PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...
Friday, November 14, 2014
SYARIKAT TAKAFUL MANA BAGUS?
Bismillah.
PUatiq sering ditanya oleh rakan bisnes baru/lama serta prospek.
"Syarikat takaful mana yang bagus ya?"
Soalan ini terlalu subjektif, setiap syarikat ada kelebihanya tersendiri. Lumrahnya sesiapa sahaja akan kata produk syarikat mereka bernaung itu terbaik.
Jika sekarang PUatiq sarung baju PruBSN, logiknya PUatiq akan kata PruBSN terbaik. Apa akan jadi jika PUatiq sarung baju syarikat lain? Contoh Syarikat Y, adakah kerana baju syarikat Y PUatiq pakai membuatkan PUatiq cakap syarikat Y terbaik?
Ini pendapat PUatiq dalam hal ini bukan kerana PUatiq pakai baju PruBSN namun PUatiq memilih PruBSN kerana faktor-faktor yang PUatiq akan senaraikan di bawah.
Kita sebagai ejen syarikat takaful tidak perlu bandingkan produk syarikat kita dengan syarikat lain. Cukup bagi kita memaklumkan kelebihan kita sahaja.
PUatiq selaku klien dan ejen sememangnya berpendapat PruBSN terbaik. Ini kerana adalah :
1. PruBSN adalah syarikat insurans antarabangsa pertama yang memulakan perniagaan takaful di Malaysia sejak tahun 2006 dan barulah diikuti oleh syarikat insurans antarabangsa lain.
2. PruBSN adalah syarikat takaful pertama melancarkan pelan komprehensif 3 in 1 iaitu Life, Medical & Saving dalam satu polisi sejak tahun 2006 dan barulah diikuti oleh syarikat takaful lain.
3. PruBSN adalah syarikat takaful pertama menawarkan pelan perlindungan bagi bayi dalam kandungan seawal 20 minnggu dan ia masih belum ditawarkan oleh syarikat takaful lain.
4. Prestasi jualan PruBSN sentiasa nombor satu dengan memegang share jualan lebih 25% setiap suku tahunan. Mudahan kekal, amin.
5. PruBSN syarikat takaful yang pertama menawarkan pelan PERCUMA apabila peserta lumpuh/kritikal sedangkan kebanyakkan polisi lain adalah ditamatkan, namun kini barulah diikuti oleh syarikat takaful lain namun masih belum serupa dengan PruBSN.
6. Kebanyakkannya PruBSN yang terlebih dahulu mengeluarkan produk yang bagus sebelum diikuti syarikat takaful lain terutama dalam produk kad perubatan.
Ini adalah sebahagian sebab PUatiq suka dengan PruBSN.
Untuk meyakini lagi, anda juga boleh membuat kajian sendiri iaitu dengan menelefon hospital swasta untuk bertanya kad perubatan peribadi manakah yang disarankan oleh mereka, kad perubatan peribadi manakah kebanyakan pesakit guna dan juga prestasi PruBSN dalam tuntutan adakah bagus?
Telefon sahaja HQ hospital swasta untuk bertanya hal ini.
Bagi PUatiq mudah, ramai orang suka berada dalam syarikat yang sentiasa memimpin industri (lead industry) berbanding menjadi pengikut industri (follower industri). Sama juga bagi PUatiq dan PUatiq juga yakin sama juga bagi anda.
Dengan beberapa tips yang diberikan di atas semoga mendapat panduan dan keyakinan untuk anda bersama kami, PruBSN.
PruBSN, Takaful For All, For Life.
Ikhlas
PUatiq
Mentor Takaful #1 Anda
www.urusduit.com
www.fb.com/atiqaziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment