PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Wednesday, August 17, 2016

Kenapa Klaim Disiasat?

Setiap penyakit ada tempoh tertentu untuk sampai tahap tertentu. Sebagai contoh, batu karang saiz yang 1mm,2mm@3mm ambil masa nak terbentuk. Mana mungkin dalam masa tempoh yang singkat batu terbentuk dengan cepat.

Contoh, polisi 7 bulan, batu karang bersaiz 2.5mm, adakah logik? Ini tidak logik, semestinya ia sudah terbentuk sebelum itu lagi (sebelum ambil takaful). Maka isu ini menjadi "keraguan" kepada tim yang meluluskan klaim. Maka untuk adil, pihak syarikat mohon disiasat terlebih dahulu.

."Mana saya nak tahu penyakit ini ada dah dalam pundi kencing saya", "Saya sihat, tiada apa2 sakit sebelum ini", "Mana kita nak tau apa ada dalam badan kita! "

Ya semua penyataan ini ada benarnya. Cumanya jika seseorang itu betul2 sihat, tiada alami sakit tersebut, insyaAllah klaim diluluskan (paid n klaim). Usah risau, anda berhak ke atas apa hak anda.

Kita kena tahu, pihak syarikat boleh link dengan hospital, syarikat takaful/insurans lain untuk dapatkan sejarah kesihatan kita sebelum ini. Jika syarikat dapati ada rekod, maka pihak syarikat akan minta peserta sediakan.

Contoh, Si Ali hadapi batu karang, pihak hospital akan mohon Si Ali berikan beberapa info/dokumen/report untuk dianalisis mengikut rekod yang ditemui oleh syarikat.

Jika klean, bersih, tiada apa2 bukti peserta pernah dapatkan seberang rawatan berkaitan, maka pihak takaful akan bayar klaim itu.

Jika terbukti ada rekod kesihatan sebelum ambil polisi  dan tidak dinyatakan semasa permohonan takaful, maka klaim akan decline.

Rupanya hampir RM2juta klaim telah di decline kerana kes Non-Disclosure. Jika wang ini dibayar tanpa siasatan, maka hilanglah duit orang ramai. Adalah menjadi amanah kepada pihak syarikat untuk mengurus duit itu sebaiknya.

Makanya,

Jika ambil polisi, nyatakan tahap kesihatan yang sebenar semasa isi borang.

Jika kes betul2 bersih, usah risau, hak anda akan terjamin.

Elakkan guna takaful pada peringkat awal usia polisi. Namun ini bukan jaminan klaim tetap lulus walaupun polisi sudah lama, ada kes polisi sudah 3-5 tahun, namun tidak dicover sebab, rekod ditemui sakit yang nak diklaim telah ada sebelum ambil polisi.

Kita harus bersatu untuk menjadi lebih amanah dalam setiap urusan kerja kita. InsyaAllah, kita istiqamah melakukan yang terbaik.

PU'Atiq Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
0129093444

No comments:

Post a Comment