Info Takaful

Tuesday, April 25, 2017

Kesal Kerana Gagal Bantu Prospek

Tanggal 7 Januari 2017, ada seorang lelaki muda yang tidak dikenali mesej PU'Atiq. Dia mesej nak ambil pelan takaful. Kami berbual2 sambil berbincang tentang pelan yang mana terbaik untuknya.
Perbincangan kami terhenti pada 11 Januari 2017. PU'Atiq pun sudah terlupakan dia ini. Dan pada 23 April, dapat mesej daripada abangnya (rujuk gambar). Berita ini sangat sangat mengejutkan PU.
Rupanya, dia telah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uunn. Usia baru 22 tahun, mati kerana serangan jantung.

Nak balas mesej abangnya, terasa berat sekali.

PU'Atiq berasa amat kesal kerana tidak dapat membantu arwah memiliki sijil Takaful. PU'Atiq tidak pasti, sama ada dia telah ambil dengan agen lain. Cumanya, arwah tidak sempat ambil dengan PU.
PU'Atiq buat muhasabah diri di sebalik kejadian ini..
1. PU'Atiq menilai tahap kesungguhan PU membantu sesiapa inginkan polisi. PU bukan seorang yang suka memaksa orang ambil Takaful, nampaknya PU kena "paksa" juga prospek agar PU tidak kesal kemudian hari.
2. Andai arwah tidak ambil Takaful, itu mungkin bukan rezeki arwah dan warisnya, cuma PU berharap ia tidak terjadi kepada anda yang membaca nukilan ini. Jangan biarkan, ia juga bukan rezeki anda dan waris anda. Ambil Takaful segera dan pastikan ianya AKTIF sehingga akhir hayat anda.
3. Walaupun mungkin prospek merasa rimas jika PU followup mereka, PU harus lakukan juga, agar PU rasa puas hati dalam berusaha membantu prospek.
PU'Atiq sarankan kepada anda semua yang ada niat untuk ambil Takaful, ambillah segera walaupun hanya pelan asas sahaja. Walaupun asas namun ia amat berharga untuk anda dan keluarga Insya Allah.
Usah berlengah dalam melalukan kebaikan. Jika sudah terniat di hati, lakukan sahaja tanpa banyak soal dan banyak fikir. Sesungguhnya, manusia sentiasa dalam kerugian.
Rasa nak ambil Takaful, ambil terus, jangan tangguh, nanti rugi. Anda & keluarga anda yang rugi, bukan orang lain, bukan agen.
Sedikit khidmat nasihat PU'Atiq ini eloklah dijadikan pedoman. Gunakan kisah hidup orang lain sebagai panduan hidup kita. Usah ulangi kesilapan/kerugian orang lain keatas diri kita sendiri.
Ikhlas
PU'Atiq
Mentor Takaful Anda
0129093444

No comments:

Post a Comment