PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Sunday, September 4, 2011

Keperluan Rawatan Segera Dan Selesa

Assalamualaikum…

Saya seorang kakitangan awam sudah dijamin oleh kerajaan untuk mendapatkan rawatan secara percuma di hospital kerajaan wad berkelas 1 malag seluruh keluarga saya turut mendapat manfaat yang sama. Namun, mengapa saya mengambil kad perubatan di bawah PruBSN Takaful. Bukan saya tidak yakin dengan jaminan oleh kerajaan namun saya memilih untuk mendapatkan rawatan segera dan selesa. Saya ada pilihan. Saya pilih untuk itu.


Kita perlu fahami, rawatan percuma yang dijanjikan oleh kerajaan hanyalah untuk rawatan yang tidak memerlukan pertambahan organ dan kelengkapan lain. Jika saya mendapatkan rawatan untuk memasang besi di peha saya kerana tulang peha saya patah, saya mesti membayar kos besi tersebut. Itu baru besi di peha, bagaimana rawatan pertukaran injap jantung?


Arwah kakak saya telah menjalani rawatan pertukaran injap jantung plastik di IJN sejak arwah umur 10 tahun, ayah saya seorang guru dan juga “mendapat” rawatan percuma untuk anak-anaknya namun ayah saya perlu mencari RM40,000.00 untuk membayar kos pembedahan arwah kakak saya. Kenapa ayah saya perlu membayar lagi, bukankah rawatan bagi anak kakitangan awam adalah percuma? Ini kerana arwah kakak saya perlu membeli injap plastik dengan harga RM40,000.00 dan hanya kos pemasangan injap jantung plastik adalah percuma.


Mujurlah ayah saya mendapat bantuan daripada bekas Menteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Seri Wan Mokhtar yang membantu mengurus kos RM20,000.00. Saya tidak berkongsi sesuatu yang tidak pasti, dan kebanyakan kes saya kongsikan, melibatkan ahli keluarga saya. Itu kisah ayah saya mencari wang untuk rawatan anaknya, mungkin ayah saya mempunyai kenalan yang ramai yang sudi membantu namun bagaimana dengan saya? Saya tidak kenal ahli politik, tidak kenal insan jutawan…oleh itu saya membuat pilihan untuk menyerahkan hal ini kepada PruBSN Takaful untuk menguruskan jika saya menghidapi situasi itu.


Sebab pertama saya dan anda perlukan kad perubatan adalah untuk mengelakkan kita terbeban dengan kos rawatan yang besar yang terselindung dengan perubatan percuma untuk kakitangan awam apatah lagi kakitangan swasta yang sememangnya 100% menjadi tanggungan anda.


Selain itu, keperluan untuk mendapatkan rawatan segera apabila kita menerima musibah. Bukan niat saya hendak menyatakan tahap kecekapan pengurusan hospital kerajaan lemah namun kita harus faham, hospital kerajaan adalah tempat rujukan rakyat maka semestinya hospital kerajaan akan sibuk dan sesak. Tahap kemampuan pihak hospital kerajaan melayani pesakit terlalu ramai mungkin tidak sebaiknya.


Pihak hospital kerajaan akan mengutamakan kes-kes kritikal dahulu berbanding kes-kes biasa. Walaupun kes kritikal diutamakan namun pesakit-pesakit kritikal turut beratur menunggu giliran.


Saya kongsikan kes rakan saya, beliau dimasukkan ke wad Hospital Taiping. Doktor mengesahkan beliau sakit apendik dan perlu dibedah. Tiada pembedahan dan tanda-tanda beliau dibedah setelah berada 2 hari di sana. Beliau agak kurang senang dan terus ke KPJ Perda untuk mendapatkan rawatan segera. Beliau terus dibedah apabila masuk wad KPJ Perda. Mengapa beliau ke KPJ Perda? Adakah beliau banyak duit? Jawapannya kerana beliau memiliki kad perubatan PruBSN Takaful. Beliau mendapat rawatan segera, percuma dan selesa. Mungkin juga mendapat wang selepas keluar wad namun saya tidak pasti berapa kerana saya tidak dimaklumkan.


Kita sudah bekerja, kita perlu menghargai diri kita, dengan mendapatkan rawatan segera dan selesa bukan sahaja menghargai diri dengan memiliki kereta selesa, pakaian selesa dan makanan sedap-sedap.


Saya kongsikan kes seorang yang sudah menghadapi situasi yang amat perit untuk dilalui. Jadikanlah pedoman kepada kita….


------------------------------------------------------------------------------------------------

KEPALA BATAS 3 Ogos - Seorang lagi kanak-kanak pesakit bengkak hati, Aufa Ainul Dania Noordin, 3, meninggal dunia kira-kira pukul 5.20 pagi ini di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini.

Kanak-kanak itu yang dijangka menjalani pembedahan pemindahan hati dua minggu lagi di Hospital Selayang, meninggal dunia setelah dikatakan mengalami pendarahan dalaman.

Pada 14 Julai lalu, Nur Atiqah Najwa Mohd. Shariff, 15 bulan, juga meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Semalam Saffiyyah Khadijah Iskandar, 2, yang selamat menjalani pembedahan pemindahan hati di Unit Rawatan Rapi (ICU) SJMC meninggal dunia kira-kira pukul 9 malam kelmarin dipercayai kerana penolakan pada hati baru yang diterima, menyebabkan organ itu tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Dalam pada itu, ibu bapa Aufa, Che Sukinah Awaluddin, 29, dan Noordin Salleh, 29, ternyata terkilan kerana Aufa pergi meninggalkan mereka secara tiba-tiba sebelum sempat menjalani pembedahan.

Menurut Noordin, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Aufa tetapi kesal kerana pembedahan anaknya tertangguh akibat beberapa masalah.

``Kami baru dua hari pulang dari Kuala Lumpur selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua minggu lalu, kerana Aufa mahu berjumpa dengan adiknya, Auji Umairah.

Sebelum ini keluarganya bercadang untuk menjalankan pembedahan itu di SJMC dengan kos perbelanjaan sebanyak RM245,000.

Bagaimanapun setelah mengambil kira kos yang tinggi dan atas nasihat doktor, mereka membuat keputusan melakukan pembedahan itu di Hospital Selayang.

Noordin dan Aufa menjalani pemeriksaan di HKL di bawah pengawasan Pakar Bedah Kanak-Kanak Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zakaria Zahari.

Katanya, sebelum ini mereka bercadang menjalankan pembedahan di SJMC tetapi tidak dibenarkan kerana isterinya adalah seorang guru dan mereka telah memohon daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membiayai kos pembedahan itu.

Pembedahan di Hospital Selayang menurutnya, mungkin diadakan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Sementara itu, Dr. Zakaria ketika dihubungi berkata, tarikh pembedahan untuk Aufa masih belum ditetapkan lagi.

Ini kerana katanya, pihak hospital kini dalam proses menjalankan pemeriksaan dan ujian untuk melihat kesesuaian Noordin sebagai penderma hati kepada anaknya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Masalah yang timbul

1- Kos perubatan tinggi hingga dinafikan hak mendapat rawatan segera dan selesa.

2- Rawatan segera tidak dapat diperolehi di hospital kerajaan kerana beratur banyak kes.


Penyelesaian

usaha dari sekarang untuk mengatasi masalah ini supaya anda tidak menafikan hak anak anda dan diri anda walaupun anda telah berusaha semasa masalah melanda namun semua itu anda tidak mampu kawal...jika anda memiliki kad perubatan PruBSN Takaful sekarang, InsyaALLAH anda mampu mengubahnya...percayalah...

No comments:

Post a Comment