PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Tuesday, November 27, 2012

PERLU KE SAYA TERUSKAN TAKAFUL NI?

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini saya cuba menjawab soalan yang diutarakan oleh kawan sekolah lama saya yang berbunyi

"Atiq kalau ade mase,tulis kat wall pasal kenape kena teruskan insurans yg kite amik? Cam aku amik prudential bsn takaful since nov 2008...setiap bulan rm200, terbahagi 2 aku sekarang ni nak teruskan atau simpan je di bank. Aku pun x ingin mende2 ...tp aku x nampok faedah ye,mmg rase nk brenti je...rm200 tu bulan-bulan baik simpan tabung haji" dan sambungnya lagi "pastu kalo nk berenti x dapat yg rm200 yg kite simpan bulan2 tu, dapat kurang lg...200 ni x berkembang, xmacam asb ke, tbg haji ke.."

Begitulah sedikit sebanyak maksud mesej yang saya terima. Saya cuba menjawab sedikit sebanyak kekeliruan ini.

Secara ringkas saya simpulkan jika berlaku begini ini adalah kes kekurangan faham tentang konsep takaful itu sendiri. Jika pemahaman konsep takaful ini kuat, ia tidak menjadi masalah besar sangat kerana insan itu dengan relahati dan senanghati membuat bayaran takaful.

Kita perlu kembali ke asa "back to basic"

Isu kenapa perlu mengambil takaful dan kenapa perlu teruskan takaful adalah isu yang sama.

Kita gunakan analogi-analogi ini untuk mencerahkan pemahaman tentang takaful








Gambar itu memberi 2 analogi
1- KWSP :- Kenapa kita simpan duit dalam KWSP semasa muda? Untuk guna hari tua kan? Adakah kita pasti kita akan capai hari tua itu? Tidakkah kita boleh tidak capai tua (meninggal muda)..pelbagai soalan kita boleh lemparkan. Cuma kita mengambil pendekatan jika berlaku hari tua itu kita telah mempunyai duit saat itu. Sama juga dengan takaful, kenapa kita menyimpan dana kecemasan itu? Adakah kita pasti sakit? Bila Sakit? Jadi kita tak tahu adakah kita akan sakit atau bila akan sakit. Sunnah alam manusia biasanya sakit. Sihat sebelum Sakit. Maka bilamana kita sakit, takaful adalah penolongnya.

2- Payung - Kita dengan rela hati membawa payung kemana sahaja kan? Tidakkah ia membebankan? Ya..beban...tidak pasal-pasal kene bawa payung. Adakah kita tahu hari hujan? Jika awan mendung kita rasa hari akan hujan..belum tentu! Ia boleh jadi panas. Cuma kita rasakan bawa payung itu mudah sebab tidak melibatkan kos. Kan? Berbeza dengan takaful, kita kena bawa dia dengan kos RM200 sebulan (merujuk bayaran kawan saya) namun RM200 itu membawa manfaat yang sangat besar salah satunya ialah kad bernilai RM50K yang boleh digunakan bila-bila masa bila sakit.

Analogi lain ialah

3- Tayar Spare ... boleh rujuk disini  Takaful Bergerak . Kenapa kita sering membawa tayar spare? Pastinya kerana kita bimbang tayar kita yang empat itu bocor kan? Berapa kali dah tayar anda bocor? Anda berdoa ia bocor? Jika ikut kisah saya... saya bawa kereta sejak umur 12tahun dan kini 28 tahun..bermakna 16tahun saya telah memandu kereta dan hanya 2-3kali sahaja tayar saya bocor! Tak berbaloi saya bawa ke hulu ke hilir tayar itu, dahlah berat, menyemak dalam bonet kereta saya. Namun saya bawa juga kenapa? Takut tayar bocor la....cuma kita mudah membawanya kerana ia tidak melibatkan kos. FREE je kan bawa tayar tu tapi kita bawa juga. Cuba lihat gambar dibawah


 Saya rasa Tindakan A adalah amalan anda kan? Siapa berani mati amal Tindakan B a.k.a tinggalkan Tayar Spare?? Saya katakan anda berdoa untuk bocor jika amal Tindakan A!!! Sebab anda bawa tayar spare..tayar spare untuk ganti tayar bocor tapi kalu tak bocor wat pe bawa? Boleh? Tak boleh kan? hehe..

Jadinya apakah amalan anda untuk kesihatan anda?


 Tindakan A atau B amalan anda untuk kesihatan anda? Saya katakan  ramai amalkan Tindakan A kan? Ramai yang tinggalkan Tayar Spare! Berani mati bawa kereta tanpa Tayar Spare dan begitulah lah ramai dikalangan kita berani mati hidup tanpa ada duit yang banyak jika sudah sakit nanti. 

Aaaa haaa... jangan pula cakap..."u berdoa ke untuk sakit yang u sibuk-sibuk ambil takaful(buat dana ni)? Jangan begitu...kat atas sana kita dah cakap bukan doa kan? kan?

Ala itu jika sakit...mana kita tahu kita nak sakit ntah ntah tak sakit.... Aaaaa Haaaa...kalu gitu u jangan bawa tayar spare la...jika bocor baru gunakan?..mana kita tahu tayar nak bocor...ntah ntah tak bocor!

Cukup la kot 3 analogi saya bagi..jika tak cukup lagi...ermmm... kene tambah kemudian...

Kesimpulan untuk analogi adalah... 
1-hidup kita bermain dengan perkara yang tidak pasti dimasa depan. Elok2 sihat, kurus..tiba-tiba sakit.

2-Jika kita sakit kita akan ada masalah DUIT. Maka jangan jadi seperti ini...


Jika anda pergi tanya Azean ... soalan berbunyi "Kak Azean, akak tahu tak akak sakit pada usia begini masa muda-muda dulu? Akak ade tak didatangi agen takaful? Akak doa tak akak sakit? Akak nak tak sakit ini? Akak bawa tayar spare tak masa bawa kereta? Akak bawa "tayar spare" tak untuk kesihatan akak?

Cuba tanya dia. Kalu tak dapat jumpa dia..anda boleh cuba jawab ikut jawapan normal

Kak Azean, akak tahu tak akak sakit pada usia begini masa muda-muda dulu? - Tak Tahu
Akak ade tak didatangi agen takaful dan ambil tak takaful? - Ada, Tak Ambil
Akak doa tak akak sakit? - Tidak
Akak nak tak sakit ini?- Tak Mahu
Akak bawa tayar spare tak masa bawa kereta? - Bawa
Akak bawa "tayar spare" tak untuk kesihatan akak? - Ehehe Tidak

Saya nak cakap banyak kali tak guna juga sebab saya pun tidak tahu apa jadi pada anda esok hari..saya sendiri pun tak tahu apa jadi kat saya esok hari, maka...bersiap sedialah semua dari pelbagai segi. Sakit demam semua kita tidak boleh jangka, kita elakkan sakit..makan makanan berzat, elakkan merokok, elakkan makanan berkalestrol. Namun dalam duk jaga makan pun boleh datang kanser, serangan jantung, darah tinggi, cyst dan lain-lain. Ubat nya masa ini adalah DUIT untuk berubat. Masalahnya anda ada tak duit tu?

Tengok pula kes ini...Bab MATI..semua orang akan mati..saya yang tengah tulis artikel ni pun boleh mati sekarang...ntah-ntah esok ntah ntah umur 80tahun..tak tahu kan? Boleh tak mati umur muda? masa tu tinggal anak umur 1tahun...kan? boleh? ke tak boleh? jadi jika kita meninggalkan dunia..bukan saja tinggalkan isteri dan anak..malah dengan duit-duit sekali. Alangkah bagusnya tinggalkan sejumlah DUIT untuk mereka meneruskan kehidupan paling-paling 1 tahun kehidupan. macam keluarga akak ini...



Jangan jadi seperti isteri ini


Disebabkan menggunakan hujah kita tak tahu sakit @ x jadi ramai ambil pendekatan jika tak sakit, maka ditolak tawaran agen untuk ambil takaful dan  di masukkan duit itu ASB,TH sebab duit jelas disitu. Maka ini bakal berlaku




Rayuan adalah langkah biasa rakyat Malaysia lakukan. Bocor dulu baru cari duit. Saya tak kisah kalau tak ambil kad perubatan sebab kesian juga kepada anda sebab anda pun tak tahu sakit atau tak kan...jadi saya nak fikir lebih kat anda pun saya letih juga. Jika anda tak mampu sesangat tak tahu la. Masalahnya saya tahu anda cikgu, doktor, peguam, pegawai, dll. Masalahnya kerani cabuk, pencuci lantai, staff rendah ambil takaful bayar elok je...jadi mereka ini kaya ke? TIDAK! mereka tahu mereka tiada wang jika sakit!

Bila dah dalam situasi tersempit perkara ini boleh terjadi






Ini beberapa real case berlaku terhadap client kawan-kawan saya juga




Jadi...perlu atau tak takaful, perlu tak teruskan takaful..anda perlu tentukan. Jika saya jawab mesti la YA! Bukan sebab saya agen namun sebagai pengguna macam anda.

Saya bayar RM580 sebulan..lagi membazir..namun saya tak merasa begitu...memikirkan semua kes di atas berlaku kepada saya..saya tak sanggup hadapinya..jika tak berlaku ..saya ucapkan syukur. semua duit saya bayarkan itu adalah sedekah sebab takaful adalah saling membantu. InsyaALLAH ada pahala sebab setiap hari ada orang buat tuntutan.

Memang awalnya duit takaful sikit namun jika jangka masa panjang ia amat berbaloi...wujud juga simpanannya. Jika anda lihat takaful untuk perlindungan..simpanan itu hanyalah bonus...jika anda lihat takaful ini simpanan..anda tidak mahu teruskan takaful ini sebab anda perlu sakit dahulu baru boleh merasa nikmat takaful.

Artikel ini hanyalah panduan, anda perlu berjumpa dengan saya untuk perbincangan dua hala...barulah boleh jelas. Untuk pengetahuan anda...saya boleh membantu seorang anak muda berumur 21 tahun menggunakan gambar tayar spare dan azean itu RM150 sebulan.

"sakit bukan sokmo bang...lagipun kita muda lagi"

saya rujuk semula kes tayar...berapa banyak kita bocor? tapi masih bawa tayar kan..x sanggup buang tayar tu.

Jika azean itu umur 50thn..jika dia simpan rm1000 setahun dia sudah ada rm50000..selesai masalah. dan yang penting azean juga macam awak masa muda-muda...dia kata sakit bukan sokmo dan kita masih muda dan sekarang..baru tahu yang tak sokmo itu sekali datang????

bagus simpan dibank? cuba kita tengok kes ini...


Jika RM200 x 7 bulan = RM1400..kos? RM30K .. mana nak cari? Tapi RM200 di PruBSN Takaful salah satu dah ada RM50K seawal 1 hari, 30 hari, 120 hari... dimana wujud plan macam ni lagi? Jika TH, ASB, Bank boleh bagi ..carry on.

Dalam kewangan ada 3 aspek

1-Perlindungan
2-Simpanan
3-Pelaburan

Dan ramai orang tinggalkan NO 1 dan terus lompat NO3! Bila dah sakit...hancur musnah habis NO 2 dan NO3!

NO1 pun ada huraiannya...boleh rujuk sini pulak Agen Tulen VS Agen Tiruan .

Ok..semoga menjawab soalan..maaf di atas kekasaran ayat, sindir menyindir atau mana-mana perkara yang tak sesuai. Semoga tulisan ini memberi ilmu kepada sesiapa yang membacanya.



No comments:

Post a Comment