PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Tuesday, October 1, 2013

TEMPOH MENUNGGU 120 HARI (WAITING PERIOD)

Soalan :

Bilakah peserta boleh menggunakan kad perubatan PruBSN Takaful dan bilakah perlindungan takaful bermula?

Jawapan

Setiap polisi baru dimohon & diluluskan perlu melalui tempoh menunggu. Tempoh ini adalah satu cagaran atau jaminan daripada peserta kepada syarikat yang menyatakan peserta dalam keadaan sihat.

6 fasa akan digariskan dan diterangkan untuk melengkapkan tempoh menunggu ini iaitu selama 120 hari.


FASA 1
MOHON & BAYAR

Apabila borang permohonan polisi dan bayaran pertama telah dihantar & diterima oleh syarikat maka, perlindungan untuk KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN sudah diberikan walaupun permohonan masih belum diluluskan.

Peserta akan diberikan 1 resit seperti lampiran di bawah.



Penyataan daripada syarikat perlindungan telah diberikan seawal permohonan & bayaran dibuat.



Rumusan:
Perkara dilindungi : KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN
Method of Payment : PAMPASAN


FASA 2
POLISI LULUS

Polisi akan diluluskan selepas diproses. Proses ini mengambil masa bergantung pada tahap kesihatan peserta. Jika peserta seorang yang sihat dan tiada masalah kesihatan & tiada rekod di hospital maka masa lulus boleh sepantas 3 jam jika borang permohonan dihantar melalui e-submition. Namun jika peserta mempunyai masalah kesihatan & diperlukan rekod serta pemeriksaan ia akan memanjangkan proses ini.

Maka tempoh diambil untuk meluluskan permohonan bergantung kepada situasi. Namun apabila sahaja polisi diLULUSkan maka bermula 120 hari tempoh bertenang yang diperuntukan.

Perkara dilindungi : Perihal FASA 1 dan perlindungan kos rawatan akibat kemalangan.
Method of Payment : Paid & Claim (Bayar & Tuntut)

Sebagai contoh seperti salah seorang peserta kami


Kemalangan yang dimaksudkan bukan hanya dijalan raya namun disemua tempat seperti rumah, pejabat, sekolah. Sekecil kemalangan seperti jari terhiris pisau, disengat tebuan, tersempit pintu dan sebesar kemalangan.

REMARK : BAGI POLISI PRE-BIRTH HARI PERTAMA BERMULA WAITING PERIOD ADALAH PADA ANAK USIA 15 HARI BUKAN PADA POLISI DILULUSKAN

Rumusan
Perkara dilindungi : Perihal FASA 1 dan perlindungan kos rawatan akibat kemalangan.
Method of Payment : Paid & Claim (Bayar & Tuntut)


FASA 3
SELEPAS 30 HARI

Kesemua penyakit di lindungi kecuali PENYAKIT SPESIFIK. Namun begitu, untuk kes berat kemungkinan besar penyiasatan akan dilakukan untuk memastikan penyakit tersebut benar-benar wujud selepas polisi diambil.

Jika sememangnya kondisi kita betul-betul sihat maka pihak syarikat akan membayarnya


Rumusan
Perkara dilindungi : Perihal FASA 1, FASA 2 dan semua penyakit KECUALI PENYAKIT SPESIFIK

Method of Payment : Paid & Claim (Bayar & Tuntut)


FASA 4
SELEPAS 60 HARI

Bayaran pampasan untuk 36 jenis penyakit kritikal. Tahap kritikal boleh dilihat dalam polisi. Contoh kanser rahim pada tahap 3 & 4 baru layak mohon pampasan ini.


Rumusan
Perkara dilindungi : Perihal FASA 1, FASA 2, FASA 3 dan PAMPASAN 36 JENIS SAKIT KRITIKAL

Method of Payment : Paid & Claim (Bayar & Tuntut)


FASA 5
SELEPAS 90 HARI

Apabila polisi sudah mencapai 90 hari ia sama seperti FASA 1-4 cuma bayaran untuk kos rawatan adalah secara talian (on-line).

Peserta hanya perlu membayar ko-takaful jika pelan kad mereka melibatkan ko-takaful. Jika polisi mereka Zero Deductable & Full Coverage peserta hanya perlu bayar kos pendaftaram & perkara tidak dibilkan sahaja.


Rumusan
Perkara dilindungi : Perihal FASA 1, FASA 2, FASA 3 dan FASA 4

Method of Payment : DALAM TALIAN (ON-LINE)


FASA 6
SELEPAS 120 HARI

Kesemua penyakit termasuk penyakit spesifik dilindungi.

Penyakit spesifik adalah seperti berikut :


1. Hipertensi
2. Diabetes Mellitus
3. Kardiovaskular
4. Semua Tumor
5. Kanser
6. Sista
7. Nodul
8. Polip
9. Batu Karang
10. Batu Karang dalam Sistem Biliari
11. Semua Penyakit Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
12. Hernia
13. Hemoroid
14. Fistula
15. Hidrosele
16. Varikosele
17. Endometriosis termasuk Penyakit Sistem Pembiakan
18. Gangguan Spina Vertebro
19. Penyakit Lutut


Rumusan
Perkara dilindungi : PSEMUA PERKARA

Method of Payment : DALAM TALIAN (ON-LINE)


Tempoh Menunggu ini bermula pada hari pertama diluluskan polisi.
Hari pertama polisi diluluskan bermula daripada permohonan polisi.
Permohonan Polisi dilakukan apabila anda berkata YA!
Katakan YA! sekarang untuk mulakan TEMPOH MENUNGGU anda!

1 hari anda lenggahkan ia membawa kesan sangat besar dalam hidup anda.

Milikinya sekarang...saya sedia membantu..hubungi...


'Atiqurrahman Abd Aziz
Executive Weath Planner
Prudential BSN Takaful
Al-Isra' Associates Sdn Bhd
(012-909 3444)





No comments:

Post a Comment