PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Tuesday, November 27, 2012

PROSES PERMOHONAN



Info untuk anda

Hendak memiliki sijil takaful anda perlu melalui beberapa langkah.

Langkah 1. Dapatkan info tentang pelan yang hendak dimiliki oleh agen bertauliah dan profesional. Contoh macam saya :-l


Langkah 2. Isi borang buat permohonan secara rasmi kepada syarikat.

Langkah 3. Tapisan dan penilaian oleh syarikat tentang kondisi pemohon.

Langkah 4. Keputusan lulus @ gagal.

Langkah 1-3 semua layak untuk lalui namun Langkah 4 tidak semua layak.

Saya ada beberapa kes dimana pemohon sudah ada penyakit sedia ada, pernah masuk wad. Setakat ini alhamdulillah semua diluluskan namun ada diluluskan sepenuhnya ada yang lulus berkecuali.

Anda harus faham dan mengerti...tidak semua permohonan akan diluluskan.

Ada kes bayi berusia 2 bulan telah menghadapi penyakit bronchitis iaitu jangkitan diparu-paru tidak layak mendapat polisi dengan erti kata lain PERMOHONAN ADALAH DITOLAK. Maka tiadalah kad perubatan untuknya sehingga dia berusia 3tahun barulah layak memohon semula dan tidak pasti lagi diluluskan.

Cuba anda renung, permohonan takaful adalah bukan mudah, ia amat sulit dan rumit. Apatah lagi anda telah menggunakan kad perubatan syarikat, segala rekod anda sekeluarga boleh diakses oleh semua syarikat takaful, pada ketika ini, permohonan anda akan berada dalam 50-50 untuk diluluskan.

Kerana apa? Takaful bukan untuk orang sakit, ia untuj orang sihat yang cerdik.

Semoga info ini dapat membantu anda membuat perancangan kewangan untuk melindungi kewangan. Hubungi saya sekarang untuk info yang lebih lanjut.

No comments:

Post a Comment