PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Monday, July 4, 2016

Arwah Kemalangan Maut Ambil Takaful 3 Hari

Niat di hati PU'Atiq nak tulis status macam ni.. "Kepada kawan2, ambillah takaful, mana tahu perjalanan pulang raya, anda kemalangan maut, anak isteri dapat juga pampasan."

Tapi tak sampai hati nak tulis. Kini PU'Atiq tulis juga. Pesan kat kawan2. Ambil serius hal ini. Al kisah adalah klien PruBSN, arwah ustazah Mursyida, polisi lulus 1/7/2016 dan ditakdirkan 4/7/2016 arwah kemalangan 7 sekeluarga di Gua Musang. Al Fatihah.

Kita ambil hikmah di sebalik permohonan arwah mengambil takaful sebelum kematiannya. PU'Atiq tidak pasti berapakah jumlah pampasannya cuma kita boleh guna andaian bagi membuatkan kita faham di sebaliknya.

Kita andaikan arwah ini adalah lelaki, ayah kepada 3 - 5 anak kecil dan seorang isteri bergaji RM4000 sebulan. Dan andai kata jumlah pampasan ini adalah RM100K maka berapa lama arwah masih sediakan duit belanja (gaji)  kepada anak2 isterinya.

Jumlah pampasan RM100K, gaji RM4K sebulan maka arwah sediakan gaji kepada keluarganya selama 25 bulan ( 2 tahun sebulan).

PU'Atiq nak tanya kepada kawan2 andai anda ditempat ini adakah anda mahu sediakan wang sebanyak ini kepada anak2 isteri anda? Agak2 ia memberi sedikit kelegaan atau tidak kepada mereka?

Jika jawapan anda adalah YA, maka sesungguhnya anda wajar memiliki pelan takaful yang mempunyai pampasan yang besar.

PU'Atiq tahu anda sudah ada takaful. Alhamdulillah tahniah PU'Atiq ucapkan, cuma PU nak nasihatkan agar anda buat penilaian semula polisi sedia ada. Bimbang jadi kes yang Aviva Takaful tidak dapat klaim pampasan mati (isu ini sebab klien tak tahu jenis pelan dia ambil, ia boleh terjadi kepada anda)

PU'Atiq mohon maaf jika terkasar bahasa dan menyinggung perasaan anda, lebih baik anda terasa hati sekarang daripada anak2 isteri anda susah hati selepas ketiadaan anda kelak.

Selamat pulang ke kampung, pandu kenderaan hati2.

PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP #GSLABAM #GSLP #TIMALISRA

#29RAMADHAN

No comments:

Post a Comment