PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Tuesday, October 1, 2013

POLISI PRUBSN DALAM KANDUNGAN

Assalamualaikum...

Tahniah kepada Puan yang sedang mengandungkan cahaya mata, didoakan puan & kandungan sentiasa sihat.

Saya percaya Puan & Tuan pasti mahu menyediakan 1 pelan Smartlink PruBSN Takaful kepadanya. Kini mereka boleh milikinya seawal usia kandungan 20 minggu.

Kelebihan yang boleh diperolehi daripada pelan Pre-Birth SmartLink PruBSN Takaful bakal dimiliki ialah kemudahan kad perubatan seawal dalam kandungan.


1.  PRA-MATANG

Setiap kandungan berisiko untuk menjadi kandungan PRA-MATANG iaitu bayi dilahirkan kurang daripada usia kandungan 36 minggu. Risiko ini tidak boleh diketahui oleh mata kasar walaupun kandungan dalam keadaan sihat.

Apa kesan jika berlaku Pra-Matang? Kesannya ialah tentang pemilikan polisi untuk anak tersayang.




Kita lihat situasi permohonan polisi jika bayi dilahirkan secara pra-matang

Situasi Bayi dilahirkan PRA-MATANG

 AMBIL SELEPAS LAHIR
1. Jika polisi SmartLink diambil SELEPAS lahir iaitu pada anak usia 15 hari. Maka permohonan boleh dilakukan pada usia anak berusia 2-3 tahun. Kelulusan bergantung pada tahap kesihatan anaknya. Risiko lain adalah sepanjang 2-3 tahun bermacam-macam penyakit biasa boleh dihidapi bayi.

 AMBIL SEBELUM LAHIR
2. Jika polisi Smartlink diambil semasa dalam kandungan, saat ini anak kecil ini telah memiliki kad perubatan dan dapat mengelak menunggu tempoh 2-3 tahun untuk ambil. Maka, anak kecil ini boleh guna manfaat kad perubatan seperti bayi lahir normal dan tertakluk kepada WAITING PERIOD dimana waiting period selama 120 hari bermula pada usia 15 hari bayi. (rujuk sini untuk info WAITING PERIOD)

Maka untunglah bagi bayi telah memiliki pelan Pre-Birth SmartLink PruBSN semasa dalam kandungan.




2. MENGHIDAPI PENYAKIT BIASA SEBELUM MEMOHON PELAN

Jika kita lihat, penyakit mudah menyerang kepada bayi dan seawal lahir bayi sudah diuji dengan pelbagai penyakit. Kebiasaannya ialah :

1. Radang paru-paru (Pheunomia)
2. Asma
3. Broncho
4. Tonsil dan lain-lain

Kebiasaan, polisi bayi boleh diambil pada usia bayi berumur 15 hari. Namun jika penyakit ini dihidapi oleh bayi sebelum 15 hari maka semasa permohonan polisi ini diproses, pihak syarikat akan mengeluarkan 1 PENGECUALIAN terhadap penyakit yang telah dihidapi itu.



Perkara ini membuatkan bayi tuan puan TIDAK BOLEH menggunakan kad perubatan jika penyakit ini berulang.

Untuk elakkan EXCLUSION ini, kita mempunyai pilihan dengan mengambil polisi untuk bayi sejak dalam kandungan.

1. Bayi dilahirkan NORMAL cuma pada usia anak pada 5 hari, anak dihidapi Pheunomia dan diwadkan.

AMBIL SELEPAS LAHIR 1. Jika polisi SmartLink diambil SELEPAS lahir iaitu pada anak usia 15 hari. Maka PENGECUALIAN keatas Pheunomia akan diberikan.

AMBIL SEBELUM LAHIR 2. Jika polisi Smartlink  diambil semasa kandungan, maka kos hospital tersebut tidak dibayar cuma TIADA PENGECUALIAN diberikan keatas Pheunomia jika berulang selepas usia anak 135 hari.


Dengan memiliki pelan PruBSN semasa dalam kandungan dapat mengurangkan risiko untuk anak anda diKECUALIKAN daripada mendapat rawatan penyakit yang berulang.




3. Bayi dilahirkan ada penyakit KONGINENTAL


AMBIL SELEPAS LAHIR
1. Jika polisi SmartLink diambil SELEPAS lahir iaitu pada anak usia 15 hari. TIADA PENAWARAN POLISI DIBERIKAN OLEH SYARIKAT atau PEMILIKAN POLISI SANGAT SUKAR.


AMBIL SEBELUM LAHIR
2. Jika polisi Smartlink diambil semasa kandungan, maka jika penyakit KONGINENTAL wujud keatas bayi, PENYAKIT KOGINENTAL ini tidak mendapat SEBARANG PAMPASAN DAN PERLINDUNGAN namun kanak-kanak ini masih diberi kad perubatan/polisi untuk penyakit yang lain.


Polisi dalam kandungan adalah merupakan pelan sangat bagus untuk mengelakkan PENGECUALIAN PERLINDUNGAN dan PRA-MATANG serta KONGINENTAL. Polisi ini yang PERTAMA di MALAYSIA adalah daripada Prudential BSN Takaful.





BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Saya sarankan anda ambil pelan dalam kandungan ini semasa kandungan berusia 20-25 minggu. Sehingga usia kandungan 29 masih boleh memohon cuma jaminan lulus tidak diberikan, boleh cuba memohon. Namun saya ada 2-3 kes usia kandungan 29 minggu masih lepas.

Jika berminat, boleh saya bantu tuan puan mohon permohonan ini. Dokumen diperlukan ialah :

1. Borang O&G dipenuhi oleh Doktor O&G. Kos scan & laporan bernilai RM80 akan dibayar oleh PruBSN Takaful. Borang O&G akan diberikan semasa mahu memohon.
 





2. Lampirkan bersama borang permohonan & salinan kad perkahwinan.

3. Salinan kad pengenalan depan & belakang ibu & bapa.


Mudah sahaja.

Untuk memohon, anda hubungi saya..saya boleh bantu anda. 




Sekian Terima kasih.



'Atiqurrahman Abd Aziz
Executive Weath Planner
Prudential BSN Takaful
UPDATE 20/12/2013




No comments:

Post a Comment