PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Wednesday, August 15, 2012

Mulakan Sejak Kecil Lagi Untung


Apabila menyebut mengenai takaful, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim takaful yang memberi faedah sama ada daripada pihak menganjurkan skim takaful yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai takaful ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar berkaitan keperluannya.

Menyedari pembelian polisi takaful dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.

Pada usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai takaful?

Seseorang boleh memiliki takaful sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibubapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki takaful pada usia muda seawal umur 14 hari iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga sumbangan takaful yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik.

Apakah kepentingan takaful kepada golongan muda?

Takaful penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana yang penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereta serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga.

Apakah jenis takaful perlu diambil golongan muda?

Golongan muda digalakkan mengambil takaful hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat takaful menawarkan takaful berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. 


Bagaimana dengan konsep membeli takaful dalam masa sama membuat pelaburan? Adakah ia sesuai dengan golongan muda?

Ya, ia sesuai. Ini kerana takaful berkaitan pelaburan (investment-linked) adalah gabungan perlindungan dan perlaburan, maka setiap sumbangan takaful akan terkumpul sebagai simpanan jangka masa panjang.


Hubungi saya sekarang!

'Atiqurrahman Abd Aziz
Wealth Planner PruBSN Takaful
0129093444

https://www.facebook.com/atiqaziz



Artikel ini sudah diedit oleh saya dan artikel asal boleh ke 



No comments:

Post a Comment