PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Saturday, October 20, 2012

Demi Ibu...Kasih Ibu...Duhai Anak...

Assalamualaikum.

19 Oktober 2012 saya berjumpa sahabat lama semasa di Sek Men Teknik Terengganu tahun 2001.

Setelah sekian lama tidak berjumpa, semalam adalah titik penghubung persahabatan kembali.

Banyak yang diborakkan dan tidak terlepas tentang perlindungan dan PruBSN Takaful.

Terdapat dua cerita kawan sahabat saya ini yang boleh dijadikan panduan kepada kita.

PERTAMA

Kawan sahabat saya bermain bola dan mengalami kecederaan di kaki dimana kakinya terpusing ke belakang. Kos perubatan adalah RM8K.

Dia tidak mempunyai wang namun mempunyai sekeping kad kredit. Maka, dia tiada pilihan selain berhutang menggunakan kad kredit.

RM8K dibayar menggunakan kad kreditndan hasilnya, hutang masih belum dijelaskan walaupun sudah 2 tahun tempohnya. Disertakan interest yang tinggi maka ia membebankannya.

Jika anda mempunyai plan PruBSN Takaful anda juga membayar bulanan namun bukan membayar hutang namun anda sedang membina simpanan dan dana yang sangattttt besar.

KEDUA

Siapa yang tidak sayangkan ibu? Jika ibu jatuh sakit, kita sanggup membuat apa sahaja demi ibu tercinta. Betul?

Alhamdulillah, ibu anda mempunyai anak yang sangat bagus.

Terjadi kisah ini kepada seorang kawan sahabat saya, ibunya mengalami sakit. Demi ibu tercinta, si anak bertanggungjawab memberi rawatan terbaik untuk ibunya. Dan ibunya telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah.

Sedih kehilangan ibu adalah sangat perit, namun bukan itu sahaja, si anak telah menanggung hutang RM45K yang dibuatnya untuk membayar bil hospital ibunya.
Sekarang anak ini menanggung hutang yang besar.

Jika anda ingin elakkan hal ini berlaku, saya sarankan anda mengambil polisi untuk ibu anda. Andai seorang ibu RM250 sebulan, berkongsilah RM50 seorang bersama 5 adikberadik yang lain. Sama-sama berkorban untuk ibu tersayang.

Ambillah kisah-kisah orang lain sebagai peringatan buat kita.

No comments:

Post a Comment