PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Saturday, July 16, 2016

3 Instrumen Bantu Keluarga Cepat Dapat Duit

PU'Atiq kongsikan 3 instrumen yang dapat membantu keluarga anda cepat dapat duit jika anda meninggal.

1. KWSP. Jika anda letakkan penama di akaun KWSP anda, proses mengeluarkan semua duit KWSP anda sangat cepat. Jika tiada penama?

Prosesnya menjadi lama, perlu ikut proses pengurusan harta pusaka, perlu dapatkan surat pentadbir.

Info tambahan, penama ini hanya memegang amanah membahagikan duit itu secara faraid.

2. TABUNG HAJI (TH). Semua wang anda di TH dapat dikeluarkan oleh penama yang telah anda tetapkan semasa hayat anda. Jika tiada penama di akaun TH, ia sama juga seperti akaun KWSP tidak berpenama seperti PU'Atiq terangkan di atas.

PENTING!! Sila pastikan akaun KWSP & TH anda ada PENAMA selain akaun itu ada duit. Hehe :)

3. TAKAFUL. Instrumen ke 3 adalah takaful yang anda ambil semasa hayat anda. Specialnya takaful adalah anda hanya perlu menyimpan sejumlah wang kecil sahaja dan anda dapat wang besar untuk keluarga anda.

Sebagai contoh PU'Atiq berumur 32 tahun, dengan sumbangan RM100 sebulan, PU'Atiq dapat berikan RM160,000.00  kepada keluarga PU. Ok kan?

Wang ini boleh disetkan sebagai penama kepada isteri PU'Atiq dan isteri PU diamanahkan untuk membahagikan wang itu secara faraid atau PU setkan pampasan itu sebagai HIBAH kepadanya agar duit itu 100% jadi miliknya. :)  Sukanya para isteri  ya. Dapat Duit <3

Kesimpulannya adalah, anda harus gandakan wang dalam ketiga - tiga instrumen ini agar waris anda dapat duit yang banyak setelah kematian anda. Untuk apa? Untuk mereka menyara hidup mereka. Tak lah mereka susah dan merempat kan?

Bagi PU'Atiq, instrumen KWSP dan TH anda perlu kerja keras untuk masukkan duit dalamnya, untuk jangka masa pendek ia agak mustahil anda boleh letak duit yang banyak kedalamnya.

Namun cara mudah adalah ambil TAKAFUL. Bayar sikit, dapat BANYAK.

Ini kisah benar, peserta PruBSN Takaful, polisinya dimohon dan diluluskan 4 hari sebelum dirinya terlibat kemalangan maut.

Jika arwah ambil RM100 sebulan, maka arwah sudah boleh hibahkan RM160K kepada keluarganya dengan hanya satu kali sumbangan iaitu RM100.

Namun jika dengan RM100 itu arwah simpan di KWSP &  TH, keluarganya hanya dapat RM100 sahaja.

Penutup

1. Semak berapa duit yang ada dalam ketiga - tiga instrumen ini.

2. Buat pengiraan, berapa lamakah ia dapat bertahan untuk digunakan oleh waris. KWSP ada RM20K, gaji RM2K, maka dapat bertahan 10 bulan.

3. Cukup atau tidak duit itu? Jika tidak cukup, boleh tambah duit sebelum meninggal. Mahu tinggalkan belanja setahun gaji? 5 tahun gaji? 10 tahun gaji? Atau selamanya.

Semoga Allah permudahkan urusan anda sekeluarga. Boleh lakukan tindakan yang sewajarnya semasa hayat dikandung badan.

PU'Atiq
Mentor #UrusDuit #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
#InfoUrusPusaka #InfoUrusTakaful #InfoUnitTrustKWSP

No comments:

Post a Comment