Assalamualaikum
Pada 22 Feb 2014 kerajaan Malaysia telah menyampaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia yang layak. Mereka turut mendapat perlindungan takaful dibawah pelan i-BR1M (Insurans Takaful). Manfaat ini lebih dalam perlindungan akibat kemalangan sahaja berbanding kematian/lumpuh akibat biasa.
PUatiq berikan info i-BR1M untuk makluman semua agar boleh membuat tuntutan pampasan bagi pihak waris yang mendapat BR1M 2014.
Prudential BSN Takaful turut dilantik untuk bersama dalam i-BR1M.
Maklumat asas i-BR1M
Apakah i-BR1M?
i-BR1M adalah pelan takaful yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima BR1M kategori isirumah/ keluarga. i-BR1M bertujuan membantu meringankan tanggungan penerima dan keluarga penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan tiada kos dikenakan. i-BR1M diuruskan oleh konsortium pengendali Takaful.
Siapakah yang layak untuk mendapatkan perlindungan i-BR1M?
Semua penerima BR1M kategori isirumah/ketua keluarga yang mempunyai tanggungan layak mendapat perlindungan i-BR1M. Manakala penerima BR1M kategori bujang dan warga emas sebatang kara adalah tidak layak menuntut i-BR1M.
Bilakah tempoh perlindungan i-BR1M?
Tempoh perlindungan
i-BR1M adalah dari 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014. Manfaat akan dibayar sekiranya berlaku kematian/ kemalangan dalam tempoh perlindungan tersebut.
Maklumat lanjut boleh klik link berikut https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/i-BR1M.pdf
No comments:
Post a Comment