dengan pakej A, kena bayar RM 150. Tapi, sebab overweight punya pasal, dengan pakej yang sama, orang yang overweight tadi kena bayar lebih, mungkin RM 200, 250, 300...bergantung kepada % kena loading. Ini semua bergantung kepada laporan doktor yang kita buat medical check up tadi.

2- Diterima tapi ada exclusion. Maksudnya, mungkin ada beberapa manfaat yang tidak boleh diambil atau company tak boleh nak offer, walau pun client boleh bayar lebih....

3- Declined (tidak diterima langsung)....

4- Postponed ( yang ini client kena tunggu tempoh masa akan datang dan kena turunkan berat badan kepada normal, baru boleh apply semula).

Jadi, nasihat saya, kepada pembaca2 blog saya sekalian, ambillah plan perubatan atau medical card di masa anda sihat, berat badan normal dan tiada sebarang risiko penyakit dengan segera. Kerana Insyallah ianya akan menguntungkan anda berbanding kalau dah sakit atau dah overweight baru nak amik. Bukan makna apabila kita ada medical card, kita akan senang pada masa akan datang, tapi ini sebagai ikhtiar kita, kalau Allah nak uji kita dengan penyakit, kita bersedia dengan tabung perubatan yang kita tak perlu nak simpan dengan amount yang banyak. Sebab kita simpan mungkin RM 200 sebulan (termasuk beberapa manfaat lain), kita boleh ada tabung perubatan sehingga RM 1,500,000. Kalau tidak berlaku apa2..Alhamdulillah, kalau berlaku apa2, kita dah sediakan awal tabung perubatan tersebut. Tapi, ini bukan jaminan kita akan senang, sebab senang susah kita pada masa hadapan bukan kita tentukan, itu hak milik MUTLAK Allah S.W.T. Kita hanya merancang sahaja sebagai ikhtiar.

Jom sama-sama amalkan diet yang seimbang untuk elak penyakit dan sama-sama ambil takaful untuk elak krisis kewangan.


Hubungi saya untuk pemprosesan polisi takaful anda bersama PruBSN Takaful

'Atiqurrahman Abd Aziz
Wealth Planner
0129093444

https://www.facebook.com/atiqaziz

No comments:

Post a Comment