Info Takaful

Thursday, May 27, 2021

Loving Couple Policy Takaful

 


PERHATIAN buat para WANITA terutamanya kaum ISTERI.

Saya ada satu soalan; “Adakah polisi hibah takaful suami Puan-puan sudah secure?

Baca situasi di bawah.

Isteri pujuk suami untuk sign up polisi takaful dan letak nama isteri sebagai penerima hibah.

Isteri ada kesedaran tapi suami tak ada kesedaran.

Selepas dipujuk-pujuk, suami pun bersetuju. Siapa tak sayang bini oiii..

Suami pun langgan polisi takaful, dan letakkan nama isteri sebagai penerima hibah.

Isteri sudah rasa lega dah selamat sebab jika berlaku musibah kepada suami, persediaan sudah dilakukan. Isteri rasa secure.

Benarkah sudah secure?

Sebenarnya masih belum.

Ada beberapa kemungkinan;

1. Selepas beberapa ketika, suami tak bayar pun polisi berkenaan dan ia menjadi lapse.

2. Suami tukar nama penerima hibah kepada nama orang lain atau tambah penerima hibah lain tanpa pengetahuan isteri.

Kedua-dua situasi berlaku tanpa pengetahuan isteri.

Apa solusi terbaik untuk mengelakkan ia terjadi?

Jawapannya: LOVING COUPLE POLICY.



Pernah dengar konsep “Loving Couple Policy” takaful?

Ia bukan produk takaful, tapi konsep dalam melanggan takaful.

“Loving Couple Policy” atau “Polisi Kasih Sayang”, ialah polisi takaful yang diambil sesama suami isteri dengan suami sebagai pemegang polisi isteri dan isteri sebagai pemegang polisi suami.

Dengan kata lain;

POLISI A : Suami sebagai pemegang polisi dan isteri sebagai orang yang dilindungi, dan

POLISI B : Isteri pula sebagai pemegang polisi dan suami sebagai orang yang dilindungi.

Kedua-dua polisi ada rider manfaat pembayar atau “payor saving / payor benefit”

Berbanding situasi langganan polisi biasa; Suami melanggan satu polisi, dan isteri melanggan satu polisi – dengan nama pemilik sendiri tanpa nama pasangan


Kelebihan polisi jenis ini ialah:

1) Tidak perlu diletakkan pasangan sebagai penama atau hibah kerana pasangan sudah menjadi pemegang sijil. Penama atau hibah boleh diletakkan nama anak atau ibu bapa yang hanya berfungsi sekiranya berlaku kematian serentak suami isteri.

2) Tidak ada isu faraidh apabila berlaku kematian pasangan kerana 100% pampasan takaful kematian menjadi milik pasangan yang masih hidup.

3) Tidak perlu dijadikan hibah kerana faktor no (2)

4) Ia lebih selamat berbanding meletakkan nama pasangan sebagai hibah yang bila-bila masa pemilik polisi boleh ubah penama hibah dalam polisi tanpa pengetahuan penerima hibah.

5) Atas faktor nombor 4, jika hendak buat perubahan perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Jika hanya satu pihak yang setuju, maka perubahan tidak boleh dilakukan.

6) Apabila berlaku kematian salah seorang, polisi pasangan yang masih hidup tidak perlu dibayar lagi kerana ia sudah “dibayar” oleh pasangan yang sudah pergi. Sebab itu dia dipanggil sebagai “Loving Couple Policy”.

Berminat ?

 Mohon Sekarang


No comments:

Post a Comment