PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Friday, October 19, 2012

JENIS Income ANDA...

Assalamualaikum

Salam Jumaat kepada semua pengikut web www.urusduit.com.

Hari ini saya ingin membicarakan tentang jenis-jenis income yang perlu kita fahami.

Saya mengkategorikan income kepada 2 jenis iaitu :-

1- aktif income
2- pasif income

InsyaAllah, anda akan mengetahui maksud kedua jenis ini diakhir artikel saya kali ini.

AKTIF INCOME

Saya biasa nyatakan income ini hanya dapat sekali sahaja daripada kerja yang kita lakukan.

1x KERJA... 1x INCOME

Contoh seorang pegawai bank yang berkerja pada bulan Jan 2012 dengan gaji RM3000, adakah pada bulan FEB pegawai tersebut mendapat gaji lagi hasil kerja yang dilakukan padan bulan JAN lepas?

Jawapannya tidak! Untuk mendapat gaji bulan FEB, beliau wajib berkerja lagi untuk mendapatkan gaji RM3000 pada bulan FEB. Maka beliau kerja 1x pada JAN dan hanya dapat gaji 1x pada JAN.

Jelas tak disini?

Ini contoh orang makan gaji, kita lihat seorang doktor berkerja sendiri (bisnes) di klinik miliknya.

Bulan JAN Dr ini merawat pesakit dan mendapat keuntungan RM6K namun bulan FEB Dr menunaikan umrah, tiada siapa yang merawat pesakit maka bulan FEB adakah Dr ini mendapat income?

Jawabnya juga TIDAK. Selain Dr ini mesti bekerja setiap bulan malah beliau juga mempunyai limitation untuk merawat pesakitnya. Adakah Dr ini mampu bekerja 24jam? Berapa puluh orang Dr ini dapat merawat pesakitnya setiap hari? Jika Dr ini tidak sihat, adakah income boleh dijana?

Inilah maksud Aktif Income. Yang biasa dijana oleh pekerja makan gaji dan bekerja sendiri.

Kita akan lihat pula untuk Pasif Income. Pasti ia lebih menarik dan mantap!♡♡♡~

Bersambung...

No comments:

Post a Comment