PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Thursday, September 20, 2012

Graduan 2012 : Halatuju & Kewangan


Assalamualaikum

Mulai semalam (19/9/2012) bermula konvokesyen untuk mahasiswa/i Universiti Sains Malaysia. Ramai graduan yang bergembira menerima sijil ijazah masing-masing setelah berpenat lelah menimba ilmu sehingga menara gading.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya!

Di sini ada beberapa isu yang boleh dilihat untuk difikirkan untuk mereka:

1-apakah hala tuju mereka selepas ini, adakah peluang pekerjaan terbuka luas kepada mereka?

2-bagaimanakah pengurusan kewangan yang bakal mereka gunakan.

Saya ingin memngambil kesempatan untuk memberi sedikit idea kepada graduan tentang kedua-dua isu ini.

Pekerjaan

Terdapat dua pilihan bagi mereka iaitu untuk bekerja makan gaji atau untuk bekerja sendiri menjadi usahawan. Kedua-dua jenis ini ada pro dan kontranya tersendiri.

Bekerja makan gaji adalah satu tindakan lazim bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Mungkin ia mudah dan tidak memeningkan kepala memikirkan pendapatan bulanan kerana pendapatan itu sudah tetap. Cuma peningkatan pendapatan adalah menjadi isu. Dengan kos kehidupan yang melambung tinggi, ia seakan tidak mencukupi untuk seseorang berbelanja dengan baik.


Jadi untuk mengatasi masalah seperti dalam gambar ini, menjadi usahawan adalah salah satu cara penyelesaian. Buat masa ini saya menjadi Usahawan Takaful. Dengan jawatan baru ini saya mempunyai banyak manfaat seperti luangan masa yang banyak, pendapatan pasif setiap bulan, melancong di luar negara percuma, bonus tahunan dan lain-lain manfaat.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang perniagaan ini, anda dan sesiapa sahaja boleh hubungi saya untuk sesi penerangan percuma.

Pengurusan Kewangan

Masa ini jiwa muda menjadi satu dugaan, setelah sekian lama mengimpikan pelbagai barangan sejak kecil, dan setelah memiliki gaji sendiri masa inilah ramai "membalas dendam" untuk membeli semua apa yang dihajati. Maka ramailah yang gagal mengurus kewangan masing-masing.

Antaranya membeli kereta melebihi had dibenarkan, bersosial berlebihan dan lain-lain.

Saya ingin memberi sedikit panduan kepada graduan baru ini, anda harus membuat simpanan 10% daripada setiap bulan, 10% untuk perlindungan dan baki adalah untuk perbelanjaan.

Andai gaji anda adalah RM2000 sebulan, maka RM200 anda haru peruntukan untuk perlindungan (takaful), RM200 untuk simpanan dan RM1600 untuk belanja.

Untuk perlindungan (takaful) anda harus memiliki satu pelan yang komprehensif. Anda boleh mendapatkan info tentang ini di link ini. (klik sini) .

Kenapa takaful ini penting?

10% ini akan membantu menyelamatkan 90% yang lain...sebagai contoh perbelanjaan RM1600

bayar kereta RM600
sewa rumah RM500
makan/minyak/lain-lain RM500

Jika anda sakit dan dimasukkan ke wad, anda akan membayar bil itu dan pasti anda akan mengambil duit daripada gaji anda dan pasti ia akan mengganggu perbelanjaan anda selama ini.

Jika anda mempunyai kad perubatan, bil itu akan dibayar oleh PruBSN Takaful dan anda tidak akan menganggu perbelanjaan lain serta simpanan anda selama ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya untuk penerangan percuma.


No comments:

Post a Comment