PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Saturday, October 27, 2012

Bisnes Ayam Proses

Assalamualaikum

Apa khabar anda hari ini?

Saya sekeluarga alhamdulillah sihat. Syukur kehadrat Ilahi.

Hari ni saya nak berkongsi tentang bisnes, peluang bisnes. Mesti orang sukakan?

Bisnes saya nak kongsi hari ini ialah Bisnes jual ayam proses.



Hari ini saya ke 1 gerai di kampung isteri saya Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan. Seperti biasa, saya akan interview penjual tentang keuntungan yang mereka dapat. Bukan nak menyibuk, tapi saya tanya ada makna. hehe. 1- nak tau adakah bisnes ini boleh buat duit 2-untuk fact finding mana tau dia jadi client saya untuk PruBSN Takaful.

Saya tanya kepada tokey gerai itu, seorang lelaki, masih muda dan hensem juga.

Biasa dia dapat menjual purata 50ekor sehari. Purata 1ekor ayam adalah 2kg. Maknanya dia dapat menjual sehingga 100kg sehari.

Keuntungan yang dapat dijana antara 80sen-RM1 sekilo. Maka potensi income nya ialah antara RM80-RM100 sehari.

Andai dia bekerja 5hari seminggu maka potensi incomenya ialah RM1600 sebulan.

Ok tak? Bisnes jual ayam bersih di kampung kecil gajinya mengatasi Pembantu Am di bandar. Itu jika bekerja 5hari sahaja seminggu.

Apa kelebihan lain?
1- masa bekerja dia bukanlah 8jam sehari, mungkin 3-5jam sahaja sehari (untung masa berapa banyak tu?)

2-tiada bos! dialah bos! tiada tekanan kerja daripada pihak atasan. bebas. (ini saya telah rasa sejak Fulltime Agen Takaful berbanding semasa saya kerja cikgu)

3-Income tidak statik. boleh ditingkatkan lagi. mungkin dia mendapatkan tender hantar ke kantin sek berdekatan, kedai makan di kampung itu maka income boleh dtingkatkan lagi. silap silap kalah gaji cikgu.(makan gaji jangan mimpi nak extra gaji dari kerja itu melainkan anda partime bisnes)

4-Bisnes ini boleh dikembangkan. buka cawangan di kawasan lain. setiap gerai boleh jana RM1k perbulan, jika ada 10 gerai? timbul tak RM10k/bulan?

5-Bila dah ada sistem bisnes ni, dia hanya manage sahaja tanpa kerja. maka dia adalah pemilik bisnes. boleh pasif dah tu skit skit

6-boleh banyak masa dengan keluarga sebab kerja sekejap je. kannnn?

jadi inilah potensi orang bisnes. jika anda lihat anak muda kerja sebagai pegawal keselamatan, pump attendent, penjaga tol, dan lain-lain. mana anda rasa bagus untuk dia buat?

sama juga dengan kita..makan gaji...huhu

seronok bisnes ni
1-boleh jadi bos
2-sunnah rasulullah
3-9/10 sumber rezeki

jom kita bisnes untuk dapat banyak duit untuk banyak derma,zakat dan dapat banyak tolong orang terutama ahli keluarga.




No comments:

Post a Comment