PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Tuesday, September 27, 2011

Pengalaman Diri Ku...

Assalamualaikum W.B.T


Pada 14 September yang lalu, saya dan isteri ke Tesco Jelutonguntuk membeli barang dapur. Semasa perjalanan ke tempat letak motosikal, saya telah terjatuh disebabkan langkah saya tidak luas untuk melangkah rantai penghadang tempat letak motosikal. Pada masa itu tangan saya terasa seperti terseliuh kerana tangan kiri saya menongkat di lantai.


-di sini lah tempat kejadian. didapati rantai telah di buang-


Walaubagaimanapun, saya gagahkan diri untuk pulang ke rumah dan menyapu minyak gamat agar sakit berkurangan namun tidak ada perubahan. Saya rancang untuk ke hospital pada keesokkan harinya.


Saya berkira-kira hendak pergi ke Hospital Pulau Pinang (HPP) atau Loh Guan Lye Specialist Hospital (LSC). Selepas mengambilkira beberapa faktor, saya dan isteri memilih ke HPP dahulu sebelum merujuk ke LSC.


Saya sampai di HPP sekitar pukul 8.00 pagi, saya mencari tempat letak kereta agak lama sehingga perlu keluar masuk HPP dua kali memandangkan kawasan parkir di HPP yang terhad. Selepas itu saya letak kereta saya di satu kawasan dan ia bukan kawasan letak kereta, jika ingin mencari lagi, mungkin payah untuk saya dapatkan. HPP penuh dengan kereta..tidak pasti kereta staff HPP atau pesakit.


Ini adalah proses saya di HPP untuk mendapatkan rawatan

Jam
Perkara
8.00
Sampai HPP dan dapatkan parkir
8.20
Daftar di kaunter pendaftaran
8.33
Mendapat No Giliran 807, Bilik 8, Dr. Juandra
8.45
Tiba giliran jumpa doktor dan doktor cadangkan untuk buat x-ray
9.00
Ambil No Giliran untuk x-ray, 3027.
9.50
Tiba giliran untuk x-ray dan ke bilik 807 semula untuk doktor analisis x-ray
10.50
Dr Juandra Bilik 807 panggil masuk dan cadang rujuk doktor pakar orthopedik
11.00
Ambil giliran di bahagian orthopedik, No 85 & nombor semasa 75
11.45
Dipanggil ke dalam bilik dan tunggu doktor
12.00

Doktor ortho tengok x-ray dan minta x-ray sekali lagi dibahagian siku untuk tentukan perlu pembedahan atau sekadar simen. x-ray kali kedua dan analisa akan dibuat selepas pukul 2 dan perlu menunggu giliran semula di bahagian x-ray dan terus berjumpa dengan doktor.
12.35
Saya buat keputusan untuk ke LSC dan bergerak ke LSC
13.05
Daftar di kaunter pendaftaran LSC dan dirujuk ke wad kecemasan
13.20

Rawatan awal diberikan dengan memakaikan saya anduh berlapik papan serta cek tekanan darah.
13.40
Menunggu giliran untuk x-ray
13.48
Tiba giliran untuk x-ray
14.02
Tunggu doktor pakar orthopedik (masa ini waktu rehat sehingga 2.30 petang)
14.31
Doktor beri penerangan x-ray, retak di siku dan hanya perlu simen
14.40
Doktor mulakan simen tangan
15.10
Urusan pendaftaran masuk wad
15.20
Berada di wad


Inilah adalah sebahagian rentetan perjalanan yang telah saya tempuhi untuk mendapatkan rawatan bagi kemalangan yang tidak disangka-sangka.

Saya bukanlah hendak memburukkan dan memperkecilkan perkhidmatan hospital kerajaan, namun kita perlu sedar, saban hari berlaku pertambahan pesakit di hospital sejajar dengan pertambahan manusia. Menyebabkan beban tugas tersebut tidak dapat ditampung oleh pihak hospital. Dan inilah realiti yang harus saya tempuhi dan juga rakyat Malaysia yang lain. Pernah isu kesesakan di Hospital Sungai Buloh dikeluarkan di dada akhbar. Isu ini kita tidak boleh nafikan.


Tidak dapat disangkal, peralatan yang disediakan oleh hospital kerajaan kini setanding dengan hospital swasta. Sebagai contoh, set x-ray adalah sama jenis antara hospital kerajaan dan swasta. Bilangan mesin x-ray yang disediakan oleh hospital kerajaan juga banyak iaitu 5 set. Layanan doktor juga baik. Jika dilihat pada mata kasar, sudah banyak transformasi yang dilakukan bagi memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Namun, adakah ianya mengcukupi???


Antara kelemahan yang telah saya kenalpasti & memerlukan penambahbaikan ialah:-

1-Tiada rawatan segera

Doktor tidak memberi rawatan segera dan asas kepada saya sedangkan tulang tangan saya sudah disahkan retak. Doktor yang merawat saya tidak memasang anduh kepada saya. Secara logiknya, jika kita pelajari PBSM, KRS atau Pengakap,sekiranya terdapat kes-kes kemalangan yang menyebabkan terseliuh, kita perlusegera pakaikan anduh dan seterusnya membawa mereka ke hospital. Namun, perkara ini tidak diaplikasikan oleh seorang pengamal perubatan bertauliah.


2- Tempoh Menunggu

Memerlukan masa terlalu lama untuk mendapatkan rawatan iaitu daripada pukul 8.20 hingga 12.30 saya masih belum mendapat rawatan. Bayangkan sekiranya perkara ini terjadi pada kanak-kanak. Doktor ortho minta saya ke x-ray sekali lagi untuk x-ray dibahagian siku kerana x-ray pertama tadi tidak jelas. Cuba anda bayangkan, saya telah berapa lama menunggu di x-ray pertama dan diminta kembali mengulangi x-ray selepas waktu rehat dan semestinya perlu beratur lagi!!!


3- Jenis rawatan akan diberikan

Setelah x-ray kali kedua telah siap, doktor ortho akan tentukan untuk menyimen tangan saya sahaja atau perlukan pembedahan. Doktor beri jaminan untuk menyimen tangan saya pasti dibuat hari ini juga. Mengambilkira tempoh yang saya lalui sebelum ini, saya yakin x-ray kedua saya pasti mengambil masa sehingga pukul 3 petang dan selepas itu analisa doktor ortho untuk simen dan saya yakin proses ini akan menjangkau ke pukul 4-5 petang!! Satu hari untuk simen tangan???

Jika tangan saya perlu dibedah, tangan saya akan disimen terlebih dahulu dan doktor akan berikan tarikh pembedahan. Sementara untuk pembedahan, saya pulang dahulu ke rumah. Persoalannya, bila agaknya pembedahan dapatdibuat???


4- Efisien Perkhidmatan

Saya menunggu selama 1 jam untuk jumpa doktor di Bilik 8 selepas x-ray pertama kali. Saya dah mula bengang kerana terlalu lama untuk menunggu. Maka saya bertanya kepada Doktor, Doktor cakap filem x-ray belum sampai. Saya terus ke bahagian x-ray dan didapati filem itu telah diambil oleh staff OPD pada pukul 10.10 pagi. Saya seterusnya ke OPD, kakitangan menyatakan filem telah sampai disana pada pukul 10.20 pagi dan telah dihantar kepada doktor.

Saya kembali ke Bilik 8 untuk mengesahkan keadaan, barulah doktor cakap filem x-ray sudah ada.

Persoalannya… Apakah yang berlaku diantara 10.20 pagi ke10.50 pagi? Mengapa "hilang" seketika filem x-ray saya? Jika sayatidak bertindak pada pukul 10.50 tadi, berapa lama lagi saya perlu menunggu??? Sepatutnya saya terus berjumpa doktor pada 10.20 pagi lagi berdasarkan rekod dan seterusnya dirujuk kepada doktor orthopedik.


5 - Masa menunggu terlalu lama

Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana terlalu ramai permintaan sedangkan penawaran terhad. Dengan kekangan-kekangan yang adaseperti jumlah kakitangan, peralatan dan pertambahan pesakit saban hari, perkara sebegini memang tidak dapat dielakkan.

Rakan-rakan, sedarlah..kita sering bercakap perkhidmatan pantas. bila kaunter lambat pasti akan ada komen contoh kaunter pejabat pos lambat...1 Malaysia bising, servis astro kurang elok 1 Malaysia bising, Kenapa? Sebab dunia dah maju...semua mahu cepat dan pantas. Namun mengapa anda memilih perkhidmatan perubatan yang perlahan sedangkan anda mampu mendapat rawatan pantas? Perkhidmatan lain semua mahu pantas tapi perkhidmatan yang bersangkutan dengan diri kita sering kita terlepas pandang.

Itu baru rawatan pantas belum lagi untuk menyediakan RM50K segera untuk rawatan jantung!!! Sedarlah...kealpaan anda akan membunuh peluang anda, membunuh masa anda dan membunuh wang anda dan juga membunuh kesenangan anda!!!

Dengan 1 keping kad saya mendapat rawatan hanya 2 jam 30 minit sahaja...itupun saya datang pada waktu rehat. jika tidak, lagi cepat saya masuk wad. Rawatan percuma, selesa dan bakal dapat tunai. Tidak percaya lagikah anda???



Daripada kes ini, saya telah membuat keputusan..apa-apa kes kemalangan saya akan terus ke hospital panel PruBSN Takaful untukmendapatkan rawatan yang terbaik tanpa perlu membazirkan masa lagi. Cukuplah sekali saya lalui detik sukar ini.

Pilihan di tangan anda.


No comments:

Post a Comment