PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Saturday, March 30, 2013

MEMBANTU INSAN BERDIALISIS

Assalamualaikum...

Pada 26/3/2013 saya ke Tesco Jelutong untuk meninjau booth PruBSN Takaful dan saya ditegur oleh staff booth dari National Kidney Foundation  Malaysia menerangkan apa yang boleh kita bantu insan-insan yang sedang melakukan dialisis.



Untuk info kita semua, saya paparkan info tentang dialisis di sini :

Sejak kebelakangan ini tentu anda perasan saya agak kurang mengemaskini blog ini dengan artikel-artikel terbaru.Saya memohon maaf sekiranya membuatkan anda tertunggu-tunggu.
Sebenarnya saya sibuk menguruskan hal anak saya kerana selepas beberapa hari kelahirannya dia mempunyai masalah demam kuning.Jadi perlu berulang-alik ke hospital dan klinik kesihatan.
Pada tengahari ini barulah ada sedikit ruang untuk memasukkan artikel terbaru.Jadi pada tengahari ini kita akan sama-sama berkongsi artikel tentang dialisis.
Tentu anda pernah dengarkan istilah tersebut.Tambah-tambah kepada mereka yang memang sedang menjalani rawatan ini.Kepada yang belum pernah mendengarnya,saya harap artikel ini akan membantu anda.Teruskan membaca ye :-)
Apakah dialisis?
Dialisis adalah sejenis rawatan yang berfungsi untuk menjalankan kerja yang dilakukan oleh buah pingganganda,iaitu mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya bersama air sebagai kencing.Rawatan ini diperlukan apabila buah pinggang anda tidak lagi boleh menjalankan fungsi tersebut atau disebut kegagalan buah pinggang.
Bilakah anda memerlukan rawatan dialisis?
Rawatan dialisis ini diperlukan apabila buah pinggang berada pada tahap akhir kerosakan,iaitu sekitar 85% hingga 90% tahap kerosakan.Ianya diperlukan agar anda dapa meneruskan hidup walaupun tanpa buah pinggang.
Apakah yang dilakukan dengan rawatan dialisis?
Sama seperti buah pinggang yang sihat,rawatan ini akan memastikan tubuh anda berada dalam keseimbangan.Dialisis akan melakukan perkara berikut:
  • Menghilangkan sisa terbuang,garam dan lebihan air daripada berkumpul di dalam badan anda.
  • Menjaga tahap yang selamat untuk bahan kimia tertentu di dalam darah anda seperti kalium,natrium dan bikarbonat.
  • Membantu untuk mengawal tekanan darah anda.
Adakah kerosakan buah pinggang akan kekal?
Tidak semuanya.Ada beberapa jenis kerosakan buah pinggang akan pulih semula setelah menjalani rawatan dalam jangka masa tertentu.Dalam beberapa kes kegagalan buah pinggang,rawatan dialisis hanya diperlukan untuk sementara waktu sehinggalah buah pinggang akan pulih dan berfungsi semula.
Pada tahap kronik atau buah pinggang anda sudah tidak dapat berfungsi lagi,anda amat memerlukan rawatan dialisis ini untuk membantu meneruskan sisa hidup anda.Dan jika bernasib baik,doktor akan memilih nama anda dalam senarai menunggu untuk menjalankan pemindahan buah pinggang sekiranya ada penderma buah pinggang.
Di mana rawatan dialisis ini dapat dilakukan?
Rawatan dialisis ini boleh anda lakukan di hospital,atau pun pusat-pusat rawatan dialisis swasta,dan juga di rumah anda.Anda dan doktor boleh berbincang untuk memutuskan di manakah untuk menjalankan rawatan tersebut berdasarkan keadaan perubatan dan keinginan anda.
Adakah terdapat perbezaan jenis rawatan dialisis?
Ya,ada.Terdapat dua jenis rawatan dialisis.Iaitu hemodialisis dan juga dialisis peritoneal.
Apakah hemodialisis?
Dalam hemodialisis,buah pinggang buatan digunakan untuk membuang sisa terpakai,bahan kimia berlebihan dan juga cecair dari darah anda.Bagi mendapatkan darah ke buah pinggang buatan tadi,doktor perlu membuat satu laluan masuk ke dalam pembuluh darah anda.Ini dapat dilakukan dengan menjalani satu pembedahan kecil di lengan atau pun di kaki anda.
Kadang-kadang,laluan dilakukan dengan menyambungkan arteri dengan vena di bawah kulit untuk membuatkan pembuluh darah menjadi lebih besar yang disebut fistula.
Tetapi,jika pembuluh darah anda tidak mencukupi untuk melakukan fistula,doktor mungkin akan menggunakan sebuah tabung kecil yang lembut untuk digabungkan dengan arteri dan pembuluh darah di bawah kulit anda.
Dan yang terakhir,laluan juga dibuat dengan menggunakan tabung plastik yang sempit,yang disebut katerer,yang dimasukkan ke dalam pembuluh darah besar di leher anda.Selalunya jenis laluan ini hanya digunakan untuk sementara waktu.Walau bagaimanapun,kadang-kadang ianya juga digunakan untuk jangka masa panjang.
Oklah pembaca sekalian.Saya rasa setakat ini sahaja dulu artikel tentang dialisis untuk kali ini.Tetapi masih ada sambungan lagi.Disebabkan artikel ini panjang,saya jadikan artikel ini dua siri.

Untuk sambungannya anda boleh ke laman web ini :

Kos dialisis ini juga besar sebenarnya, saya dapat info kos ini pada tahun 2008, jom kita lihat...

Daripada akhbar The Star bertarikh 13 April 2008, kos rawatan dialisis buah pinggang adalah sebanyak RM250. Dan mereka yang menjalani dialisis buah pinggang perlu menjalankan rawatan sebanyak 3 kali seminggu.  Ia bertujuan untuk menjalankan kerja2 yang selama ini dilakukan oleh buah pinggang kita iatu, mengeluarkan lebihan air dan membuang bahan-bahan terbuang daripada badan kita.Jumlah pembayaran selama sebulan adalah sebanyak RM3,250/bulan.
Kewujudan kebanyakan pusat dialisis swasta di Malaysia memberikan kemudahan kepada pesakit yang mengalami dialisis untuk mendapatkan rawatan dialisis buah pinggang. Dengan jangkaan peningkatan 7% setahun pesakit buah pinggang di seluruh dunia diharapkan kewujudan pusat dialisis dapat menampung kos dialisis yang perlu dilakukan setiap hari.
Anda boleh menghubungi pihak NFK untuk membuat derma berkala kepada mereka.
Sebelum itu, saya ingin menyarankan kepada anda untuk memiliki pelan PruBSN Takaful sebagai langkah persiapan awal KEWANGAN untuk diri anda sekeluarga jika ini berlaku kepada anda.
PruBSN Takaful boleh membiayai kos ini sehingga RM50K setahun. Mudah-mudahan dengan memiliki pelan ini dapat kita meringgankan beban kewangan kita.
Anda boleh hubungi saya untuk proses permohonan pelan ini.
Semoga info ini membantu untuk anda merancang kewangan anda sekeluarga.

1 comment:

  1. Jika anda perlu untuk menderma buah pinggang anda untuk dana hubungi kami secepat mungkin untuk penderma yang tulen dan asli pembeli, hubungi melalui e-mel: (sathyakidneyhospital@gmail.com) atau hubungi kami +919168752489

    ReplyDelete