PERLINDUNGAN ADALAH KEPERLUAN MASA KINI...DAPATKAN UNTUK ANDA SEKARANG ...

Sunday, September 4, 2011

Contoh Tuntutan Masuk Wad

Assalamualaikum


Kali ini saya ingin menunjukkan contoh tuntutan anak saudara saya, Ahmad Fahim Bin Shahir. Anak saudara saya melanggan kad perubatan PruBSN Takaful pada 22 Oktober 2010 dengan bayaran RM100 sebulan.




Pada cuti sekolah bulan Mac yang lepas, anak saudara saya memanjat sofa dan terjun ala-ala askar. Selepas 2-3 kali cubaan dia berjaya dan selepas itu dia tidak bernasib baik…tulang tangan kiri dia patah dan menyucuk daging.


Kakak saya menghantar anaknya ke Kuala Terengganu Specialist. Anak saudara saya ditahan wad selama 6 hari untuk pembedahan. Selama 6 hari dia menginap wad yang amat selesa bagi dia, ibubapanya serta ahli keluarga yang datang melawat.





Kos rawatan sebanyak RM11,000.00 dikenakan. Kakak saya perlu membayar 10% ko-takaful daripada kos rawatan maka RM1,100.00. Namun PruBSN Takaful menetapkan bayaran maksimum hanya RM1000.00 sahaja dan kakak saya memohon surat rujukan daripada KTS dan dicaj sebanyak RM300.00. Surat rujukan itu tidak termasuk dalam kos rawatan maka jumlah keseluruhan kakak saya membayar RM1,300.00 semasa anak dia keluar wad.


Selepas 4 minggu, agen kakak saya memberikan cek kepada anak saudara saya untuk tuntutan elaun wad sebanyak RM1800 dan elaun bedah RM500 maka keseluruhan RM2,300.00.



Maka tunai dia dapat ialah (JUMLAH TUNTUTAN - JUMLAH DIBAYAR)

RM2,300.00 – RM1,300.00 = RM1,000.00


Inilah pepatah Cina amalkan… “sakit dapat duit” namun pepatah kita… “sakit habis duit”.


Anak saudara saya masuk wad akibat kemalangan, jika polisi dia ada rider Accidental Medical Reimbursement (AMR) maka ko-takaful RM1,000.00 dapat dituntut kembali namun polisi anak saudara saya tiada rider itu. Ini kerana semasa polisi diambil kakak saya mungkin tidak mahu atau tidak diterangkan oleh agen. Namun semua itu dah berlalu, saya telah minta agen kakak saya masukkan AMR. Selepas ini tiada lagi ko-takaful jika dimasukkan wad akibat kemalangan.


Ini adalah bukti tuntutan polisi bawah PruBSN Takaful yang boleh dikongsikan dengan anda. Banyak lagi bukti-bukti yang lain namun saya kemukakan bukti yang paling dekat dengan saya.


ANDA INGIN JUGA SEPERTI DIA?....


Inginkan keselesaan dan ketenangan wang jika menghadapi musibah..bukan ingin sakit seperti dia...sakit kita tidak pinta, namun ia boleh hadir...cuma bagaimana kita mengurus sakit itu...

adakah senang atau semakin sakit...

HUBUNGI SAYA....

No comments:

Post a Comment